Sejak akhir-akhir ni, soal penayangan klip video 'Sajak Kematian' agak hangat diperbahaskan walaupun klip video tersebut sudah lama ada di pasaran. Ini gara-gara ia ditayangkan kepada pelajar yang berumur 1 dan
2 di sebuah sekolah. Kemudian Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mula bersuara untuk mengkaji tentang kesesuaian ia ditayangkan. Katanya metode menakut-nakutkan pelajar bukanlah sesuai untuk pelajar yang umurnya sebegitu. Sedang Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin pula tidak bersetuju atas kapasiti terkeluar daripada aqidah kerana menggambarkan alam ghaib yang mana apa yang digambarkan itu bukanlah gambaran sebenar suasana di alam barzakh. Manusia tidak akan tahu suasana sebenar di alam tersebut.

Baik, bagi mereka yang belum pernah menonton video tersebut, anda boleh lihat di situs ini : www.youtube.com/watch?v=AJI_z_pxtU0 atau www.youtube.com/watch?v=zbO4se3JxQg&feature=related .
Pertama, respon kepada Datuk Seri, bahawa dalam pengajaran ada tarhib dan ada targhib, ada pendekatan yang mendamaikan dan ada pendekatan yang menakutkan. Persoalan sama ada sesaui atau tidak untuk umur sebegitu, Nurulimanz ingin membawa sedikit kajian kognitif kanak-kanak yang menyatakan bahawa umur di antara 7-12 tahun merupakan tahap kematangan formal yang memerlukan pembelajaran secara menyeluruh. Dan kerana itu, Islam menganjurkan ibu bapa mengajarkan sembahyang kepada kanak-kanak pada usia ini. Adapun pada umurnya 10 tahun, sekiranya kanak-kanak tersebut masih berdegil untuk solat, maka Islam menganjurkan untuk diberi pendekatan yang menakutkan kepada kanak-kanak tersebut iaitu memukul dalam kapasiti pengajaran. Merujuk kepada pembelajaran yang diterapkan dalam klip video tersebut pada usia 7 dan 8 tahun, Nurulimanz juga kurang bersetuju melainkan setelah diajar kepada mereka nas-nas yang sahih tentang alam barzakh. Klip video ini cuma sebagai alternatif sahaja, bukannya silibus utama. Ape hal kalau kanak-kanak yang tak tahu menahu tentang alam barzakh tiba-tiba ditayangkan klip video ini. Mungkin disangkanya ini cerita seram arahan Ahmad Idham! Dek kerana terlalu banyak cerita seram di dalam televisyen ketika ini, itu pula yang jadi pembelajaran kepada kanak-kanak. Maka tidak sampai maksud dalam pembelajaran itu. Dan Nurulimanz rasa tersangat sesuai video klip ini ditayangkan kepada kanak-kanak yang enggan solat setelah sampai umur 10 tahun tu! Wuhu..! Apa kata sahabat-sahabat?
Kedua, respon kepada Mufti Dr., Nurulimanz hormati dan setuju pada pandangan Dr. bahawa apa yang ditayangkan itu tidaklah sama dengan realiti di alam tersebut. Tiada siapa yang akan kata "beginilah kita di alam barzakh nanti". Persepsi umum yang mungkin timbul ialah "kalaulah keadaan aku begini...atau lebih buruk dari ini...alangkah celakanya aku...". Yang timbul tersebut bukanlah aqidah tetapi suatu penghayatan terhadap apa yang dilihat di depan mata. Lihat orang-orang yang soleh terdahulu, mereka menggali lubang seperti kubur lalu berkalwah di dalamnya untuk merasai pengalaman berseorangan di dalam kubur yang sempit. Jika mahu menilai dari sudut aqidah, kita boleh menuduh mereka telah sesat dek kerana bukan keadaan kita sebegitu di alam barzakh nanti, bahkan mungkin lebih menggerunkan. Tetapi dari sudut psikologinya, penghayatan itu akan timbul dan menjadi pendorong mereka untuk bertaqwa. Tapi Nurulimanz juga sedar, bukan semua orang mempunyai nilai pemikiran sebegitu. Ada yang mampu menilai dengan bijak, dan ada juga yang 'lampi' (lambat pick up) hingga menyebabkan video tersebut mampu menggugat aqidah mereka kerana mempercayai 100%. Jadi Nurulimanz ambil jalan pertengahan iaitu video itu ditayangkan hanya kepada mereka yang telah memahami akan alam barzakh melalui nas-nas yang sahih. Kalau orang-orang yang 'lampi' tu Nurulimanz rasa elok saja ditayang video sebatan penghuni penjara pudu tu. Melihatkan tersiat-siatnya kulit yang pesalah yang disebat tu, mudah-mudahan 'tersiat' juga kulit ke'lampi'an dari minda mereka. Tak pun sesuai ja ditayangkan klip video alam barzakh tu kepada penghuni penjara tersebut! Wuhu! Apa pandangan kawan-kawan?
(p/s : Ini hanyalah pandangan peribadi. Sila komen jika tidak berpuas hati)

0 comments:
Post a Comment