Dalam kekalutan melawan nafsu yang membelenggu diri
Dalam kelemahan bertempur dengan jahiliyah
Dalam kekurangan melaksanakan segala perintah-Nya
Allah kirimkankan kepada kita suatu petanda
Petanda yang aku tidak mampu tafsirkan
Tafsiran yang hanya difahami oleh air mata
Air mata yang mengalir bersama 1000 keinsafan
Keinsafan dalam keagungan-Nya... Subhanallah
Subhanallah... Maha suci Engkau ya Allah
Ya Allah, apa petandanya ini?
Mungkinkah petanda hampirnya 'SAAT' yang Engkau janjikan
Mungkinkah petanda telah datang amaran-Mu
Mungkinkah petanda buat mereka yang ingin memahami...
Wahai diri yang ingin memahami, fikirlah dalam zikir
Sungguh Dia telah menunjukkan kekuasaanNya zahir
Apakah ada masa untuk perintahNya engkau mungkir?
Ayat Al-Quran Muncul Pada Kulit Bayi. Sebab Manusia dah tak pandai hargai al-Quran, tak mahu membaca, tak mahu meneliti dan beramal dengannya?

MOSCOW - Pakar-pakar perubatan di Rusia bingung berikutan penemuan ayat-ayat suci al-Quran dan Arab pada kulit seorang bayi berusia sembilan bulan di Dagestan, Rusia, lapor sebuah akhbar semalam.
Ayat-ayat itu muncul pada belakang, tangan, kaki dan perut Ali Yakubov pada setiap malam Isnin dan Jumaat sebelum hilang tetapi diganti dengan beberapa ayat al-Quran baru dua kali seminggu.
Pakar-pakar perubatan Rusia menyatakan, mereka tidak tahu bagaimana fenomena itu boleh berlaku selepas perkataan Allah mula muncul pada dagu bayi tersebut ketika dia berusia beberapa minggu.

Namun, ketika mengulas mengenainya, pakar-pakar perubatan dan keluarga bayi itu mengaku bahawa ayat-ayat suci itu menjelma sendiri pada badan Ali dan bukan ditulis oleh manusia.
"Ali akan berasa kurang sihat manakala suhu badannya meningkat kepada 40 darjah Celsius setiap kali ia berlaku menyebabkan dia menangis," kata ibunya Madina Yagubova.
Kini, tempat Ali dilahirkan iaitu di Kampung Red Oktober, Dagestan menjadi tumpuan orang ramai yang mahu melihat keanehan itu.

Paparan mengenai kejadian aneh di Dagestan, wilayah selatan Rusia yang menjadi sasaran pertempuran antara tentera Rusia dengan pejuang-pejuang Islam itu turut dipaparkan di laman perkongsian video YouTube.
"Ali merupakan tanda kebesaran Tuhan. Kelahirannya di Dagestan bagi menyedarkan penduduknya supaya bersatu," kata seorang ahli parlimen di wilayah itu, Akhmedpasha Amiralaev. - Agensi
(MasyaAllah... SubhanAllah... Allahuakbar !)


0 comments:
Post a Comment