Wednesday, December 24, 2008

Macam mana nak pilih pasangan bro?

"Boring juga malam ni. Takde perancangan nak dibuat" bisik hatiku. "Online je la". Setelah seminit laptopku loading, tiba-tiba muncul YM dari sepupuku...

Keretajenazah : salam. man, sibok ko?
Nurulimanz : x de mende nak dibuat. ok je. kenapa?
Keretajenazah : eden nok tanyo ekau nie. zaman loni guano nok pilih calon? ekau pilih pulok guano?
Nurulimanz : hish kau ni. tetiba tanya aku soalan ni, mimpi ape plak ni?
Nurulimanz : hah! so(satu) lagi. ckp bahasa biasa le. Aku x fhm slank ekau nie. ups! aku plak tercakap slank kau.
Keretajenazah : iyola2. x de, aku tengok bekas budak sekolah agama pon dah lain macam. macam x pernah sekolah agama.
Keretajenazah : Tu yang aku bimbang cemana nak cari yang 'original' ni
Keretajenazah : kalau dah sampai masa aku nanti...
Keretajenazah : aku ada ramai kawan muslimat. Ada yg baru kita kenal, nampak lembut. Tapi bila dah lama kenal, baru kita tau yg dia ni x selembut yg kita sangka. Mula pandai marah kita, tengking kita, cakap kasar dengan kita.
Keretajenazah : Ada juga yang menipu, cakap kononnya dia ramai peminat la, orang kasi surat la, orang kacau la, walhal saja je nak bagi kita jalous dan ruginya kita kalau x rebut dia dari orang lain.
Keretajenazah : Ada juga yg nak jadikan kita 'spare part' dia. kot2 la kalau jodoh dia dengan 'boipren' dia tak kesampaian, harap2 boleh la kita ni jadi back up jodoh dia
Keretajenazah : (ni antara spesies yg paling aku tak suke tau!).
Keretajenazah : Paling buruk perangai, ade ke patut dia kata kite suke kt dia walhal perangai buruk nak mampus! pastu sebar fitnah tu merata-rata. nak termuntah aku dgr fitnah camtu. So, hg rasa camane?
Nurulimanz : relax la bro... jgn emosi sgt berdepan dengan perkara2 camtu.
Nurulimanz : Laki pun ade yg spesies camtu gak. Bukan perempuan je.
Nurulimanz : tapi x semua perempuan camtu kan? laki pun bukan semua camtu...
Nurulimanz : 1stly, engkau berkawan macam biasa je. Kalaupun engkau admire pada dia, engkau buat derk je. Ingat! jangan ada sebarang perjanjian dengan dia. Atau ada special engkau buat pada dia.
Keretajenazah : Nanti dia terlepas, macamana?
Nurulimanz : Tu la masalah kita... Suka terburu-buru. Darah cepat berkocak. Sabar dulu bro...
Nurulimanz : macam engkau kata tadi, mula kenal ok je. dah lama kenal, baru kita dapat tau sifat sebenar dia.

Nurulimanz : 2ndly, engkau tau filem musang berjanggut?
Keretajenazah : tau. kenapa?
Nurulimanz : tengok macamana dia uji untuk cari bakal isteri terbaik. Kena dengan matlamat dia. So, engkau pun masa time berkawan, engkau uji dari semasa ke semasa. Tanya soalan pelik-pelik ke? Minta tolong dia buat sesuatu ke. Sesuai dengan matlamat engkau la. Matlamat isteri solehah ke, isteri srikandi perjuangan ke...terpulanglah
Nurulimanz : finaly, bila engkau dah ada keyakinan dengan seseorang itu, engkau bagitau mak ayah engkau, bagitau dia dan jumpa mak ayah dia.
Nurulimanz : setakat tu je pandangan aku selaku 'bujang senang' ni.
Nurulimanz : cuma aku nak ingatkan, apa ja yang kau buat nanti, pastikan letak Allah di depan dan buat ikut syariat, ok!
Keretajenazah : InsyaAllah, tu aku ingat. tq bro, bagi aku tips berguna tuh! tak terfikir pulak aku. Engkau macam berpengalaman je...
Nurulimanz : Emm..pengalaman kawan-kawan aku banyak la...dah la tu. cakap bab laen plak la ek...

Cut!!!


gambar sebelah : Haafizuddin (presiden PMIUM) dan Fatin Nuraini (aktivis PISA) melangsungkan perkahwinan. Both are my friendz.

0 comments: