Tuesday, July 28, 2009

Diari Aku Sebagai Guru (Episod : Keinsafanku Sebagai Guru)


Aku akui kadang kala aku buntu tatkala memikirkan bagaimana aku boleh melentur murid-murid yang dikelaskan oleh guru-guru di sekolah ini sebagai lemau. Bagaimana aku mahu fahamkan mereka dengan Islam kalau benar mereka lemau? Bagaimana masa depan mereka kelak jika hari ini mereka benar adalah murid-murid lemau? Ahhh… tidak. Aku tidak boleh meletak atau mengkelaskan mereka sebagai lemau. Bagiku pasti ada jalannya untuk aku melentur mereka walaupun sedikit demi sedikit.

Petang kelmarin aku dipanggil oleh Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Pn. Norliah. Dalam pertemuan singkat itu, Puan Norliah telah menceritakan kepadaku bagaimana keadaan murid-murid di sekolah dan apa punca mereka jadi begitu. Dan yang paling terkesan dalam hati aku adalah perkataan ‘kesian’ yang sengaja diulang-ulang oleh Pn. Norliah. ‘Kesian’ mereka tak pandai baca al-quran. ‘Kesian’ mereka tidak dapat kasih sayang dan perhatian ibu bapa selayaknya. ‘Kesian’ mereka malas dan tidak mahu belajar lagi. ‘Kesian’ mereka tidak lagi pandai menghormati orang lain terutamanya guru-guru. Aku tengok mata Pn. Norliah, bergenang dengan air dan menjadi merah. Ya menahan kesedihan dan ‘kesian’nya itu. Aku tahu bahawa ungkapan kesian itu lahir dari hatinya, dan kerana itu ia terkesan dalam hatiku.

Hari ini di depan mataku aku lihat beberapa perkara yang agak tiak menyenangkan. Pertama guru yang bercakap pada murid-murid dengan perkataanyang tidak sepatutnya. Murid tak faham arahan sikit dah dipanggil oleh guru sebagai lemau. Silap sikit dah dicop oleh guru sebagai lemau. Pendek kata murid-murid semuanya kena betul belaka, barulah tidak dipanggil lemau… Aduh… aku rasa terkilan dengan kata-kata guru tersebut yang memanggil murid-murid sebagai lemau walaupun kesalahan murid-murid sedikit sahaja. Selayaknya dan sepatutnya guru tersebut memanggil dengan kata-kata yang baik kerana kata-kata guru itu suatu doa. Jika berterusan memanggil murid-murid dengan perkataan lemau, bagiku guru tersebut yang sebenarnya lemau untuk mengajar secara professional.

Semasa kelas 5K2, 1 jam lamanya. Aku isi dengan game, lakaran peta minda serta penerangan dan video berkaitan mahkamah syariah. Kenapa murid-murid yang otai dan ganas boleh ikuti kuliah aku? Siap boleh komen tanpa diminta lagi! Lemaukah sebegitu? Aku pun tak tahu salah siapa sebenarnya. Mungkin kita golongan guru belum betul-betul mendalami isi hati murid-murid kita. Apa kata, segala keinginan mereka kita olah menjadi bahan ilmu tanpa mereka sedari. Boleh tak begitu, wahai guru-guru? Gunakan keriangan modul, set induksi dan alat bantu mengajar untuk memberi nilai tambah kepada cara penyampaian kita. Sekurang-kurangnya mereka mahu mendengar daripada mereka keluar kelas lalu merayau-rayau tak tentu arah.

Kemudian, selepas tamat mengajar kelas 5K2, aku keluar dan ada guru lain masuk. Tapi aku hairan ada sekumpulan murid-murid keluar dari kelas itu. Dengan menggendong beg, mereka pulang ke rumah tanpa menghiraukan guru yang masuk ke kelas mereka tadi. Oh, besarnya dugaan sebagai guru apabila berhadapan dengan murid-murid sebegitu. Kalaulah aku berada di tempat guru tersebut… aku dapat merasakan betapa tergurisnya hati guru tersebut melihatkan sebahagiankelasnya telah kosong daripada murid-murid. Sejenak aku berfikir, mungkin inilah cabaran yang selayaknya dihadapi oleh seorang yang bergelar pendakwah. Bak kata kakak Nisa’ “Bukankah guru juga seorang daie?”. Maka terbit suatu keazaman dalam diri untuk terus mendekati murid-murid sebegini dalam menguraikan ikatan ‘kesian’ yang diulang-ulang oleh PKHEM kelmarin…

Friday, July 24, 2009

SeNyuMLaa SkEt



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Pertamanya,alhamdulillah…yang telah memberi aku kekuatan untuk mencoret sesuatu.Syukran jazilan buat pemilik blog ini ,nurulimanz yang telah memberikan kepercayaan kepada akk (kata sapaan yang sering aku gunakan ketika bermu`amalah dengan nurulimanz dan adik-adik lain)untuk menulis sesuatu di blog ini.Bagiku,ini satu peluang keemasan.Aku sebenarnya dan sememangnya baru bertatih belajar membuat blog.Aku menerima pelawaan nurulimanz walaupun sebenarnya dalam kepalaku berserabut dengan seribu satu persoalan dan seribu satu tugasan yang perlu aku laksanakan…


Aku pernah mendengar satu kalam yang berbunyi lebih kurang begini "Janganlah kamu memandang remeh satu kebaikan walaupun kecil iaitu bermanis muka ketika bertemu saudaramu","Allah SWT menyukai hambaNya yang bermanis muka ketika bertemu saudaranya....( separuh lagi aku terlupa ) dan yang paling konfem aku tak salah " senyum itu sedekah ".Semuanya memberi galakan terutamanya buat umat Islam untuk SENTIASA TERSENYUM!!.

Namun,aku kecewa dan terkilan.Rata-rata di mana sahaja aku jumpa orang yang mengaku beragama Islam tetapi langsung tidak memandang wajahku ( mungkin sebab tak kenal kot ).Tambahan pula,orang yang aku kenal pun jika berselisih pun buat-buat tak nampak sahaja.Kenapa mereka tega melupakan ( ataukah mereka sebenarnya tidak tahu wallahu`alam )kalam-kalam di atas?? ( yang aku sendiri tak pasti apa sumbernya sama ada kalam nasihat atau sabda Rasulullah SAW!!)

Wahai umat Islam,sedarlah!!Apakah yang membuat kalian berasa begitu kedekut untuk menyedekahkan SENYUMAN kalian??Ingat jika disebabkan perasaan sombong dan bangga diri yang menghalang kalian berbuat sedikit kebaikan iaitu TERSENYUM,kalian tidak mencium bau syurga.Bukankah Rasulullah SAW telah bersabda "Tak masuk syurga orang yang dalam hatinya ada perasaan takbur walau sebesar zarah"

Maaf.Bukan niatku nak mengajar (walaupun tugasku seorang guru)Hanya sekadar mahu mengingatkan diri sendiri dan orang lain.Berdasarkan firman Allah SWT "berilah peringatan.sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat buat orang beriman"

Setakat ini dulu,terima kasih buat nurulimanz...

Sumbangan daripada lilysolehah...

Wednesday, July 22, 2009

Diari Aku Sebagai Guru (episode : Hari kedua yang…terlewat…adui laaa…)


Malam tadi lepas latihan pentomin, aku tertidur di akademi. Pukul 3.15 pagi aku terjaga, taoi terasa tak terdaya nak balik ke rumah. Mengantuk & sejuk, membuatkan aku terlelap semula di atas kerusi panjang di akademi. Layan punya layan tidur, aku terjaga pukul 6.20 pagi. Hah! Dah 6.20? aku cepat-cepat berwudhuk dan solat subuh. Keluar dari akademi… alamak… macam mana aku nak balik nie… hujan laaa...


Aku masuk dalam surau akademi semula. Baring sebentar sementara tunggu hujan berhenti. Erm…aku pantang berbaring sebenarnya. Kalau berbaring mesti kene berdengkur.huhu. tertidur la tu… elok saja aku buka mata…Hah dah pukul 7.20. Yang dalam kepala aku time tu cume 1. Punch Card pukul 7.30. Aku dah cemas. Dah lewat ni. Tak semena-mena motosikal aku menjadi jet turbo. Aku pecut balik rumah untuk tukar baju dan terus ke sekolah. Adui…jalan jem pulak…

Aku tiba di sekolah dengan muka merah menahan malu kepada cikgu-cikgu yang memerhatikan aku. Dan dengan bergaya serta slumbernya aku pergi punch card di pejabat. Apa lagi, punch card aku menunjukkan 8.45 pagi dicetak dengan warna merah macam muka aku jugak la. Aku pun cepat-cepat keluar dengan muka menahan malu apabila diperhatikan oleh kerani pejabat, supaya dia tak tanya aku apa-apa soalan ataupun sindir aku dengan tajamnya.heh… Tapi kalau dia tanya pun aku dah siap jawapannya. Antaranya sakit perut, hujan lebat dan jalan jem. Jawapan helah, bukan tipu tau! Memang aku alami ketiga-tiga bende alah tu, tapi tu semua bukan jawapan tepat atau jawapan yang sebenarnya. Tentulah jawapan sebenarnya sebab aku tertidur. Tapi takkan nak bagitau kerani tu yang aku tertidur. Malu la aku. Pada korang tak pe la aku bagitau, supaya korang ambil pengajaran dan tak jadi macam aku ni. Heh..

Masuk kelas 5k2, budak-budak yang ada 7 orang sahaja daripada 24 orang. Diaorang dah merayap mana aku pun tak tau. Kali ni aku serius mengajar. Bab tilawah al-quran. Muka aku kali ni mengalahkan Triple H dan Undertaker. Tak macam semalam aku suka-suka main game. Alhamdulillah, mereka boleh ikuti kuliah aku. Aku tak banyak membebel, tapi menyuruh mereka menyalin peta minda yang aku lakar di papan hitam. Lepas tu aku pasang nasyid bagi diaorang dengar. Nasyid yang berkaitan dengan tajuk yang aku kuliahkan iaitu tentang kemuliaan Al-Quran dan meminta mereka salin liriknya. Sekurang-kurangnya mereka lebih enjoy ketika kuliah aku dan dapat menerima mesej yang aku ingin sampaikan sebenarnya.

Then, kelas 3G, aku tayang video tentang godaan-godaan syaitan. Masa tayang tu aku terangkanlah sedikit sebanya apa mesej yang diselitkan dalam video tersebut. Alhamdulillah kebanyakannya dapat terima dengan baik. Last, aku ajar kelas tu baca tasbih kifarah, untuk dijadikan amalan setiap kali tamat pengajaranku…

Diari Aku Sebagai Guru (episode : Hari Pertama Yang Mendebarkan!)


21 Julai 2009, aku mula bertugas di SMK Dato’ Ahmad Razali, Ampang sebagai guru ganti Pendidikan Islam tingkatan 3 dan 5. Tanpa basic pendidikan, aku redah je ape yang boleh aku sampaikan. Hari pertama dah kecoh kelas 3A. Sebab aku ajak budak-budak tu main game dan tengok video. Penat je ketua kelas p ambil buku latihan kat bilik guru, aku tak guna pun buku tu. Pokoknya aku malas nak ikut straight forward ape teknik yang selalu cikgu-cikgu laen gune. Ye lah, takkan nak suruh budak-budak tu menyalin je. Pastu tanya soalan, jawab soalan. Aku tak risau kalau budak-budak boring kalau aku buat macam tu, tapi aku risau kalau aku tertidur masa aku suruh diaorang menyalin. Aku yang boring dowh!.

So far tadi budak-budak tu enjoy je game yang aku buat dan video yang aku tayang. Kata Ustazah Nik, kelas yang aku masuk tadi kelas yang pelajarnya ok dan nak belajar. Tapi pasni aku kene masuk kelas yang pelajarya tak nak belajar. pelajar samseng dan kaki fly, pelajar yang ‘kuang hajau’ dengan guru-gurunya dan pelajarnya lemau-lemau belaka. Adui…aku rasa macam ‘tak bleh pegi’ (cannot go!) tapi takkan nak resign hari ni jugak. Tak gentlemen la camtu.

Waaaarrgh!!! Berapa kali mau menguap la. Mengantuknya. Semalam aku tidur pukul 2 pagi, then bangun pukul 5.30 pagi. Pas solat subuh, terus aku berangkat ke sekolah dalam pukul 6.30 pagi dan tiba di sekolah dalam pukul 7 pagi. Hah, apasal awal? Ye la, kene punch card sebelum pukul 7.30 pagi…. Sekarang ni pukul 9.19 pg. Ah…rasa nak pergi breakfast dulu la. Pekena kopi biar hilang mengantuk ni sikit…ok sempoi…

Hmmm…aku kene get ready utk masuk ke kelas yang dikatakan lemau tu. Aku kene hadapi jugak. Jantungku mula berdegup kencang. Adakah aku bakal berhadapan dengan pelajar-pelajar seperti dalam komik Under 18? Ya, mungkin keadaannya macam tu. So aku perlu bersedia untuk membuli depa sebelum aku dibuli. Siap la korang…kehkehkeh…

Fuh…masuk je kelas tu, aku hidangkan dengan video konsert Malam Sinar Maulidurrasul 2007. Ada yang nak dengar, ada yang bersembang di belakang. Yang ni dieksploitasikan oleh kaum muslimin, dan ada yang tidur atas meja slumber je terutama kaum muslimat. Ada pulak yang blur macam mamai ketika jaga nampaknya (diistilahkan oleh kawan-kawan dia kepalanya masuk air!). Dugaan… dugaan… Lepas tu aku buat game la. Mula-mula ade yang bersuara tak nak main, tak nak dengar, taknak tengok…semua dia tak nak (ketua gangster kelas la kot dia tu). Ish…kalau aku campak dia dari tingkat 4 ni mungkin dia nak la kot. Ni bukan idea aku sebenarnya, tapi idea salah seorang guru veteran di sekolah ini. Haha. Lepas 1 pusingan game baru la si gangster tu nak join. Mybe dia dah mula tertarik dengan game aku tu. So aku teruskan game dengan sambutan yang hangat daripada majoriti budak dalam kelas tu sampai terlajak waktu…

Erm… tu la pengalaman hari pertama aku sebagai guru. Agak mendebarkan. Namun aku dapat jalankan amanah ni sebaik mungkin mengikut kapasiti kemampuanku. So, esok aku kene fikir game yang lain pulak la. Pastu silibus ni nak masuk bila? Adui…

Tuesday, July 21, 2009

MuTiArA kAtA ImAm BuKhArI



Di Kala Malam Yang Sunyi Sepi
Bumi Insan Tengah Tenggelam Dalam Tidur Dan Mimpi
Musafir Yang Malang Ini
Tersentak Bangun Pergi Membasuh Diri
Menghadap-Mu Tuhan...

Lemah Lututku Berdiri Di Depan-Mu
sedu-sedan Tangisku Keharuan
Hamba Yang Hina Ini
Kau Terima Mendekat
Bersimpuh Di Bawah Duli Kebesaran Tuhan...

Hamba Tak Pasti Bagaimana
Penerimaan-Mu Di Kala Mendengar Pengaduan hamba
Yang Penuh Dosa dan Noda

Dalam Wahyu Yang Engkau Nuzulkan
Egkau Berjanji Untuk Bersedia Menerima Pengaduan
Dan Sudi Memberi Keampunan

Dan Muhammad...
Rasul-Nya yang mulia itu
Ada Menyatakan Ampunan Tuhan
Lebih Besar Daripada Kesalahan

Hamba Percaya Pada Tutur Kepastian itu
Sebab Itu Hamba Datang
Wahai Tuhanku...

Bukan Tak Red dengan Ujian-Mu
Cuma Hendak Mengadu Pada-Mu
Tempat Hamba Kembali Nanti
Memohon sakinah, Maghfirah dan Muthmainnah...

Friday, July 3, 2009

eXtRaVaGaNzA DaRiPaDa NuRuLiMaNz 2...


Setelah bergelumang dalam penulisan santai blog, NuRuLiMaNz kini dalam tempoh beristirehat daripada berblog untuk memberi laluan dan tumpuan kepada gerak kerja Konsert Antara Dunia '09. (Datang, jangan tak datang 1 Ogos nie...) Hmmm...TAPI ! Ini bukanlah bermakna blog NuRuLiMaNz ini tidak akan bersuara... Seperti yang NuRuLiMaNz tajukkan sebagai ekstravaganza, pastinya ada penampilan yang istimewa kali ni untuk NuRuLiMaNz beri kepada pelayar blog ini... Memperkenalkan...blogger pengganti sementara NuRuLiMaNz...Errr...Boleh akak kenalkan diri sikit?



Nama penuhku Jasika binti Salleh.Dilahirkan dan dibesarkan di Pulau Mutiara,sebuah negeri di utara tanahair.Aku memang selalu meletakkan namaku ini beserta nama abahku.Hatta pada buku pemantauan di setiap kelas yang aku masuk…

Pengajianku sebelum ini di ardhil kinanah.Bumi para Anbiya`.Dan juga dikenali sebagai bumi Firaun.Memang takkan kulupakan kenangan permukimanku di sana selama 2 tahun.Tahun pertama di Iskandariah dan tahun kedua di Kaherah.Bertutur dalam bahasa Arab campur Melayu campur `Ammiey.Hehe…Apalah bahasa rojak yang aku telah gunakan…

Yang amat kuingat sehingga kini ialah kobisnya ketika masih di pasar.Besaaarrr!!!Beserta daunnya sekali.Kalau di sini,kita hanya melihat buah kobis (buah le kot)yang telah dibuang daunnya…

Sekarang aku telah memulakan kerjayaku sebagai seorang guru.Berstatus Guru Dalam Latihan di Institut Perguruan Persekutuan Pulau Pinang.Minatku timbul untuk menjadi guru setelah 2 tahun bergelumang dengan dunia perguruan di kelas KAFA.Tambahan pula,sekarang aku mengajar subjek Bahasa Arab dan Pendidikan Islam.Satu bahasa Al-Quran,bahasa Rasulullah SAW dan bahasa syurga dan satu lagi berkaitan `ubudiyyah hamba kepada Tuhannya…Semoga aku turut tergolong dalam kalangan mereka seperti yang telah disabdakan oleh Rasulullah SAW tercinta "sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat"…Bukankah guru juga seorang daie??

Semoga aku terus thabat walau dibebani dengan pelbagai tugasan sekolah,maktab dan JPN.Dan tugasku sebagai seorang isteri dan juga ibu tidak boleh diabaikan walau kekadang aku `tergelincir` juga.Semuanya nombor satu.Tiada yang kedua…

Yaaaa terima kasih akak kerana sudi memperkenalkan diri seterusnya menjadi blogger pengganti sementara NuRuLiMaNz....begitulah sedikit sebanyak pengenalan blogger pengganti sementara NuRuLiMaNz. Produk keluaran Malaysia+Mesir tu. Tambahan sikit, beliau telah berkahwin dengan...

dan dikurniakan seorang cahaya mata...









Wah! wah! wah! ... Didoakan moga hidup akak sekeluarga harmoni hingga ke syurga... Selamat berdakwah di dunia baru...dunia maya...