Muhammad... suatu nama yang meniti dari bibir setiap umatnya jua lawannya. Seorang Nabi yang diutuskan Allah Subhanahu wa Ta'ala dengan penuh kesederh
anaan namun paling tinggi darjatnya di sisi Allah. Muhammad ini ditarbiyah langsung dari Allah Subhanahu wa Ta'ala, lalu muncul sebagai ummiy yg memiliki kebijaksannan dan keluhuran pekerti paling tinggi.
Menyelusuri sirahnya yang penuh getir, dibaling batu hingga mengalir darah beliau memenuhi khuf beliau hingga berbunyi 'kchak' 'kchak' 'kchak' apabila beliau berlalu pergi dari Taif. Bunyi apa tu..? Ya, bunyi darah beliau yang berkumpul dan memenuhi khufnya akibat diserang dan dibaling batu oleh penduduk Taif kerana tidak mahu menerima dakwah baginda.
Sementara beliau diancam bunuh. Kuffar telah mengepung rumah beliau di malam hijrahnya. Kuffar mencarinya beliau hingga ke hira'. 100 unta bagi sesiapa yg dapat membunuh Muhammad. 100 unta bagai 100 motosikal 135 LC di zaman ini. Kuffar mana tidak 'gila' mendengar tawaran itu...
Bukit Uhud menjadi saksi beliau hampir-hampir terbunuh akibat kelalaian tenteranya mengumpul ghanimah (harta rampasan perang). Kehidupan yang tiada sekelumit pun kemewahan namun hatinya sentiasa tenang dengan apa yang dihadapinya.
Hairan si yahudi tua lagi buta apabila insan yg selalu menyuapkan makanan ke mulutnya sudah tidak datang lagi seperti kebiasaannya. lantas si yahudi bertanyakan ke mana insan itu pergi. Lalu jawab seorang sahabat, insan tersebut telah pergi buat selama-lamanya. "Aku ingin mengetahui siapa insan yang selalu menyuapiku setiap pagi itu?. Suapannya penuh kasih sayang bagaikan seorang anak menyuapi ayahnya yang telah uzur"...Maka jawab si sahabat "beliaulah Muhammad...insan yang engkau kutuk dan cerca saban pagi di hadapannya sedangkan ketika itu beliau berada di depan engkau dan menyuapkan makanan buat engkau...kini beliau sudah wafat"... Berderailah air mata si yahudi lantas lidahnya dan hatinya melafazkan syahadatain...
Dalam sebuah syair dituturkan:
Yang harus kita maklumi,
beliau hanyalah seorang manusia biasa.
Disamping beliau adalah hamba Allah Subhanahu wa Ta'ala yang terbaik.
Allah Subhanahu wa Ta'ala mengistimewakan beliau dengan stempel putih kenabian.
Bagaikan cahaya yang terang bersinar.
Allah Subhanahu wa Ta'ala menyertakan nama beliau dengan asma-Nya.
Saat muazzin mengumandangkan azan lima kali sehari semalam dengan bersyahadat.
Hingga nama beliau dipetik dari nama-Nya sebagai penghormatan.
Allah Subhanahu wa Ta'ala, pemilik 'Arsy adalah Yang Maha Terpuji,
Sementara beliau adalah yang terpuji.
Meskipun kita tidak sempat menyaksikan beliau secara langsung di dunia, kerana terpisah ruang dan waktu, namun kita tidak akan bosan memohon kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala semoga kita termasuk orang-orang yang disebutkan Rasulullah dalam sabdanya:
"Betapa ingin aku bertemu dengan saudara-saudaraku!" Para sahabat berkata: "Wahai Rasulullah, bukankah kami ini saudara-saudaramu?" Rasulullah menjawab: "Kamu sekalian adalah sahabat-sahabatku, saudar
a-saudaraku adalah generasi yang belum lagi muncul." "Wahai Rasulullah, bagaimanakah engkau dapat mengenali suatu generasi dari umatmu yang belum lagi muncul?" tanya sahabat. Beliau menjawab: "Bagaimanakah menurutmu, bila seseorang memiliki seekor kuda yang putih kepala dan kakinya di antara kuda-kuda yang hitam legam, bukankah dia dapat mengenali kudanya?" "Tentu saja wahai Rasulullah!" jawab mereka. "Sungguh, mereka akan datang dengan warna putih bercahaya pada wajah dan tubuh mereka disebabkan air wudhu'. Dan akulah yang akan mendahului mereka tiba di telaga (Al-Kautsar)!" jawab beliau."
(HR. Muslim)
Nurulimanz memohon kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala semoga kita semua tergolong orang-orang yang mengikuti jejak beliau dan meneladani kehidupan beliau serta men
apaki sunnahnya. Nurulimanz juga memohon kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala semoga Dia Subhanahu wa Ta'ala mengumpulkan kita bersama beliau di Syurga. Dan semoga Allah Subhanahu wa Ta'ala memberikan pahala yang sempurna bagi beliau sebagai balasan atas seluruh yang telah beliau korbankan. Selawat dan salam semoga tercurah atas beliau, segenap keluarga serta sahabat beliau.
anaan namun paling tinggi darjatnya di sisi Allah. Muhammad ini ditarbiyah langsung dari Allah Subhanahu wa Ta'ala, lalu muncul sebagai ummiy yg memiliki kebijaksannan dan keluhuran pekerti paling tinggi. Menyelusuri sirahnya yang penuh getir, dibaling batu hingga mengalir darah beliau memenuhi khuf beliau hingga berbunyi 'kchak' 'kchak' 'kchak' apabila beliau berlalu pergi dari Taif. Bunyi apa tu..? Ya, bunyi darah beliau yang berkumpul dan memenuhi khufnya akibat diserang dan dibaling batu oleh penduduk Taif kerana tidak mahu menerima dakwah baginda.
Sementara beliau diancam bunuh. Kuffar telah mengepung rumah beliau di malam hijrahnya. Kuffar mencarinya beliau hingga ke hira'. 100 unta bagi sesiapa yg dapat membunuh Muhammad. 100 unta bagai 100 motosikal 135 LC di zaman ini. Kuffar mana tidak 'gila' mendengar tawaran itu...
Bukit Uhud menjadi saksi beliau hampir-hampir terbunuh akibat kelalaian tenteranya mengumpul ghanimah (harta rampasan perang). Kehidupan yang tiada sekelumit pun kemewahan namun hatinya sentiasa tenang dengan apa yang dihadapinya.
Hairan si yahudi tua lagi buta apabila insan yg selalu menyuapkan makanan ke mulutnya sudah tidak datang lagi seperti kebiasaannya. lantas si yahudi bertanyakan ke mana insan itu pergi. Lalu jawab seorang sahabat, insan tersebut telah pergi buat selama-lamanya. "Aku ingin mengetahui siapa insan yang selalu menyuapiku setiap pagi itu?. Suapannya penuh kasih sayang bagaikan seorang anak menyuapi ayahnya yang telah uzur"...Maka jawab si sahabat "beliaulah Muhammad...insan yang engkau kutuk dan cerca saban pagi di hadapannya sedangkan ketika itu beliau berada di depan engkau dan menyuapkan makanan buat engkau...kini beliau sudah wafat"... Berderailah air mata si yahudi lantas lidahnya dan hatinya melafazkan syahadatain...
Dalam sebuah syair dituturkan:
Yang harus kita maklumi,
beliau hanyalah seorang manusia biasa.
Disamping beliau adalah hamba Allah Subhanahu wa Ta'ala yang terbaik.
Allah Subhanahu wa Ta'ala mengistimewakan beliau dengan stempel putih kenabian.
Bagaikan cahaya yang terang bersinar.
Allah Subhanahu wa Ta'ala menyertakan nama beliau dengan asma-Nya.
Saat muazzin mengumandangkan azan lima kali sehari semalam dengan bersyahadat.
Hingga nama beliau dipetik dari nama-Nya sebagai penghormatan.
Allah Subhanahu wa Ta'ala, pemilik 'Arsy adalah Yang Maha Terpuji,
Sementara beliau adalah yang terpuji.
Meskipun kita tidak sempat menyaksikan beliau secara langsung di dunia, kerana terpisah ruang dan waktu, namun kita tidak akan bosan memohon kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala semoga kita termasuk orang-orang yang disebutkan Rasulullah dalam sabdanya:
"Betapa ingin aku bertemu dengan saudara-saudaraku!" Para sahabat berkata: "Wahai Rasulullah, bukankah kami ini saudara-saudaramu?" Rasulullah menjawab: "Kamu sekalian adalah sahabat-sahabatku, saudar
a-saudaraku adalah generasi yang belum lagi muncul." "Wahai Rasulullah, bagaimanakah engkau dapat mengenali suatu generasi dari umatmu yang belum lagi muncul?" tanya sahabat. Beliau menjawab: "Bagaimanakah menurutmu, bila seseorang memiliki seekor kuda yang putih kepala dan kakinya di antara kuda-kuda yang hitam legam, bukankah dia dapat mengenali kudanya?" "Tentu saja wahai Rasulullah!" jawab mereka. "Sungguh, mereka akan datang dengan warna putih bercahaya pada wajah dan tubuh mereka disebabkan air wudhu'. Dan akulah yang akan mendahului mereka tiba di telaga (Al-Kautsar)!" jawab beliau."(HR. Muslim)
Nurulimanz memohon kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala semoga kita semua tergolong orang-orang yang mengikuti jejak beliau dan meneladani kehidupan beliau serta men
apaki sunnahnya. Nurulimanz juga memohon kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala semoga Dia Subhanahu wa Ta'ala mengumpulkan kita bersama beliau di Syurga. Dan semoga Allah Subhanahu wa Ta'ala memberikan pahala yang sempurna bagi beliau sebagai balasan atas seluruh yang telah beliau korbankan. Selawat dan salam semoga tercurah atas beliau, segenap keluarga serta sahabat beliau.


0 comments:
Post a Comment