Saturday, August 30, 2008

MeSeJ bUaT SaHaBaT2...

Saje tak tahu nak letak mane mesej-mesej yang Nurulimanz terima. Sayang pulak nak delete. Baik pindahkannya dalam blog nie jer. Moga-moga ada juga faedahnye kalau di 'forward' kan dan diambil iktibarnya...

"Bila KEKUATAN yang dipohon, ALLAH beri RINTANGAN untuk dihadapi. bila KEBIJAKSANAAN yang dipohon, ALLAH beri MASALAH untuk diselesaikan. bila KASIH ALLAH yang dipohon, ALLAH beri DUGAAN untuk dihadapi, dan setiap yang dipohon pasti DIUJI, supaya lebih dekat denganNYA..."

"PERJUANGAN TAKKAN MATI ANDAI KITA SENTIASA MENGINSAFI DIRI, TELUSURI PERJUANGAN SIRAH NABI. PERASAAN RESAH, GELISAH DALAM MENEMPUH TRIBULASI DAN MEHNAH ADALAH LUMRAH. kita berjuang bukan atas dasar semangat kerana semangat boleh hilang bila-bila masa. tapi kita perlu berjuang atas dasar faham, kerana jika kita faham tanggungjawab sebagai khilafatullah, perjuangan kita takkan terhenti walaupun ketika itu kita seorang diri, walaupun dirasakan semangat sudah tak sekuat dulu lagi. TAPI DALAM KEADAAN INI, LANGKAH HARUS DITERUSKAN, STRATEGI PERLU DISUSUN, AGAR HADAF YANG INGIN DICAPAI TAK TERHENTI DI PERTENGAHAN. JANGAN KALAH KETIKA SYAITAN MEMBISIKKAN KELEMAHAN..."

"ALLAH menguji KEIKHLASAN bila BERSENDIRIAN. ALLAH beri KEDEWASAAN bila ada MASALAH. ALLAH melatih KESABARAN dalam KESAKITAN. ALLAH tak pernah mengambil sesuatu yang kita SAYANG kecuali menggantikannya dengan yang LEBIH BAIK..."

"ALLAH has sent down the QURAN to make manifest everyhing which HE considers to be for the good of the people in the world as well as in the Hereafter...and there is no in consistency in its verses...ALLAH approved its recitation as a means of devotion, and considered the best of Muslims to be the one who learn QURAN and teach it (Sheikh Jabir)..."

"ALLAH berfiman kepada malaikat : Pergilah kamu kepada hambaKu, timpakanlah pelbagai macam ujian kepadanya kerana AKU ingin mendengar suaranya(doanya) - HR Tabrani - "

"Alihkan matamu ke laut...airnya cantik membiru, penuh ketenangan, tapi hanya ALLAH saja yang tahu rahsia di dalamnya. Begitulah dengan kehidupan manusia, riang ketawa tapi hanya ALLAH yang tahu rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa, pandanglah ke laut. Airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu menghalang. Jika rasa sedih, pandanglah ke langit, kau akan sedar ALLAH bersamamu..."

"Harungilah sesuatu yang kau tak suka dengan ketabahan, atasilah kebencian dengan senyuman, berbaik sangka dan jangan sakiti dirimu sendiri, Kejayaan bukan terletak pada kekayaan, tapi banyak kepada gembiranya orang di sekelilingmu, kerana itu kau akan termenung dan berkata : 'indahnya jika aku tahu, aku adalah nakhoda hidupku sendiri'. Percayalah kita sedang mengharungi liku yang penuh duri..."

"Barangsiapa yang menjadikan dunia sebagai cita-cita terbesar dalam hidupnya, maka Allah akan memberi 4 perkara dalam hatinya : 1. KESUSAHAN yang tiada putus-putus untuk selamanya 2. KESIBUKAN yang tiada akan selesai selamanya 3. KEMISKINAN yang tidak berkesudahan 4. ANGAN-ANGAN yang berpanjangan..."

"Teman...perjuangan ini masih panjang dan penuh liku...kita beriringan sebagai pejuang, itu harapanku...Ketika ku katakan padamu "PERJUANGAN ITU PAHIT", sahutlah "SYURGA ITU MANIS". TENANGKANLAH dikala aku resah dengan UJIANNYA. INGATKANLAH aku dikala aku lupa JANJINYA. AMINKANLAH doaku dikala aku merintih PADANYA dan DOAKANLAH diriku di saat rohku MENEMUINYA. Moga ALLAH mengurniakan kita cintaNYA. Hadapi hari ini dan mendatang dengan penuh tawakal dan redha padaNYA..."

"Kadang-kadang apa yang kita inginkan tak seindah yang kita gambarkan, kadang-kadang juga apa yang kita idamkan tak semestinya kita dapat...Sebab terlalu banyak yang kita impikan sampai kita lipa yang tangan kita terlalu kecil untuk menadah semuanya..."

"Sahabat..jika hari ini aku terlalu gembira, sedarkanlah aku dengan amaran-amaran Allah. Jika aku terlalu bersedih tanpa kata, pujuklah aku dengan tarbiyah Pencipta. Jika diri ini lemah tak berdaya, ingatkanlah aku dengan kehebatan syurga. jika ada antara kita tembok pemisah, ajaklah aku meleraikannya segera. Jika pernah hatimu terluka, luahkanlah agar aku berubah. Dan jika esok aku lena tanpa terjaga, iringilah 'lena' ku dengan kalungan doa. Berjanjilah sahabat, ukhwah kita untuk selamanya..."

bersambunggg...

Friday, August 8, 2008

DAIE MOSQUE...!

Masjid merupakan rumah Allah S.W.T. Sesiapa yang mengimarahkannya, ketenangan sentiasa bersamanya. Sesiapa yang beriktikaf di dalamnya, pahala mengalir kepadanya. Sesiapa yang membersihkannya, bidadari senantiasa menyebut-nyebut namanya. Rasulullah memahami akan semua ini, lalu perkara pertama yang baginda laksanakan setelah tiba di Yathrib (Madinah al-Munawwarah) ialah mendirikan masjid. Rasulullah memahami bahawa inilah pusat penyatuan ummah, pusat perancangan strategik, pusat penyebaran ilmu, pusat pembangunan insan, pusat diplomatik dan seumpamanya. Justeru, masjid dilihat 'hidup' pada zaman baginda.

Yang menyedihkan, masjid kini khususnya di Malaysia, tidak banyak yang mampu 'hidup' sepertimana di zaman Rasulullah s.a.w. Kebanyakannya 'layu terkulai' dengan kondisi yang sangat menyedihkan. Masjid yang ketika dahulu menjadi syiar dan lambang keizzahan Islam kini menjadi lambang kebejatan umat Islam. Mana tidaknya, dengan suasana yang tidak enak dipandang mata, fasiliti dan kemudahan yang tidak berfungsi, pengurusan pegawai masjid yang lemah, aktiviti pembangunan insan dan minda tidak mendapat perhatian masjid dan seumpamanya, sudah pasti ia menjadi 'modal' kepada musuh-musuh Islam yang suka memburuk-burukkan Islam serta mecari-cari kelemahannya. Justeru, Nurulimanz deklarasikan 10 ciri DAIE MOSQUE sebagai salah satu model masjid yang menepati fungsi-fungsi masjid sebenar disamping 'fesyennya yang kontemporari'.

1. Masjid Mesra Pelanggan
2. Pegawai Masjid Berminda Kelas Pertama
3. Sistem Pengurusan Digital
4. Program Pembangunan Insan Terancang
5. Etika Kawalan Intergriti
6. Komunikasi Berkesan
7. Mobilasi Kekuatan Dan Peluang
8. Galakan 'Research And Developement'
9. Pengurusan Kewangan Mapan
10. Pentadbiran Berwawasan

bersambunggg...