
Esok Chinese New Year. Esok akan berlaku gerhana matahari selepas asar insyaAllah. Esok juga Nurulimanz balik kampung. Sambut Chinese New Year? Kampung Nurulimanz semuaMelayu. Kalau ada le rumah Cina 'sebijik' pun di kampung, tentu Nurulimanz sambut sama-sama mereka. Em, nak sambut jugalah dengan walaupun dalam blog Nurulimanz ni... Solat Gerhana? insyaAllah kita sama-sama laksanakan...
Pertamanya, Nurulimanz teringat rakan-rakan Cina di Sek. Keb. St. Mark dahulu. Nama-nam
a seperti Ang Kai Wei yg kuat fighting masa sekolah rendah dulu, Lim Wen Peng yang selalu main bola sepak dengan Nurulimanz, Cikgu Chin yang mukanya 'sebijik' macam Jacky Chan dan mengajar Nurulimanz subjek Matematik dengan sangat efektif, Cikgu Lina Lee yang ajar Nurulimanz main lagu My Heart Will Go On dengan rekorder sampai Nurulimanz cekap, tak pernah Nurulimanz lupakan. Kenangan di sekolah rendah bersama teman-teman dan guru-guru Cina masih segar dalam ingatan Nurulimanz.
Semasa di Uni Malaya, Nurulimanz pernah mangarahkan sebuah pro
gram : Perkampungan Daie. Yang seronoknya bila ada gimik tarian singa semasa majlis perasmiannya. (tu tengok gambar tu... Singa tu menari di hadapan Nurulimanz... Wah, bestnya) Tak dapat dinafikan, tarian yang paling Nurulimanz suka ialah tarian singa. Kalau ada kesempatan untuk belajar, memang Nurulimanz nak sangat belajar tarian tu. Pernah Nurulimanz mendaftar dalam Persatuan Tiong Hua, tetapi malang persatuan tu tidak aktif sangat.
Tentang bacaan, ada beberapa penulis Cina yang Nurulimanz respect
dan suka baca bukunya. Misalnya buku Dare To Fail karangan Billi PS Lim. Sewaktu Nurulimanz kena 'bantai' oleh sahabat-sahabat dalam sesi post-moterm dek beberapa kesilapan semasa program di sekolah menengah, buku inilah wasilah yang menaikkan kembali semangat Nurulimanz untuk meneruskan perjuangan. Penulis lain yang menjadi kegemaran Nurulimanz ialah Ann Wan Seng (bunyi sebutan namanya seperti Anuar Zain dan Anuar Hasin...hehe). Beliau juga seorang penceramah yang Nurulimanz hormati.
Nurulimanz rasa cemburu dengan bisnes konvesional orang-orang Cina. Hmmm... terfikir-fikir kenapa bangsa Nurulimanz tak sehebat bisnes mereka. Ya, mungkin faktor nenek moyang mereka yang optimis terhadap bisnes, tidak sama dengan nenek moyang Nurulimanz yang lebih berminat dengan hasil mahsul tanah dan laut. Atau mungkin kerana kita generasi muda Melayu tiada saingnya! Jadi, Nurulimanz mula mencuba bisnes ******** untuk bersaing dengan bangsa yang berjaya dalam bisnes ini. Apa salahnya jika cemburu tu membawa kepada persaingan yang sihat, kan?
Berbetulan dengan esok juga akan berlaku gerhana matahari. Apabila berlaku gerhana, kita sebagai umat Islam adalah dianjurkan oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam supaya bersegera untuk melakukan perkara-perkara yang berkebajikan seperti berdoa, berzikir, bersembahyang, bertakbir, bersedekah dan beristighfar.
Sebagai
mana hadis Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, maksudnya: "Dari A'isyah Radiallahuanha ia berkata: Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam: Maka apabila kamu melihat gerhana itu lalu berdoalah kamu kepada Allah Ta'ala, serta berzikir, bersembahyang dan bersedekah. (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari).
Hukum Solat Gerhana ini sunat muakkad (sunat yang dituntut). Dan juga ia afdhal dilaksanakan secara berjemaah. Berd
asarkan daripada hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang bermakna : Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan dua tanda daripada tanda-tanda (kebesaran) Allah, tidak berlaku gerhana pada kedua-duanya kerana kematian seseorang dan tidak pula kerana kelahirannya. Maka apabila kamu melihat perkara itu maka sembahyanglah dan berdoalah sehingga kembali terang(hilang gerhana) apa dengan kamu.
Apa? Tak tau caranya? Hmmm... lain sikit Solat Gerhana ni tapi mudah sahaja... Solat Gerhana mengandungi 2 rakaat, 4 al-Fatihah, 4 rukuk, dan 4 sujud. Iaitu seperti berikut :
Rakaat pertama :
1. Niat solat Gerhana, Takbir.

2. Baca Al-Fatihah dan surah.
3. Rukuk.
4. I’tidal,
5. Baca Al-Fatihah dan surah.
6. Rukuk.
7. I’tidal.
8. Sujud dan seterusnya seperti solat biasa.

Rakaat kedua : Sama seperti rakaat pertama.
NIAT SOLAT GERHANA
الخُسُوْفِ : Gerhana Bulan الكُسُوْف : Gerhana Matahari
أُصَلِّي سُنَّةَ الخُسُوْفِ / الكُسُوْفِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى
Maksudnya : Sahaja aku menunaikan Solat Gerhana (Bulan / Matahari) 2 rakaat kerana Allah Taala.
Esok gerhana akan berlaku pada waktu Asar. Lebih kurang pukul 4.30 petang. Kalau tak pasti, boleh la tengok sendiri dengan teleskop. hehe... Takde teleskop pun, boleh tengok direct ape...

Akhirnya, diucapkan ... Happy Chinese New Year and Gong Xi Fa Cai ! Dan Jangan lupa Solat Gerhana esok ye !
Pertamanya, Nurulimanz teringat rakan-rakan Cina di Sek. Keb. St. Mark dahulu. Nama-nam

Semasa di Uni Malaya, Nurulimanz pernah mangarahkan sebuah pro
Tentang bacaan, ada beberapa penulis Cina yang Nurulimanz respect

Nurulimanz rasa cemburu dengan bisnes konvesional orang-orang Cina. Hmmm... terfikir-fikir kenapa bangsa Nurulimanz tak sehebat bisnes mereka. Ya, mungkin faktor nenek moyang mereka yang optimis terhadap bisnes, tidak sama dengan nenek moyang Nurulimanz yang lebih berminat dengan hasil mahsul tanah dan laut. Atau mungkin kerana kita generasi muda Melayu tiada saingnya! Jadi, Nurulimanz mula mencuba bisnes ******** untuk bersaing dengan bangsa yang berjaya dalam bisnes ini. Apa salahnya jika cemburu tu membawa kepada persaingan yang sihat, kan?
Berbetulan dengan esok juga akan berlaku gerhana matahari. Apabila berlaku gerhana, kita sebagai umat Islam adalah dianjurkan oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam supaya bersegera untuk melakukan perkara-perkara yang berkebajikan seperti berdoa, berzikir, bersembahyang, bertakbir, bersedekah dan beristighfar.
Sebagai

Hukum Solat Gerhana ini sunat muakkad (sunat yang dituntut). Dan juga ia afdhal dilaksanakan secara berjemaah. Berd

Apa? Tak tau caranya? Hmmm... lain sikit Solat Gerhana ni tapi mudah sahaja... Solat Gerhana mengandungi 2 rakaat, 4 al-Fatihah, 4 rukuk, dan 4 sujud. Iaitu seperti berikut :
Rakaat pertama :
1. Niat solat Gerhana, Takbir.

2. Baca Al-Fatihah dan surah.
3. Rukuk.
4. I’tidal,
5. Baca Al-Fatihah dan surah.
6. Rukuk.
7. I’tidal.
8. Sujud dan seterusnya seperti solat biasa.

Rakaat kedua : Sama seperti rakaat pertama.
NIAT SOLAT GERHANA
الخُسُوْفِ : Gerhana Bulan الكُسُوْف : Gerhana Matahari
أُصَلِّي سُنَّةَ الخُسُوْفِ / الكُسُوْفِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى
Maksudnya : Sahaja aku menunaikan Solat Gerhana (Bulan / Matahari) 2 rakaat kerana Allah Taala.
Esok gerhana akan berlaku pada waktu Asar. Lebih kurang pukul 4.30 petang. Kalau tak pasti, boleh la tengok sendiri dengan teleskop. hehe... Takde teleskop pun, boleh tengok direct ape...

Akhirnya, diucapkan ... Happy Chinese New Year and Gong Xi Fa Cai ! Dan Jangan lupa Solat Gerhana esok ye !
0 comments:
Post a Comment