Showing posts with label Kampusku UniMalaya. Show all posts
Showing posts with label Kampusku UniMalaya. Show all posts

Tuesday, April 7, 2009

Mahasiswa Spesies Katak, Penyengat atau Umang-umang?


Jumaat malam yang lepas saya berbesar hati dijemput seba
gai salah seorang ahli panel Diskusi Ilmiah @ AB anjuran JAKMAS Kolej Kediaman Anugerah Bestari, UMS. Tajuk yang diberikan, ‘Mahasiswa Kita Tidak Berbisa’. Duduk sepentas dengan saya ialah mantan YDP Kolej Kediaman AB, Saudara Yusuf, yang saya acah-acah sebagai bakal Sasterawan Negara, dan ahli Majlis Perwakilan Pelajar dan aktivis mahasiswa, Saudara Hasraa, yang memegang portfolio sebagai Exco Kepimpinan dan Latihan, sementara pendebat Universiti, Saudara Jass Azliezan, mengemudi majlis.

Saya tidak berhajat mengulas satu-persatu persoalan yang dibincangkan, tetapi berhajat besar membawa mahasiswa meletakkan diri sendiri di dalam salah satu kelompok ‘mahasiswa berbisa’ yang saya definisikan dalam pusingan pertama forum tersebut. Bagi memudahkan pemahaman pendengar, saya menggunakan tiga spesies haiwan sebagai analogi.

1. Katak

Katak yang dikisahkan ini bukan sebarang katak. Tetapi katak ini ialah spesies yang menyerupai katak berbisa untuk menakutkan musuh, walaupun hakikatnya ia tidak berbisa. Katak ini juga kuat memekik dan berbunyi. Ramai mahasiswa tergolong di dalam kelompok ini; kuat berbunyi, tidak berbisa.

2. Penyengat

Penyengat tidak dinafikan sememangnya berbisa. Malangnya penyengat hanya menyengat bila diancam. Tanpa diganggu, ia tidak memberi kesan kepada makhluq lain yang berada di sekelilingnya. Saya mengkategorikan majoriti pimpinan mahasiswa di dalam kelompok ini.

3. Umang-umang

Umang-umang adalah spesies hidupan air. Ia mempunyai tentakel yang beracun dan melambai-lambai menunggu pemangsa. Sebaik sahaja pemangsa melintas, tentakel yang berbisa akan melumpuhkannya dan dihadam sebagai makanan. Umang-umang, menyengat untuk makanannya, justeru untuk kemandirian spesiesnya.

Mahasiswa berbisa yang hendak kita bentuk ialah mahasiswa spesies umang-umang. Tidak cukup seseorang mahasiswa hanya bersuara bila diganggu atau bila kepentingannya sahaja terancam. Suara mahasiswa adalah suara rakyat. Tidak memadai mahasiswa hanya bersuara untuk dirinya sendiri. Amat malang jika pembentukan mahasiswa di kampus tidak lebih daripada pembentukan kanak-kanak tadika, yang hanya mampu mengadu pensil dicuri dan dikejar anjing kepada cikgu.

Mahasiswa mempunyai kuasa, dan fungsi pimpinan mahasiswa ialah mencari jalan memperkasakan mentaliti dan keupayaan mahasiswa menyedari dan menggunakan kuasanya untuk melakukan perubahan. Pimpinan mahasiswa bukan objek untuk ditunggangi oleh masyarakat kampus guna menyelesaikan maslah yang dihadapi. Mahasiswa dilatih di universiti menjadi wakil rakyat bukannya rakyat yang bergantung kepada wakil rakyat. Dilatih supaya apabila keluar ke tengah masyarakat dituruti bukan menuruti. Memimpin bukan dipimpin. Mempengaruhi bukan dipengaruhi. Maka peranan mereka yang bertanggungjawab harus diteliti supaya mampu menyengat di luar kampus.

Akhir sekali untuk mahasiswa yang dimomokkan oleh perasaan takut dek himpitan AUKU, sekatan kerajaan dan HEP, media dan kesempitan waktu sehingga menjadi alasan tidak dapat beraksi di lapangan umat, saya menghadiahkan kisah ketua kampung orang asli;

Ada sekali tu ketua kampung orang asli telah dihadiahkan jam dinding oleh pihak tentera kerana menolong mereka dalam operasi. Alangkah bangganya ketua orang asli tersebut bila jam tersebut di gantungkan di depan pintu rumahnya dan orang kampung sering datang melihat jam tersebut seolah-olah barang hiasan kerana mereka pada masa tu tak tahu bagaimana menggunakan jam untuk melihat waktu.

Suatu hari anak ketua kampung tersebut memberitahunya yang jarum jam tu telah berhenti bergerak. Masa tu punyalah ramai anak buah dia kat halaman rumah sedang melihat jam tersebut.

Maka ketua kampung tu pun konon nak tunjuk terrorlah lalu dia pun menurunkan jam tersebut dari tempat penggantungan dan membelek-belek jam tersebut depan belakang. Beliau ternampak tempat bateri jam tersebut dan telah dengan tidak sengaja terkuis bateri itu terkeluar dari tempatnya.

Entah macam mana ada pulak bangkai seekor lipas di celah-celah tempat bateri tu… beliau pun dengan bangganya memberitahu kepada anak-anak buahnya.

“OOOO… patutlah tak jalan drebarnya mati tersepittttt… .!!”

Yang membelenggu pemikiran ialah diri sendiri yang tak mahu belajar dan tak ingin mencuba. Tidak ada kuasa yang mampu menghalang jiwa dan hati yang celik dan kemahuan yang tinggi. Dan tidak ada kemahuan yang lebih hebat daripada kemahuan seorang mahasiswa yang ingin melihat perubahan dalam masyarakatnya.

Apapun, yang menguja saya ialah apabila saya mengakhiri dengan ‘yang paling susah untuk berbisa ialah mengambil langkah pertama. Sekarang di bahu saya ada 5 buah kampung sedang menunggu anda, siapa yang bersedia berkhidmat sila berikan nama kepada pelaksana DIMAN’, seramai 20 orang mahasiswa menawarkan diri merintis jalan menjadi umang-umang.

(p/s: kredit buat nurilhakim.blogspot.com. entry ini benar-benar menyentak jiwa mahasiswa.)

Tuesday, January 20, 2009

Menyingkapi Takbir Kemenangan Pro-Mahasiswa UM

Dewan Tunku Canselor UM bingit tanggal 20 Januari 2009 pada pukul 4.00 pagi dengan laungan "takbir" serta sorakan "student power" dari pro-mahasiswa UM. Kelihatan beberapa penyokong menitiskan air mata dalam sujud syukur kepada Allah S.W.T. yang memberikan kemenangan berpihak kepada Pro-M UM. Kemenangan 'tipis' yang dikecapi oleh Pro-M UM adalah manifestasi kesungguhan jentera Pro-M UM dalam membuka minda mahasiwa dengan slogan "hope & change". Terngiang-ngiang di telinga Nurulimanz dikala menyambut kemenangan itu sebuah firman Allah S.W.T. dalam surah al-Baqarah ayat 249 yang dibacakan oleh saudara Presiden Mahasiswa Islam UM ketika kami jentera Pro-M selesai melaksanakan munajat pada pukul 5 pagi, 19 Januari 09.


Firman Allah S.W.T. : "Maka tatkala Thalut keluar membawa tentaranya, ia berkata: "Sesungguhnya Allah akan menguji kamu dengan suatu sungai. Maka siapa di antara kamu meminum airnya; bukanlah ia pengikutku. Dan barangsiapa tiada meminumnya, kecuali menceduk seceduk tangan, maka dia adalah pengikutku." Kemudian mereka meminumnya kecuali beberapa orang di antara mereka. Maka tatkala Thalut dan orang-orang yang beriman bersama dia telah menyeberangi sungai itu, orang-orang yang telah minum berkata: "Tak ada kesanggupan kami pada hari ini untuk melawan Jalut dan tentaranya." Orang-orang yang meyakini bahwa mereka akan menemui Allah, berkata: "Berapa banyak terjadi golongan yang sedikit dapat mengalahkan golongan yang banyak dengan izin Allah. Dan Allah beserta orang-orang yang sabar." Sungguh! jentera kami di peringkat Pro-M sangat sedikit iaitu mahasiswa yang hanya berbekalkan semangat dan kefahaman yang mendalam terhadap perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan. Sedangkan pihak yang 'berhaluan kiri' sana mempunyai jentera yang sangat ramai dan kuat terutamanya sokongan tenaga dan kewangan daripada TNC HEP dan konco-konconya yang ditempatkan di setiap kolej kediaman. Muak untuk memanjangkan kebobrokan yang berlaku (jika nak tau, boleh layari mahasiswakini.com dan malaysiakini.com), Nurulimanz kini cuba memandang dari sudut kemenangan Pro-M (baca kemenangan Islam di kampus).


Pro-M menang 21 kerusi daripada 41 kerusi yang dipertandingkan. Berbeza dengan pilihanraya kampus yang lalu, Pro-M hanya memenangi 9 daripada 41 kerusi.Ini termasuk dua calon pakatan dari Fakulti Undang-Undang yang bertanding melalui tiket bebas. Bagi calon kerusi umum, Pro-M membolot 8 kerusi daripada 9 kerusi yang dipertandingkan semalam. Berbeda dengan pilihanraya kampus yang lepas yang hanya mampu merebut 3 kerusi umum. Persoalannya apakah kemenangan ini merupakan kemenangan 'tipis' atau kemenangan 'besar' Pro-M (baca kemenagna Islam) di UM?


Bagi Pandangan Nurulimanz, kedua-dua kenyataan tersebut adalah benar apabila kita memandang dari sudut yang berbeza. Pertama, Pro-M dikatakan menang 'tipis' apabila dilihat pada sudut jurang kuantiti iaitu melebihi 1 kerusi. Itu pun apabila kita lihat pada sudut pandang semasa tanpa menoleh kepada keputusan pilihanraya kampus yang lepas. Akan tetapi jika dibandingkan dengan kemenangan kerusi yang lepas, kerusi Pro-M telah meningkat sebanyak 12 kerusi keseluruhannya. Jika ditinjau khusus dari sudut kerusi umum pula, ia meningkat sebanyak 6 kerusi.


Jika dilihat dari sudut pandang kualiti, Nurulimanz tegas menyatakan bahawa kemenangan Pro-M sesi 2008/2009 ini adalah suatu kemengan yang amat besar dan cukup bermakna setelah usaha dan strategi yang dicatur membuahkan hasil. Pengorbanan jentera dan pendokong Pro-M yang mengeluarkan wang saku sendiri bagi membiayai kos sepanjang tempoh pilihanraya, mengorbankan waktu tidur demi usaha memenangkan Pro-M, menjadikan jasad badan sebagai perisai dan benteng serta mengerahkan akal fikiran demi perjuangan mendaulatkan Islam di kampus ternyata ada keberkatannya.


Selaut ucapan tahniah buat calon-calon Pro-M UM yang telah menjadi juara di pentas demokrasi kampus. Segunung terima kasih atas pengorbanan sahabat-sahabat seperjuangan dari kampus-kampus lain yang hadir bagi memberi semangat kepada Pro-M UM, jentera Pro-M, pendokong serta penyokong Pro-M. Sesungguhnya kemenangan ini adalah kenangan terindah dalam perjuangan menegakkan 'kalimatul haq' di bumi Uni Malaya ini setelah kita semua tidak mengecapinya selama 5 penggal yang lalu. Takbir !!!