
1. Makanlah sahur, sehingga membantu kekuatan fizikalmu selama berpuasa; Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda: "Makan sahurlah kamu, sesungguhnya di dalam sahur itu terdapat berkah." (HR. 'Al-Bukhari dan Muslim)
"Bantulah (kekuatan fizikalmu) untuk berpuasa di siang hari dengan makan sahur, dan untuk shalat malam dengan tidur siang" (HR. Ibnu Khuzaimah dalam Shahihnya)
Akan lebih utama jika makan sahur itu diakhirkan waktunya, sehingga mengurangi rasa lapar dan haus. Hanya saja harus hati-hati, untuk itu hendaknya anda telah berhenti dari makan dan minum beberapa minit sebelum terbit fajar, agar anda tidak ragu-ragu.
2. Segeralah berbuka jika matahari benar-benar telah tenggelam. Rasulullah s.a.w. bersabda: "Manusia senantiasa dalam kebaikan, selama mereka menyegerakan berbuka dan mengakhirkan sahur." (HR. Al-Bukhari, Muslim dan At-Tirmidz)
3. Usahakan mandi dari hadats besar sebelum terbit fajar, agar boleh melakukan ibadah dalam keadaan suci.
4. Manfaatkan bulan Ramadhan dengan sesuatu yang terbaik yang pernah diturunkan didalamnya, yakni membaca Al-Qur'anul Karim. Sesungguhnya Jibril 'alaihis salam pada setiap malam di bulan Ramadhan selalu menemui Rasulullah s.a.w. untuk membacakan Al-Qur'an baginya. (HR. AL-Bukhari dan Muslim dari Ibnu Abbas r.a.). Dan pada diri Rasulullah s.a.w. ada teladan yang baik bagi kita.
5. Jagalah lisanmu dari berdusta, menggunjing, mengadu domba, mengolok-olok serta perkataan mengada-ada. Rasulullah s.a.w. bersabda: "Barangsiapa tidak meninggalkan perkataan dan perbuatan dusta maka Allah tidak perlu terhadap puasanya dari makan dan minum." (HR. Al-Bukhari)
6. Hendaknya puasa tidak membuatmu keluar dari kebiasaan. Misalnya cepat marah dan emosi hanya kerana sebab remeh-temeh, dengan dalih bahawa engkau sedang puasa. Sebaliknya, mestinya puasa membuat jiwamu tenang, tidak emosional. Dan jika anda diuji dengan seorang yang jahil atau pengumpat, jangan anda hadapi dia dengan perbuatan serupa.
Nasihati dan tolaklah dengan cara yang lebih baik. Rasulullah s.a.w. bersabda: "Puasa adalah perisai, bila suatu hari seseorang dari kama berpuasa, hendaknya ia tidak berkata buruk dan berteriak-teriak. Bila seseorang menghina atau mencacinya, hendaknya ia berkata 'Sesungguhnya aku sedang puasa" (HR. Al- Bukhari, Muslim dan para penulis kitab Sunan)
Ucapan itu dimaksudkan agar ia menahan diri dan tidak melayani orang yang mengumpatnya Di samping itu juga mengingatkan agar ia menolak melakukan penghinaan dan caci-maki.

7. Hendaknya anda selesai dari puasa dengan membawa taqwa kepada Allah, takut dan bersyukur kepada-Nya, serta senantiasa istiqamah dalam agama-Nya.
8. Hasil yang baik itu hendaknya mengiringi anda sepanjang tahun. Dan buah paling utama dari puasa adalah taqwa, sebab Allah berfirman: "Agar kamu bertaqwa." (Al-Baqarah: 183)
9. Jagalah dirimu dari berbagai syahwat (keinginan), bahkan meskipun halal bagimu. Hal itu agar tujuan puasa tercapai, dan mematahkan nafsu dari keinginan. Jabir bin Abdillah r.a. berkata: "Jika kamu berpuasa, hendaknya berpuasa pula pendengaranmu, penglihatanmu dan lisanmu dari dusta dan dosa-dosa, tinggalkan menyakiti tetangga, dan hendaknya kamu senantiasa bersikap tenang pada hari kama berpuasa jangan pula kamu jadikan hari berbukamu sama dengan hari kamu berpuasa."
10. Hendaknya makananmu dari yang halal. Jika kamu menahan diri dari yang haram pada selain bulan Ramadhan maka pada bulan Ramadhan lebih utama. Dan tidak ada gunanya engkau berpuasa dari yang halal, tetapi kamu berbuka dengan yang haram.
11. Perbanyaklah bersedekah dan berbuat kebajikan. Dan hendaknya kamu lebih baik dan lebih banyak berbuat kebajikan kepada keluargamu dibanding pada selain bulan Ramadhan. Rasulullah s.a.w. adalah orang yang paring dermawan, dan beliau lebih dermawan ketika bulan Ramadhan.
12. Ucapkanlah bismillah ketika kamu berbuka seraya berdo'a: "Ya Allah, kerana-Mu aku berpuasa, dan atas rezeki-Mu aku berbuka. Ya Allah terimalah daripadaku, sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui" (44) (Lihat Mulhaq (bonus) Majalah Al WaLul Isla, ni bulan Ramadhan, 1390 H. hlm. 38-40.)
Tujuan Puasa
Tujuan ibadah puasa adalah untuk menahan nafsu dari berbagai syahwat, sehingga ia siap mencari sesuatu yang menjadi puncak kebahagiaannya; menerima sesuatu yang menyucikannya, yang di dalamnya terdapat kehidupannya yang abadi, mematahkan permusuhan nafsu terhadap lapar dan dahaga serta mengingatkannya dengan keadaan orang-orang yang menderita kelaparan di antara orang-orang miskin; menyempitkan jalan syaitan pada diri hamba dengan menyempitkan jalan aliran makanan dan minuman; puasa adalah untuk Tuhan semesta alam, tidak seperti amalan-amalan yang lain, ia bererti meninggalkan segala yang dicintai kerana kecintaannya kepada Allah Ta'ala; ia merupakan rahasia antara hamba dengan Tuhannya, sebab para hamba mungkin boleh diketahui bahawa ia meninggalkan hai-hal yang membatalkan puasa secara nyata, tetapi keberadaan dia meninggalkan hal-hal tersebut kerana Sembahannya, maka tak seorangpun manusia yang mengetahuinya, dan itulah hakikat puasa.
Petunjuk Rasulullah s.a.w. dalam Berpuasa
Petunjuk puasa dari Rasulullah s.a.w. adalah petunjuk yang paling sempurna, paling mengena dalam mencapai maksud, serta paling mudah penerapannya bagi segenap jiwa.
Di antara petunjuk puasa dari Rasulullah s.a.w. pada bulan Ramadhan adalah: Memperbanyak melakukan berbagai macam ibadah. Jibril 'alaihis salam senantiasa membacakan Al-Qur'anul Karim untuk beliau pada bulan Ramadhan; beliau juga memperbanyak sedekah, kebajikan, membaca Al-Qur'anul Karim, solat, zikir, i'tikaf dan bahkan beliau mengkhususkan beberapa macam ibadah pada bulan Ramadhan, hal yang tidak beliau lakukan pada bulan-bulan lain.
Rasulullah s.a.w. menyegerakan berbuka dan menganjurkan demikian, beliau makan sahur dan mengakhirkannya, serta menganjurkan dan memberi semangat orang lain untuk melakukan hal yang sama. Beliau menghimbau agar berbuka dengan kurma, jika tidak mendapatkannya maka dengan air.
Rasulullah s.a.w. melarang orang yang berpuasa dari ucapan keji dan caci-maki. Sebaliknya beliau memerintahkan agar ia mengatakan kepada orang yang mencacinya, "Sesungguhnya aku sedang puasa."
Jika beliau melakukan perjalanan di bulan Ramadhan, terkadang beliau meneruskan puasanya dan terkadang pula berbuka. Dan membiarkan para sahabatnya memilih antara berbuka atau puasa ketika dalam perjalanan. Rasulullah s.a.w. pernah mendapatkan fajar dalam keadaan junub sehabis menggauli isterinya maka beliau segera mandi setelah terbit fajar dan tetap berpuasa.
Termasuk petunjuk Rasulullah s.a.w. adalah membebaskan dari qadha' puasa bagi orang yang makan atau minum kerana lupa, dan bahawasanya Allahlah yang memberinya makan dan minum.
Dan dalam riwayat shahih disebutkan bahawa beliau bersiwak dalam keadaan puasa. Imam Ahmad meriwayatkan bahawasanya Rasulullah s.a.w. menuangkan air di atas kepalanya dalam keadaan puasa. Beliau juga melakukan istinsyaq (menghiup air ke dalam hidung) serta berkumur dalam keadaan puasa. Tetapi beliau melarang orang berpuasa melakukan istinsyaq secara berlebihan. (Lihat kitab Zaadul Ma'ad fi Hadyi Khairil 'Ibaad, I/320-338)
Puasa Yang Disyari'atkan
Puasa yang disyari'atkan adalah puasanya anggota badan dari dosa-dosa, dan puasanya perut dari makan dan mimum. Sebagaimana makan dan minum membatalkan dan merosak puasa, demikian pula halnya dengan dosa-dosa, ia memangkas pahala puasa dan merosak buahnya, sehingga memposisikannya pada kedudukan orang yang tidak berpuasa.
Kerana itu, orang yang benar-benar berpuasa adalah orang yang puasa segenap anggota badannya dari melakukan dosa-dosa; lisannya berpuasa dari dusta, kekejian dan mengada-ada; perutnya berpuasa dari makan dan minum; kemaluannya berpuasa dari bersenggama.
Bila berbicara, ia tidak berbicara dengan sesuatu yang menodai puasanya, bila melakukan suatu pekerjaan ia tidak melakukan sesuatu yang merosak puasanya. Ucapan yang keluar darinya selalu bermanfaat dan baik, demikian pula dengan amal perbuatannya. Ia laksana wangi minyak kasturi, yang tercium oleh orang yang bergaul dengan pembawa minyak tersebut. Itulah metafor (perumpamaan) bergaul dengan orang yang berpuasa, ia akan mengambil manfaat dari bergaul dengannya, aman dari kepalsuan, dusta, kejahatan dan kezaliman.

Dalam hadits riwayat Imam Ahmad disebutkan: "Dan sesungguhnya ban (mulut) orang puasa itu lebih harum di sisi AIlah daripada aroma minyak kasturi." (HR. At-Tirmidzi dan ia berkata, hadits hasan shahih gharib).
Dalam hadits shahih disebutkan: "Barangsiapa tidak meninggalkan perkataan dan perbuatan dusta serta kedunguan maka Allah tidak perlu terhadap puasanya dari makan dan minum. (HR. Al-Bukhari, Ahmad dan lainnya)
Dalam hadits lain dikatakan: Betapa ramai orang puasa, bahagian dari puasanya (hanya) lapar dan dahaga." (HR. Ahmad, hadits hasan shahih) (Dan ia menshahihkan hadits ini.)
0 comments:
Post a Comment