Showing posts with label aPa-aPa Je La. Show all posts
Showing posts with label aPa-aPa Je La. Show all posts

Thursday, July 15, 2010

SaHaBaT BuKaN...



Sahabat bukan yang suka bergelak ketawa bersama kita, tetapi bila kita kita menangis, dia masih meneruskan tawanya.


Sahabat bukan yang bila dia gembira dan ingin berkongsi kegembiraannya, sedih dan ingin berkongsi kesedihannya, marah lalu kita menjadi tempat melepaskan kemarahannya.


Sahabat bukan pada masa tertentu sahaja, bila berdekatan bergerak kerja bersama, bila berjauhan, aku tidak mengenal kau siapa.


Sahabat bukan sekadar mengiakan kata, sedang kesilapan kita tidak ditegurnya, lantas kita berterusan berada pada jalan yang salah.


Sahabat bukan yang indah pandangan di mata, tetapi penuh keburukan dilemparkannya di belakang kita.


Bila kau fikirkan tentang sahabat, jangan banyak fikirkan apa yang kau boleh dapat daripadanya, tetapi banyakkan fikir apa yang kau boleh beri padanya.


Monday, April 19, 2010

PUNCH CARD ...!

Korang biasa dengar dan tau benda nih kan? dan korang biasa meminta kawan2 tolong punch kalo korang lewat sampai ofis kan? atau kalo korang nak balik awal? alasan korang sebab takut dan tak nak punch card tuh tulisan warna merah.. ye la nanti satu keje la pulak nak ngadap bos then create alasan kenapa merah.. kalo ade alasan munasabah macam traffic jam ke bole la kot.. tp kalo korang bangun lambat? takkan nak bg alasan tuh kat bos kan? mesti bos marah.. tak pasal2 kena brain wash pepagi buta kat opis..

TAPI korang tau tak risiko yang akan korang dapat kalo mintak tolong punch card? bukan risiko kat diri korang je.. risiko skali kat kawan yang dah baik ati tolong korang punch card tuh.. kesian kawan tuh..

Kawan aku, Ali (bukan nama sebenar) lewat datang keje... then minta la Amat (bukan nama sebenar) punch kan.. then Amat tolong la.. tup-tup on da way nak sampai opis tuh Ali accident.. mula-mula dia koma then 2 ari lepas tuh dia meninggal dunia.. apa yang menyedihkan. . bila isteri Ali nak buat tuntutan..banyak tuntutan tidak diluluskan.. macam nak buat pampasan ke kuarkan KWSP ke apa2 la yg bole waris tuntut bila seseorang tuh meninggal.. korang tau tak kenapa susah?? sebab dalam punch card tuh memBUKTIkan Ali berada dalam opis pada waktu yang sama dia accident.. so opis nak luluskan pampasan dan everything camana? opis bole luluskan JIKA ada sape2 yang mengaku dah tolong Ali punch card.. Amat tak nak mengaku.. ye la.. kalo dia ngaku dia mesti kena tindakan tatatertib kan? silap2 dia kena buang keje.. so smpi skang pampasan tak dapat.. yang susah isteri Ali.. dah la tak bekerja then anak dah ade 2 lak tuh.. nak kuarkan KWSP pon hadapi masalah yg sama..

Korang nak ke perkara yang sama berlaku kat diri korang dan kawan korang? kalo la korang mintak punch then jadi pape kat korang tgh jalan sape nak bertanggungjawab? for sure la kawan yang tolong punch card tuh tak nak mengaku.. ye la kita dah tolong sat lagi kita yang kena tanggung?? kalo kena denda je tak pe la.. sat lg siap kena buang keje mana mau cari keje??? yang si kawan yang tolong tuh pulak mesti seumur idup akan rasa bersalah.. kalo accident just patah kaki je bole la lagi tak dikisahkan tapi kalo dah melibatkan nyawa ni.. walaupon niat nak tolong tapi biar la mcm org tua cakap.. buat baik berpada-pada. . jgn buat baik tak kira tempat.. nanti susah diri sendiri.. so aku just nak mintak tolong kat korang sume.. jangan la buat keje nih lagi.. tolong fikir ajal maut kita tak tau.. mungkin kita mati pas tuh dah tak de pape tanggungjawab. .. tapi org yg idup.. mcm keluarga kita.. nak tuntut pape susah.. korang nak ke mcm tuh? mesti korang tak nak famili korang susah kan? aku harap mulai sekarang.. kalo korang datang lewat macamana sekalipon.. punch card la sendiri.. biarla bos marah sekali pon.. tapi jangan menyusahkan diri org lain.. dan diri sendiri.. tolongla diri sendiri dan kalo nak tolong kawan2 pon biar la kena tempatnya.. next time..kalo korang rasa dah lewat tuh.. call la bos bg tau lewat sampai then jumpa bos bila dah sampai.. kalo korang rasa nak balik awal lak.. mintak la time off atau permission kuar awal dari bos.. atau minta jer la cuti ke?..jangan la main kuar suka2 ati je..

masa tuh.. aku tak tau la apa jadi.. nangis air mata darah pon x guna lagi...


Tuesday, March 9, 2010

Relax Jap... DaKwAh DaLaM jEnAkA =)



(please pause radioOnline n play the video)

Monday, November 9, 2009

Gatal Tangan !



Beberapa ketika ekor mata ini hanya mengerling dan menjeling pada artikel-artikel berkaitan penangkapan bekas Mufti Perlis. Motif penangkapan menjadi sarang teka-teki dalam minda. Hati ini di atas pagar cuma, tidak tahu tumbangnya ke mana. Mungkin tunggu ditiup taufan perpecahan, di situ hati ini akan tumbang. Namun sebelum disapa taufan itu, angin tuntutan KIMM ini menghembus menyebabkan tangan ini mula gatal2 untuk menyatakan pendirian atas pagarku.

Dr. Asri bukan calang-calang orangnya. Dihormati lagi disokongi terutamanya apabila pernah berempat mata bersama Astora Jabat, berpencak di pentas hujah yang soheh lagi soreh. Apatah lagi pabila diangkat menjadi Mufti di sebuah negeri yang terkenal dengan fahaman bukan ASWJ-nya. It's ok. memang itu kawasan yang diperuntukkan oleh mereka. It's ok. Ajaran bukan ASWJ mereka tak sesat, baguslah. Namun bila berada dalam kawasan ASWJ, menjadi suatu 'pencabulan' apabila menyebarkan fahaman yang tidak selari dengan ASWJ. Bukan kebaikan yang diperoleh, bahkan mendapat lebih banyak tentangan hasil kekeliruan yang timbul.

Cukuplah kisah Imam As-Syafie yang tidak membaca qunut semasa mengimami pengikut gurunya menjadi teladan kepada kita. Itu adab yang ditunjukkan oleh seorang mujaddid, mengapa tiada kesedaran pada kita untuk mencontohi adab sebegitu? Masing-masing keras dengan fahaman masing-masing. GAJAH SAMA GAJAH BERLAGA, PELANDUK DI TENGAH MATI TERSEPIT. Prof. Yusuf Qardhawi juga pernah menasihati kepada ASWJ, jika masuk ke kawasan Syiah, jangan sebarkan fahaman ASWJ. Begitu juga sebaliknya. Ini asas bagi umat Islam hidup secara harmoni dan berada atas tunjang persefahaman.

Akhirnya, suka saya nyatakan pendirian saya bahawa tiada hak untuk selain ASWJ menyebarkan fahamannya di kawasan majoriti ASWJ. Mereka yang melanggari etika ini hanya menghidupkan dan menyalakan api kemusnahan serta perpecahan dalam masyarakat. Begitu juga ASWJ, jangan sesekali menyebarkan fahaman ini di tempat selain ASWJ. Hiduplah dalam keadaan saling hormat menghormati antara fahaman yang wujud. Itulah yang sebaiknya...

Wednesday, April 15, 2009

LuRuH sEbAhAgiAn BeBaNaN....


Setelah kaki dan tangan kebas-kebas ranik
(cam banyak semut dik hurung)
Setelah aku hilang sampai orang tercarik-carik
(asyik terperap dalam bilik)
Setelah selera makanku menjadi pelik-pelik
(dah tak lalu dan tak reti makan nasi)
Setelah emosi sejak 2 menjak ni terbolak balik
(mudah tersinggung, marah&main2)

Setelah masaku banyak habis di depan laptop
(bukan main game la! buat kertas projek)
Setelah tidur pun tak menentu masa dan tempat
(atas motor?)
Setelah aku putuskan hubungan dengan dunia luar
(sori la pak cik, tak dapat den nak p)
Setelah otakku laju aku putar

(kentang putar?)

Akhirnya...akhirnya...dan akhirnya..


Aku berjaya juga
print out kertas projek
(setelah 5 jam kat kedai print tu!)
Separuh crazy dibuatnya
(tahap cipan?)
Macam-macam mehnah yang ada
(tertinggal tu, corupt ni, sesat sana, hilang sini)
Dari mula hingga saat akhirnya

(nasib baik tak give up tengah jalan!)

Alhamdulillah...Syukran.. dan dedicate...


Segala puji hanya bagi Allah Subhanahu wa Taala

(Ya Qawiyy..Ya Latif..)
Dialah yang mencipta dan mentadbir segalanya

Hanya padaNya yang layak disembah dan dipuja

Cinta, kasih dan rahmatNya senantiasa didamba


Selawat dan salam atas junjungan besar Rasulullah

(Sallallahu Alaihi Wa Sallam...)
Sanggup berkorban untuk menyiram hidayah

Kepada umatnya yang dahulu gelap dalam jahiliyyah

Kini bak menatang cahaya yang terang lagi cerah


Doa setulus dan sekudus buat ayahnda bonda
(Puan Rodziah Salleh dan Encik Aziz Mat Amin tersayang)
Mengasuh, mendidik, mengajar membaca

Hingga anakmu ini dewasa dan berjaya

Jasamu hanya Allah yang setimpal membalasnya

Pendidik, pensyarah, ustaz, ustazah
(Ust Roslan la terutamanya. sporting gitu!)
Sepenuh tenaga, minda dan masa dikau kerah
Demi melihat anak bangsamu mara menyerlah

Dalam era kini yang cabarannya tak sudah


Sahabat seperjuangan turut dirai
(akman, nabilah, soleh, khairul etc.)
Membantu, prihatin, senantiasa disisi

Segala jasamu kusemat di hati

Walaupun esok tak dapat ku lihat mentari lagi


p/s 1 : puas dengar lagu marshanda-ketulusan hati (OST aqso madina) untuk dapat motivasi nak habiskan kertas projek ni


p/s 2 : aku akan cuba manfaatkan kertas projek aku dengan membuka 1 lagi blog. (aku akan bagitahu kemudian). tunggu je la...

Thursday, March 26, 2009

Test Bombastik!


Terkezut (terkejut yang tersangat) bila tiba-tiba dapat khabar dalam masa sejam lagi ada test subjek
Gejala Sosial. Aku yang tak bawak ape-ape nota untuk "baca last minute" (sebab tak tau pun ade test hari ni. Dan kenyataannya kebanyakan orang akademi terutamanya muslimin memang 'minat' baca last minute) mula la cempera bewak (gelabah yang tersangat). Di tangan aku cuma ada nota Islamic Historiografy. Aku cuba kontrol penafasan dan tingkah laku walaupun tak boleh dikategorikan sebagai 'kontrol macho', supaya orang tak nampak aku tengah cempera bewak, atau dengan istilah yang lebih murni, orang akan nampak aku macam ilmu penuh di dada. Masuk dalam kelas, pensyarah dengan muka selambanye menempik...keluarkan kertas A4. Salin soalan... "Huraikan faktor ikhtiari dalam konteks gejala sosial yang mempengaruhi manusia saban waktu dan tidak mengira tempat...". Huh, cam berbelit je soalan. 10 minit aku berfikir ape bende faktor ikhtiari ni. Macam pernah ku baca, tapi di mana yaaa... Tetiba idea datang... ikhtiar ni usaha manusia, betul ngak? Kalau datang daripada Allah, itu qadarnya, benar ngak? plap !!! (bukan bunyi kena tempeleng oleh pensyarah, tapi bunyi aku yang petik jari)

Mula la aku 'goreng' ayat...siap 2 muka surat. Malas nak tulis panjang-panjang. (sebab aku takde kertas A4 lebih.heh. memang ni la feel pelajar akademi terutamanya muslimin. Ade jugak spesies yang langsung tak bawak kertas A4 ke kelas. Hampeh !). Apa yang aku tulis? Lebih kurang macam ni la...

Kalau Allah ada ketetapannya yang mempengaruhi manusia yang disebut sebagai Faktor Qadari, Allah juga memberi kebebasan kepada manusia untuk memilih sama ada mahu menurut syariat Allah atau tidak. Kebebasan memilih inilah yang diertikan sebagai faktor ikhtiari. Namun Allah bukan sekadar memberi ruang manusia untuk membuat pilihan melainkan Allah juga menyertakan balasan dan ganjaran atas apa yang seseorang itu lakukan.

Isyyy...apehal ayat skema sangat ayat nih... Kemudian aku gorenglah dengan nas-nas daripada al-Quran dan hadith yang mana aku ingat. Aku sambung lagi...

Faktor ikhtiari ini dipengaruhi oleh pelbagai perkara. For example, hawa nafsu, penyakit gila dunia, jahil termasuk jahil murakkab, bodoh sombong dan segala jenis dungu yang ada di muka bumi ni, terpengaruh dengan budaya barat yang berkarat (kalau ditonyoh dengan klorox pun x keluaq dah), dan lemah iman serta mujahadah.

Ade ke kita termasuk dalam golongan-golongan ni? Tentu la ade. Sebab kita bukan maksum pun. Tapi kalau yang selalu beringat dengan mati dan akhirat, maka takde la terkesan sangat perkara-perkara yang mempengaruhi ni. Cuma time terlupa mati dan akhirat tu la yang terjebak jugak walau sikit. Hampeh !!!

Apa pun, selamat la aku dapat habiskan jugak test tu dengan tak berapa jayanya sebab tak cukup persediaan...

Haaa!!! cakap tentang test lagi... Kelmarin ade la 'teman fillah' aku tak dapat buat test dia dengan baik. So teman fillah aku tu pun mengadu la kat aku, menyesal pulak dia rasa dengan diri dia sebab tak bersedia dari awal... Dalam hati aku kata, aku pun sama ja, tak reti bersedia awal. Contohnya macam kisah yang terjadi hari ni la... So, lepas teman fillah aku tu mengadu, aku pun sebagai teman fillah dia pulak, bagi la word of wisdom untuk dia. Kata aku...

Ni baru test dunia... Hakikatnya lani kita dalam test akhirat ni... Kita rasa kecewa sebab kita tak dapat bagi jawapan terbaik dalam test dunia. Adakah kita rasa kecewa juga sebab tak dapat bagi 'jawapan' yang terbaik untuk test akhirat kita? Bersabarlah, kerana kekecewaan dunia akan terhenti setakat di dunia. Sedangkan kekecewaan di akhirat tu jauh lebih besar...

Korang faham ke maksud aku? Maksudnya, adakah korang dah buat yang terbaik dalam menjalankan amanah korang sebagai khalifah Allah di muka bumi ni? Kalau korang rasa korang masih belum beri jawapan yang terbaik talam test akhirat (buat yang terbaik sebagai khalifah Allah di muka bumi ni), maka korang sempat lagi nak betulkan dengan 'liquid taubat' tak pun korang terus je potong 'jawapan' yang korang rasa tak memuaskan 'pemeriksa' kepada test akhirat tu iaitu Allah. Lebih baik korang perbetulkan cepat-cepat sebelum masa test ni yang akan 'tamat' pad bila-bila masa saja lagi!

(Setelah korang habis baca entri ni, korang tak dapati apa-apa pun yang bombastiknya. Ini disebabkan tajuk 'test bombastik' tu cuma retorik sebab tadi aku tengok satu iklan perniagaan. Ada orang jual 'Air Sirap Bombastik'. Ntah la apa yang bombastik sangat kat sirap dia tu. Cis, orang berniaga pun tau beretorik. Hampeh! Ok, roger and out !)

Tuesday, March 17, 2009

iDeA-iDeA pEnYaTuAn...


Minggu lepas, Ustazah Jaamiah memberikan aku sebuah solusi kepada suatu permasalahan dalam pengurusan. Boleh saja nak
apply dalam mana-mana pengurusan terutamanya pengurusan dakwah. Memang sudah lama apply style pengurusan ni, cuma tak sedar Rasulullah s.a.w. pernah ajar pengurusan ni...bila dah tahu Rasulullah s.a.w. pernah ajar, bertambah-tambahlah aku ambil perhatian padanya. Ustazah Jaamiah berceloteh : "pernah para sahabat bertanya kepada Rasulullah s.a.w. tentang amalan apa yang terbaik untuk dilakukan, namun masing-masing mendapat jawapan berbeza. Ada yang diberi jawapan amalan yang terbaik ialah berjihad di jalan Allah atau berbakti kepada ibu bapa atau menuntut ilmu dan sebagainya. Mengapa Rasulullah s.a.w. beri jawapan berbeza-beza tentang amalan yang terbaik?"

"Sebab sahabat itu tak buat perkara itu, ustazah. Jadi Rasulullah s.a.w. beritahu perkara sesuatu itu sebagai amalan terbaik supaya orang tu buat perkara yang disabdakan baginda tue" jawab seorang pelajar.

Ustazah Jaamiah tersenyum lebar lalu menyambung celotehnya, "sebenarnya Rasulullah s.a.w. berkata kepada para sahabat mengikut apa yang sahabat itu rajin dan taat melaksanakan sebelum ini".

"Eh, buat apa Rasulullah s.a.w berpesan amalan yang sahabat tu dah rajin lakukan sebelum ini?" tanya seorang pelajar.

"Sebab...itulah potensi dan kemahuan yang sahabat tue ada. Maka, Rasulullah s.a.w. memperkukuhkan lagi potensi dan kemahuannya. Lihat, Rasulullah s.a.w. tak menyuruh atau tak menggalakkan seseorang itu melakukan sesuatu yang sahabat tue tak minat atau tak mahu atau tiada kemahiran dan tak rajin pula melakukannya. Cuba ambil satu contoh...kamu suka belai bulu kucing, tiba-tiba ayah kamu kata lebih baik belai ayam. kamu pun akan jadi tak selesa walaupun kamu ikut kamu kata ayah kamu tue. Contoh yang besar sikit...katakan kamu minat bersajak atau cenderung kepada sastera, tiba-tiba pensyarah kamu minta kamu ke makmal biologi untuk buat eksperimen bedah organ katak. Maunya tak selesa time tue".

Ah, aku dah nampak! Begitu juga perjuangan ni. Tak perlu persalahkan apa jua perjuangan yang dibawa sama ada dakwah, tarbiyah mahupun siasah. Masing-masing berhujah atas perjuangannya. Kadang-kadang aku pening dengan pelbagai kecenderungan sahabat-sahabat aku dan saling menyalahkan perjuangan orang lain...

Cukup! Cukup! Cukup!

Berjuanglah kamu atas apa yang kamu cenderung padanya. Jati diri kamu tidak akan hilang selagi kamu meletakkan Islam sebagai asas dan matlamat perjuangan. Teruskan perjuangan kamu. Kamu pilih cara jemaah tabligh, pergilah dan berjuanglah dengan jalan itu dengan bersungguh-sungguh. Kamu pilih cara jemaah beorganisasi, pergilah dan berjuanglah dengan jalan itu dengan bersungguh-sungguh. Begitu juga kamu berjuang atas sesuatu jalan atau isu, teruskan perjuangan itu. Fokus pada perjuangan kamu. Suatu hari nanti kita akan bertemu pada suatu titik perjuangan juga. Namun, hormatilah dan sokonglah perjuangan jemaah yang lain. Jangan memburuk-burukkan antara jemaah dakwah selagimana jemaah itu tidak bercanggah dengan syariat serta tidak pula membawa dosa.

Pecah! Pecah! Pecah!

Pecahkan ruyung(kejumudan) taadud(kepelbagaian) pemikiran ini. Berlapang dada dan terus tiupkan semangat kepada perjuangan jemaah yang lain walupun tak sebulu dengan kita dalam soal-soal furui'yah (cabang).

Tuesday, March 10, 2009

Engkau, Aku Berbeza… Namun Sama… (dikemaskini 18MAC09)


Aku berjuang di dalam majlis-majlis ilmu

Taman-taman syurga di dunia aku bertamu
Aku ingin melihat Muslim kembali gemilang
Melonjak tamadun kearifan
Menghancurkan kepompong kejahilan

Aku berjuang di lapangan sosial masyarakat
Menghulurkan tangan kepada yang tersesat
Menyalakan sedikit cahaya dalam kegelapan hidup
Menyuluh sinar bahagia buat fitrah insani
Dalam meniti fatamorgana tipuan duniawi

Aku berjuang menentang orde barat
Yang telah merosakkan pemikiran umat
Dengan segala kekuatan aku kerahkan
Mengembalikan umat kepada jalan Allah
Menghapuskan lorong busuk yang memusnah

Aku berjuang bersama pemimpin zaman
Menegakkan yang hak meruntuhkan kezaliman
Walau hanya jalan raya, speaker corner medan
Walau gas pemedih mata aku berhadapan
Bedalan cota & penjara aku tidak tidak hairan

Aku berjuang dengan tinta dan pena
Novel, artikel, blog, lirik , apa jua
Penaku lebih tajam daripada mata pedang
Menghiris dan memotong kebatilan
Moga terbuka hati dan minda memikirkan

Aku berjuang dengan kalam bicara
Setiap patah aku salurkan dakwah semata
Menyentuh hati-hati yang rindukan kebaikan
Lantang mengoyak bicara munafik
Yang menipu, memungkiri janji dan bercabang lidahnya

Aku berjuang semampu kudrat
Menjuarai kesemua tak mungkin ku dapat
Untuk memenangi semua kita harus sepakat
Dalam perjuangan pelbagai penjuru
Ada matlamat kita yang SATU…