Thursday, February 4, 2010

iBuBaPa&GuRu,aWaSi ReMaJa KiTa !

(kereta berhias freemason. Turut kelihatan lantai checkered, tiang biara Solomon dan lambang "G" freemason)

Suatu ketika menjadi kegilaan trend remaja berhubung dengan corak checkered (petak hitam dan putih) termasuk beg, tali pinggang, kasut, baju, seluar, topi dan sebagainya. Nurulimanz berasa agak kehairanan dengan berleluasanya penggunaan corak checkered ini termasuklah adik-adik Nurulimanz sendiri. Pernah beberapa kali Nurulimanz menyindir mereka... " Kalau takde dam atau chess, bleh la guna kasut tu... ". Ketika itu, Nurulimanz sendiri masih belum tahu apa yang ada di sebalik corak kotak hitam puth ini. Hanya setakat tidak berpuas hati disebabkan corak yang menyakitkan mata. Ketikpuasan hati Nuruimanz ini dipendamkan hinggalah pendedahan di Anugerah Juara Lagu ke-24 berkenaan corak checkered ini...

(lantai di sebuah biara masonry. Kelihatan lantai checkered)

Asalnya ia diguna pada lantai oleh golongan freemasons. Lantai ini digunakan oleh mason-mason (Ahli Freemason) di dalam bangunan-bangunan dan ritual-ritual mereka. Ini membawa erti sebagai pertemuan antara 2 alam, iaitu alam nyata dan alam ghaib. Mereka berhubung dengan syaitan-syaitan melalui lantai ini menggunakan sihir terlarang, Kabbalah. Kabbalah dan freemason tidak dapat dipisahkan. Warna putih mewakili alam kita dan warna hitam mewakili alam ghaib.

(Lantai checkered di salah sebuah pejabat freemason)

Walaupun asalnya pada lantai, namun unsur tersebut yang kini banyak terdapat pada barangan lain tidak dapat dinafikan menjadi pengaruh kepada mereka yang jahil dan tidak mengetahui hakikat sebenar tentang corak checkered ini. Moga dengan pendedahan sedikit ini mampu membuka mata anda tentang pengaruh yang mampu menggugat akidah ini. Awasilah anak-anak dan murid-murid anda.


Contoh-contoh corak checkered pada barangan semasa :



(Adik-adik Nurulimanz kini sudah tidak menggunakan barangan yang mempunyai unsur freemason ini. Wallahu a'lam)

0 comments: