Friday, November 21, 2008

SeCaNgKiR pEnGoRbAnAn Di PeSiSiR pAnTaI rEdHa-NyA

Agak lama Nurulimanz tak berkongsi cerita dengan sahabat-sahabat tentang dakwah. Serasanya sejak Ramadhan lagi. Dalam kesempatan ini, Nurulimanz nak berkongsi pengalaman dakwah sebelum ini yang sempat Nurulimanz ikuti.

Ramadhan yang lepas, Nurulimanz dan bebrapa sahabat dari Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) dijemput untuk menjadi fasilitator bagi Kem Mujahadah Ramadhan anjuran Persatuan Mahasiswa Islam Management and Science University (PMIMSU). Mutiara yang cukup berharga dalam kem ni bila berjumpa dan berbicara dengan salah seorang peserta kem ini yang 'kaya dengan sejarah hitamnya'. Dadah, arak, Clubbing, dan pelbagai lagi 'kotoran hitam' yang pernah dicalitkan pada hati dan akalnya suatu masa dulu. Bukan aib ini yang menjadi kejutan Nurulimanz, kerana Nurulimanz sedar ramai yang senasib dengannya. Namun perkara yang mampu membuatkan Nurulimanz menitiskan air mata ialah hidayah yang Allah campakkan ke dalam hatinya. Itulah jawapan yang mampu mengheret jasadnya ke dalam kem ini. Pernah dia luahkan segalanya pada Nurulimanz (sebagai fasilitatornya). Apa yang Nurulimanz mampu katakan adalah : "Sahabat, lihat sayyidina Umar al-Khattab, lebih buruk akhlaknya ketika jahiliyah. Dia 'bintang' dalam zaman jahiliyahnya. Namun apabila Allah campakkan hidayah ke dalam hatinya, beliau menjadi 'bintang' juga dalam Islam. Tidak mustahil ia juga akan berlaku pada kamu. Yang pentingnya adalah usaha kamu ke arah itu. Ramadhan dan kem ini anggaplah ia sebagai titik perubahan kamu menjadi seperti Umar". Peserta tersebut tersenyum, mudah-mudahan hatinya berbisik "insyaALLAH"...


Program seterusnya bersama sahabat-sahabat se-course dalam Pengurusan Dakwah dan Pembanguanan Insan. Kem Motivasi dan Ibadah untuk adik-adik Sekolah Kebangsaan Bukit Kuchai. Nampak kecil je, tapi alahai di mana silap daie-daie ni, bertegang antara team Pengurusan Dakwah dengan team Pembangunan Insan dalam fasa perancangan. Walaupun begitu, Alhamdulillah program akhirnya berjalan dengan lancar apabila para daie mengambil pendekatan wasathiyyah (pertengahan). Begitulah sahabat-sahabat, dalam melakukan gerak kerja ni, perlu ada 4 perkara dalam syura : 1) Bersangka baik kepada ahli syura. 2) Bersepakat dalam rujukan baku (al-Quran dan as-Sunnah). 3) Meraikan dan menerima perselisihan furu'iyyah (cabang). 4) Toleransi antara ahli syura. Dalam program ni, Nurulimanz memegang portfolio pengisian dan penyelaras. Ceramah pun diaorang sangkut atas belakang Nurulimanz. Muhasabah pun sangkut pada Nurulimanz. Hai bebudak ni, last-last Nurulimanz yang 'terbah', sapa nak tolong 'angkat'? Jangan lari sudah... Memang agak kelam-kabut program ni disebabkan faktor-faktor dari pihak sekolah juga. Jadi, pesan Nurulimanz, sediakan plan program yang pelbagai, supaya apa-apa perubaan drastik dari pihak luar dapat daie-daie atasi dengan mudah dan berkesan... Tinggalkan bab pengurusan sekejap, kita tengok apa yang best dalam program ni. Program ni campur antara muslim dan non-muslim, ibu bapa dan anak-anak mereka. Jadi Nurulimanz mula mengatur strategi bagaimana nak masukkan benang Islam ke dalam harum kejahilan mereka... Yup, semestinya yang pertama ialah isu tauhid. Ting... idea datang. Nurulimanz gunakan segala video-video menarik yang memang Nurulimanz stand by-kan dalam laptop dan Nurulimanz cuba olah menjadi sebati dengan tauhid. Alhamdulillah, penerimaan yang baik. Kalau silap teknik, maunya ibu bapa yang non-muslim termasuk guru-gurunya dah serang Nurulimanz dan urusetia lain (macam yang pernah belaku pada seorang sahabat Nurulimanz dalam program motivasi yang lepas).

Sebelum final exam, sempat lagi Nurulimanz berprogram bersama unit Bina Ummah Yayasan Dakwah Islamiyah Malaysia (YADIM). Kali ni, Nuruliamanz terpaksa berdepan dengan mad'u yang lebih dewasa . Guru-guru dari salah sebuah sekolah di Kota Bharu, Kelantan. Tugas seperti semasa program Bina Ummah di Langkawi dahulu, pentazkirah dan teknikal. Dalam Seminar Bina Ummah selama 3 hari ini, banyak pengalaman dan ilmu yang dapat ditimba. Begitulah halnya daie, hakikatnya bukan kita sahaja yang memberi tetapi menolak apa yang baik yang diberi kepada kita. Bukan nak banned slogan Ustaz Hasrizal (Erti Hidup Pada Memberi) tau! Tapi Nurulimanz sendiri yang merasai bahawa erti hidup itu kepada memberi dan menerima. Yang menggembirakan Nurulimanz, seminar ini membuka banyak membuka ruang dan peluang (masa depan) pada Nurulimanz. Mana taknya, 3 pembentang, semuanya 'talian hayat' kepada dakwah dan kerjaya Nurulimanz pada masa hadapan. Syukur ya ALLAH... Dan istimewanya seminar kali ini, Nurulimanz dibantu oleh seorang sahabat baik dalam mengendalikan hal-hal teknikal. Syukran dan terima kasih banyak-banyak ya, sahabat... Moga ALLAH membalas jasa baikmu...

Hmmm... Program terkini bersama Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) ke Sungai Penchala dalam suatu misi kebajikan. Walaupun hanya ditugaskan menjadi driver, hati ini ALLAH sahaja yang tahu gembiranya dapat berjumpa sahabat-sahabat seperjuangan dari UM, UPM, UiTM dan UIAM. Yang Nurulimanz jumpa ni geng-geng yang infaq diri di jalan ALLAH ni. Hebatnya mereka. Sebab tu hati ini terlalu gembira menatap wajah-wajah mujahid/ah ini. Itu perkara yang menggembirakan. Namun misi ini tidak menjanjikan hati yang gembira sahaja. Sayu pula terasa bila tiba di tempat yang dituju. Di Sungai Penchala inilah sebuah rumah kebajikan terbakar dan mengorbankan 2 orang kanak-kanak serta mangsa yang terselamat terpaksa tinggal di tempat perlindungan sementara. Al-fatihah buat mangsa... Buat para daie, bukan tugas kita dakwah bil lisan (dengan perkataan) sahaja, tetapi kekuatan dakwah itu juga lebih terserlah dengan misi-misi kebajikan sebegini. Inilah dakwah bil hal (dengan akhlak) yang perlu sama-sama dititikberatkan.

Akhir pesanan daripada Nurulimanz, lihatlah mesej yang sebenarnya Nurulimanz ingin sampaikan di sebalik pengalaman Nurulimanz itu. Moga apa yang Nurulimanz sajikan dalam entry ini menjadi panduan bersama dalam menongkah dakwah pada masa hadapan.

Monday, November 17, 2008

AMARAN DARI POLIS DI-RAJA MALAYSIA


Berhati-hatilah sahabat-sahabat tentang masalah ekonomi yg
semakin parah, manusia terdesak melakukan pelbagai cara untuk merompak... Berhati-hati semua terutama para wanita.

Bahaya!!!


Baru minggu lepas malam Jumaat saya parking kereta
di parking awam. Semasa nak balik kerumah saya terperasan ada pelekat kat cermin belakang kereta saya. Bila saya tanggalkan pelekat tu di rumah, rupa-rupanya cuma resit pam minyak . Tak lama lepas itu saya terima email ini :

"AMARAN DARI PIHAK POLIS : BERHATI-HATI PADA KERTAS YANG MELEKAT PADA CERMIN BELAKANG KENDERAAN ANDA" CARA TERBARU UNTUK MENCURI KERETA ( INI BUKAN GURAUAN ).

Anda berjalan menghampiri tempat parking, membuka kereta dan masuk ke dalamnya. Anda hidupkan enjin kereta dan bersedia untuk berundur. Bila anda melihat cermin belakang untuk melihat kawasan belakang, anda dapati ada kertas yg melekat di tengah-tengah cermin belakang menghalang pandangan anda. Jadi anda parking semula kereta, buka pintu dan keluar untuk menanggalkan kertas (atau apa jua benda) yang menghalang penglihatan anda tadi. Bila anda sampai di bahagian belakang kereta, pada masa itulah pencuri itu akan keluar dari tempat persembunyinya, masuk ke dalam kereta dan memecut pergi. Dia mungkin akan merempuh anda dengan laju semasa dia melarikan kereta anda. Perasan tak kaum hawa? Saya pasti beg duit anda masih di dalam kereta. Jadi sekarang pencuri memperolehi kereta anda, alamat rumah anda, duit anda, dan kunci-kunci anda. Rumah anda dan kesemua identiti anda telah diperolehi!

BERHATI-HATI DENGAN CARA BARU YANG DIGUNAKAN

Jika anda melihat ada kertas melekat pada cermin
belakang anda, teruskan memandu. Tanggalkan kertas itu kemudian.

(p/s : Ini bukanlah pengalaman Nurulimanz, tetapi pengalaman salah seorang ahli nuqabanilam. Moga menjadi iktibar bersama.)

Sunday, November 16, 2008

Sajak Kematian Punya Kes...!

Sejak akhir-akhir ni, soal penayangan klip video 'Sajak Kematian' agak hangat diperbahaskan walaupun klip video tersebut sudah lama ada di pasaran. Ini gara-gara ia ditayangkan kepada pelajar yang berumur 1 dan 2 di sebuah sekolah. Kemudian Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mula bersuara untuk mengkaji tentang kesesuaian ia ditayangkan. Katanya metode menakut-nakutkan pelajar bukanlah sesuai untuk pelajar yang umurnya sebegitu. Sedang Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin pula tidak bersetuju atas kapasiti terkeluar daripada aqidah kerana menggambarkan alam ghaib yang mana apa yang digambarkan itu bukanlah gambaran sebenar suasana di alam barzakh. Manusia tidak akan tahu suasana sebenar di alam tersebut.


Baik, bagi mereka yang belum pernah menonton video tersebut, anda boleh lihat di situs ini : www.youtube.com/watch?v=AJI_z_pxtU0 atau www.youtube.com/watch?v=zbO4se3JxQg&feature=related .


Pertama, respon kepada Datuk Seri, bahawa dalam pengajaran ada tarhib dan ada targhib, ada pendekatan yang mendamaikan dan ada pendekatan yang menakutkan. Persoalan sama ada sesaui atau tidak untuk umur sebegitu, Nurulimanz ingin membawa sedikit kajian kognitif kanak-kanak yang menyatakan bahawa umur di antara 7-12 tahun merupakan tahap kematangan formal yang memerlukan pembelajaran secara menyeluruh. Dan kerana itu, Islam menganjurkan ibu bapa mengajarkan sembahyang kepada kanak-kanak pada usia ini. Adapun pada umurnya 10 tahun, sekiranya kanak-kanak tersebut masih berdegil untuk solat, maka Islam menganjurkan untuk diberi pendekatan yang menakutkan kepada kanak-kanak tersebut iaitu memukul dalam kapasiti pengajaran. Merujuk kepada pembelajaran yang diterapkan dalam klip video tersebut pada usia 7 dan 8 tahun, Nurulimanz juga kurang bersetuju melainkan setelah diajar kepada mereka nas-nas yang sahih tentang alam barzakh. Klip video ini cuma sebagai alternatif sahaja, bukannya silibus utama. Ape hal kalau kanak-kanak yang tak tahu menahu tentang alam barzakh tiba-tiba ditayangkan klip video ini. Mungkin disangkanya ini cerita seram arahan Ahmad Idham! Dek kerana terlalu banyak cerita seram di dalam televisyen ketika ini, itu pula yang jadi pembelajaran kepada kanak-kanak. Maka tidak sampai maksud dalam pembelajaran itu. Dan Nurulimanz rasa tersangat sesuai video klip ini ditayangkan kepada kanak-kanak yang enggan solat setelah sampai umur 10 tahun tu! Wuhu..! Apa kata sahabat-sahabat?


Kedua, respon kepada Mufti Dr., Nurulimanz hormati dan setuju pada pandangan Dr. bahawa apa yang ditayangkan itu tidaklah sama dengan realiti di alam tersebut. Tiada siapa yang akan kata "beginilah kita di alam barzakh nanti". Persepsi umum yang mungkin timbul ialah "kalaulah keadaan aku begini...atau lebih buruk dari ini...alangkah celakanya aku...". Yang timbul tersebut bukanlah aqidah tetapi suatu penghayatan terhadap apa yang dilihat di depan mata. Lihat orang-orang yang soleh terdahulu, mereka menggali lubang seperti kubur lalu berkalwah di dalamnya untuk merasai pengalaman berseorangan di dalam kubur yang sempit. Jika mahu menilai dari sudut aqidah, kita boleh menuduh mereka telah sesat dek kerana bukan keadaan kita sebegitu di alam barzakh nanti, bahkan mungkin lebih menggerunkan. Tetapi dari sudut psikologinya, penghayatan itu akan timbul dan menjadi pendorong mereka untuk bertaqwa. Tapi Nurulimanz juga sedar, bukan semua orang mempunyai nilai pemikiran sebegitu. Ada yang mampu menilai dengan bijak, dan ada juga yang 'lampi' (lambat pick up) hingga menyebabkan video tersebut mampu menggugat aqidah mereka kerana mempercayai 100%. Jadi Nurulimanz ambil jalan pertengahan iaitu video itu ditayangkan hanya kepada mereka yang telah memahami akan alam barzakh melalui nas-nas yang sahih. Kalau orang-orang yang 'lampi' tu Nurulimanz rasa elok saja ditayang video sebatan penghuni penjara pudu tu. Melihatkan tersiat-siatnya kulit yang pesalah yang disebat tu, mudah-mudahan 'tersiat' juga kulit ke'lampi'an dari minda mereka. Tak pun sesuai ja ditayangkan klip video alam barzakh tu kepada penghuni penjara tersebut! Wuhu! Apa pandangan kawan-kawan?


(p/s : Ini hanyalah pandangan peribadi. Sila komen jika tidak berpuas hati)

Friday, November 14, 2008

kUrNiAKaN CiNtA-Mu TuHaN


Wahai Tuhanku
aku cuba mencintaiMu
tapi tak terasa juga

aku cuba berkali-kali pun
tak terasa apa-apa

aku fikir-fikir segala nikmatMu
aku terkenangkan rahmatMu

aku nampak kemurahanMu

atas nama Tuhan, aku akur...


Namun aku belum jatuh hati juga padaMu
aku susah hati,aku selalu sedih

mengapa terjadi begitu

mengapa cintaku padaMu belum berbunga

sedang aku tahu aku akui nikmatMu terlalu banyak padaku
jika hendak dihitung, tak mungkn terhitung

Aku iri hati selalu
cerita orang soleh zaman dahulu
hebatnya cinta mereka keranaMu

asyik memuji dan memujaMu

terutama diwaktu malam yang sepi

diwaktu orang bermimpi

tika itu, mereka merintih padaMu

Engkau adalah jantung hati mereka

tapi, aku tidak begitu

aduh! kerasnya hatiku

hingga kini aku belum boleh mencintai kekasih agungku

baru aku sedar taufik, hidayah dan inayahMu
bahagia dan bertuahlah mereka yang
dikurniakan kecintaan padaMu

aku bila lagikah Tuhan?

Namun...

aku tak kan putus asa

akan ku cuba lagi selagi ada nyawa
walau di hujung nafas yang bakal tiba....

karya asal : kasturi_ainie

Fahamilah Wahai PENGKID dan SAUDARAI !

Baru-baru ini heboh dengan demonstrasi yang dibuat oleh Katagender dan Food-Not-Bomb atas nama hak kebebasan wanita (untuk berpakaian dan beraksi menyerupai lelaki / pengkid / tom boy). Selain itu, isu saudarai (lelaki menyerupai wanita / pondan / mak nyah) turut dibangkitkan oleh Mufti Perlis, Dr. Asri Zainul Abidin. Apa tidaknya, di tengah isu PENGKID ini dibahaskan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan, golongan saudarai di negara ini bagaikan diberi layanan istimewa apabila ada pihak yang ‘bermurah hati’ menyediakan pertandingan khas untuk memilih ratu cantik di kalangan mereka. Menerusi penyertaan dalam pertandingan ‘ratu cantik pondan’ itu, golongan terbabit dikatakan berada di puncak impian apabila berpeluang merubah diri menjadi wanita yang tampil dengan gaya anggun dan menawan selain meraih pelbagai gelaran seperti Queen of the Year (Ratu Tahun Ini) dan All Star (Bintang-bintang). MasyaAllah... Wahai PENGKID dan SAUDARAI, sebelum kami semua mahu memahami naluri kamu, kamu perlu memahami dahulu tegahan daripada Nabi kami...

Rasulullah s.a.w. pernah mengumumkan, bahawa perempuan dilarang memakai pakaian laki-laki dan laki-laki dilarang memakai pakaian perempuan (Hadith riwayat Ahmad). Disamping itu beliau melaknat laki-laki yang menyerupai perempuan dan perempuan yang menyerupai laki-laki (Hadith riwayat Bukhari). Termasu
k diantaranya, ialah tentang perkataannya, geraknya, cara berjalannya, pakaiannya, dan sebagainya.

Sejahat-jahat bencana yang akan mengancam kehidupan manusia dan masyarakat, ialah kerana sikap yang abnormal dan menentang tabiat. Sedang tabiat ada dua: tabiat laki-laki dan tabiat perempuan. Masing-masing mempunyai keistimewaan tersendiri. Maka jika ada laki-laki yang berlagak seperti perempuan dan perempuan bergaya seperti laki-laki, maka ini bererti suatu sikap yang tidak normal dan meluncur ke bawah.

Rasulullah s.a.w. pernah menghitung orang-orang yang dilaknat di dunia ini dan disambutnya juga oleh Malaikat, diantaranya ialah laki-laki yang memang oleh Allah dijadikan betul-betul laki-laki, tetapi dia menjadikan dirinya sebagai perempuan dan menyerupai perempuan; dan yang kedua, iaitu perempuan yang memang dicipta oleh Allah sebagai perempuan betul-betul, tetapi kemudian dia menjadikan dirinya sebagai laki-laki dan menyerupai orang laki-laki (Hadith riwayat Thabarani).

Fahamilah dengan hatimu, lihatlah dengan matamu dan dengarlah dengan telingamu... kerana telah Allah berfirman dalam al-Quran, surah al-A'raaf, ayat 179 :

Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.

Cadangan ke-2 ialah, apakata kita duduk semeja, bincang untuk kita wujudkan WILAYAH ISTIMEWA untuk golongan PENGKID dan SAUDARAI. Ya, kawasan yang khusus buat kamu... Yang jauh daripada manusia normal yang mahu mengikut petunjuk Nabi...sebab kami fikir akan firman Allah dalam surah Yaasin ayat 10 ni :

Sama saja bagi mereka apakah kamu memberi peringatan kepada mereka ataukah kamu tidak memberi peringatan kepada mereka, mereka tidak akan beriman.

di sana kamu bebas nak lakukan apa sahaja... kami yang normal ini berjanji tidak akan memantau kamu... biar Allah dan malaikat-malaikatnya sahaja yang memantau kamu, merakam setiap apa yang kamu lakukan, mencatat setiap apa yang kamu kerjakan lalu akan membentangkkan dan memampangkannya di akhirat kelak... terpulanglah sama ada nak percaya atau tidak. Yang pentingnya kamu wahai PENGKID dan SAUDARAI TIDAK SAMA DENGAN KAMI...

Maka apakah orang yang dijadikan (syaitan) menganggap baik pekerjaannya yang buruk lalu dia meyakini pekerjaan itu baik, (sama dengan orang yang tidak ditipu oleh syaitan) ? Maka sesungguhnya Allah menyesatkan siapa yang dikehendaki-Nya dan menunjuki siapa yang dikehendaki-Nya; maka janganlah dirimu binasa karena kesedihan terhadap mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat. (al-Quran, surah Faatir, ayat 8)

Patutkah Kami menganggap orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang solehsamadengan orang-orang yang berbuat kerosakan di muka bumi? Patutkah (pula) Kami menganggap orang- orang yang bertakwa sama dengan orang-orang yang berbuat ma'siat? (al-Quran, surah Shaad, ayat 28)

Dan tidaklah sama orang yang buta dengan orang yang melihat, dan tidaklah (pula sama) orang-orang yang beriman serta mengerjakan amal soleh dengan orang-orang yang durhaka. Sedikit sekali kamu mengambil pelajaran. (al-Quran, surah al-Mu'min, ayat 58)

Kemudian setelah kamu duduk di WILAYAH PENGKID dan SAUDARAI itu, mudahlah kamu kumpul kekuatan, berdemonstrasi dan pertandingan ratu pondan (tapi ingat, dalam wilayah kamu sahaja). Kami akan siarkan demonstrasi dan pertandingan ratu pondan kamu di kaca televisyen sambil berpesan kepada anak-anak kami "wahai anak, lihatlah manusia ini yang laparkan kebebasan hak gender (yang mereka fahami dengan makna yang sempit) di dunia, tetapi mereka juga dahagakan LAKNAT ALLAH serta NERAKA-NYA yang pedih...mereka sangka dapat keluar dari mulut harimau tetapi sebenarnya mereka sedang berusaha untuk masuk ke dalam mulut buaya.

(p/s : entry ini bukan suatu cadangan, juga bukan untuk tindakan lanjut, tetapi suatu peringatan cara baru bagi mereka yang engggan memahami... )

Wednesday, November 12, 2008

..:: Rasulullah...Kami Merinduimu... ::..

Muhammad... suatu nama yang meniti dari bibir setiap umatnya jua lawannya. Seorang Nabi yang diutuskan Allah Subhanahu wa Ta'ala dengan penuh kesederhanaan namun paling tinggi darjatnya di sisi Allah. Muhammad ini ditarbiyah langsung dari Allah Subhanahu wa Ta'ala, lalu muncul sebagai ummiy yg memiliki kebijaksannan dan keluhuran pekerti paling tinggi.

Menyelusuri sirah
nya yang penuh getir, dibaling batu hingga mengalir darah beliau memenuhi khuf beliau hingga berbunyi 'kchak' 'kchak' 'kchak' apabila beliau berlalu pergi dari Taif. Bunyi apa tu..? Ya, bunyi darah beliau yang berkumpul dan memenuhi khufnya akibat diserang dan dibaling batu oleh penduduk Taif kerana tidak mahu menerima dakwah baginda.

Sementara beliau diancam bunuh. Kuffar telah mengepung rumah beliau di malam hijrahnya. Kuffar mencarinya beliau hingga ke hira'. 100 unta bagi sesiapa yg dapat membunuh Muhammad. 100 unta bagai 100 motosikal 135 LC di zaman ini. Kuffar mana tidak 'gila' mendengar tawaran itu...


Bukit Uhud menjadi saksi beliau hampir-hampir terbunuh akibat kelalaian tenteranya mengumpul ghanimah (harta rampasan perang). Kehidupan yang tiada sekelumit pun kemewahan namun hatinya sentiasa tenang dengan apa yang dihadapinya.

Hairan si yahudi tua lagi buta apabila insan yg selalu menyuapkan makanan ke mulutnya sudah tidak datang lagi seperti kebiasaannya. lantas si yahudi bertanyakan ke mana insan itu pergi. Lalu jawab seorang sahabat, insan tersebut telah pergi buat selama-lamanya. "Aku ingin mengetahui siapa insan yang selalu menyuapiku setiap pagi itu?. Suapannya penuh kasih sayang bagaikan seorang anak menyuapi ayahnya yang telah uzur"...Maka jawab si sahabat "beliaulah Muhammad...insan yang engkau kutuk dan cerca saban pagi di hadapannya sedangkan ketika itu beliau berada di depan engkau dan menyuapkan makanan buat engkau...kini beliau sudah wafat"... Berderailah air mata si yahudi lantas lidahnya dan hatinya melafazkan syahadatain...

Dalam sebuah syair dituturkan:


Yang harus kita maklumi,

beliau hanyalah seorang manusia biasa.

Disamping beliau adalah hamba Allah Subhanahu wa Ta'ala yang terbaik.

Allah Subhanahu wa Ta'ala mengistimewakan beliau dengan stempel putih kenabian.

Bagaikan cahaya yang terang bersinar.

Allah Subhanahu wa Ta'ala menyertakan nama beliau dengan asma-Nya.


Saat muazzin mengumandangkan azan lima kali sehari semalam dengan bersyahadat.

Hingga nama beliau dipetik dari nama-Nya sebagai penghormatan.


Allah Subhanahu wa Ta'ala, pemilik 'Arsy adalah Yang Maha Terpuji,

Sementara beliau adalah yang terpuji.

Meskipun kita tidak sempat menyaksikan beliau secara langsung di dunia, kerana terpisah ruang dan waktu, namun kita tidak akan bosan memohon kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala semoga kita termasuk orang-orang yang disebutkan Rasulullah dalam sabdanya:

"Betapa ingin aku bertemu dengan saudara-saudaraku!" Para sahabat berkata: "Wahai Rasulullah, bukankah kami ini saudara-saudaramu?" Rasulullah menjawab: "Kamu sekalian adalah sahabat-sahabatku, saudara-saudaraku adalah generasi yang belum lagi muncul." "Wahai Rasulullah, bagaimanakah engkau dapat mengenali suatu generasi dari umatmu yang belum lagi muncul?" tanya sahabat. Beliau menjawab: "Bagaimanakah menurutmu, bila seseorang memiliki seekor kuda yang putih kepala dan kakinya di antara kuda-kuda yang hitam legam, bukankah dia dapat mengenali kudanya?" "Tentu saja wahai Rasulullah!" jawab mereka. "Sungguh, mereka akan datang dengan warna putih bercahaya pada wajah dan tubuh mereka disebabkan air wudhu'. Dan akulah yang akan mendahului mereka tiba di telaga (Al-Kautsar)!" jawab beliau."

(HR. Muslim)

Nurulimanz memohon kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala semoga kita semua tergolong orang-orang yang mengikuti jejak beliau dan meneladani kehidupan beliau serta menapaki sunnahnya. Nurulimanz juga memohon kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala semoga Dia Subhanahu wa Ta'ala mengumpulkan kita bersama beliau di Syurga. Dan semoga Allah Subhanahu wa Ta'ala memberikan pahala yang sempurna bagi beliau sebagai balasan atas seluruh yang telah beliau korbankan. Selawat dan salam semoga tercurah atas beliau, segenap keluarga serta sahabat beliau.

Bengkel Dakwah Sheikh Yusuf Estes


Bengkel Dakwah
Sheikh Yusuf Estes,
Mantan Paderi dan Pendakyah Kristian dari Texas, US

Tarikh : 16hb Nov 2008 (Ahad).

Waktu : 8.30 pagi - 1.30 tengahari.

Tempat : Dewan Kuliah G, Bangunan Sains Komputer,
bersebelahan dengan Masjid Al Malik Khaliq USM,Pulau Pinang.

Yuran : Rm20.00, bayaran boleh dibuat pada hari tersebut.

Anjuran bersama Pusat Islam USM dan IPSI (Islamic Propagation Society International)

Kepada yang berminat, sila sms nama dan no IC ke 019-411 5665 (Bro Kamarudin) atau pun menghantar emel (nama, no IC dan no telefon) ke ipsi7@streamyx.com
Marilah kita sama-sama merebut peluang yang ada beramai-ramai sebagai tanda menghargai ilmu & usaha pihak penganjur. Ajaklah rakan-rakan dan keluarga untuk turut serta menyertai bengkel dakwah ini. Semoga dengan usaha dan niat baik ini mendapat berkat dan rahmat dari NYA…

Renung-renungkan….

Apalah sangat dengan 5 jam menghadiri bengkel ini kalau nak dibandingkan dengan 5 jam menonton drama Korea/Hindustan dan Bola Sepak di TV…

Apalah sangat RM 20 yang kita keluarkan sebagai yuran program ni kalau nak dibandingkan dengan ribuan ringgit yang dilaburkan oleh pihak penganjur untuk membawa Sheikh Yusuf Estes tu ke Malaysia ni.

Semoga dengan usaha kita yang apalah sangat’ ini kalau nak dibandingkan dengan ganjaran Ilahi mendapat berkat dan rahmatNYA. Manalah tahu, dengan kerana ikhlasnya kita menyertai program ini keranaNYA menjadi satu asbab kita dilepaskan dari api neraka. InsyaALLAH….

Sebar-sebarkanlah kepada rakan-rakan...

Sunday, November 9, 2008

Kesan Zikir Terhadap Otak Manusia



Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabk an untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.

Oleh itu, apabila
seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan. Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.

Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scient
ific American, keluaran Disember 1993. satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar. Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.

Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan
baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.

Oleh itu, saudara-saudara ku seIslam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lam
a mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya.

Sunday, November 2, 2008

Haji Menuju Allah


Saban tahun aku merindui sebuah tanah yang disucikan Allah. Sebuah tanah yang menjadi saksi musnahnya tentera Abrahah dengan kemusnahan yang amat dahsyat. Mereka dihujani batu-batu api yang dilontar tentera Ababil hingga mereka menjadi seperti daun-daun yang dimakan ulat. Sebuah tanah yang menjadi saksi kelahiran kekasih umat Islam iaitu Muhammad s.a.w. Sesungguhnya segala jerih payanhmu Rasulullah kami tidak pernah lupakan dan kami sentiasa merinduimu... Apabila mendengar kalimah Labbaikallahumma Labbaik... hati ini sayu... Ya Allah izinkan aku menjejakkan kaki ke rumahmu yang suci itu sebelum nafas ini berakhir... Malam semalam Nurulimanz menghantar seorang teman ke terminal bas, teman yang mana ibunya akan berangkat ke tanah suci dalam beberapa hari lagi. Hanya sekadar itu kemampuan Nurulimanz. Bagi jemaah yang berpeluang, jangan sia-siakan jemputan Allah ini. Moga kalian beroleh haji Mabrur (diterima). Jangan pula pesongkan niat untuk bercuti atau 'honey moon' kelak rugi dengan haji Mardud (ditolak). Dedikasi buat kerinduan hati ini pada Makkah al-Mukarramah jua buat para jemaah haji... sebuah lirik nasihat 'Haji Menuju Allah'


Labbaikallahumma Labbaika
Labbaika Laa Syarikalaka Labbaika
Innalhamda Wal Ni'mata
Laka Wal Mulk Laa Syarikalaka

Pergi haji
Artinya menuju Allah yang esa
Membawa hati dan diri yang hina
Memberi hadiah kepada Allah
Berhati-hatilah menghadapNya

Setiap hamba
Pergi haji dengan segala yang baik
Hati yang baik akhlak yang baik
Harta yang halal hati yang bersih
Niat yang suci amal mulia

Pergi haji
Ilmu tentangnya mestilah ada
Agar syarat dan rukun tepat sempurna
Sah dan batalnya dapat dijaga
Agar amalan hajinya tidak sia-sia

Tata tertib dan akhlak kenalah jaga
Buatlah dengan tenang serta tawadu'
Sabar dan tolak ansur mestilah ada
Jangan berkasar merempuh manusia

Tanah haram jagalah pantang larangnya
Pergi haji bukannya masa untuk membeli belah
Beringatlah betulkanlah niat kita
Moga-moga haji kita diterima

Jagalah pantang larangNya
Yang boleh rusakkan hati
Jauhkan maksiat dan yang sia-sia
Takutkan Allah yang esa
Ingat selalu padaNya
Agar kita senantiasa memiliki jiwa hamba