Friday, September 19, 2008

..:: Mukjizat al-Quran : Seiras Tapi Tak Sama ::..


Sempena sambutan Nuzul Quran pada 17 Ramadhan yang lepas (khilaf juga menyebut Nuzul Quran ialah pada 27 Ramadhan), Nurulimanz ingin berkongsi sesuatu dengan anda iaitu tentang kemukjizatan Al-Quran dari sudut pengulangan ayat yang nampak seiras, namun di sana terdapat perbedaan dalam konteks lafaz ayat serta ia mempunyai pengertian yang berbeda. Anda akan lebih berasa takjub jika membuat bacaan lanjut terhadap kitab Asrar al-Tikrar fi Al-Quran (Rahsia Pengulangan Dalam Al-Quran). Untuk mengikuti artikel yang Nurulimanz paparkan ini, adalah lebih baik anda sertai dengan rujukan kepada teks Al-Quran dan terjemahannya supaya anda lebih yakin dengan ilmu mukjizat ini. Adalah menjadi nilai tambah jika anda mengetahui sedikit sebanyak asas bahasa arab.

Contoh 1:

Firman Allah (swt): (H
ud:22)

(sila rujuk teks Al-Quran dan terjemahannya)


22. tidak syak lagi, Bahawa Sesungguhnya merekalah Yang paling rugi, pada hari akhirat kelak.

Firman Allah (swt): (al-Nahl:109)


(sila rujuk teks Al-Quran dan terjemahannya)

109. tidak syak lagi, Bahawa mereka ialah orang-orang Yang rugi pada hari akhirat kelak.


Lihat perbezaannya pada kedua-dua ayat tersebut. Lihat terjemahan bahasa Melayunya (orang
-orang yang paling rugi: Hud/22) dan (orang-orang yang rugi:al-Nahl/109).

Jika dalam Bahasa Arab kita katakan satu (Bi Shighah Af'al Al-tafdhil) dan lagi satu (Bi Shighah Isim Al-fa'il)

Seseorang yang bertadabbur akan bertanya, kenapa satu ayat dikhaskan dengan menggunakan lafaz ini dan satu lagi ayat dikhususkan dengan menggunakan lafaz itu? Apakah tidak boleh satu mengambil tempat yang lain? Jawabnya memang tidak boleh, kerana setiap satunya membawa message yang berbeza. Apakah message itu? Ini yang akan kita bahaskan.

Kita selesaikan permasalahan ini dengan merujuk kepada ayat sebelumnya. Perhatikan ayat 20 surah Hud:


(sila rujuk teks Al-Quran dan terjemahannya)

20. mereka itu tidak akan dapat melemahkan kekuasaan Allah daripada menimpakan mereka Dengan azab di dunia, dan tidak ada pula bagi mereka, Yang lain dari Allah, sesiapapun Yang dapat menolong melepaskan mereka dari seksaNya. Azab untuk mereka akan digandakan (kerana mereka sangat bencikan jalan ugama Allah), sehingga mereka tidak tahan mendengarnya, dan tidak pula suka melihat tanda-tanda kebenarannya.


Dalam ayat ini Allah menyebut azab ke atas mereka diga
ndakan..Apakah sebabnya azab ke atas mereka digandakan? Ini dijawab oleh ayat 19 surah Hud:

(sila rujuk teks Al-Quran dan terjemahannya)

19. orang-orang Yang menghalang dirinya sendiri dan orang lain dari jalan ugama Allah dan berusaha supaya jalan itu menjadi bengkok terpesong, sedang mereka pula ingkarkan hari akhirat.


Oleh sebab kebejatan dan kejahatan mereka yang teramat sangat, maka digandakan azab ke atas mereka. Maksud gandaan azab tercapai melainkan digunakan sighat isim tafdil iaitu (Al-Akhsaruun). Jika digunakan sighah (Al-Khoosiruun) ia tidak dapat menggambarkan makna lipat kali ganda azab.


Kita juga boleh menyelesaikan kekusutan ini dari sudut yang lain iaitu dari sudut kesesuaian irama sebutan. Ini juga merupakan sebahagian d
aripada ciri keindahan al-Quran.

Perhatikan sekali lagi pada ayat 20 surah Hud dan lihat pengakhiran ayatnya…

(sila rujuk teks Al-Quran dan terjemahannya)


Perhatikan juga pengakhiran ayat 21 surah Hud:


(sila rujuk teks Al-Quran dan terjemahannya)

Kedua-dua pengakhiran ini lebih sesuai dengan irama (Akhsaruun) tetapi tidak sesuai dengan irama (khoosiruun). dengan tidak bersalahan dari aspek makna ayat dan lebih serasi dari sudut irama, maka penggunaan (Al-Akhsaruun) pada ayat surah Hud ini lebih sesuai.


Berbeza dengan surah al-Nahl:109 yang menggunakan (Al-Khoosiruun). Memang ia lebih lebih disesuai kerana ayat-ayat sebelumnya adalah datang dalam format (Khoosiruun). misalnya perhatikan ayat 107 surah al-Nahl:


(sila rujuk teks Al-Quran dan terjemahannya)

Demikian juga ayat 108: surah al-Nahl:

(sila rujuk teks Al-Quran dan terjemahannya)

Atas asas itu, diharap kita dapat menjelaskan mengenai perbezaan penggunaan yang seiras tetapi tidak sama.


Contoh kedua:


Firman Allah (swt) dalam surah Hud: 67

(sila rujuk teks Al-Quran dan terjemahannya)

67. dan orang-orang Yang zalim itu, dibinasakan oleh satu letusan suara Yang meng
gempakan bumi, lalu menjadilah mereka mayat-mayat Yang tersungkur di tempat tinggal masing-masing.

Firman Allah dalam surah Hud: 94:


(sila rujuk teks Al-Quran dan terjemahannya)


94. dan ketika datang (Masa perlaksanaan) perintah kami, Kami sel
amatkan Nabi Syuaib beserta Dengan umatnya Yang beriman, Dengan rahmat dari kami; dan orang-orang Yang zalim itu dibinasakan oleh letusan suara Yang menggempakan bumi, lalu menjadilah mereka mayat-mayat Yang tersungkur di tempat masing-masing.

Lihat pada: (wa a kho za) dan (wa a kho zat).

Perbezaan: (Al-Tazkir wa Al-Taknith fi Al-Fi'lu).


Sesiapa yang memerhatikan kedua-dua ayat ini akan merasa amat takjub pada perbezaan yang berlaku sedangkan kedua-dua (kata kerja/fail/verb) adalah satu iaitu (Ash-Shihah) yang seharusnya di
gunakan dengan adanya (ta). Tetapi di sini ada yang digunakan (ta) dan ada yang tidak. Bagaimana mahu dirungkaikan permasalahan ini.

Pertama kita kita boleh selesaikan dengan meletakkan maksud lafaz bukan maksud pada lafaznya tetapi yang dimaksudkan ialah pada maknanya atau pada ertinya. Lantaran itu (Ash-Shihah) dalam ayat bukan dikehenda
ki lafaz itu tetapi yang hendak disampaikan oleh al-Quran adalah maksudnya. Apakah maksudnya? Maksudnya ialah (Ash-Shiyah). Oleh itu harus/boleh diguna pakai (A kho za) tanpa (ta) pada ayat 67 surah Hud. Tetapi pada ayat 94 surah Hud tiada masalah kerana verb nya telah ada (ta).

Kedua, ialah dengan mengetahui di sebalik kisah Syuaib. Allah telah memusnahkan kaum Nabi Syuaib dengan azab yang turun bertimpa-timpa. Salah satu dari azabnya ialah seperti yang disebut dalam surah al-A’raf:91.Firman Allah:

(sila rujuk teks Al-Quran dan terjemahannya)

91. maka mereka dibinasakan oleh gempa, lalu menjadilah mereka mayat-mayat Yang tersungkur di tempat masing-masing. Dalam ayat ini disebut, satu azabnya ialah gempa. Dalam ayat 94 surah Hud kaum nabi Syuaib ditimpa azab yang lain. Firman Allah :

(sila rujuk teks Al-Quran dan terjemahannya)

94. dan ketika datang (Masa perlaksanaan) perintah kami, Kami selamatkan Nabi Syuaib beserta Dengan umatnya Yang beriman, Dengan rahmat dari kami; dan orang-orang Yang zalim itu dibinasakan oleh letusan suara Yang menggempakan bumi, lalu menjadilah mereka mayat-mayat Yang tersungkur di tempat masing-masing.


Dalam ayat ini disebut, satu azabnya ialah letusan suara tempikan yang dahsyat. Dalam ayat 189: surah al-Syu’ara kaum Nabi Syuaib ditimpa azab yang lain pula. Firman Allah:


(sila rujuk teks Al-Quran dan terjemahannya)


189. maka mereka tetap juga mendustakannya, lalu mereka ditimpa azab seksa hari awan mendung; Sesungguhnya kejadian itu adalah merupakan azab seksa hari Yang amat besar - (huru-haranya).


Dalam ayat ini azab yang dikenakan ke atas kaum Nabi Syuaib ialah dengan kepungan awan mendung.


Ketiga-tiga jenis azab ke atas kaum Nabi Syuaib ini dari sudut lafaznya ialah (muannath). Lantaran itu ia lebih sesuai dikekalkan bentuknya (muannath) iaitu adanya (ta) pada ayat 94 surah Hud yang mengisahkan kaum Nabi Syuaib agar ia lebih konsisten.


Pada kisah kaum Nabi Salih tidak sesuai dimasukkan (ta), kerana tidak nyata azab yang dikenakan ke atas mereka itu sebagai bertubi-tubi menggunakan bentuk (muannath) seperti (Ar-Rijfah) dan lain-lain, oleh itu ia sesuai kekal dalam kaedah biasa bahasa Arab iaitu fiil/verb apabila dipisahkan maka ia boleh dipilih untuk dibaca dengan (muannath) atau muzakkar (A kho zat) atau (A kho za) sebagaimana terdapat dalam firman Allah yang lain pada menunjukkan ada pemisah:


(sila rujuk teks Al-Quran dan terjemahannya) Al-Baqarah: 275

Nasihat daripada Nurulimanz : Sesungguhnya al-Quran adalah warkah cinta daripada Sang Pencipta. Kandungannya penuh ketakjuban. Jadi, siapa yang bermalas-malas dalam membaca Quran, maka hilanglah dari hatinya cahaya cinta kepada Allah serta lupuslah dari dirinya hikmah. Ketahuilah bahawa Imam Maliki apabila tibanya bulan Ramadhan, maka ditutupnya kitab pengajaran lalu dibukanya Al-Quran. Maka basahlah bibirnya setiap hari dengan alunan Al-Quran yang sentiasa meniti di bibirnya... Wallahu a'lam...

0 comments: