Ketika aku sedang memandu kereta sambil mengalunkan zikir kasih kepadaNya, terasa tangan terpandu untuk membuka radio. Punat 'on' aku tekan. Beralunlah sebuah irama yang meyentuh jiwa... Lagu 'Bila Diri Disayangi' nyanyian UK's... Dek kerana aku bukannya teringat pada manusia atau mana-mana makhluk ketika itu, lalu nyanyian ini aku adaptasikan pada Tuhan kepada manusia dan segala makhluk yang dicipta.
Terdengar bisikan mesra
Kalimah keramat bermentara
Bermulanya siang berakhir malam ku
Tak akan ku jemu menyebut nama Mu
Tiada batasan waktu
Tiada tempat Mu tertentu
Di gunung di lembah, di darat, di air
Siapa pun hamba, keikhlasan doa,
keagungan kasih merubah takdir
Bila ku sedari diri disayangi
Langkah kaki ini semakin berani
Bila terkeliru ku ucap nama Mu,
terasa diriku kembali dipandu
Engkau pertama, tiada akhirnya
Aku dalam kegelapan Engkaulah cahaya
Izinkahlah aku menumpang di sini
Di bawah naungan kasih dan sayang Mu
Ku berserah diri
(p/s : pause radio online nasyidfm dan mula play player di bawah)
0 comments:
Post a Comment