Wednesday, October 21, 2009

Ya Allah... Apa Petandanya Ini?


Dalam kekalutan melawan nafsu yang membelenggu diri


Dalam kelemahan bertempur dengan jahiliyah

Dalam kekurangan melaksanakan segala perintah-Nya

Allah kirimkankan kepada kita suatu petanda

Petanda yang aku tidak mampu tafsirkan

Tafsiran yang hanya difahami oleh air mata

Air mata yang mengalir bersama 1000 keinsafan

Keinsafan dalam keagungan-Nya... Subhanallah

Subhanallah... Maha suci Engkau ya Allah

Ya Allah, apa petandanya ini?

Mungkinkah petanda hampirnya 'SAAT' yang Engkau janjikan

Mungkinkah petanda telah datang amaran-Mu

Mungkinkah petanda buat mereka yang ingin memahami...

Wahai diri yang ingin memahami, fikirlah dalam zikir

Sungguh Dia telah menunjukkan kekuasaanNya zahir

Apakah ada masa untuk perintahNya engkau mungkir?


Ayat Al-Quran Muncul Pada Kulit Bayi. Sebab Manusia dah tak pandai hargai al-Quran, tak mahu membaca, tak mahu meneliti dan beramal dengannya?



SEBAHAGIAN ayat al-Quran pada kulit Ali.


MOSCOW - Pakar-pakar perubatan di Rusia bingung berikutan penemuan ayat-ayat suci al-Quran dan Arab pada kulit seorang bayi berusia sembilan bulan di Dagestan, Rusia, lapor sebuah akhbar semalam.

Ayat-ayat itu muncul pada belakang, tangan, kaki dan perut Ali Yakubov pada setiap malam Isnin dan Jumaat sebelum hilang tetapi diganti dengan beberapa ayat al-Quran baru dua kali seminggu.

Pakar-pakar perubatan Rusia menyatakan, mereka tidak tahu bagaimana fenomena itu boleh berlaku selepas perkataan Allah mula muncul pada dagu bayi tersebut ketika dia berusia beberapa minggu.


MADINA mendukung anaknya, Ali.


Namun, ketika mengulas mengenainya, pakar-pakar perubatan dan keluarga bayi itu mengaku bahawa ayat-ayat suci itu menjelma sendiri pada badan Ali dan bukan ditulis oleh manusia.

"Ali akan berasa kurang sihat manakala suhu badannya meningkat kepada 40 darjah Celsius setiap kali ia berlaku menyebabkan dia menangis," kata ibunya Madina Yagubova.

Kini, tempat Ali dilahirkan iaitu di Kampung Red Oktober, Dagestan menjadi tumpuan orang ramai yang mahu melihat keanehan itu.


SEPOTONG ayat al-Quran pada peha Ali.


Paparan mengenai kejadian aneh di Dagestan, wilayah selatan Rusia yang menjadi sasaran pertempuran antara tentera Rusia dengan pejuang-pejuang Islam itu turut dipaparkan di laman perkongsian video YouTube.

"Ali merupakan tanda kebesaran Tuhan. Kelahirannya di Dagestan bagi menyedarkan penduduknya supaya bersatu," kata seorang ahli parlimen di wilayah itu, Akhmedpasha Amiralaev. - Agensi


(MasyaAllah... SubhanAllah... Allahuakbar !)

Friday, October 16, 2009

TiAdA aPa YaNg HaRuS eNgkAu GeNtAr


Apabila jiwa raga diletakkan di jalan DAKWAH ini
Lantas bertanya diri
Mengapa aku MESTI BERJUANG di jalan ALLAH ini
Jawab hati...

Terlalu banyak NIKMAT yang ALLAH beri
Terlalu banyak RAHMAT yang aku kecapi
Terlalu banyak BUDI yang aku rasai
Terlalu LAMA aku hidup di dunia ini
Namun, tiada apa yang dapat aku korbankan untuk AGAMA SUCI ini
KECUALI BERKORBAN DIRI UNTUK ILAHI!

Aku MUJAHID MUJAHIDAH pimpinan TUHAN
Diberi hidayah dan kekuatan
Diberi Nur Iman Nur Islam
Bangkit meleraikan segala kepincangan
Bangkit untuk meruntuhkan KEJAHILAN
Lantaran aku adalah PEJUANG AKHIR ZAMAN
Mahu tidak mahu
Pasti dihujani 1001 tribulasi dan dugaan

Aku berjuang tanda CINTAKAN ummah ini
Aku berjuang tanda SAYANGKAN ummah ini
Aku berjuang tanda KASIHKAN bangsa ini
Tanda KESYUKURAN pada Ilahi
Tanda TERIMA KASIH tidak yang terperi
Lantaran aku masih bernafas
sehingga di saat ini
Meskipun detik dosa ligat berputar
diulit usia

Andainya aku GUGUR
Moga GUGURNYA bersama SYUHADA`
Idaman bagi hati setiap PEJUANG

Ayuhlah MUJAHID MUJAHIDAH SEJATI
Tiada apa yang harus engkau gentar
Yakinlah...Janji ALLAH pasti untukmu
Andai dirimu ikhlas dalam PERGORBANAN
Bangkitlah..Ayuhlah teruskan JIHAD
BERJUANGLAH selagi hayat masih ada
Biarpun sekelumit cuma...
ALLAHU AKBAR!

Wednesday, October 7, 2009

Isu Peludah Bahasa Ke Pilihanraya N31


Ketika lahir jeritnya amat mesra
Hening suara bayi pertama
Neneknya pengagum hikayat Tuah
Membisik iktibar di telinganya
Datuknya pencinta Siti Zubaidah
Bersyair merdu ke qalbunya pula
Doa dan janji di sanubari inilah
cucunya kebanggaan desa
Insan harapan kerdip permata
yang bakal bersinar sebagai pendakwah

Ketika bertatih di buaian
Gelincirnya cepat disantunkan
Ayah dan ibunya cekal berazam
anak termanis di hemah Ramadhan
Diasuh ia menjadi wira
dan tidakpun dikira ke bidang mana
Pada hembusan angin di bukit
amat merdu terdengar ia menjerit :
Penyegar budi pilihan pertama
Penyemai bakti di qalbu desanya

Ranum di dalam dan luar Negara
Menjalar akar benih ilmunya
Pergaulannya alam tak terbatas
Bertingkat cepat dirinya ke atas
Pada kempen “bersih-cekap-amanah”
Terhantar ia ke tampuk kuasa
Masih diingat pesan nenek tentang Tuah
Saran datuk tentang Zubaidah
Sebaik menyinsing SatuMalaysia
Mula terbelah percik mimpinya

Tapi, kuasa tersangat nikmatnya
Darjat danharta sebuah buana
Lalu dalam lagu gema ternyaring
Giginya berubah menjadi taring
Leluhurnya kini damai di kubur
Dan sayang, dirinya meruncing takbur
Terakhir, dengar kisahnya lupanya
Semua dangkal kecuali dirinya
Terakhir, merebaklah bongkaknya
sebagai peludah bahasa Ibunda

Tak lagi dirinya budayawan desa
pembela bahasa tidak juga
Kini dia nigawan haloba
Pemburu kuasa paling selesa

Memang bukan lagi cucu desawan
Segebu dirinya kuasawan
Dilupa syair siti zubaidah
Dan tidak dikenal Hikayat Hang Tuah
Sangatlah selesa dan bangga
Dirinya tulen peludah bahasa

18-19 JUN 2009
A.SAMAD SAID



Mansuh PPSMi atau berdepan GMP!

TELOK KEMANG, 7 Okt: Seperti dalam beberapa pilihan raya kecil lepas, Gabungan Mansuhkan PPSMI (GMP) turun bertemu rakyat bagi menjelaskan pengkhianatan Umno terhadap bahasa ibunda, di sini.

Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said malam tadi, menegaskan perjuangan memansuhkan dasar Pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) tetap relevan selagi ada anak bangsanya sendiri berusaha mematikan budi bahasa ibunda dalam sistem pendidikan negara.

Beliau juga mengakui perjuangan GMP berada dalam suatu periodisasi yang lama - sejak pilihan raya kecil Kuala Terengganu, Januari lalu.

Bagaimanapun, usaha memansuhkan akta itu perlu dilakukan serta-merta, demi menyelamatkan survival bahasa, pendidikan serta pelajar sendiri dari menjadi korban dasar itu.

(sumber : harakahdaily).

MeNjULaNg PeRaSuAh ?


Alangkah indah dalam khayalan dunia

Bisa bicara pada harta semata

Lalu tertutup pada bisikan minda

Ambil kocek lalu keluarkan najis rasuah darinya

RM 200 untuk sebuah keluarga

Tambah RM 50 suapan untuk siswa

Harapnya pangkah dacing dulu kini selamanya


Si penerima rasuah lantas buta mata hati
Jilatlah najis rasuah dengan senyuman berseri

Apa dikisah… apa dipeduli…

Apa nak jadi… jadi…

Allah dan malaikat ditolak ketepi

Dosa berganda tidaklah
dipeduli
Asalkan duit habuan peribadi


Itulah nilai si penerima rasuah
Begitu dikatakan ada maruah?

Maruah berharga RM 250 sangatlah murah

Kerananya, keadilan dan kebenaran tidak diendah

Hanya menilai dunia nan indah

Akhirat terancam bertemu padah
Jangan nanti menyesal tak sudah

Di dunia rebah, di akhirat parah

Ingat, dan ingatlah rasuah adalah jenayah

Jangan diterima walau sekangkang tanah

Apa lagi sebuah rumah

Atau secubit lada sulah!


Jangan jadi pak turut

Otak letak di lutut
Maruah letak di bontot

Minda jadi kolot

Perangai macam badut

Jadilah mereka yang berfikir

Bijak menilai dan mentafsir

Calon bersih, profesional dan adil pilihan mutakhir!




( Nasihat kepada penyokong BN : Janganlah suka menunjukkan bontot... nanti masyarakat tersalah faham... mereka sangka mungkin otak kamu terletak di situ? tu... di tempat yang kamu tengah tayang tu...)

Selamat Menempuh Exam Adik-adikku...



PMR, SPM dan final exam di UM semakin mendekati... adik kembarku, Anis dan Anas tentu sedang bergelut dengan buku lantaran tandangan PMR. Adik-adik Jabatan Dakwah juga, mesti tak tidur malam sebab siapkan assignment yang dibuat last minit. Hehe... Aku ucapkan selamat menempuh exam dengan senang hati... kalau ada yang tension-tension masa preparation, layan video yang aku sediakan ini...layan...

Tuesday, October 6, 2009

JaNgAn HaNyA TiK ToK SiMPaTi...



Di corong-corong radio layar kaca tv
Pancaran satelit parabola siarkan cerita
Salurkan berita bawakan derita sandiwara kisah nyata
Di dada akhbar rencana terkini
Menghiasi ruang muka warkah wadah warta wajah warga dunia

Nanah luka mereka
Gejolak resah kocak dunia
Siksa mereka kita saksinya
Bencana alam melanda tragedi dan petaka
Musibah menimpa kemelut negara dunia ketiga
Lapar dan dahaga panas dan dingin cuaca
Perang meragut jiwa angkara si mesiu peluru tak bermata
Dan kita hanya cuma membisik hiba hanya satu rasa

Tik tok tik tok tik tok tik
Sedetik simpati
Suis listrik pun dimati disitu simpati berhenti

Lain di mulut lain di hati
Cukupkah dengan rasa hiba setakat mudah hulur simpati
Hanyalah mampu cuma bersuara bisa lafaz kata
Pilu sayu hanya sementara
Timbul tenggelam pergi dan datang sekelip mata rasa itu hilang
Sekilas rasa seikhlas mana
Tiada guna apa ertinya

Apalah guna setelaga airmata dan selaput duka
Seandainya tidak dapat mencuci darah luka dan nanah mereka
Apalah guna sejuta kata dan berjilid naskhah kisah duka lara
Seandainya tidak dapat mengisi alas kosong perut mereka
Tiada erti segala sinar pancar optik kaca silau lensa kamera
Seandainya tidak dapat mejadi selimut gebar tubuh mereka
Tik tok tik tok simpati kau datang dan pergi
Tik tok tik tok simpati timbul dan tenggelam lagi
Tik tok tik tok simpati sedih dan senyum kembali
Berulang-ulang lagi tiada henti
Simpati kita semua hanyalah secubit rasa
Tidak mampu berdaya mematah peluru-peluru yang muntah
Dari picul-picul mulut-mulut senjata angkara kita
Simpati polan simpati anu simpati mu simpatiku
Simpati kita semua nilainya hanyalah sekadar secebis SAMPAH!
Airmata kita kering semula


Pinta dan Doa Dariku :

Ayuh sahabat Malaysia tadahkan tanganmu
Memohon kepada Allah agar menghantar tentera-tenteraNya
Demi hentikan segala derita
Selatan Thai juga rumpun kita
Nyata syahadahnya
Tangis Masjid al-Furqan meratap hiba
19 terbunuh tika bersolat menghadapNya
Ditembak diganyang rakus tentera durjana
dan tersiksalah jiwa

Bersabarlah wahai sahabat Thai-ku
Justeru laungkan jihad dalam segenap jiwamu
Jangan berputus harap pada DIA yang satu
Teruskan ribat tanganmu dan bersatu
Teruskan langkah kakimu dan melaju
Moga sinar bahagia akhirnya ketemu
Moga kembali berdaulat Islam di bumimu...