(Sudah tiba masanya aku update blog yang telah lama aku sendiri tidak menjengahnya. Adoyai...)
Piala Dunia ditutup dengan kemenangan Spongebob, eh bukan, Spanyol dan kemunculan Sya'ban. (Masih ada orang tak sedar dah masuk Sya'ban? Huh...). Namun aku suka nak mencoret tentang kedunguan masyarakat urban yang masih tunduk kepada khurafat. Apa isunya? PAUL si sotong kurita! Hampir setiap hari di minggu akhir perlawanan Piala Dunia, asyik binatang ni je yang menjadi bualan hangat. Tak pula diceritakan tentang ayam serama ke, itik seranti ke, atau merpati dua sejoli...
Mustahil la kalau tak tau pasal si sotong ni. Dah famous macam Brad Pitt plak. Hari-hari wartawan ambil gambar dia. Konon-kononnya sotong ni ada kuasa psikik yang boleh ramalkan siapa juara setiap kali perlawanan melibatkan Jerman, semi final dan final. Memang disahkan kesemua telahan yang dibuatnya tepat. Sebab bagi dua pilihan. Kebarangkalian memilih secara tepat adalah tinggi. Cube letak pilihan sama banyak dengan kaki sotong tu... Amacam?
Persoalannya, macam mana dengan pandangan Islam terhadap isu ini? Sebab ada juga orang Islam (siap pakai songkok lagi) boleh pulak percaya... Boleh ke?
Jawapannya ringkas : K.H.U.R.A.F.A.T.
Dalil : Qias daripada surah al-Maaidah (5) ayat 90
"Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan".
Keterangan : tak kira dengan apa jua sekalipun. Guna anak panah ke, sotong ke, burung ke, nombor (apatah lagi) dan lain-lain yang digunakan untuk mengundi nasib, maka ia termasuk dalam maksud ayat ini iaitu perbuatan syaitan. Dua kemungkinan iaitu sama ada ia benar-benar disebabkan syaitan yang ingin menyesatkan atau ujian daripada Allah terhadap manusia. Maka, sesiapa yang 'beriman' dengan ramalan sotong ini, maka terbatallah imannya atau bertambah jauhlah sesatnya... "perghhhhhh...hancussssss"
Kita sama-sama berlindung daripada kesesatan ini, ok...
Habis macamana pulak dengan semua ramalan-ramalan tepatnya?
Banyak kebarangkalian, bro... Mungkin kebetulan yang berpanjangan... Mungkin faktor jarak kotak berisi kupang (sejenis siput : makanan sotong) bertanda negara yang diramal menang itu hampir dengannya, maka dia 'serbu' ke kotak tu... Mungkin Allah yang menggerakkan nalurinya sebagai ujian kepada manusia... Mungkin bla...bla...bla...
Sudahlah... jangan biarkan hati anda berasa yakin dengan si sotong itu. Dia cuma makhluk tuhan yang lemah, Allah jua yanmg memberi kekuatan untuk dia bergerak dan bertenggek atas kotak tu. Apa hebatnya si sotong itu kalau kita menyedari bahawa Allah pemilik segala-galanya termasuk (kononnya) kuasa psikik si sotong?... Allah yang mengetahui lebih jauh daripada si sotong tu...huhu...
0 comments:
Post a Comment