Hari ini tamatlah Latihan Industri (LI) Nurulimanz di Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) setelah 2 bulan berkhidmat di sana. Nurulimanz kagum dengan profesion yang terdapat di YADIM. Bina Ummah, NGO yang terbahagi kepada 3 bahagian : (Nadwah Ulama' Ilmuan Malaysia, Majlis Amal Islami Malaysia, Majlis Perundingan Wanita Islam Malaysia), Sukarelawan Al-Falah dan pelbagai lagi profesion. Kesemuanya bergerak atas satu landasan iaitu menyelusuri jalan dakwah di Malaysia khususnya dan seluruh dunia umumnya. Siapa yang tidak mengetahui tentang program mega seperti Pameran Produk Halal MIHAS, Multaqa Sedunia Alumni Al-Azhar dan Majalah Millenia Muslim, Forward serta Aniqah. Inilah di antara hasil kerja kuat warga YADIM. Kredit buat mereka. Atas kesungguhan mereka inilah, Nurulimanz ingin sangat menjalani LI di sana.
Program pertama yang Nurulimanz ikuti semasa menjalani LI ialah Majlis Anugerah Ibu Malaysia. Majlis tersebut dirasmikan oleh Raja Permaisuri Agung Tuanku Nur Zahirah. Anugerah Ibu Malaysia ini diberi kepad
a ibu-ibu yang dikira berjaya dalam mengharungi pelbagai cabaran hidup, tanpa mengambil kira agama dan bangsa. Majlis yang dihadiri oleh penganut pelbagai agama ini memberi signal (petanda) yang jelas bahawa dalam dakwah, kita perlu meraikan penganut agama lain sesuai dengan tuntutan sosial dan norma kemasyarakatan selagi tidak bertentangan dengan dasar Islam. Dengan cara ini, mereka (penganut agama selain Islam) merasakan bahawa Islam itu agama yang jinak dan mesra seterusnya melahirkan persepsi yang baik terhadap Islam. Moga-moga suatu hari nanti, mereka akan berminat untuk mengenali Islam dengan lebih dekat dan akhirnya mengambil keputusan untuk memeluk agama yang syumul (sempurna) ini.
Seterusnya, Nurulimanz mengikuti program Muzakarah Pengamatan Islam yang diadakan di Pulau Pangkor, Perak. Program anjuran bersama Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pulau Pinang dan Maktab Perguruan Tengku Bainun Pulau Pinan
g ini memberi pendedahan kepada peserta tentang aspek-aspek fundamental (asas) dalam Islam. Selain itu, aktiviti perbincangan dan perbahasan juga diadakan. Aktiviti riadhah di sekeliling Pulau Pangkor memberikan kesegaran pada minda peserta yang nampaknya keletihan setelah seharian memerah otak memikirkan penyelesaian masalah ummah, selain dapat mengeratkan hubungan antara peserta. Nurulimanz sangat setuju dengan jadual sebegini. Kerana apa? Dalam apa jua aktiviti dakwah, perlu seimbang antara mujahadah dan mu'santai'ah. Ini akan mengawal minda dan emosi supaya berada pada tahap dan stabil. Macam bateri handphone juga, perlu recharge, barulah bertenaga, beb!
Program seterusnya, Nurulimanz ingin membawa anda ke Skudai, Johor. Ada apa di sana? Dewan Sultan Iskandar, Universiti Teknologi Malaysia menjadi gelanggang tiga orang panelis Forum Perdana Ehwal Islam. Penontonnya...MasyaAllah, ramai dan terdiri daripada pelbagai penganut agama. "Ini sudah baeeek" fikir Nurulimanz. Tapi macam mana boleh berlaku keajaiban ini? Rupa-rupanya tetamu yang hadir mengikuti forum tersebut ialah pelajar-pelajar baru (freshies) universiti berkenaan. Kena rela paksa hadir la tu...Nurulimanz tidak memandang itu suatu yang negatif. Malah Nurulimanz berpendapat perlunya cara rela paksa atau dengan kata lain berhikmah dalam paksaan. Dalam hal ini, kuasa yang ada pada Pembantu Mahasiswa digunakan bagi mengarahkan semua freshies menghadiri forum tersebut dalam rangka jadual Minggu Haluan Siswa. Alhamdulillah, penerimaannya sangat positif... Yang lebih menjadikan Nurulimanz teruja ialah Nurulimanz dapat b
ersemuka dengan salah seorang tokoh ilmuan Islam Malaysia, Prof. Dr. Uthman El-Muhammady. Memang sekian lama terpendam di hati Nurulimanz ingin bersua dengannya. Alhamdulillah, tecapai juga hasrat ini.

p/s : bersambung dengan pengalaman di LANGKAWI pula nanti.tunggggu...
Program pertama yang Nurulimanz ikuti semasa menjalani LI ialah Majlis Anugerah Ibu Malaysia. Majlis tersebut dirasmikan oleh Raja Permaisuri Agung Tuanku Nur Zahirah. Anugerah Ibu Malaysia ini diberi kepad
Seterusnya, Nurulimanz mengikuti program Muzakarah Pengamatan Islam yang diadakan di Pulau Pangkor, Perak. Program anjuran bersama Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pulau Pinang dan Maktab Perguruan Tengku Bainun Pulau Pinan
Program seterusnya, Nurulimanz ingin membawa anda ke Skudai, Johor. Ada apa di sana? Dewan Sultan Iskandar, Universiti Teknologi Malaysia menjadi gelanggang tiga orang panelis Forum Perdana Ehwal Islam. Penontonnya...MasyaAllah, ramai dan terdiri daripada pelbagai penganut agama. "Ini sudah baeeek" fikir Nurulimanz. Tapi macam mana boleh berlaku keajaiban ini? Rupa-rupanya tetamu yang hadir mengikuti forum tersebut ialah pelajar-pelajar baru (freshies) universiti berkenaan. Kena rela paksa hadir la tu...Nurulimanz tidak memandang itu suatu yang negatif. Malah Nurulimanz berpendapat perlunya cara rela paksa atau dengan kata lain berhikmah dalam paksaan. Dalam hal ini, kuasa yang ada pada Pembantu Mahasiswa digunakan bagi mengarahkan semua freshies menghadiri forum tersebut dalam rangka jadual Minggu Haluan Siswa. Alhamdulillah, penerimaannya sangat positif... Yang lebih menjadikan Nurulimanz teruja ialah Nurulimanz dapat b
0 comments:
Post a Comment