Monday, December 29, 2008

per 'PUTUS' an tahun baru 1430h


Alhamdulillahi rabb al-a’lameen… welcome new year 1430h (tahun je yang baru? Bagaimana dengan ‘iman’ adakah bro dah perbaharui?). Umurku masih dilanjutkan ke tahun ini (sedarlah hakikatnya umurmu makin pendek, bro!)… syukur ya Allah… gembira dengan kedatangan tahun baru, dengan azam yang baru (azam tahun lepas dah tertunai ke, bro?), dengan tekad yang makin membara (jangan mem’bara’ sampai hangus/hangit sudah la,hehe), aku akan terus melangkah… Ya, hidup ini berkisar tentang frasa ‘HOW TO SURVIVE’ (ape bende tu, bro?)… Apa yang aku dapat fahami daripadanya ialah bagaimana kita berjuang untuk mendapatkan apa yang kita hajatkan. Dengan makna lain, apa yang kita perlu lakukan untuk meneruskan dan menyempurnakan kehidupan… emmm, lebih kurang macam tu lah. So, bagi seorang yang bernama Nurulimanz, aku akan cuba yang terbaik dalam menempuh ranjau perjuangan ini. Azam aku? Ehemmm.. biarlah rahsia setakat ini. (tah pape la bro! dengan member pun nak rahsia ke?). Nanti rajin-rajin la layari blog Nurulimanz ini. Mungkin azam aku akan terdedah di sini sedikit demi sedikit (dedah azam tak berdosa, dedah aurat? Berdosa maa..) Setakat ini dahulu ‘Per'putus'an Rasmi Tahun Baru Nurulimanz’. Assalamualaikum…

*di belakang pentas blog : Debik! (Adeh!) Kedebush! (Adoi! Omak.. tolong edennnnnnn)... Nah, hambik kau. Mengacau masa aku berucap lagi… Kebabooooom! (Omang aih, ado orang main bom). Lari..lari..lari.. (huh..huh..Makasih om Nurulimanz. Om udah nyelamatin gue). Eh engkau ni orang mano sobonanyo eh jang?.. (Mana-mana pun bisa om). Ahhh...tak kisah lah. Janji kita sahabat. (Om ngak marah sama gue?). Ngak dong… Kok lo sindir gue, gue dapat bermuhasabah diri gue sendiri. Kan itu bagus banget dong...

0 comments: