Monday, December 22, 2008

mEsEj-MeSeJ SeTeRuSnYa

Barang siapa membawa satu kebaikan maka baginya 10 kali ganda kebaikannya. barang siapa membawa satu kejahatan maka dia tidak diberi balasan kecuali yang setimpal dengan kejahatannya, sedang mereka sedikit pun tidak dirugikan (surah al-an'am)

Sahabat-sahabat nabi berjalan di atas landasan yang terang lagi seimbang. mereka tidak mengambil dunia untuk dunia. tetapi dunia diambil untuk kepentiangan agama. mereka tidak menjadi rahib yang megenepikan dunia keseluruhannya. namun dalam semua urusan, mereka tidak pernah cuai dan tidak pula melampaui batas. mereka sentiasa bersikap sederhana(imam al-ghazali)

Sesiapa mencintai ALLAH pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang ketawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya pada ALLAH. Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, di turunkan ke lubuk hati orang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoan.

Kesungguhan dan kecekalan adalah dambaan sekental perjuangan. sedangkan pengorbanan dan kesabaran pula adalah nilai setitis iman

Bismillah... inilah al-baqiah al-solihat, zikrullah penuh tersirat, hadiah buatmu peminat, yang sentiasa mengharapkan kebahagiaan akhirat, amalkan 3 kalimat, subhanallah, alhamdulillah, allahu akbar, suburkan taman-taman syurgamu, dengan rimbunan pohon-pohon yang indah, hijau mewarnainya, sungguh kamu akan memperolehinya kerana...inilah amalan yang kekal selamanya

Tidak ada kenikmatan seorang hamba yang lebih baik, setelah kenikmatan iman dan Islam, selain kenikmatan memperoleh teman yang soleh...bila lupa, akan mengingatkan dan bila ingat, ia akan membantunya

Kita akan merasa sempit dada jika kita merasakan kitalah yang memulakan dan mengakhiri perjuangan ini, tapi kesempitan ibi tak akan terasa jika kita merasai bahawa kita menyambung perjuangan yang lalu dan akan diteruskan oleh generasi mendatang

Ibnu Umar r.a. berkata, sabda Rasulullah s.a.w.: "Sesiapa yang menyampaikan hajat saudaranya nescaya Allah akan menyampaikan hajatnya dan siapa yang melepaskan kesukaran seseorang muslim di dunia, nescaya allah akan melepaskan kesukarannya di akhirat".

Bila engkau letih dan hilang rasa semangat, Allah tahu betapa kamu telah mencuba sedaya upaya. Bila tugasanmu berpanjangan dan hatimu kedukaan, Allah telah mengira titisan air matamu. Bila engkau rasa ketinggalan dan masa meninggalkanmu, Allah sentiasa di sisimu. Bila engkau telah mencuba segala tetapi tidak tahu tujuan, Allah ada jalan penyelesaian Bila tiada yang bererti buatmu, keliru dan kecewa, Allah adalah jawapannya.

Kadang-kadang kita berdoa untuk kuat tapi banyak pula dugaan datang. Kadang-kadang kita minta cerdik, tapi masalah pula yang timbul, Kadang-kadang kita minta kebahagiaan tapi huru-hara pula. Dugaan menjadikan mental kita kuat, masalah menjadikan kita berfikir, huru-hara menjadikan kita tabah...Hebatkan Allah...semua ada hikmah. Kalaulah manusia tahu hadith ini "telah berkata jibril : Wahai Tuhan,Engkau sampaikanlah hajat hambaMu". Maka Allah menjawab : "Biarkan hambaKu itu, kerana Aku mencintai suaranya"...(Anas bin Malik)

"Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu berharap kepada engkau ketika mahu menyelesaikan masalahnya sahaja sedangkan apabila masalah atau hajatnya telah selesai maka dia memutuskan kemanisan persahabatan. Bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai ketinggian dalam melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yang benar, memberi pertolongan kepada engkau serta memadai dengan amanahnya atau sikap bertanggungjawabnya terhadap engkau.." Khalifah Umar bin Abdul Aziz

Bila ALLAH cepat memakbulkan doamu, itu adalah kerana ALLAH menyayangimu... bila DIA lambat memakbulkan doamu, itu adalah kerana DIA ingin mengujimu... bila ALLAH tidak memakbulkan doamu, itu adalah kerana DIA merancang sesuatu yang lebih baik untukmu... kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNYA... Jalan dakwah tak selalu tenang sahabatku, yang penting YAKIN dan IKHLAS

Apabila seorang anak yang soleh melihat kepada ibu bapanya dengan pandangan kasih sayang, ALLAH menuliskannya pahala Haji Mabrur (HR Al-Baihaqi)

Adakala kita rasa kurniaan ALLAH itu indah, tanpa tahu itu adalah suatu dugaan dan adakalanya kita rasa ujian itu sukar, padahal ianya tanda kasih ALLAH kepada kita

Seorang muslim yang bergaul dengan manusia dan bersabar dengan keburukan mereka lebih baik daripada seorang muslim yang tidak bergaul dengan manusia dan tidak sabar dengan keburukan mereka (HR Imam Ahmad dan Tirmidzi)

"Apa khabar diri?" semoga makin berpeluh cintaNya... "apa khabar hati?" semoga selalu bersih dari noda... "Apa khabar iman?" semoga kian menapak maju... keep Allah in our heart

Sentiasalah menyucikan hati kerana hati adalah raja yang memerintah seluruh amalan. Jangan biarkan ianya dinodai oleh titik hitam, apatah lagi ada kebatilan yang masih bersarang di situ walaupun sedikit. Sentiasalah beristighfar dan zikir qalbi untuk menyucikannya kerana manusia memang sering membuat kesilapan

Jika rindukan Allah... selahir tenang damai, gelisah atas rasa keinsafan, walau aneka rintangan ditempuhi... namun, suatu masa nanti kau kan tahu jua, itulah lumrah perjuangan. Jika rindukan anugerah cintaNya... curahkan selaut pengorbanan, seluruh milik cincatmu kepada ilahi... biarpun kesukaran kerap merugimu... teguhkanlah kesabaran, pasti nanti esok engkaulah insan paling bahagia.

"sayangi sebuah perkenalan kerana di situ ada kenangan... kenangi sebuah perhubungan kerana di situ ada kerinduan... sayangi kedua-duanya kerana itu anugerah dari Tuhan... Tak terasa bila ia pergi, tapi sayu bila ia tak kembali... Ia datang tanpa seruan, ia pergi tanpa alasan... jadi, abadikanlah ia sebelum hilang dari pandangan

Persaudaraan kadang-kadang seperti tingkah dahan-dahan yang ditiup angin. Walau satu pohon, tak selamanya gerak dahan seiring sejalan. Adakalanya seirama, tapi jarang beraturan. tergantung mana yang lebih kuat : keserasian batang atau tiupan angin yang tidak beraturan. indahnya ukhwah. Sebuah anugerah Allah yang teramat mahal buat mereka yang terikat dalam keimanan

"Seorang muslim yang bergaul dengan manusia dan bersabar dengan keburukan mereka lebih baik daripada seorang muslim yang tak bergaul dengan manusia dan tak sabar dengan keburukan manusia" (HR Imam Ahmad dan Tirmidzi)

Usah menangis setiap kesusahan, usah bangga dengan kejayaan, usah merungut setiap kejadian, usah malu pada kekurangan... kerana semuanya adalah ujian untuk menguji sekuat mana keimanan

Jika hari ini milik kita, gunakanlah sebaiknya kerana esok belum tentu untuk kita... Jika hari ini kita rancangkan sesuatu untuk esok, rancangkanlah sekemas mungkin tapi jangan lupa pada takdir yang menentukan segalanya. Andai esok buat kita kecewa, redhalah dengan ketentuanNya, sengaja DIA tentukan demikian, agar kita lebih berhati-hati untuk lusa yang menjelma. Andai lusa masih di takuk yang lama, tiada perubahan, malah kekecewaan berlarutan, sedarlah memang DIA memang suratkan begitu agar kita sedar siapa kita disisiNya. Semoga kita lebih sedia dengan segala kemungkinan yang tiba biarpun sudah berusaha.

Good student smile in any times and trouble, gather strength from doa and grow braver by istighfar and solat...

"Muliakanlah sahabatmu dengan kemuliaan yang mampu engkau lakukan secara berterusan. Jika tidak, maka kemuliaanmu itu akan membawa kepada perkara yang memutuskan persahabatan"

the path u walk in life is unique, no one walks that road better then yourself, for u alone rule your own destiny, so continue doing your best and let Allah make the rest.

carilah hikmah dalam setiap ketentuan Allah, supaya timbul rasa kesabaran dan kesyukuran, setiap yang payah pasti ada kesenangan, setiap kesabaran pasti ada ganjaran... yakinlah dengan janji Allah, ayat 7 : Muhammad (Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu)

Mengenali seseorang itu kadangkala membuat kita ketawa. mengenali seseorang itu juga kadangkala membuat kita mengalirkan air mata... Sesungguhnya, mengenaliseseorang itu mampu memberi kita sejuta rasa... marah, sedih, gembira, sayang dan rindu... tapi sedarkah kita? mengenali seseorang itu sebenarnya adalah 1 ANUGERAH... biarpun hadirnya hanya seketika dan sekadar teman sementara, bersyukurlah dengan kehadirannya kerana barangkali, melaluinyalah kita mengerti apa itu persahabatan

Iman jualah sahabat yang karib lagi setia, yang akan sentiasa bersama. Dalam suka ia mengingatkan, dalam duka ia penenang. Berserahlah kepada Allah. Ujian itu tarbiyah tanda kasihNya dan penghapus dosa silam

Permulaan jalan dakwah adalah mudah, kemudian akan datang kesedihan demi kesedihan. Awalnya perlukan kita korbankan keseronokan hidup dan penyudahnya korbankan jiwa

Kaya di dunia bukanlah kemuliaan, kekayaan hakiki taqwa akan Tuhan

Andai Kau Jatuh Hati pada seseorang,pilihlah Hati Yang Senantiasa Dekat Kepada Allah Agar Hatimu tidak salah Memilih. Andai Kau Jatuh Cinta,Berikanlah Cintamu Pada Seseorang Yang Melabuhkan Cintanya Kepada Allah Agar Bertambah Kekuatanmu Untuk Mencintai Allah. Andai Kau Rindu,Rinduilah Seseorang Yang Merindui Syahid Di Jln Allah Agar Kau tidak lalai dari merindui syurga Allah. Andai Kau Kecewa dan Menyesal Kerana Pernah Jatuh Hati,Jatuh Cinta Dan Rindu Pada Seseorang, Bersyukurlah Kerana Kau Masih Berpeluang Untuk Jatuh Hati, Jatuh Cinta Dan Rindu Kepada Allah.

0 comments: