Sunday, April 26, 2009

SuKa MaKaN BaBi Ke ?










Dahulu......

Japanese Encephalitis (JE)


Pengenalan

Japanese Encephalitis (JE) ialah penyakit bawaan nyamuk. Penyakit ini disebarkan kepada manusia melalui gigitan nyamuk yang membawa virus tersebut. Virus JE bawaan nyamuk ini boleh menyerang sistem saraf dan mengakibatkan komplikasi teruk serta kematian.Penyakit JE disebabkan oleh virus Japanese encephalitis dalam kumpulan Arbovirus yang dibawa serangga biasanya serangga penghisap darah dalam kes ini ialah nyamuk Kitar hidup virus JE melibatkan babi yang diternak serta nyamuk Culex yang membiak di kawasan sawah padi dan tempat ternakan babi. Virus JE menggandakan bilangan dalam tubuh babi (perumah sekunder) dan disebarkan melalui gigitan nyamuk. Virus yang disebarkan oleh nyamuk menyebabkan jangkitan kepada manusia, haiwan ternakan, burung, kelawar, ular dan katak. Selepas jangkitan, virus akan menyerang sistem saraf pusat iaitu otak dan saraf tunjang. Virus JE tidak berjangkit sesama manusia atau apabila manusia memakan daging babi yang membawa virus tersebut

Tanda dan Gejala

• Hampir semua pengidap akan mendapat gejala ringan atau tiada gejala sama sekali. Biasanya gejala akan timbul selepas 6-8 hari digigit nyamuk pembawa virus JE.

• Pada kes-kes yang teruk, Japanese encephalitis bermula dengan demam selsema, sejuk badan, letih, sakit kepala, loya dan muntah-muntah.

• Keliru dan rasa celaru (agitation) boleh berlaku di peringkat awal penyakit.

Komplikasi

Komplikasi yang berlaku di antaranya:

• Radang otak- akibatkan kematian pada 30% kes.

• Kes yang selamat- 30% akan mendapat kerosakan otak teruk termasuklah lumpuh.

Rawatan

Diagnosa dibuat elalui ujian darah dan cecair saraf diambil melalui tulang belakang. Tiada rawatan khas untuk Japanese encephalitis. Antibiotik tidak berkesan melawan virus dan tiada ubatan anti-viral ditemui. Tumpuan hanya kepada rawatan kurangkan gejala dan rawatan komplikasi sahaja.

Semakan Akhir : 29 Mei 2008


Sekarang.....

Selesema babi ragut nyawa 60 orang


GENEVA - Sejenis wabak selesema babi yang menjangkiti manusia, membunuh sekurang-kurangnya 60 orang di Mexico sebelum merebak ke negara jiran Amerika Syarikat (AS), kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam.

Pihak berkuasa AS dan Mexico kini memantau perkembangan penyakit itu dengan serius.

Agensi WHO mengenal pasti selesema babi sebagai pandemik atau wabak yang berisiko menjangkiti manusia di seluruh dunia.

Seorang jurucakap agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu, Fadela Chaib berkata, terdapat lebih 800 kes disyaki selesema babi dilaporkan di Mexico setakat ini.

Menurutnya, penyakit itu biasanya menyerang babi dan jarang menjangkiti manusia.

"Virus itu disifatkan oleh AS sebagai jenis terbaru daripada himpunan virus A/H1N1. Bagaimanapun, kerajaan Mexico masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai jenis kuman itu," kata Chaib.

Sementara itu, pakar-pakar kesihatan AS menjangka menemui lebih banyak kes selesema babi ketika mereka memeriksa orang ramai yang bersentuhan dengan tujuh warga California dan Texas yang dijangkiti penyakit itu.

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit AS (CDC) berkata, kes selesema babi dihidapi ketujuh-tujuh mangsa itu berbeza berbanding apa yang dihadapi Mexico kerana melibatkan sejenis virus baru.

Bagaimanapun, katanya, mereka sedang beransur pulih daripada virus selesema tersebut yang merupakan gabungan virus babi, burung dan manusia yang belum pernah dilihat penyelidik-penyelidik sebelum ini.

Lima mangsa itu di California dan dua lagi di Texas sedang pulih dan hanya seorang dimasukkan ke hospital.

Namun ujian menunjukkan ubat antivirus berupaya menentang virus baru itu.

Pakar CDC, Dr. Anne Schuchat menyatakan beliau percaya virus baru itu berupaya merebak antara manusia dengan manusia iaitu fenomena yang jarang berlaku bagi virus selesema babi.

Menurutnya mereka yang dijangkiti virus itu pada awalnya mengalami simptom selesema seperti sakit tekak, sendi, batuk dan sesak nafas sebelum ia merebak menjadi jangkitan paru-paru yang teruk.

Dalam perkembangan berkaitan, pihak berkuasa Mexico mengarahkan supaya semua sekolah dan universiti di bandar raya Mexico ditutup semalam bagi membendung wabak tersebut. - Agensi


sumber : Kosmo! 25 April 2009

(p/s : haiii...macam-macam la babi ni...patutlah Allah haramkan (al-Maaidah [5] : 3)...kecuali terpaksa dalam darurat (al-Baqarah [2] : 173) (al-An'am [6] : 145) (al-Nahlu [16] : 115)

(p/s : kredit buat team alwancomic sekali lagi...)

Friday, April 24, 2009

Kempen Merokoklah Lagi... hahaha!!!


Dalam filem Nujum Pak Belalang (1957), Ahli Nujum Negara Masai menanyakan soalan ke-3 : "Ada sebuah masaela (masalah). Satu, banyak-banyak...dua, sikit-sikit... tiga, jarang-karang...empat, kadang-kadang...apa itu?


Jawab Nujum Pak Belalang dengan confidentnya : "Kahwin!"

Hahaha...tu zaman dulu...

Kalau Ahli Nujum Negara Malaysia lani tanya kat aku : "Ada sebuah
problem. Lelaki,banyak-banyak...remaja,sikit-sikit...perempuan,jarang-jarang...budak,kadang-kadang...what is it?

Aku akan jawab dengan confidentnya : "Rokok!"

WOHA !!!

Biasa kita tengok golongan yang 'bersepah' hisap rokok adalah...


Kurang sikit daripada golongan di atas, kita boleh jugak terserempak dengan...


Jarang-jarang kita jumpa yang ni...


Jangan hairan zaman lani kadang-kadang kita bleh jumpa yang ni...



Yang patut kita hairan bila spesis ni pun nak try jugak...ko ingat ko macho ke beruk bila hisap rokok, hah? Hahaha...



Hari ni tak kira sapa... budak-budak pun dah pandai hisap rokok. So nasihat aku...hisap la lagi... hahaha...


Tak cukup? hisap la lagi banyak camni... hahaha



Dah jemu hisap ikut mulut, boleh la try stle baru, hisap ikut hidung cam brother ni... macho habis... hahaha

Apehal dengan kementerian ni nak suruh-suruh berhenti ni...? suka hati orang la... hahaha...



Pehal plak tangan yang pegang rokok bleh nampak bayang-bayang pistol? Tak logik la... hahaha...


Ni satu lagi...pehal plak rokok bleh jadi peluru plak...? Hahaha...

Ni lagi la tak faham... pehal pak cik jackie chan nak kick rokok plak...? Hahaha...



Ahhh... pedulikanlah, bro/sis... Aku rasa korang tak payah pening kepala dengan benda tu semua. Nasihat aku, korang hisap la lagi... hahaha

Eh...tapi aku nak tanya sikit la kat korang... sedap ke rokok? Sebab aku tak pernah try lagi...Aku dengar kata sedapppppppp...ye lah, memang la sedap dengan ramuan2 dia yang pelbagai perisa yer tak? Hahaha... Aku dengar ada perisa...


Sedapnya... hahaha...

Nyam3... hahaha...

Ni baru ada 'delicious kick'... hahaha...



Ni la ramuan paling sedap nih... hahaha...

yea3...cedapnyeeeeeee... hahaha...


Lazat teramat... hahaha...



Hingga menjilat jari la sedapnya... hahaha...


Ni lagi la sampai menjilat kaki... hahaha...


Dan macam-macam lagi la perisa...yer tak? wahhhhhhhh....baguslah.... hahaha...

Wahhhh... kalau camtu memang sedap la bro/sis... ok,lah bro/sis, aku nak blah dulu, aku mual tengok gambar-gambar kat bawah ni la... ni dulu diaorang cam korang bro/sis...kuat mengasap rokok...so nasihat aku yang terakhir...hisap la lagi... hahaha...



hisap la lagi...hahaha...



hisap la lagi...hahaha...

hisap la lagi...hahaha...



hisap la lagi...hahaha...


hisap la lagi...hahaha...


hisap la lagi...hahaha...


hisap la lagi...hahaha...


hisap la lagi...hahaha...


hisap la lagi...hahaha...



(p/s : setelah korang rasa 'pedas' sebab 'makan cili'...pandai-pandai la korang cari 'air sejuk' untuk hilangkan pedas tu...hisap la lagi...hahaha!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!)

Thursday, April 23, 2009

Rugi Korang Tak Ke Pesta Buku Antarabangsa...!!!

Tadi siang, semasa kawan2 tengah 'perang' final exam, aku dengan senang hati bersiar2 di International Book Fair 2009 di Putra World Trade Centre. Meninjau buku2 yang aku minat nak beli. Belek punya belek, ada la dekat 17 buah jugak aku 'rembat' termasuk majalah, novel sampai la ke buku akademik. Nasib baik aku pergi nak mobil (kereta), kalau pergi naik ojek (motor), mesti dah berterabur buku2 tu atas jalan.

Di PWTC, aku sempat berjumpa dengan Fatimah Syarha, penulis novel Seindah Mawar Berduri, Tautan Hati dan Syabab Musafir Kasih. Tak lah berjumpa lama. Sempat aku hadiahkan dia sebahagian hasil kajian aku tentang novel-novel dia. Dia pun tengah sibuk melayan peminat-peminat yang teringin autograf dia. Siap sempat lagi peminat2 muslimat capture gambar dengan dia. Setelah dapat bertukar buah fikiran dan idea dengan warga Telaga Biru Sdn Bhd, aku pun angkat kaki pergi ke booth2 yang lain. Kat sana juga, aku terserempak dengan Shahril (in-team) bersama isteri dia, dan Tn. Hj. Abu Hassan Morad. Nak tau hasil kajian aku tentang novel-novel Fatimah Syarha? Tunggu kemunculan blog baru aku tak lama lagi insyaALLAH. Aku akan muatkannya di situ.

Rancangnya lepas tu aku nak pergi ke pameran filem-filem seram tapi tak sempat. Soalnya hari udah sore. Bukan sebab minat, tapi nak mendalami kajian aku. Sebelum ni aku dah pun buat kajian tentang filem-filem seram sejak mula diterbitkan pada tahun 1950 yang mana waktu tu popular dengan filem Pontianak dan Orang Minyak. Kajian yang aku buat tu lebih menyeronokkan apabila dipersembahkan kepada khayalak dalam Pameran Islam dan Gejala Sosial di Jabatan Akidah Dan Pemikiran Islam. Apa kaitannya filem seram dengan gejala sosial? Kalau minat nak tau, download hasil kajian aku di ruang tepi blog ni, bahagian bawah sekali. Tajuknya : SUSUR GALUR PERKEMBANGAN FILEM SERAM (NuRuLiMaNzl)

Kat bawah ni, aku post poster yang aku buat untuk persembahan masa pameran...Poster ni dah buat orang ramai terkejut. heh...termasuk housemate aku...





Balik dari pesta buku, aku tengok Pak Din (tuan rumah kepada rumah sewa aku) tengah buat ape ntah kat depan rumah dia. Dan-dan aku teringat harapan dia kat aku supaya aku ajar dia dan kawan-kawan dia tentang Bible dan falasis di dalamnya. Bukan aku tak mau ajar dia, tapi soalnya aku ada benda yang lebih penting untuk difokuskan pada masa ni. Ada awlawiyat lain. Namun bila aku belek-belek handfone aku, aku tengok balik rakaman ringkas (seperti yang dipost di bawah) masa aku belajar tentang bible sampai la mazhab SDA Kristian, aku tak boleh lupa harapan Pak Din dan kawan-kawan dia untuk 'menuntut ilmu' bible dari aku. Sabau je la Pak Din dengan karenah aku yang macam2 buat sementara waktu ni. Harap dia faham la...





Itu je la riwayat aku pada hari ni... letih sebab masa balik tadi, jalan jem. Nasib baik tak bawak roti. kalau tak mesti aku sapu jem tu atas roti...heh...gurau je...!

Wednesday, April 22, 2009

Aku Peminat Sinetron Indonesia...


Kalau nak bicara tentang cinta, sinetron indonesia menjadi p
ilihanku. Sedang novel yang berlambak2 di pasaran... ayat-ayat cinta, sejadah cinta, mihrab cinta dan lain2 tak pulak aku merajinkan diri untuk membacanya...walaupun aku memilikinya. Sebab aku suka yang santai2 dan malas serabutkan otak dengan metafora indonesia yang memeningkan kepala aku selaku rakyat Malaysia. Tapi novel cinta motivasi Islamik made by Malaysian, aku suka.... kredit buat novelis-novelis seperti Fatimah Syarha dan Ummu Hani. Tak lupa juga bapa Ummu, Tn. Hj. Abu Hassan Morad. Faisal Tehrani? kontrovesi2...

Berbalik tentang soal cinta, aku ambil jalan tengah. Aku tidak syadid ataupun longgar menyatakan ianya boleh atau tak boleh. Bagi aku, perlu kepada kebijaksanaan untuk menilai isu ini. Baru beberapa hari lepas aku ada membaca satu artikel kalau tak silap di halaqah-online.com, ada
brother ni tulis betapa bahayanya novel2 dan sinetron2 indonesia yang dilambakkan dalam program tv sekarang ni seolah-olah menghalalkan pacaran. Iye ke?

Kemudian aku melihat sisi realiti Malaysia sekarang. Gawat2... masalah pacaran tak berkesudahan. Aku imbas observasi aku yg lepas di rumah PERKID di Hulu Langat. Meninjau adik2 yang telah terjebak ke dalam kancah zina. Aku buka fail PERKID dan tengok masalah adik-adik satu persatu. Dan apa yang aku dapat simpulkan adalah 90% masalah adik-adik itu adalah disebabkan pacaran. Then, terjebak dalam kancah maksiat... Apa lagi yang perlu aku katakan?

Suatu ketika tak lama sebelum ni aku dapat email... "iman, macamana nak buat dengan budak ni... dia dah ketagih seks." Aku fikir2. Cuba la berbaik dengan dia dan
slow talk dengan dia. Bila dah dapat clue, memang benar hipotesisku yang menyatakan dia bermula dari pacaran. Apa lagi yang aku harus lakukan?

Boleh kata kebanyaan masalah sosial yang timbul disebabkan oleh pacaran. Sebab tu aku benci sangat pacaran nih. Kalau boleh nak je terus cari pasangan hidup tanpa berpacar-pacaran. (ni pandangan peribadi je). Namun aku tak boleh lupa dan tak boleh menghukum adik-adik dan mungkin abang-abang yang ada di luar sana berpacaran. Kerana 'orang yang menyampaikan' bukanlah pendakwaraya mahupun hakim majistret apatah lagi hakim syariah.
So, that's why aku suka tengok sinetron Indonesia yang berkisar tentang cinta. 1st, kita dapat memahami perasaan org yg berpacaran bagai nak rak dan tahu betapa cinta tu dikuasai akal atau nafsu. Ini la titik kita memahami mad'u.

2nd, sinetron ni mampu bawa alam khayalan kepada alam realiti. Baru tadi aku tengok citer AQSO MADINA. Biasalah...memang perbualan berkisar tentang cinta kebanyakannya. Namun cinta yang menjadi omongan bukan cinta kosong, tapi didasari dengan ketulusan dan dipagari dengan syariat. Aku teringat kata2 Madina dengan memek mukanya yang merah menyala menahan perasaan yang berbaur : "cinta itu bukan suka mahupun ngak suka...suka atau ngak itu adalah nafsu..."... Tak lama lepas tu, si Aqso berjumpa Ikram (Rionaldo Stokhorst) dan menanya : "apa kamu ada pacar?" Kata Ikram : "Aku tidak pernah mencari pacar. Tapi aku mencari teman hidup..."


WOHA ...!!!


So, pada aku, ada nilai cinta suci yang nak sinetron itu kemukakan. Dia nak perbetulkan pandangan masyarakat terutamanya rakyat Indonesia tentang masalah pacaran. Namun apa salahnya kalau rakyat Malaysia mengambil ibrahnya sekali. Apa lagi yang sekarang ini tengah berpacar-pacaran...maksud aku yang sedang mengira-ngira untuk menjadikan si dia teman hidup dan pelengkap hidupnya. So, kalau nak buat teman hidup, jangan buat tak ketahuan hala dekat dia. Maksud aku tak ketahuan hala tu, LANGGAR SYARIAT...!!!


Ada faham tak...???


(p/s : lebih baik kutuk drama yang ntah ape2 tahyul dan gugat aqidah)

aPa NaK JaDi DeNgAn Si KeDeKuT ?
















p/s : kredit buat alwancomic.

NuRuLiMaNz sedang menyampaikan hadiah kepada salah seorang team alwancomic.

Menampilkan barisan sebahagian team alwancomic (duduk di tengah) bergambar bersama para peserta Bengkel Melukis Untuk Dakwah "D'ART"