Thursday, September 25, 2008

LaGi MeSeJ bUaT SaHaBaT2...

"Sesungguhnya perjalanan seorang daie itu sangat panjang dan melelahkan. Ketika itu orang lalai akan melihat daie mensengsarakan diri dalam kelelahan dan bertanya 'sampai bila kau akan melelahkan diri?' Dijawab daie dengan pasti : sebenarnya aku mengharapkan pengistirehatan yang abadi (syurga)"

"Ya Muhaimin, serasa tak berdaya merangkak melutut mencariMu, dalam lelah lantunan kalamMu selembar dua, dalam sujud sembah lailku serakaat dua, dalam alunan zikir yang basah di bibirku sekejap cuma. Izinku Tuhan, mencintaiMu dengan segala kelemahanku, dengan asaku yang bertatih, sambutlah aku, agar lenaku dalam cintaMu mampu mengubat lelah lukaku..."

"Kadang-kadang dalam perjalanan merentasi menujuNya yang satu...pelbagai dugaan yang menimpa...meratah keimanan kita satu persatu...kadang-kadang terasa tak mampu...kadang-kadang mahu beralah...tapi ingatlah, di sana terselit kebahagiaan hakiki yang menanti..."

"Apa erti hidup tanpa perjuangan. Jiwa pejuang akan penuh dengan semangat dan cinta pada Allah. Bukan yang lemah dan lalai dengan cinta manusia.

"Saat kekalahan itu bermula bila kamu merasa lemah dalam perjuangan dan saat kemenangan itu bermula bila kamu melawan rasa lemah itu..." -syd qutb-

"Sesiapa yang meminta mati syahid dengan kesungguhan, Allah akan menyampaikan hajatnya itu pada kedudukan mati syahid walaupun dia meninggal di tempat tidurnya" -maksud hadith- (riwayat Muslim)

"Sabda Rasulullah : barangsiapa yang membiasakan diri dan selalu beristighfar kepada Allah, maka Allah mudahkan ia saat ia sedih dan Allah memberi rezeki dari jalan yang tak pernah ia duga".

"Cinta luar biasa...Cinta seorang kekasih kepada umatnya...Sehingga pada hembusan nafasnya yang terakhir, lidah Rasulullah s.a.w. menuturkan tanpa henti...ummati...ummati...ummati..."

"Memulakan langkah memang perit. Bertatih, berjalan, bangun semula. Kadang-kadang tanpa tangan menghulur bantuan. Terasa diri kembara sendirian. Mimpikan syurga idaman sedangkan diri tak tahan ujian...Kerdilnya diri bila menghitung keringat yang gugur...titisan air mata kecewa...rupanya masih sedikit cinta dan kasih sayang ini dipadu padaNya..."

"Allah tak menjanjikan hidup ini begitu senang untuk ditempuhi, tapi Allah janji akan bersama untuk menempuhi kehidupan ini...untunglah jiwa-jiwa yang mendapat perhatian Allah..."

"Apa erti hidup tanpa perjuangan. Jiwa pejuang akan penuh semangat dan cinta pada Allah. Bukan yang lemah dan lalai dengan cinta manusia. Pujuklah hati dengan janji Allah . Penuhkan ilmu, teruskan perjuangan. Pemuda terbaik adalah yang cintakan Allah lebih dari segala-galanya. Itulah mahar yang paling mahal untuk srikandi terbaik".

"Ya Allah, aku datang padaMu menyerahkan diri, melukis kata hati, membicara yang tersembunyi...Andai taubat itu di hujung dunia, Engkau titiskanlah di d samudera...Andai di hujung langit, Engkau sisipkanlah di pangkal bumi...Tiupkan ke dalam naluriku, agar tangan ini terus menadah, ku harap Ramadhan kali ini tak roboh lagi janjiku padaMu..."

...:: SaLaM LeBarAn...TaQabBaLaLLaHu MiNnA wA MiNkUm ::...


Hari raya adalah saat berbahagia dan bersuka ria. Kebahagiaan dan kegembiraan kaum mukminin di dunia adalah kerana Tuhannya, iaitu apabila mereka menyempurnakan ibadahnya dan memperoleh pahala amalnya dengan kepercayaan terhadap janji-Nya kepada mereka untuk mendapatkan anugerah dan ampunan-Nya. Allah Ta'ala berfirman:

"Katakanlah: 'Dengan kurnia Allah dan rahmat-Nya, hendaklah dengan itu mereka bergembira. Kurnia Allah dan rahmat-Nya itu adalah lebih baik dari apa yang mereka kumpulkan'." (Yunus: 58).

Sebahagian orang bijak berujar: "Tiada seorang pun yang bergembira dengan selain Allah kecuali kerana kelalaiannya terhadap Allah, sebab orang yang lalai selalu bergembira dengan permainan dan hawa nafsunya, sedangkan orang yang berakal merasa senang dengan Tuhannya."

K
etik
a Rasulullah s.a.w. tiba di Madinah, kaum Ansar memiliki dua hari istimewa, mereka bermain-main di dalamnya, maka Rasulullah s.a.w. bersabda: "Allah telah memberi ganti bagi kamu dua hari yang jauh lebih baik, (iaitu) 'Idul Fitri dan 'Idul Adha (HR. Abu Daud dan An-Nasa'i dengan sanad hasan).

H
adits ini menunjukkan bahawa menampakkan rasa suka ria di Hari Raya adalah sunnah dan disyari'atkan. Maka diperkenankan memperluas Hari Raya tersebut secara menyeluruh kepada segenap kerabat dengan berbagai hal yang tidak diharamkan yang boleh mendatangkan kesegaran badan dan melegakan jiwa, tetapi tidak menjadikannya lupa untuk ta'at kepada Allah.


Adapun yang dilakukan kebanyakan orang di saat Hari Raya dengan berduyun-duyun pergi memenuhi berbagai tempat hiburan dan permainan adalah tidak dibenarkan, kerana hal itu tidak sesuai dengan yang disyari'atkan bagi mereka seperti melakukan zikir kepada Allah. Hari Raya tidak identik dengan hiburan, permainan dan penghambur-hamburan (harta), tetapi Hari Raya adalah untuk berzikir kepada Allah dan bersungguh-sungguh dalam beribadah. Makanya Allah gantikan bagi umat ini dua buah Hari Raya yang sarat dengan hiburan dan permainan dengan dua buah Hari Raya yang penuh zikir, syukur dan ampunan.

Di dunia ini kaum mukminin mempunyai tiga hari Raya: hari Raya yang selalu datang setiap minggu dan dua hari Raya yang masing-masing datang sekali dalam setiap tahun.


Adapun hari Raya yang selalu datang setiap minggu adalah hari Jum'at, ia merupakan hari Raya mingguan, terselenggara sebagai pelengkap (penyempurna) bagi solat wajib lima kali yang merupakan rukun utama agama Islam setelah dua kalimah syahadah.

Sedangkan dua Hari Raya yang tidak berulang dalam waktu setahun kecuali sek
ali adalah:

1. 'Idul Fitri setelah puasa Ramadhan, hari raya ini sebagai pelengkap puasa Ramadhan yang merupakan rukun dan asas Islam keempat. Apabila kaum muslimin melaksanakan puasa wajibnya, maka mereka berhak mendapatkan ampunan dari Allah dan terbebas dari api Neraka, sebab puasa Ramadhan mendatangkan ampunan atas dosa yang lain dan pada akhirnya terbebas dari Neraka.

Sebahagian manusia dibebaskan dari Neraka padahal dengan berbagai dosanya ia semestinya masuk Neraka, maka Allah mensyari'atkan bagi mereka Hari Raya setelah me
nyempurnakan puasanya, untuk bersyukur kepada Allah, berzikir dan bertakbir atas petunjuk dan syari'at-Nya berupa solat dan sedekah pada hari Raya tersebut.

Hari Raya ini merupakan hari pembahagian hadiah, orang-orang yang berpuasa diberi ganjaran puasanya, dan setelah Hari Raya tersebut mereka mendapatkan ampunan.


2. 'Idul Adha (Hari Raya Kurban), ia lebih agung dan utama daripada 'Idul Fitri. Hari Raya ini sebagai penyempurna ibadah haji yang merupakan rukun Islam kelima, bila kaum muslimin merampungkan ibadah hajinya, niscaya diampuni dosanya.

Inilah Hari Raya kaum muslimin di dunia, semuanya dilaksanakan saat rampungnya ketakwaan kepada Yang Maha Menguasai dan Yang Maha Pemberi, di saat mereka berhasil memperoleh apa yang dijanjikan-Nya berupa ganjaran dan pahala. (Lihat Lathaa'iful Ma'arif, oleh Ibnu Rajab, hlm. 255-258)


P
etunjuk Rasulullah s.a.w. Tentang Hari Raya


Pada saat hari Raya 'Idul Fitri, Rasulullah s.a.w. mengenakan pakaian terbaiknya dan makan kurma dengan bilangan ganjil tiga, lima atau tujuh, sebelum pergi melaksana
kan solat 'Idul. Tetapi pada 'Idul Adha beliau tidak makan terlebih dahulu sampai beliau pulang, setelah itu baru memakan sebahagian daging binatang sembelihannya.

Beliau mengakhirkan solat 'Idul Fitri agar kaum muslimin memiliki kesempatan untuk membagikan zakat fitrahnya, dan mempercepat pelaksanaan solat 'Idul Adha supaya kaum muslimin boleh segera menyembelih binatang kurbannya. Mengenai hal tersebut, Allah Ta'ala berfirman:


"Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berkorbanlah" (Al Kautsar: 2).

Ibnu Umar sungguh dalam mengikuti sunnah Rasulullah s.a.w. tidak keluar untuk solat 'Idul kecuali setelah terbit matahari, dan dari rumah sampai ke tempat solat beliau sentiasa bertakbir.

Rasulullah s.a.w. melaksanakan solat 'Idul terlebih dahulu baru berkhutbah, dan beliau solat dua raka'at· Pada rakaat pertama beliau bertakbir 7 kali berturut-turut dengan Takbiratul Ihram, dan berhenti sebentar di antara tiap takbir. Beliau tidak mengajarkan zikir tertentu yang dibaca saat itu. Hanya saja ada riwayat dari Ibnu Mas'ud r.a., ia berkata: "Dia membaca hamdalah dan memuji Allah Ta'ala serta membaca selawat.

Dan diriwayatkan bahawa Ibnu Umar mengangkat kedua tangannya pada setiap bertakbir.


Sedangkan Rasulullah s.a.w. setelah bertakbir membaca surah Al-Fatihah dan "Qaf" pada raka'at pertama serta surah "Al-Qamar" di raka'at kedua.


Kadang-kadang beliau membaca surah "Al-A'la" pada raka'at pertama dan "Al-Ghasyiyah" pada raka'at kedua. Kemudian beliau bertakbir lalu ruku' dilanjutkan takbir 5 kali pada raka'at kedua lain membaca Al-Fatihah dan surah. Setelah selesai beliau menghadap ke arah jamaah, sedang mereka tetap duduk di shaf masing-masing, lalu beliau menyampaikan khutbah yang berisi wejangan, anjuran dan larangan.


Beliau selalu melalui jalan yang berbeza ketika berangkat dan pulang (dari solat) 'Idul. Beliau selalu mandi sebelum solat 'Idul.


Rasulullah s.a.w. senantiasa memulai setiap khutbahnya dengan hamdalah, dan bersabda:

"Setiap perkara yang tidak dimulai dengan hamdalah, maka ia terputus (dari berkah)." (HR. Ahmad dan lainnya).

Dari Ibnu Abbas r.a.ma, ia berkata: "Bahawasanya Rasulullah s.a.w. menunaikan solat 'Idul dua raka'at tanpa disertai solat yang lain baik sebelumnya ataupun sesudahnya." (HR. Al Bukhari dan Muslim dan yang lain).


Hadits ini menunjukkan bahawa solat 'Idul itu hanya dua raka'at, demikian pula mengisyaratkan tidak disyari'atkan solat sunnah yang lain, baik sebelum atau sesudahnya.

Wednesday, September 24, 2008

Selamat Tinggal Ramadhan...isk...isk...sebak dada ni...


Disebutkan dalam Shahihain sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Barangsiapa puasa bulan Ramadhan kerana iman dan mengharap pahala dari (Allah), niscaya diampuni dosa-dosanya yang telah lalu."

Dan dalam Musnad Imam Ahmad dengan sanad hasan disebutkan: "Dan (dosanya) yang Kemudian."

"Barangsiapa mendirikan solat pada malam Lailatul Qadar, kerana iman dan mengharap pahala dari Allah niscaya diampuni dosa-dosanya yang telah lalu, dan barangsiapa mendirikan solat malam di bulan Ramadhan kerana iman dan mengharap pahala dari (Allah), niscaya diampuni dosa-dosanya yang telah lalu." An-Nasa'i m
enambahkan: "Diampuni dosanya, baik yang telah lalu mahupun yang datang belakangan."

I
bnu Hibban dan Al-Baihaqi meriwayatkan dari Abu Sa'id, bahawa Rasulullah shallallahu 'alihi wasallam bersabda: "Barangsiapa berpuasa di bulan Ramadhan dan mengetahui batas-batasnya (ketentuan -ketentuannya) serta memelihara hal-hal yang harus dijaga, maka dihapus dosanya yang telah la
lu."

A
mpunan dosa tergantung pada terjaganya sesuatu yang harus dijaga seperti melaksanakan kewajipan-kewajipan dan meninggalkan segala yang haram. Majoriti ulama berpendapat bahawa ampunan dosa tersebut hanya berlaku pada dosa-dosa kecil, hal itu berdasarkan hadits riwayat Muslim, bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda: "Solat lima waktu, Jum'at sampai dengan Jum'at berikutnya dan Ramadhan sampai Ramadhan berikutnya adalah penghapus dosa yang terjadi di antara waktu-waktu tersebut, selama dosa-dosa besar ditinggalkan."


H
adits ini m
emiliki dua konotasi:

P
ertama: Bahawasanya penghapusan dosa itu terjadi dengan syarat menghindari dan menjauhi dosa-dosa besar.


K
edua: Hal itu dimaksudkan bahawa kewajipan-kewajipan
tersebut hanya menghapus dosa-dosa kecil. Sedangkan jumhur ulama berpendapat, bahawa hal itu harus disertai dengan taubat nasuha (taubat yang semurni-murninya).

H
adits Abu Hurairah di atas menunjukkan bahawa tiga faktor ini yakni puasa, solat malam di bulan Ramadhan dan solat pada malam Lailatul Qadar, masing-masing dapat menghapus dosa yang telah lampau, dengan syarat meninggalkan segala bentuk dosa besar.


Dosa besar adalah sesuatu yang mengandungi hukuman tertentu di dunia atau ancaman keras di akhirat; seperti zina, mencuri, minum arak, riba, derhaka terhadap orang tua, memutuskan hubungan kekeluargaan dan memakan harta anak yatim secara zalim dan sebagainya. Dalam firman-Nya, Allah Ta'ala menjamin orang-orang yang menjauhi dosa besar akan diampuni semua dosa kecil mereka:

"Jika kamu menjauhi dosa-dosa besar di antara dosa-dosa yang kamu dilarang mengerjakannya, nescaya Kami hapus kesalahan-kesalahanmu (dosa-dosa kecilmu) dan Kami memasukkanmu ke tempat yang mulia (Syurga)." (An-Nisaa': 31).

B
arangsiapa melaksanakan puasa dan amal kebajikan lainnya secara sempurna, maka ia termasuk hamba pilihan. Barangsiapa yang curang dalam pelaksanaannya, maka Neraka Wail layak untuknya. Jika Neraka Wail diperuntukk
an bagi orang yang mengurangi takaran (timbangan dalam jual beli) di dunia, bagaimana halnya dengan mengurangi takaran agama.

K
etahuilah bahawa para salafus soleh sangat bersungguh-sun
gguh dalam melaksanaankan semua pekerjaannya, lantas memperhatikan dan mementingkan diterimanya amal tersebut dan sangat bimbang jika ditolak. Mereka itulah orang-orang yang diganjari sesuai dengan perbuatan mereka sedangkan hatinya selalu gemetar (kerana takut siksa Tuhannya). Mereka lebih mementingkan aspek diterimanya amal daripada bentuk amal itu sendiri, mengenai hal ini Allah Ta'ala berfirman:

"Sesungguhnya Allah hanya menerima (korban) dari orang-orang yang bertaqwa." (Al-Maa'idah:27).


O
leh kerana
itu mereka berdo'a (memohon kepada Allah) selama 6 (enam) bulan agar dipertemukan lagi dengan bulan Ramadhan, kemudian berdo'a lagi selama 6 (enam) bulan berikutnya agar semua amalnya diterima.

B
anyak sekali sebab-sebab didapatnya ampunan di bulan Ramadhan oleh kerana itu barangsiapa yang tidak mendapatkan ampunan tersebut, maka sangatlah merugi. Rasulullah s.a.w. bersabda: "Jibril mendatangiku seraya berkata; 'Barangsiapa yang mendapati bulan Ramadhan, lantas tidak mendapatkan ampunan, kemudian mati, maka ia masuk Neraka serta dijauhkan Allah (dari rahmat-Nya). 'Jibril berkata lagi;'Ucapkan amin' maka kuucapkan, 'Amin.'" (HR. Ibnu Hibban dan Ibnu Khuzaimah)


Ketahuilah saudaraku, bahawasanya puasa di bulan Ramadhan, melaksanakan solat di malam harinya dan pada malam Lailatul Qadar, bersedekah, membaca Al-Qur'an, banyak berzikir dan berdo'a serta mohon ampunan dalam bulan mulia ini merupakan sebab diberikannya ampunan, jika tidak ada sesuatu yang menjadi penghalang, seperti meninggalkan kewajipan ataupun melanggar sesuatu yang diharamkan. Apabila seorang muslim melakukan berbagai faktor yang membuatnya mendapat ampunan dan tiada sesuatu pun yang menjadi penghalang baginya, maka optimislah untuk mendapatkan ampunan. Allah Ta'ala berfirman:

"Dan sesungguhnya Aku Maha Pengampun bagi orang yang bertaubat, beriman dan beramal soleh, kemudian tetap dijalan yang benar." (Thaaha: 82).

Y
akni terus melakukan hal-hal yang menjadi sebab didapatnya ampunan hingga dia mati. Iaitu keimanan yang benar, amal soleh yang dilakukan semata-mata kerana Allah, sesuai dengan petunjuk As-Sunnah dan sentiasa dalam keadaan demikian hingga mati. Allah Ta'ala berfirman:


"Dan sembahlah Tuhanmu sampai datang kepadamu apa yang diyakini (ajal)." (AI-Hijr: 99).

D
i sini Allah tidak menjadikan batasan waktu bagi amalan seorang mukmin selain kematian.
Jika keberadaan ampunan dan pembebasan dari api neraka itu tergantung kepada puasa Ramadhan dan pelaksanaan solat di dalamnya, maka di kala hari raya tiba, Allah memerintahkan hamba-Nya agar bertakbir dan bersyukur atas segala nikmat yang telah dianugerahkan kepada mereka, seperti kemudahan dalam pelaksanaan ibadah puasa, solat di malam harinya, pertolongan-Nya terhadap mereka dalam melaksanakan puasa tersebut, ampunan atas segala dosa dan pembebasan dari api Neraka. Maka sudah selayaknya bagi mereka untuk memperbanyak zikir, takbir dan bersyukur kepada Tuhannya serta selalu, bertaqwa kepada-Nya dengan sebenar-benar; ketaqwaan. Allah Ta'ala berfirman:

"Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu supaya kamu bersyukur." (Al-Baqarah: 185).


W
ahai para pendosa -demikian halnya kita semua, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana perbuatan-perbuatan jelekmu. Alan
gkah ramai orang sepertimu yang dibebaskan dari Neraka dalam bulan ini, berprasangka baiklah terhadap Tuhanmu dan bertaubatlah atas segala dosamu, kerana sesungguhnya Allah tidak akan membinasakan seseorang pun melainkan kerana ia membinasakan dirinya sendiri. Allah Ta'ala berfirman:

"Katakanlah: 'Hai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kama berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagri Maha Penyayang'." (Az-Zumar: 53).


Sebaiknya puasa Ramadhan diakhiri dengan istighfar (permohonan ampun), kerana istighfar merupakan penutup segala amal kebajikan; seperti solat, haji dan solat malam. Demikian pula dengan majlis-majlis, sebaiknya ditutup dengannya. Jika majlis tersebut merupakan tempat berzikir maka istighfar adalah pengukuh baginya, namun jika majlis tersebut tempat permainan maka istighfar berfungsi sebagai pelebur dan penghapus dosa. (Lihat kitab Lathaaiful-Ma'aarif; oleh Ibnu Rajab, hlm. 220-228)

Peringatan


Sebahagian orang apabila datang bulan Ramadhan, mereka bertaubat, mendirikan solat dan melaksanakan ibadah puasa. Namun jika Ramadhan melalui mereka kembali meninggalkan solat dan melakukan perbuatan maksiat. Mereka inilah seburuk-buruk manusia, kerana mereka tidak mengenal Allah kecuali di bulan Ramadhan saja. Tidakkah mereka tahu bahawa pemilik bulan-bulan itu adalah Satu, berbagai bentuk kemaksiatan adalah haram di setiap waktu dan Allah Maha Mengetahui setiap gerak-geri mereka di mana saja dan bila-bila saja.

Maka sebaiknya mereka cepat-cepat bertaubat nasuha, yakni dengan meninggalkan berbagai bentuk kemaksiatan, menyesalinya dan bertekad untuk tidak mengulanginya di masa akan datang, sehingga taubatnya diterima Allah dan diampuni segala dosanya. Allah Ta'ala berfirman:


"Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung". (An-Nuur: 31).

D
an dalam ayat yang lain Allah Ta'ala berfirman: "Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapus kesalahan-kesalahanmu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai" (At-Tahrim: 8).


Barangsiapa mohon ampunan kepada Allah dengan lisannya, namun hatinya tetap terpaut dengan kemaksiatan dan bertekad untuk kembali melakukannya selepas Ramadhan, lalu dia benar-benar melaksanakan niatnya tersebut, maka puasanya tertolak dan tidak diterima.

Monday, September 22, 2008

..:: tAk KeSaMpAiAn ::..


Dengarlah imanmu berbicara
Di ruang hati dan minda

Yang sentiasa bagimu terbuka

Memberi, menerima dari-Nya


Nikmat yang Allah kurnia

Membuatkan dikau gembira

Walhal dikau telah lupa
Allah menuntut dikau mengingati-Nya


Kadang kala ujian datang menimpa

Dikau terasa pedih dan siksa
Namun hatimu buta
Tidak melihat nilai hikmah-Nya


Sungguh kehidupan ini penuh warna
Hitam, putih ungu dan jingga

Lalu terlakar potrat hidup kita
Dengan corak suka jua duka

Sungguh kehidupan ini penuh bahaya

Gunung, lautan juga belantara
Kita redah dalam perjalanan fana
Tatih, jalan, jatuh, bangun semula


Dikau cipta keinginan jua kemahuan

Maka engkau terus meniti kehidupan
Apakan daya nasibmu telah ditentukan

Hajatmu tidak kesampaian

Lalu apa yang dikau mahu lakukan?

Menangis, mengadu atau menyimpan perasaan

Bukan it
u yang patut menjadi pilihan
Kerana DIA lebih memahami rintihan




Cukup! Kesatkan air matamu yang berlinangan,
Jangan biar ia terus bercucuran,

Apakah dikau tidak yakin dengan janji Tuhan,

Bahawa DIA juga berperancangan.


Kiranya buntu mencari penyelesaian

Hadapkanlah pada-Nya mohon harapan

DIA bisa berimu cahaya menerangi kegelapan

Menitip cinta yang tiada berkesudahan


Damaikanlah diriku dengan asma'Mu, Tuhan

Hanya Engkau yang layak dalam ingatan

Sepanjang hidupku jua berlalunya zaman

Jangan biarkan diriku terapung dalam khayalan

Yang tiada berkesudahan...

Sunday, September 21, 2008

..:: FaTwA-fAtWa BeRkAiTaN pUaSa ::..

Fatwa Rasulullah s.a.w. Sekitar Puasa

Seorang sahabat bertanya kepada beliau: "Wahai Rasulullah, Saya lupa sehingga makan dan minum, padahal saya sedang berpuasa." Beliau menjawab: "Allah telah memberimu makan dan minum" (HR. Abu Daud).

Dan dalam riwayat Ad-Daruquthni dengan sanad shahih disebutkan "Sempurnakan puasamu dan kamu tidak wajib mengqadhanya, sesungguhnya Allah telah memberimu makan dan minum" peristiwa itu terjadi pada hari pertama di bulan Ramadhan.


Pernah juga beliau ditanya tentang benang putih dan hitam, jawab beliau: "Iaitu terangnya siang dan gelapnya malam." (HR. An-Nasa 'i).

Seorang sahabat bertanya: "Saya mendapati solat Subuh dalam keadaan junub, saya berpuasa, bagaimana hukumnya? Jawab beliau: "Aku juga pernah mendapati Subuh dalam keadaan junub, lantas aku berpuasa. Ia berkata: "Engkau tidak seperti kami wahai Rasulullah, kerana Allah telah mengampuni semua dosamu baik yang lalu ataupun yang belakangan".

Rasulullah s.a.w. menjawab: "Demi Allah, sungguh aku berharap agar aku menjadi orang yang paling takut kepada Allah dan paling tahu akan sesuatu yang boleh dijadikan alat bertakwa." (HR. Muslim).


Beliau pernah ditanya tentang puasa di perjalanan, maka beliau menjawab: "Terserah Kamu, boleh berpuasa boleh pula berbuka" (HR. Muslim).


Hamzah bin 'Amr pernah bertanya: "Wahai Rasulullah, saya mampu berpuasa dalam perjalanan, apakah saya berdosa?" Beliau menjawab: "Ia adalah rukhshah (keringanan) dari Allah, barangsiapa mengambilnya baik baginya dan barangsiapa lebih suka berpuasa maka ia tidak berdosa." (HR. Muslim).


Sewaktu ditanya tentang mengqadha' puasa dengan tidak berturut-turut, beliau menjawab: "Hal itu kembali kepada dirimu (tergantung kemampuanmu), bagaimana pendapatmu jika salah seorang di antara kamu mempunyai tanggungan hutang lalu mencicilnya dengan satu dirham dua dirham, tidakkah itu merupakan bentuk pelunasan? Allah Maha Pemaaf dan Pengampun." (HR. Ad-DaYuquthni, isnadnya hasan).


Ketika ditanya oleh seorang wanita: "Wahai Rasulullah, ibu saya telah meninggal sedangkan ia berhutang puasa nadzar, bolehkah saya berpuasa untuknya? Beliau menjawab: "Bagaimana pendapatmu jika ibumu memiliki tanggungan hutang lantas kamu lunasi, bukankah itu membuat lunas hutangnya? la berkata, 'Benar'.

Rasulullah s.a.w. bersabda, "Puasalah untuk ibumu". (Hadits Muttafaq 'Alaih) (Lihat I'laarnul Muwaqqii'in 'An Rabbil 'Aalamiin, oleh Ibnul Qayyim, 4/266-267).



Fatwa Ibnu Taimiyah

Beliau ditanya tentang hukum berkumur dan memasukkan air ke rongga hidung (istinsyaq), bersiwak, mencicipi makanan, muntah, keluar darah meminyaki rambut dan memakai celak bagi seseorang yang sedang berpuasa; Jawapan beliau: "Adapun berkumur dan memasukkan air ke rongga hidung adalah disyari'atkan, hal ini sesuai dengan kesepakatan para ulama.

Rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya juga melakukan hal itu, tetapi beliau berkata kepada Al-Laqiit bin Shabirah: "Berlebih-lebihanlah kamu dalam menghirup air ke hidung kecuali jika kamu sedang berpuasa." (HR. Abu Daud, At-Tirmidzi, An-Nasaa'i dan Ibnu Maajah serta dishahihkan oleh Ibnu Khuzaimah).

Rasulullah s.a.w. tidak melarang istinsyaq bagi orang yang berpuasa, tetapi hanya melarang berlebih-lebihan dalam pelaksanaannya saja.

Sedangkan bersiwak adalah boleh, tetapi setelah zawal (matahari condong ke barat) kadar makruhnya diperselisihkan, ada dua pendapat dalam masalah ini dan keduanya diriwayatkan dari Imam Ahmad, namun belum ada dalil syar'i yang menunjukkan makruhnya, yang dapat menggugurkan keumuman dalil bolehnya bersiwak.

Mencicipi makanan hukumnya makruh jika tanpa keperluan yang memaksa, tapi tidak membatalkan puasa. Adapun jika memang sangat perlu, maka hal itu bagaikan berkumur, dan boleh hukumnya.

Adapun mengenai hukum muntah-muntah, jika memang disengaja dan dibuat-buat maka batal puasanya, tetapi jika datang dengan sendirinya tidak membatalkan. Sedangkan memakai minyak rambut jelas tidak membatalkan puasa.

Mengenai hukum keluar darah yang tak dapat dihindari seperti darah istihadhah, luka-luka, mimisan (keluar darah dari hidung) dan lain sebagainya adalah tidak membatalkan puasa, tetapi keluarnya darah haid dan nifas membatalkan puasa sesuai dengan kesepakatan para ulama.

Adapun mengenakan celak (sipat mata) yang tembus sampai ke otak, maka Imam Ahmad dan Malik berpendapat: Hal itu membatalkan puasa, tetapi Imam Abu Hanifah dan Syafi'i berpendapat: hal itu tidak membatalkan. (Lihat Majmu' Fataawaa, oleh Ibnu Taimiyah, 25/266-267). Wallahu A'lam.

Ibnu Taimiyah menambahkan dalam "Al-Ikhtiyaaraat": "Puasa seseorang tidak batal sebab mengenakan celak, injeksen (suntik), zat cair yang diteteskan di saluran air kencing, mengubati luka-luka yang tembus sampai ke otak dan luka tikaman yang tembus ke dalam rongga tubuh. Ini adalah pendapat sebahagian ulama. (Lihat Al Ikhtiyaraatul Fiqhiyah, hlm. 108) Wallahu A'lam.


Fatwa Syaikh Abdurrahiman Nasir Assa'di

Beliau ditanya tentang orang yang meninggal sebelum melunasi puasa wajibnya, bagaimana hukumnya?

Jawapan beliau: "Jika ia meninggal sebelum membayar puasa wajibnya, seperti orang yang meninggal dalam keadaan berhutang puasa Ramadhan, kemudian diberikan kepadanya kesihatan, namun dia belum sempat menunaikannya, maka waijb baginya memberi makan kepada satu orang miskin setiap hari sesuai dengan jumlah puasa yang ia tinggalkan. Menurut Ibnu Taimiyah, jika puasanya diwakili maka sah hukumnya, hal ini kuat sumber hukumnya.

Kondisi kedua: Ia meninggal sebelum dapat nenunaikan tanggungan hutangnya seperti sakit di bulan Ramadhan dan mati di pertengahannya, sedangkan ia tidak berpuasa kerana sakit tersebut atau bahkan sakitnya berlangsung terus hingga ajalnya tiba. Hal ini tidak menjadikannya wajib membayar kaffarah meskipun kematiannya setelah rentang waktu yang cukup lama, kerana ia tidak gegabah dan melalaikannya, demikian pula ia tidak meninggalkannya kecuali adanya udzur syar'i. (Lihat Al Irsyaadu Ilaa Ma'rifatil Ahkaam, hlm. 85-86.)

Dari Aisyah radhiallahu 'anha, bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Barangsiapa meninggal dunia sedangkan in mempunyai ranggungan puasa, maka walinya boleh berpuasa menggantikannya." (Muttafaq 'Alaih).

Hadits ini menunjukkan anjuran berpuasa kepada orang yang masih hidup untuk si mayat, dan bahawasanya jika seseorang meninggal dalam keadaan memiliki hutang puasa, maka boleh digantikan oleh walinya."

Imam Nawawi berkomen: "Para ulama berbeza pendapat tentang mayat yang memiliki tanggungan puasa wajib; seperti puasa Ramadhan, qadha' dan nadzar ataupun yang lain. Apakah wajib diqadha untuknya?

Dalam masalah ini Imam Syafi'i memiliki dua pendapat, yang terpopuler adalah, Tidak wajib diganti puasanya, sebab puasa pengganti untuk si mayat pada asalnya tidak sah. Adapun pendapat kedua, 'Disunnahkan bagi walinya untuk berpuasa sebagai pengganti bagi si mayat, hingga si mayat terbebas dari tanggungannya dan tidak usah membayar kaffarah (memberi makan orang miskin sesuai dengan bilangan puasa yang ditinggalkannya). Pendapat inilah yang benar dan terbaik menurut keyakinan kami. Dan pendapat inipun dibenarkan oleh para penelaah madzhab kami -yang menghimpun dan menyatukan disiplin ilmu fiqh dan hadits- berdasarkan hadits-hadits shahih diatas. (Lihat Al Majmu'atul Jalilah, hlm. 158.) Wallahu A'lam.


Fatwa Ulama Nejed (Arab Saudi)

Syaikh Abdullah bin Syaikh Muhammad ditanya mengenai mulai bila seorang anak yang meningkat dewasa diperintah melakukan ibadah puasa? Beliau menjawab: "Anak yang belum dewasa jika ia mampu berpuasa maka patut diperintah melaksanakannya, dan bila meninggalkannya diberi hukuman.


Syaikh Hamd bin Atiq ditanya tentang seorang wanita yang mendapati darah sebelum terbenam matahari, apakah puasanya dinyatakan sah? Beliau menjawab: "Puasanya tidak sempurna pada hari itu."


Syaikh Abdulah bin Syaikh Muhammad ditanya mengenai orang yang makan (berbuka) di bulan Ramadhan, bagaimana hukumnya? Beliau menjawab: "Orang yang makan di siang hari bulan Ramadhan atau minum harus diberi pelajaran (dengan hnkuman) supaya jera."


Syaikh Abdullah Ababathin ditanya tentang orang yang berpuasa mendapatkan aroma sesuatu, bagaimana hukumnya? Beliau menjawab: "Semua aroma yang tercium oleh orang yang sedang menunaikan ibadah puasa tidak membatalkan puasanya kecuali bau rokok, jika ia menciumnya dengan sengaja maka batallah puasanya.

Tetapi jika asap rokok masuk ke hidungnya tanpa disengaja tidak membatalkan, sebab amat sulit untuk menghindarinya. Wallahu A'lam"

Semoga shalawat dan salam senantiasa dilimpahkan kepada Nabi Muhammad s.a.w., segenap keluarga dan sababatnya, Amin.

Saturday, September 20, 2008

...:: aL-QaDaR MeNjELaNg LaGi ::...


Allah Ta'ala berfirman: "Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Qur'an) saat Lailatul Qadar (malam kemuliaan). Dan tahukah kamu apakah Lailatul Qadar itu? Lailatul Qadar itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar." (Al-Qadr: 1-5)

Allah memberitahukan bahawa Dia menurunkan Al-Qur'an pada malam Lailatul Qadar, iaitu malam yang penuh keberkahan. Allah Ta'ala berfirman: "Sesungguhnya Kami menurunkannya pada suatu malam yang diberkahi." (Ad-Dukhaan: 3)

Dan malam itu berada di bulan Ramadhan, sebagaimana firman Allah Ta'ala: "Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan Al-Qur'an." (Al-Baqarah: 185).

Ibnu Abbas r.a. berkata: "Allah menurunkan Al-Qur'anul Karim keseluruhannya secara sekaligus dari Lauh Mahfudz ke Baitul'Izzah (langit pertama) pada malam Lailatul Qadar. Kemudian diturunkan secara beransur-ansur kepada Rasulullah s.a.w. sesuai dengan konteks berbagai peristiwa selama 23 tahun." Malam itu dinamakan Lailatul Qadar kerana keagungan nilainya dan keutamaannya di sisi Allah Ta'ala. Juga, kerana pada saat itu ditentukan ajal, rezeki, dan lainnya selama satu tahun, sebagaimana firman Allah: "Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah." (Ad-Dukhaan: 4).

Kemudian, Allah berfirman mengagungkan kedudukan Lailatul Qadar yang Dia khususkan untuk menurunkan Al-Qur'anul Karim: "Dan tahukah kama apakah Lailatul Qadar itu?" (Lihat Tafsir Ibnu Katsir, 4/429.)

Selanjutnya Allah menjelaskan nilai keutamaan Lailatul Qadar dengan firman-Nya: "Lailatul Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan." Maksudnya, beribadah di malam itu dengan ketaatan, solat, membaca, zikir dan do'a sama dengan beribadah selama seribu bulan, pada bulan-bulan yang di dalamnya tidak ada Lailatul Qadar. Dan seribu bulan sama dengan 83 tahun 4 bulan.

Lalu Allah memberitahukan keutamaannya yang lain, juga berkahnya yang melimpah dengan banyaknya malaikat yang turun di malam itu, termasuk Jibril 'alaihis salam. Mereka turun dengan membawa semua perkara, kebaikan mahupun keburukan yang merupakan ketentuan dan takdir Allah. Mereka turun dengan perintah dari Allah.

Selanjutnya, Allah menambahkan keutamaan malam tersebut dengan firman-Nya: "Malam itu (penuh) kesejahteraan hingga terbit fajar" (Al-Qadar: 5)

Maksudnya, malam itu adalah malam keselamatan dan kebaikan seluruhnya, tak sedikit pun ada keburukan di dalamnya, sampai terbit fajar. Di malam itu, para malaikat -termasuk malaikat Jibril- mengucapkan salam kepada orang-orang beriman.

Dalam hadits shahih Rasulullah s.a.w. menyebutkan keutamaan melakukan qiyamul lail di malam tersebut. Beliau bersabda: "Barangsiapa melakukan solat malam pada saat Lailatul Qadar kerana iman dan mengharap pahala Allah, nescaya diampuni dosa-dosanya yang telah lalu." (Hadits Muttafaq 'Alaih)

Tentang waktunya, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Carilah Lailatul Qadar pada (bilangan) ganjil dari sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan." (HR. Al-Bukhari, Muslim dan lainnya).

Yang dimaksud dengan malam-malam ganjil iaitu malam dua puluh satu, dua puluh tiga, dua puluh lima, dua puluh tujuh, dan malam dua puluh sembilan.

Adapun qiyamullail di dalamnya iaitu menghidupkan malam tersebut dengan tahajud, solat, membaca Al-Qur'anul Karim, zikir, do'a, istighfar dan taubat kepada Allah Ta'ala. Aisyah radhiallahu 'anha berkata, aku bertanya: "Wahai Rasulullah, apa pendapatmu jika aku mengetahui lailatul Qadar, apa yang harus aku ucapkan di dalamnya?" Beliau menjawab, katakanlah: "Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, Engkau mencintai Pengampunan maka ampunilah aku." (HR. At-Tirmidzi, ia berkata, hadits hasan shahih).

Pelajaran dari surah Al-Qadr:

1. Keutamaan Al-Qur'anul Karim serta ketinggian nilainya, dan bahawa ia diturunkan pada saat Lailatul Qadar.

2. Keutamaan dan keagungan Lailatul Qadar, dan bahawa ia menyamai seribu bulan yang tidak ada Lailatul Qadar di dalamnya.

3. Anjuran untuk mengisi kesempatan-kesempatan baik seperti malam yang mulia ini dengan berbagai amal soleh.

Jika anda telah mengetahui keutamaan-keutamaan malam yang agung ini, dan ia terbatas pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan maka sewajarnya anda bersemangat dan bersungguh-sungguh pada setiap malam dari malam-malam tersebut, dengan solat, zikir, do'a, taubat dan istighfar. Mudah-mudahan dengan demikian anda mendapatkan Lailatul Qadar, sehingga anda berbahagia dengan kebahagiaan yang kekal yang tiada penderitaan lagi setelahnya Di malam-malam tersebut, hendaknya anda berdo'a dengan do'a-do'a bagi kebaikan dunia dan akhirat, di antaranya:

1. "Ya Allah, perbaikilah untukku agamaku yang merupakan penjaga urusanku, dan perbaikilah untukku duniaku yang di dalamnya adalah kehidupanku, dan perbaikilah untukku akhiratku yang kepadanya aku kembali, dan jadikanlah kehidupan (ini) menambah untukku dalam setiap kebaikan, dan kematian menghentikanku dari setiap kejahatan. Ya Allah bebaskanlah aku dari (siksa) api Neraka, dan lapangkanlah untukku rezeki yang halal, dan palingkanlah daripadaku kefasikan jin dan manusia, wahai Dzat Yang Hidup dan terus menerus mengurus (makhluk-Nya)"

2. "Wahai Tuhan kami, berikanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan jagalah kami dari siksa Neraka. Wahai Dzat Yang Hidup lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya), wahai Dzat Yang Memiliki Keagungan dan Kemulyaan."

3. "Ya Allah, sesungguhnya aku memohon hal-hal yang menyebabkan (turunnya) rahmat-Mu, ketetapan ampunan-Mu, keteguhan dalam kebenaran dan mendapatkan segala kebaiikan, selamat dari segala dosa, kemenangan dengan (mendapat) Syurga serta selamat dari Neraka. Wahai Dzat Yang Maha Hidup dan terus menerus mengurusi makhluk-Nya, Wahai Dzat yang memiliki Keagungan dan Kemuliaan."

4. "Ya Allah, aku memohon kepada-Mu pintu-pintu kebajikan, kesudahan (hidup) dengannya serta segala yang menghimpunnya, secara lahir-batin, di awal mahupun di akhirnya, secara terang- terangan mahupun rahasia. YaAllah, kasihilah keterasinganku di dunia dan kasihilah kengerianku di dalam kubur serta kasihilah berdiriku di hadapanmu kelak di akhirat. Wahai Dzat Yang Mahahidup, yang memiliki Keagungan dan Kemuliaan."

5. "Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu petunjuk, ketakwaan, 'afaaf (pemeliharaan dari segala yang tidak baik) serta kecukupan."

6. "Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, mencintai pengampunan maka ampunilah aku."

7. "Ya Allah, aku mengharap rahmat-Mu maka janganlah Engkau pikulkan (bebanku) kepada diriku sendiri meskipun hanya sekejap mata, dan perbaikilah keadaanku seluruhnya, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Engkau."

8. "Ya Allah, jadikanlah kebaikan sebagai akhir dari semua urusan kami, dan selamatkanlah kami dari kehinaan dunia dan siksa akhirat."

9. "Ya Tuhan kami, terimalah (permohonan) kami, sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui, wahai Dzat Yang Maha Hidup, yang memiliki keagungan dan kemuliaan."

Friday, September 19, 2008

..:: Mukjizat al-Quran : Seiras Tapi Tak Sama ::..


Sempena sambutan Nuzul Quran pada 17 Ramadhan yang lepas (khilaf juga menyebut Nuzul Quran ialah pada 27 Ramadhan), Nurulimanz ingin berkongsi sesuatu dengan anda iaitu tentang kemukjizatan Al-Quran dari sudut pengulangan ayat yang nampak seiras, namun di sana terdapat perbedaan dalam konteks lafaz ayat serta ia mempunyai pengertian yang berbeda. Anda akan lebih berasa takjub jika membuat bacaan lanjut terhadap kitab Asrar al-Tikrar fi Al-Quran (Rahsia Pengulangan Dalam Al-Quran). Untuk mengikuti artikel yang Nurulimanz paparkan ini, adalah lebih baik anda sertai dengan rujukan kepada teks Al-Quran dan terjemahannya supaya anda lebih yakin dengan ilmu mukjizat ini. Adalah menjadi nilai tambah jika anda mengetahui sedikit sebanyak asas bahasa arab.

Contoh 1:

Firman Allah (swt): (H
ud:22)

(sila rujuk teks Al-Quran dan terjemahannya)


22. tidak syak lagi, Bahawa Sesungguhnya merekalah Yang paling rugi, pada hari akhirat kelak.

Firman Allah (swt): (al-Nahl:109)


(sila rujuk teks Al-Quran dan terjemahannya)

109. tidak syak lagi, Bahawa mereka ialah orang-orang Yang rugi pada hari akhirat kelak.


Lihat perbezaannya pada kedua-dua ayat tersebut. Lihat terjemahan bahasa Melayunya (orang
-orang yang paling rugi: Hud/22) dan (orang-orang yang rugi:al-Nahl/109).

Jika dalam Bahasa Arab kita katakan satu (Bi Shighah Af'al Al-tafdhil) dan lagi satu (Bi Shighah Isim Al-fa'il)

Seseorang yang bertadabbur akan bertanya, kenapa satu ayat dikhaskan dengan menggunakan lafaz ini dan satu lagi ayat dikhususkan dengan menggunakan lafaz itu? Apakah tidak boleh satu mengambil tempat yang lain? Jawabnya memang tidak boleh, kerana setiap satunya membawa message yang berbeza. Apakah message itu? Ini yang akan kita bahaskan.

Kita selesaikan permasalahan ini dengan merujuk kepada ayat sebelumnya. Perhatikan ayat 20 surah Hud:


(sila rujuk teks Al-Quran dan terjemahannya)

20. mereka itu tidak akan dapat melemahkan kekuasaan Allah daripada menimpakan mereka Dengan azab di dunia, dan tidak ada pula bagi mereka, Yang lain dari Allah, sesiapapun Yang dapat menolong melepaskan mereka dari seksaNya. Azab untuk mereka akan digandakan (kerana mereka sangat bencikan jalan ugama Allah), sehingga mereka tidak tahan mendengarnya, dan tidak pula suka melihat tanda-tanda kebenarannya.


Dalam ayat ini Allah menyebut azab ke atas mereka diga
ndakan..Apakah sebabnya azab ke atas mereka digandakan? Ini dijawab oleh ayat 19 surah Hud:

(sila rujuk teks Al-Quran dan terjemahannya)

19. orang-orang Yang menghalang dirinya sendiri dan orang lain dari jalan ugama Allah dan berusaha supaya jalan itu menjadi bengkok terpesong, sedang mereka pula ingkarkan hari akhirat.


Oleh sebab kebejatan dan kejahatan mereka yang teramat sangat, maka digandakan azab ke atas mereka. Maksud gandaan azab tercapai melainkan digunakan sighat isim tafdil iaitu (Al-Akhsaruun). Jika digunakan sighah (Al-Khoosiruun) ia tidak dapat menggambarkan makna lipat kali ganda azab.


Kita juga boleh menyelesaikan kekusutan ini dari sudut yang lain iaitu dari sudut kesesuaian irama sebutan. Ini juga merupakan sebahagian d
aripada ciri keindahan al-Quran.

Perhatikan sekali lagi pada ayat 20 surah Hud dan lihat pengakhiran ayatnya…

(sila rujuk teks Al-Quran dan terjemahannya)


Perhatikan juga pengakhiran ayat 21 surah Hud:


(sila rujuk teks Al-Quran dan terjemahannya)

Kedua-dua pengakhiran ini lebih sesuai dengan irama (Akhsaruun) tetapi tidak sesuai dengan irama (khoosiruun). dengan tidak bersalahan dari aspek makna ayat dan lebih serasi dari sudut irama, maka penggunaan (Al-Akhsaruun) pada ayat surah Hud ini lebih sesuai.


Berbeza dengan surah al-Nahl:109 yang menggunakan (Al-Khoosiruun). Memang ia lebih lebih disesuai kerana ayat-ayat sebelumnya adalah datang dalam format (Khoosiruun). misalnya perhatikan ayat 107 surah al-Nahl:


(sila rujuk teks Al-Quran dan terjemahannya)

Demikian juga ayat 108: surah al-Nahl:

(sila rujuk teks Al-Quran dan terjemahannya)

Atas asas itu, diharap kita dapat menjelaskan mengenai perbezaan penggunaan yang seiras tetapi tidak sama.


Contoh kedua:


Firman Allah (swt) dalam surah Hud: 67

(sila rujuk teks Al-Quran dan terjemahannya)

67. dan orang-orang Yang zalim itu, dibinasakan oleh satu letusan suara Yang meng
gempakan bumi, lalu menjadilah mereka mayat-mayat Yang tersungkur di tempat tinggal masing-masing.

Firman Allah dalam surah Hud: 94:


(sila rujuk teks Al-Quran dan terjemahannya)


94. dan ketika datang (Masa perlaksanaan) perintah kami, Kami sel
amatkan Nabi Syuaib beserta Dengan umatnya Yang beriman, Dengan rahmat dari kami; dan orang-orang Yang zalim itu dibinasakan oleh letusan suara Yang menggempakan bumi, lalu menjadilah mereka mayat-mayat Yang tersungkur di tempat masing-masing.

Lihat pada: (wa a kho za) dan (wa a kho zat).

Perbezaan: (Al-Tazkir wa Al-Taknith fi Al-Fi'lu).


Sesiapa yang memerhatikan kedua-dua ayat ini akan merasa amat takjub pada perbezaan yang berlaku sedangkan kedua-dua (kata kerja/fail/verb) adalah satu iaitu (Ash-Shihah) yang seharusnya di
gunakan dengan adanya (ta). Tetapi di sini ada yang digunakan (ta) dan ada yang tidak. Bagaimana mahu dirungkaikan permasalahan ini.

Pertama kita kita boleh selesaikan dengan meletakkan maksud lafaz bukan maksud pada lafaznya tetapi yang dimaksudkan ialah pada maknanya atau pada ertinya. Lantaran itu (Ash-Shihah) dalam ayat bukan dikehenda
ki lafaz itu tetapi yang hendak disampaikan oleh al-Quran adalah maksudnya. Apakah maksudnya? Maksudnya ialah (Ash-Shiyah). Oleh itu harus/boleh diguna pakai (A kho za) tanpa (ta) pada ayat 67 surah Hud. Tetapi pada ayat 94 surah Hud tiada masalah kerana verb nya telah ada (ta).

Kedua, ialah dengan mengetahui di sebalik kisah Syuaib. Allah telah memusnahkan kaum Nabi Syuaib dengan azab yang turun bertimpa-timpa. Salah satu dari azabnya ialah seperti yang disebut dalam surah al-A’raf:91.Firman Allah:

(sila rujuk teks Al-Quran dan terjemahannya)

91. maka mereka dibinasakan oleh gempa, lalu menjadilah mereka mayat-mayat Yang tersungkur di tempat masing-masing. Dalam ayat ini disebut, satu azabnya ialah gempa. Dalam ayat 94 surah Hud kaum nabi Syuaib ditimpa azab yang lain. Firman Allah :

(sila rujuk teks Al-Quran dan terjemahannya)

94. dan ketika datang (Masa perlaksanaan) perintah kami, Kami selamatkan Nabi Syuaib beserta Dengan umatnya Yang beriman, Dengan rahmat dari kami; dan orang-orang Yang zalim itu dibinasakan oleh letusan suara Yang menggempakan bumi, lalu menjadilah mereka mayat-mayat Yang tersungkur di tempat masing-masing.


Dalam ayat ini disebut, satu azabnya ialah letusan suara tempikan yang dahsyat. Dalam ayat 189: surah al-Syu’ara kaum Nabi Syuaib ditimpa azab yang lain pula. Firman Allah:


(sila rujuk teks Al-Quran dan terjemahannya)


189. maka mereka tetap juga mendustakannya, lalu mereka ditimpa azab seksa hari awan mendung; Sesungguhnya kejadian itu adalah merupakan azab seksa hari Yang amat besar - (huru-haranya).


Dalam ayat ini azab yang dikenakan ke atas kaum Nabi Syuaib ialah dengan kepungan awan mendung.


Ketiga-tiga jenis azab ke atas kaum Nabi Syuaib ini dari sudut lafaznya ialah (muannath). Lantaran itu ia lebih sesuai dikekalkan bentuknya (muannath) iaitu adanya (ta) pada ayat 94 surah Hud yang mengisahkan kaum Nabi Syuaib agar ia lebih konsisten.


Pada kisah kaum Nabi Salih tidak sesuai dimasukkan (ta), kerana tidak nyata azab yang dikenakan ke atas mereka itu sebagai bertubi-tubi menggunakan bentuk (muannath) seperti (Ar-Rijfah) dan lain-lain, oleh itu ia sesuai kekal dalam kaedah biasa bahasa Arab iaitu fiil/verb apabila dipisahkan maka ia boleh dipilih untuk dibaca dengan (muannath) atau muzakkar (A kho zat) atau (A kho za) sebagaimana terdapat dalam firman Allah yang lain pada menunjukkan ada pemisah:


(sila rujuk teks Al-Quran dan terjemahannya) Al-Baqarah: 275

Nasihat daripada Nurulimanz : Sesungguhnya al-Quran adalah warkah cinta daripada Sang Pencipta. Kandungannya penuh ketakjuban. Jadi, siapa yang bermalas-malas dalam membaca Quran, maka hilanglah dari hatinya cahaya cinta kepada Allah serta lupuslah dari dirinya hikmah. Ketahuilah bahawa Imam Maliki apabila tibanya bulan Ramadhan, maka ditutupnya kitab pengajaran lalu dibukanya Al-Quran. Maka basahlah bibirnya setiap hari dengan alunan Al-Quran yang sentiasa meniti di bibirnya... Wallahu a'lam...

Monday, September 15, 2008

ARE YOU READY ? 10 FINAL OF RAMADHAN !


Dalam Shahihain disebutkan, dari Aisyah radhiallahu 'anha, ia berkata: "Bila masuk sepuluh (hari terakhir bulan Ramadhan Rasulullah s.a.w. mengencangkan kainnya menjauhkan diri dari menggauli isterinya), menghidupkan malamnya dan membangunkan keluarganya." Demikian menurut lafaz Al-Bukhari.

Adapun lafaz Muslim berbunyi: "Menghidupkan malam(nya), membangunkan keluarganya, dan bersungguh-sungguh serta mengencangkan kainnya.

Dalam riwayat lain, Imam Muslim meriwayatkan dari Aisyah radhiallahu anha: "Rasulullah s.a.w. bersungguh-sungguh dalam sepuluh (hari) akhir (bulan Ramadhan), hal yang tidak beliau lakukan pada bulan lainnya."

Rasulullah s.a.w. mengkhususkan sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan dengan amalan-amalan yang tidak beliau lakukan pada bulan-bulan yang lain, di antaranya:


1. Menghidupkan malam:

Ini mengandungi kemungkinan bahawa beliau menghidupkan seluruh malamnya, dan kemungkinan pula beliau menghidupkan sebahagian besar daripadanya. Dalam Shahih Muslim dari Aisyah radhiallahu 'anha, ia berkata: "Aku tidak pernah mengetahui Rasulullah shallallahu alaihi wasallam shalat malam hingga pagi."

Diriwayatkan dalam hadits marfu' dari Abu Ja'far Muhammad bin Ali: "Barangsiapa mendapati Ramadhan dalam keadaan sihat dan sebagai orang muslim, lalu puasa pada siang harinya dan melakukan solat pada sebahagian malamnya, juga menundukkan pandangannya, menjaga kemaluan, lisan dan tangannya, serta menjaga solatnya secara berjemaah dan bersegera berangkat untuk solat Jum'at; sungguh ia telah puasa sebulan (penuh), menerima pahala yang sempurna, mendapatkan Lailatul Qadar serta beruntung dengan hadiah dari Tuhan Yang Mahasuci dan Maha tinggi." Abu Ja 'far berkata: Hadiah yang tidak serupa dengan hadiah-hadiah para penguasa. (HR. Ibnu Abid-Dunya).


2. Rasulullah s.a.w. membangunkan keluarganya untuk solat pada malam-malam sepuluh hari terakhir, sedang pada malam-malam yang lain tidak.

Dalam hadits Abu Dzar r.a. disebutkan: "Bahawasanya Rasulullah shallallahu 'alaihi wasalam melakukan solat bersama mereka (para sahabat) pada malam dua puluh tiga (23), dua puluh lima (25), dan dua puluh tujuh (27) dan disebutkan bahawasanya beliau mengajak (solat) keluarga dan isteri-isterinya pada malam dua puluh tujuh (27) saja."

Ini menunjukkan bahawa beliau sangat menekankan dalam membangunkan mereka pada malam-malam yang diharapkan turun Lailatul Qadar di dalamnya.

At-Thabarani meriwayatkan dari Ali r.a.: "Bahawasanya Rasulullah s.a.w. membangunkan keluarganya pada sepuluh akhir dari bulan Ramadhan, dan setiap anak kecil mahupun orang tua yang mampu melakukan solat."

Dan dalam hadits shahih diriwayatkan: "Bahawasanya Rasulullah s.a.w. mengetuk (pintu) Fathimah dan Ali r.a.ma pada suatu malam seraya berkata: Tidakkah kamu bangun lalu mendirikan solat?" (HR. Al-Bukhari dan Muslim)

Beliau juga membangunkan Aisyah radhiallahu 'anha pada malam hari, bila telah selesai dari tahajudnya dan ingin melakukan (solat) witir.

Dan diriwayatkan adanya targhib (dorongan) agar salah seorang suami-isteri membangunkan yang lain untuk melakukan solat, serta memercikkan air di wajahnya bila tidak bangun). (Hadits riwayat Abu Daud dan lainnya, dengan sanad shahih.)

Dalam kitab Al-Muwaththa' disebutkan dengan sanad shahih, bahawasanya Umar r.a. melakukan solat malam seperti yang dikehendaki Allah, sehingga apabila sampai pada pertengahan malam, ia membangunkan keluarganya untuk solat dan mengatakan kepada mereka: "Solat! solat!" Kemudian membaca ayat ini: "Dan perintahkanlah kepada keluargamu mendirikan solat dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya." (Thaha: 132).


3. Bahawasanya s.a.w. mengencangkan kainnya. Maksudnya beliau menjauhkan diri dari menggauli isteri-isterinya.

Diriwayatkan bahawasanya beliau tidak kembali ke tempat tidurnya sehingga bulan Ramadhan berlalu. Dalam hadits Anas r.a. disebutkan:
"Dan beliau melipat tempat tidurnya dan menjauhi isteri-isterinya (tidak menggauli mereka).

Rasulullah s.a.w. beri'tikaf pada malam sepuluh terakhir bulan Ramadhan. Orang yang beri'tikaf tidak diperkenankan mendekati (menggauli) isterinya berdasarkan dalil dari nas serta ijma'. Dan "mengencangkan kain" ditafsirkan dengan bersungguh-sungguh dalam beribadah.


4. Mengakhirkan berbuka hingga waktu sahur.

Diriwayatkan dari Aisyah dan Anas r.a., bahawasanya Rasulullah s.a.w. pada malam-malam sepuluh (akhir bulan Ramadhan) menjadikan makan malam (berbuka) nya pada waktu sahur.

Dalam hadits marfu' dari Abu Sa'id r.a., ia berkata: "Janganlah kamu menyambung (puasa). Jika salah seorang dari kamu ingin menyambung (puasanya) maka hendaknya ia menyambung hingga waktu sahur (saja)." Mereka bertanya: "Sesungguhnya engkau menyambungnya wahai Rasulullah?" Beliau menjawab: "Sesungguhnya aku tidak seperti kamu. Sesungguhnya pada malam hari ada yang memberiku makan dan minum." (HR. Al-Bukhari)

Ini menunjukkan apa yang dibukakan Allah atas beliau dalam puasanya dan kesendiriannya dengan Tuhannya, oleh sebab munajat dan zikirnya yang lahir dari kelembutan dan kesucian beliau. Kerana itulah sehingga hatinya dipenuhi Al-Ma'ariful Ilahiyah (pengetahuan tentang Tuhan) dan Al-Minnatur Rabbaniyah (anugerah dari Tuhan) sehingga mengenyangkannya dan tak lagi memerlukan makan dan minum.


5. Mandi antara Maghrib dan Isya'.

Ibnu Abi Hatim meriwayatkan dari Aisyah radhiallahu 'anha: "Rasulullah s.a.w. jika bulan Ramadhan (seperti biasa) tidur dan bangun. Dan manakala memasuki sepuluh hari terakhir beliau mengencangkan kainnya dan menjauhkan diri dari (menggauli) isteri-isterinya, serta mandi antara Maghrib dan Isya."

Ibnu Jarir rahimahullah berkata, mereka menyukai mandi pada setiap malam dari malam-malam sepuluh hari terakhir. Di antara mereka ada yang mandi dan menggunakan wangi-wangian pada malam-malam yang paling diharapkan turun Lailatul Qadar.

Kerana itu, dianjurkan pada malam-malam yang diharapkan di dalamnya turun Lailatul Qadar untuk membersihkan diri, menggunakan wangi-wangian dan berhias dengan mandi (sebelumnya), dan berpakaian bagus, seperti dianjurkannya hal tersebut pada waktu solat Jum'at dan hari-hari raya. Dan tidaklah sempurna berhias secara lahir tanpa diiringi dengan berhias secara batin. Yakni dengan kembali (kepada Allah), taubat dan mensucikan diri dari dosa-dosa. Sungguh, berhias secara lahir sama sekali tidak berguna, jika ternyata batinnya rosak.

Allah tidak melihat kepada rupa dan tubuhmu, tetapi Dia melihat kepada hati dan amalmu. Kerana itu, barangsiapa menghadap kepada Allah, hendaknya ia berhias secara lahiriah dengan pakaian, sedang batinnya dengan taqwa. Allah Ta'ala berfirman:

"Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian taqwa itulah yang paling baik." (Al-A'raaf: 26).


6. I'tikaf. Dalam Shahihain disebutkan, dari Aisyah radhiallahu 'anha: "Bahawasanya Rasulullah s.a.w. senantiasa beri'tikaf pada sepuluh hari terakhir dari Ramadhan, sehingga Allah mewafatkan beliau."

Rasulullah s.a.w. melakukan i'tikaf pada sepuluh hari terakhir yang di dalamnya dicari Lailatul Qadar untuk menghentikan berbagai kesibukannya, mengosongkan fikirannya dan untuk mengasingkan diri demi bermunajat kepada Tuhannya, berzikir dan berdo'a kepada-Nya.
Adapun makna dan hakikat i'tikaf adalah:

Memutuskan hubungan dengan segenap makhluk untuk menyambung penghambaan kepada AI-Khaliq. Mengasingkan diri yang disyari'atkan kepada umat ini iaitu dengan i'tikaf di dalam masjid-masjid, khususnya pada bulan Ramadhan, dan lebih khusus lagi pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan. Sebagaimana yang telah dilakukan Rasulullah s.a.w.

Orang yang beri'tikaf telah mengikat dirinya untuk taat kepada Allah, berzikir dan berdo'a kepada-Nya, serta memutuskan dirinya dari segala hal yang menyibukkan diri daripada-Nya. Ia beri'tikaf dengan hatinya kepada Tuhannya, dan dengan sesuatu yang mendekatkan dirinya kepada-Nya. Ia tidak memiliki keinginanlain kecuali Allah dan ridha-Nya. Sembga Alllah memberikan taufik dan inayah-Nya kepada kita. (Lihat kitab Larhaa'iful Ma'aarif, oleh Ibnu Rajab, hlm. 196-203).