Monday, June 30, 2008

Nurulimanz's BIZ

Tika ini Nurulimanz berasa amat sedih lantaran umat Islam khususnya di Malaysia bagai menumpang di negeri sendiri dek taraf ekonomi yang kurang memberangsangkan. Maka ada di antara umat Islam nak kaya cepat dengan melakukan pelbagai jenayah dan DOSA. Mencuri, merompak, meragut, menipu, rasuah, judi, pasaran gelap dan sebagainya demi menjadi HAMBA WANG. Bukan sahaja mereka yang terdesak inginkan wang yang melakukannya, bahkan terdapat antara mereka yang bergelar VIP dan VVIP lebih lahap meratah WANG DOSA tersebut. Islam telah memberi resolusi penyelesaian masalah ini sekian lama, namun terdapat umat Islam yang tetap degil tidak mahu menurutinya atau hanya memandang sebelah mata. Pertama, bina iman dalam diri. Kedua belajar bagaimana menjana ekonomi yang halal. Ketiga berdoa moga dibukakan pintu rezeki buat kita dan yang terakhir, berusaha dan bertawakkal kepada Allah tanpa berputus asa. Pasti anda akan berjaya!

Di ruangan ini, Nurulimanz ingin menyarankan kepada anda suatu perniagaan yang mampu membangunkan umat Islam pada era ini. E-DAGANG. Nurulimanz sendiri telah melaburkan modal dalam sebuah syarikat e-dagang yang berpusat di Hong Kong iaitu Qi/QUESTNET/GOLDQUEST. Melalui Syarikat yang tough, plan pemasaran yang meyakinkan dan produk yang berkualiti, Qi/QUESTNET/GOLDQUEST telah memiliki cawangan sekurang-kurangnya di 220 buah negara termasuk Malaysia setelah 10 tahun beroperasi iaitu dari tahun 1998-2008. Pemasarannya melalui internet menjadikan e-dagang cepat berkembang kerana internet merintis globalisasi yang menjadikan dunia tanpa sempadan. Produk berkualiti yang mendapat pengiktirafan antarabangsa menjadi tawaran syarikat Qi/QUESTNET/GOLDQUEST. Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari sesawang dan video yang diletakkan di ruangan Questnet Corner (layout di sebelah kanan).

Semoga dengan adanya alternatif ini, umat Islam dapat menyaingi (dengan sihat) monopoli masyarakat Cina yang hebat dengan aktiviti ekonomi konvesionalnya. Bagaimana halnya pula dengan VIP dan VVIP yang 'merompak'? Penyelesaiannya hanya satu : menguatkuasakan hukum Allah terhadap mereka. Tiada alternatif lain lagi..Sebagai penutup, Nurulimanz ingin mengungkapkan kata-kata CEO syarikat Qi, Dato' VijayEswaran :

"FROM THE TIME WE ARE BORN, THERE IS A CONTINUOUS DIN THAT HITS AND ASSAILS OUR SENSES. IT NEVER CEASAS EVEN WHEN WE ARE ASLEEP IT IS A DIN THAT COCOONS US SO MUCH SO THAT WE STOP HEARING. AND EVEN AS WE STOP, WE CAN STILL HEAR THE DIN BUT NOT THE SILENCE"

Wednesday, June 25, 2008

NURULIMANZ ISLAMIC THEME PARK


Salah satu impian Nurulimanz ialah ingin mendirikan NURULIMANZ ISLAMIC THEME PARK. Taman ini menjanjikan keseronokan dan hiburan buat seisi keluarga disamping tujuan utamanya iaitu menyampaikan mesej Islam kepada pengunjung yang hadir. Ye la...asyik asyik, water theme park je yang dibangunkan. Tiada siapa yang ingin bangunkan Islamic Theme Park.

Plannya lebih kurang beginilah...Dari pintu gerbang naik "SPERM TRAIN" hingga ke "OVUM STATION" melalui "LANDASAN KELAHIRAN". Di dalam train itu, pengunjung akan diberi penerangan melalui audio video tentang kehebatan ciptaan Allah iaitu kejadian manusia bermula daripada percantuman sperma dan ovum sehinggalah manusia itu dilahirkan ke dunia.

Turun daripada stesen, pengunjung akan terus memasuki "AUDITORIUM DUNYAFANA". Di auditorium ini, pengunjung disajikan dengan pementasan tentang hakikat dunia yang dicipta oleh Allah dan dihuni oleh pelbagai ciptaan-Nya.

Kemudian pengunjung akan melalui sebatang jalan sempit dan suram menuju ke "IBLIS CAVES". Di dalam gua, pengunjung akan disajikan dengan visual dan latar cahaya yang akan memberi gambaran dan kefahaman sebenar tentang hakikat iblis.

Keluar daripada gua, pengunjung akan ditunjuki jalan ke "KAMAR TAUBAH". Di kamar ini, pengunjung akan imej dan slide mengenai taubat.

Sesudah itu, "CINEMUSLIM" akan menanti kunjungan. Cinemuslim adalah nama lain bagi cinema (pawagam) yang bercirikan Islamik. Islamik dari segi filemnya mahupun susun atur programnya.

Setelah bergembira di cinemuslim, pengunjung akan berkunjung pula di "BAHTERA SENI ISLAM". Muzim berbentuk bahtera ini mengandungi pelbagai model ciptaan dan seni umat Islam. Ia bukan hanya sekadar pameran, malah pengunjung dapat mengetahui maklumat lengkap mengenai model ciptaan dan seni umat Islam itu melalui kemudahanskrin sentuh yang disediakan.

Kemudian, "ISTANA MAWADDAH" pula menjadi tempat persinggahan pengujung. Penerapan nilai mawaddah (kasih sayang) dan tanggungjawab kepada Allah, Rasulullah, ulama', ibu bapa, keluarga dan pasangan (suami isteri) menjadi agenda utama dalam program di istana ini.

Setelah itu, pengujung akan ke "TEKNO-MUSLIM", sebuah makmal yang mempamerkan kehebatan Sains Islam. Pameran berteknologi ini pasti memukau pengunjung.

Seterusnya, "COLISCON" menanti pengunjung. ia adalah singkatan nama kepada Collesium of Islamic Concert. Bangunan berbentuk kolesium ini bukan lagi menjadi gelanggang pertarungan lembu, tetapi menjadi gelanggang halwa telinga.

Sebelum tiba di "MAHSYAR STATION", pengunjung perlu melalui "TEROWONG BARZAKH" terlebih dahulu. Di dalam terowong, pengunjung akan dikhabarkan tentang berita kematian melalui audio dan video.

Dari mahsyar station, pengunjung akan menaiki "MUSTAQIM TRAIN" melalui "LANDASAN SIRAT" menuju ke pintu gerbang untuk keluar. Semasa dalam train, pengunjung akan dikhabarkan tentang berita akhirat iaitu destinasi manusia yang terakhir.

Mampukah Nurulimanz merealisasikannya? Seandainya Allah mengizinkan, impian ini Nurulimanz akan jadikannya kenyataan... Kalaupun bukan Nurulimanz yang membangunkanya, harapan menggunung sekiranya ada hamba Allah yang lain dapat membinanya...

Monday, June 23, 2008

Perkampungan Daie Mewarnai Uni Perdana


Projek mega Perkampungan Daie merupakan sebuah program hasil cetusan minda Nurulimanz dalam memacu dunia dakwah kontemporari. Alhamdulillah, Perkampungan Daie berjalan lancar dengan bantuan pensyarah-pensyarah dan sahabat-sahabat Akademi Pengajian Islam khususnya daripada Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan. Projek yang bernilai hampir RM 70 000 ini mengandungi 13 sub-program yang dijalankan selama 8 hari berturut-turut. Sidang media (D'MEDIA) yang dilangsungkan pada 11 Februari 08 mendapat liputan daripada suratkhabar Utusan, Kosmo! , Metro, Sinar Harian serta majalah Anis.

Program dimulakan pada 16 Feb dengan Motivasi Asakan Minda (D'BOOSTER). Pada 17 Feb, berlangsung Majlis Pembukaan Perkampungan Daie (D'OPENING). 18 Feb, Wacana Ilmiah Psikologi Dakwah (D'WISDOM) berjalan dengan jayanya. Seterusnya Bengkel Kemahiran Menulis Skrip dan Melukis Komik Untuk Berdakwah (D'ART) berlangsung pada 19 Feb. Pawagam Dakwah (D'CINE) dibuka pada 20 Feb. 21 Feb, Konsert Gemerlpan Islam (D'ENTERTAIN) mendapat sambutan hangat. 22 Feb, 10 peserta berentap di atas pentas Pertandingan Pidato Daie Cilik (D'SMALL STARZ). 23 Feb, Seminar Dakwah Masyarakat Majmuk (D'MASYK) menjadi pilihan para daie. 24 Feb padat dengan 3 sub program dimulai dengan Dialog Antara Agama (D'DIALOGUE) pada sebelah pagi. Petangnya, Kembara Dakwah Berbasikal (D'XPDC) berlangsung dan malamnya dihiasi dengan Majlis Makan Malam (D'CLOSING) sempena penutupan Perkampungan Daie. Sepanjang perkampungan Daie berlangsung, aktiviti jualan produk dan tawaran perkhidmatan serta pameran agensi beroreantasikan dakwah (D'INFO) berlangsung dalam bangunan Akademi Pengajian Islam.

Kredit buat penyumbang dana daripada Majlis Agama Islam Negeri dan JAKIM. Untuk maklumat lanjut berkenaan Perkampungan Daie, bolehlah melayari Muzium Maya Perkampungan Daie di www.perkampungandaie.blogspot.com

Di sebalik paparan ini, Nurulimanz mengharapkan idea-idea bernas dan kritikal dalam dunia dakwah terus subur di minda pejuang-pejuang Deen Allah. Bukan maksud Nurulimanz ingin menolak metode dan strategi terdahulu, tetapi Nurulimanz berpendapat metode dan strategi terdahulu perlu diberi nafas yang lebih segar di samping mencipta metode-metode kontemporari yang baharu.


Thursday, June 19, 2008

SIMPOSIUM BRING ISLAM BACK!...


Simposium Bring Islam Back! adalah cetusan idea Nurulimanz bagi mengumpulkan persatuan-persatuan beroreantasikan dakwah khususnya di negeri kelahiran Nurulimanz, Pulau Mutiara. Simposium yang pertama pada tanggal 19-21 Mei 07 menyaksikan 18 pemuda-pemudi daripada pelbagai persatuan mula membarisi saff kesatuan. Alhamdulillah, beberapa kata sepakat dicapai secara bersama.

Lanjutannya, Simposium Bring Islam Back! ke-2 berlangsung pada 16-18 November 07. Simposium kali ini memperlihatkan jiwa-jiwa pemuda-pemudi Pulau Mutiara sudah memberontak ingin bersama bersatu dengan saff Bring Islam Back! Seramai 50 pemuda-pemudi daripada pelbagai persatuan berkumpul untuk berdiskusi serta mencapai kata sepakat seterusnya mengukuhkan saff Bring Islam Back! demi cita-cita bersama mendokong risalah Islam di Pulau Mutiara ini.

Antara persatuan yang intima' (bersama) dalam Simposium Bring Islam Back! ini ialah Angkatan Pemuda-Pemudi Islam (API), Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (KARISMA), Penang Muslim Student Association (PISA), Pergerakan Perkhidmatan Masyarakat USM
(PPMUSM), Persatuan Pelajar Islam Japan Malaysia Technical Institute (JMTI), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Persatuan Mahasiswa Islam USM (PMIUSM), Pusat Islam Politeknik Seberang Perai (PIPSP), Pertubuhan Himpunan Lepasan Institut-Institut Pengajian Tinggi Malaysia (HALUAN), Persatuan Mahasiswa Ar-Razi (PERMAR), Biro Usrah dan Dakwah Institut Perguruan Tungku Bainun, Kelab Remaja Lestari (KRL), Persatuan Agama Islam Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dan NISA' yang kesemuanya berpusat atau cawangannya di Pulau Pinang. Kredit buat semua persatuan.

Nurulimanz bukan sekadar mengkhabarkan tentang sebuah simposium, namun jauh dalam lubuk hati yang tersirat mengharapkan simposium ini juga dicetuskan di negeri-negeri lain supaca cita-cita Islam dapat didokong secara bersama dan sistematik. Persoalannya siapa yang akan mencetuskannya? Adakah anda yang sedang membaca lembaran ini? Tepuk dada tanya iman...Sebagai mengakhiri lembaran ini, Nurulimanz ingin mengungkap kembali bait indah yang pernah meniti di bibir Imam Hassan Al-Banna :

" Andai diumpamakan Islam seperti sebuah bangunan usang yang hampir roboh, maka aku akan berjalan ke seluruh pelusuk dunia untuk mencari jiwa-jiwa muda. aku tidak mengharapkan ramainya mereka, tetapi aku inginkan hati-hati yang ikhlas untuk bersamaku membina kembali bangunan usang itu hingga menjadi istana yang tersergam indah "