Friday, August 14, 2009

UsT AsRi DaLaM kEnAnGaN...


Sedih dan pilu menyelubungi segenap ruang

Menangisi pemergian seorang pejuang


Tiada lagi padanya gelak tawa riang


Hanya jasad kaku diam terlentang



Bagiku kenangan terindah bersamanya


Makan, berbicara dan bergurau senda


Namun kini hakikatnya dia telah tiada


Hanya doa kudus kupanjatkan buatnya



Aku cukup rasa kehilangan


Seorang teman, guru dan taulan


Moga rohmu mewangi di dalam taman


Taman syurga yang indah menawan



Tidak cukup bicara mengungkap rasa


Sedang hati masih berduka


Hanya doa kukirim ke sana


Agar rohmu sentiasa dicucuri rahmat-Nya


Sedikit Bingkisan Kisah Aku Dan Dia

Seperti krew2 Konsert Antara Dunia 09 yang lain, aku juga mahu abadikan kenanganku bersama Ustaz Asri di dalam blogku ini. Pertemuan kali pertama kami melalui gerak kerja Konsert Antara Dunia 09. Wataknya yang friendly membuatkan aku rasa cukup dekat dengannya.

Laptop

Ust Asri ada laptop. Kecil dan comel. Kadang-kala kalau dia ada masalah dengan laptopnya, dia akan minta aku tolong tengokkan masalah itu. Aku pun bukannya pandai sangat dengan laptop ni, cuma ada la ilmu sikit2. Sebenarnya laptop banyak menghubungkan kami. Ust Asri ketika ditemuramah oleh nasyidfm.net, kebetulan ketika itu, laptopnya ada masalah sedikit, lalu aku pun 'sedekah' laptop dan microfone aku tu untuk kegunaannya ditemuramah. Tak silap aku ada 3 orang DJ yang menemuramah Ust Asri ketika itu termasuk DJ Feera dan DJ Muhammad. So dalam temuramah tu, aku menemani Ust Asri, berada di sebelah beliau, mendengar celoteh-celoteh beliau dan men'takkid' kata2 beliau. Kini celoteh-celoteh Ust Asri sudah tidak dapat didengar lagi kerana kini hanya temuramah Ust Asri bersama malaikat Munkar dan Nakir, semuanya menjadi rahsia ghaibiat Alam Barzakh...

Bergurau Canda

Pernah kami bergurau semasa kami krew2 Konsert Antara Dunia 09 menaiki kereta Perdana V6 Ust Asri. Dan aku yang paling kuat bergurau dengannya sampaikan riuh dalam kereta tu. Bermula apabila Ust Asri ceritakan kepada kami yang kereta Perdana V6 nya ada NGV, tapi NGV tu selalu rosak. Kali terakhir rosak adalah beberapa bulan yang lalu. Ust Asri kata, kalau rosak sekali lagi, dia nak pulangkan balik NGV tu. Som aku pun kata 'nasib baik Ust kata macam tu, kalau saya, saya akan kata 'kalau rosak sekali lagi, saya hempuk NGV ni atas dia.' (erm, nampak cam saya kasar tapi tu gurau jer tu...) Apa lagi, Ust pandang aku sambil senyum dan berkata 'ooo...baru tau iman ni macamana eh'. Aku balas senyuman dia. Aisyah yang ada di belakang menyampuk 'dia memang macam tu, Ust'. Fiey punya la gelak. Wan pulak dengan sengih dia. Biasalah kami 'adik beradik' suke gurau... nak release tension kerje la katakan... Aku akan ingat detik ni walaupun dia sudah berangkat ke alam barzakh...

Belanja Makan

En. Azadan ajak kami makan di sebuah restoran berdekatan Rabbani Production. Naik van barang Rabbani. Apa lagi, Aisyah, Wan, Fiey bersila di belakang van la sebab kat belakang van tu tak de kerusi. Aku duduk di sebelah En. Azadan. Sampai di restoran, kebetulan terserempak dengan Ust Asri. So, kami semua duduk semeja. Erm, gambar di atas tu gambar masa di restoran tu lah. Yang bestnye, Ust Asri nak belanja kami semua buka puasa. Hari tu kami semua puasa sunat hari Khamis. Apa lagi, dah ada orang nak belanja, takkan makan nasi gorang je. Kami pun hentam Chicken Chop Shizzling sorang satu set. Moga, pahala Ust Asri Belanja kami berbuka puasa menjadi penolongnya di alam barzakh...

Birthday

3 Ogos 2009, aku dijemput ke birthday party Ust Asri yang ke-40 di Teratak Hijjaz, Putrajaya. Tapi aku tak sihat. Dalam tak sihat tu pun aku sempat lagi sediakan hadiah buat dia, teman yang aku sayangi. Dari jauh aku dapat liputan tentang birthday party dia. Syukran pada 'yang melaporkan'. Kata seorang pelapor, Ust Asri ada berkata dalam majlis tu... "Sebenarnya Umur 40 ini bermulanya sebuah kehidupan". Selang 10 hari, barulah aku mengerti kata-katanya bahawa kehidupan yang bermula itu bukan di dunia ini, tapi di alam barzakh...

2 comments:

Anem Arnamee said...

Salam.

semoga beliau beroleh ketenangan di sana:)

~ADeQ~ said...

salam...moga arwah dicucuri rahmat dan ditempatkn di kalangan hambaNYA yg soleh...