Kini aku di tahun akhir. Sahabat-sahabat seusia dah mula bising dengan baitul muslim (rumah tangga muslim). Di kolej, di akademi, di kafeteria, dalam bilik tidur, dalam bilik air, tak kisah la di mana jua, topik yang popular ketika ini diantaranya ialah nikah selepas grad. Di akademi, subur program-program yang berkaitan dengan topik popular tue. Ramai yang 'kantoi' semasa mendaftar kursus pra-perkahwinan. Taulah aku mana sahabat-sahabat yang dah 'bersedia'.
Woha!
Dalam wacana ilmiah bertajuk "relevankah kahwin muda" anjuran budak2 Lajnah Dakwah, Dewan Kuliah Utama penuh sesak dengan peserta. Ada la dalam 500 orang walaupun wacana ilmiah tu dibuat pada waktu malam. bayangkan... betapa besar impact persoalan nikah muda ni di akademi ni. Masing-masing mencari 'track' untuk menuju ke gerbang pernikahan. So, tak payah la sembunyi-sembunyi muka wahai budak-budak akademi. Memang tak dapat dinafikan, perkara ni selalu bermain di minda budak-budak akademi. Dah terbukti pun, ada sahabat-sahabat yang bernikah dan beranak pinak.
Kenapa budak-budak akademi nak kahwin muda? ni kena bagi jawapan ala-ala akademik sikit. emmm...
Firstly, tau-tau je la kawasan kL ni, p mana pun ada godaan terutamanya perempuan. Nabi sendiri pun bersabda bahawa antara fitnah yang besar di akhir zaman ini ialah wanita. Choop! wanita-wanita sekalian jangan terasa pulak. Yang patut terasa ialah wanita yang tak jaga auratnya dan perlakuannya di depan ghair mahram (bukan muhrim). Saja je ajak kawan lelaki keluar bersiar-siar. Saja je melunakkan suara. Saja je study berdua-duaan. Tak cukup dengan godaan tu, ada la pulak kelab-kelab malam yang bersepah di sekitar kL termasuklah berhampiran dengan Uni Malaya. Dalam kelab-kelab tue, ada la spesies yang meliuk lentokkan badan mengikut irama lagu sampai meleleh air liur lelaki. Ini bukan cobaan! Ini betul-betul! So, nak elak maksiat beraja pada hati dan terzahir pada perlakuan, baik cepat-cepat nikah. Cari saluran yang diredhai. Tak gitu?
Secondly, nak lajukan gerakan dakwah. mungkin alasan ni hanya difahami orang yang berada di landasan dakwah. Apa lagi yang diharapkan orang-orang dakwah melainkan pernikahannya adalah untuk merancakkan lagi proses dakwah. Iyalah, makan pakai si suami diurus, maka si suami yang berat bebanan sebelm ini menjadi sedikit ringan. Tambah-tambah lagi si suami ni jenis aktivis dakwah 24 jam. Kesannya, dakwah akan bergerak lebih pantas. Selain itu, isterilah yang berperanan untuk memotivasikan si suami sekiranya berlaku masalah dalam dakwah. Beruntunglah lagi kalau dapat isteri yang kental dengan jiwa dakwah seperti karekter Nur Mumtazah dalam novel Syabab Musafir Kasih karya Fatimah Syarha.
In the other hand, nikah muda ni sebab 'perasan' diri dah cukup bersedia dan memenuhi kriteria orang yang wajib atau sunat bernikah. Maka buat apa la nak tunggu lama-lama. Siksa batin sendiri je tunggu lama-lama. Apatah lagi si lelaki ni dah peringkat wajib nikah. Ingat tak sakit ke? Kalau wanita-wanita nak tau, sakitnya macam antunna kena madu la. hua! Tapi lelaki yang kriteria sunat ni tak berapa rasa kot. heh. Hmmh... buat apa nak tunggu lama-lama kalau boleh dapat yang halal daripada bercinta tak tentu pasal, tempah maksiat hati setiap hari. Mana tak tempah maksiat hati, dok teringat orang yang ghair mahram tiap-tiap hari lebih daripada zikirullah lagi. Hampeh!
TAPI...Pesan ahli-ahli panel yang juga berpengalaman nikah muda...
Firstly, biar dah cukup bersedia dari sudut zahir mahupun batin. Jangan terburu-buru tanpa memikir panjang soal persediaan tu. Parah masa depan. Bahagia yang diharapkan, sengsara yang bertandang. Ha! aku ada juga member yang dah nikah hadapi masalah ni. Siapa tu tak jadi persoalan. Apa yang aku tahu, hubungan depa tu dah sampai nak bercerai-berai. Sesak duit tak cukup nak tampung makan pakai anak bini... Ha! ni nak tala (tunding@persalahkan) sapa? Macam mana nak selesaikan? Akhirnya, 'hutang' pada mak ayah dan mertua. Jangan main-main... kes berat ni.
Secondly, nak nikah biar dapat restu mak ayah. Mentang-mentang mak ayah tak benarkan kahwin muda, memandai kahwin di Thailand. Pantang aku orang yang kahwin lari atau kahwin senyap-senyap, lepas tu baru nak bagitau mak ayah. Ni lagi kes berat. Dah belakangkan mak ayah. Kalau mak ayah tak restu sampai mati, nak jawab macam mana dalam kubur? Ingat! Redha Allah terletak pada redha mak ayah kita. Hadith Nabi s.a.w. tue...
Lastly, Cukupkan dada dengan ilmu. Terutamanya ilmu agama bagi si lelaki. Tak kurang pula ilmu bagi si wanita. Sebab lelaki ni CEO rumah tangga dan wanita ni Pengurus rumah tangga. Ilmu psikologi kanak-kanak untuk didik zuriat nanti. Hmmm...bahagianya hidup jika rumahtangga berdiri dalam suasana tarbiyah ilmiyah. Tak bestnya kalau rumahtangga jauh dari suasana mendidik sebegitu. Anak-anak pula mendapat didikan yang betul dari ibu bapa yang memahami psikologi mereka. Anak-anak ibarat kain putih, perlu dicorakkan dengan celupan Allah (sibghatallah) agar suatu hari nanti, anak-anak inilah yang akan mengembalikan kemuliaan Islam. InsyaAllah...
(p/s: akademi yang dimaksudkan dalam entry ni ialah Akademi Pengajian Islam. Bukan akademi fantasia atau akademi al-Quran. Harap maklum.)
0 comments:
Post a Comment