BANDAR GAZA - Sekurang-kurangnya 192 penduduk Gaza terbunuh apabila tentera Israel melancarkan serangan udara ke atas wilayah Palestin semalam.
Serangan membabitkan kawasan yang padat dengan penduduk itu turut mengakibatkan 310 orang cedera dan ia dilakukan sewaktu ramai pelajar dalam perjalanan balik selepas waktu sekolah.
Para petugas perubatan menyatakan serangan udara itu mencetuskan panik setelah penduduk melihat asap hitam berkepul-kepul ke udara.
Satu bedilan yang mengenai pejabat Hamas menyebabkan berpuluh pegawai keselamatan mati bergelimpangan.
Ia menyebabkan para pemimpin Hamas berikrar melancarkan serangan balas terhadap negara Yahudi itu.
Israel dalam reaksi segera turut mengarahkan rakyatnya yang menduduki kawasan kediaman di sempadan Gaza supaya berjaga-jaga.
Mesir membuka pintu sempadan ke Gaza bagi membolehkan perkhidmatan kecemasan dihantar termasuk 20 unit ambulans.
Para pegawai Hamas berkata, semua kawasan keselamatan musnah manakala sebuah stesen radio tentera Israel menyatakan serangan dilancarkan terhadap 10 kawasan.
Pasukan tentera Israel mengesahkan serangan itu tetapi tidak mendedahkan butir-butir terperinci.
"Hamas akan terus mempertahankan diri sehingga ke titisan darah terakhir," kata jurucakapnya, Fawzi Barhoum.
Stesen televisyen menunjukkan beberapa hospital di Gaza sesak dengan orang ramai yang menghantar mangsa dengan menggunakan kereta, van dan ambulans.
"Kami merawat pesakit di atas lantai atau di laluan pejalan kaki (kerana tidak cukup ruang). Kami tidak tahu identiti mereka tetapi apa yang penting ialah untuk memberikan rawatan segera," kata seorang doktor.
29 Disember 2008 - 290 penduduk Palestin maut serangan Israel
GAZA - Tentera Israel memusnahkan kompleks keselamatan utama Hamas di Gaza dalam satu serangan udara semalam selepas menyerangnya buat kali pertama kelmarin.
Dalam kedua-dua serangan itu, sebanyak 290 penduduk Palestin maut di mana rejim Zionis menyatakan ia bertindak setelah berlakunya serangan roket hampir setiap hari dari Gaza.
Jumlah kematian itu dianggap sebagai antara yang terburuk dalam pencerobohan Israel ke atas Palestin sejak 60 tahun lalu. Menurut Perkhidmatan Kecemasan Palestin, pejuang-pejuang Palestin turut melancarkan 80 serangan roket ke wilayah Israel.
Salah satu roket itu mengenai lokasi dekat Ashdod, sebuah pelabuhan yang terletak 30 kilometer dari Gaza tetapi tidak menyebabkan kematian.
Sejumlah kereta kebal ditempatkan di pinggir Genting Gaza dijangka bakal memasuki kawasan penduduk Palestin yang didiami oleh 1.5 juta orang.
Menurut seorang pegawai kerajaan, Kabinet Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert meluluskan arahan untuk memanggil 6,500 anggota simpanan.
"Israel akan meneruskan (kempen serangan) sehingga kami mendapati tahap keselamatan baru di bahagian selatan apabila penduduk tidak lagi tinggal dalam keganasan dan ketakutan akibat serangan roket," kata seorang jurucakap Olmert, Mark Regev.
30 Disember 2008 -Korban serangan Israel meningkat 345 orang
BAITULMAQDIS - Israel semalam berikrar untuk memusnahkan semua struktur bangunan milik pergerakan Hamas di Genting Gaza.
Amaran itu dikeluarkan selepas angka kematian akibat serangan udara tentera Israel di Gaza meningkat kepada 345 orang mankala lebih 1,000 lagi cedera.
Tentera udara Israel masih melakukan serangan udara di Gaza yang memasuki hari ketiga berturut-turut yang dilakukan bagi membalas tindakan pejuang-pejuang Palestin melancarkan serangan roket ke arah negara Yahudi itu.
"Selepas operasi ini, tidak akan ada sebuah bangunan milik Hamas yang berdiri di Gaza dan kami merancang untuk mengubah peraturan permainan," kata Timbalan Ketua Tentera Israel, Brigedier Jeneral Dan Harel.
"Kami melakukan serangan tidak hanya ke arah pejuang dan pelancar roket tetapi juga kerajaan yang dikuasai Hamas dan sayap-sayapnya (cawangan ketenteraan Hamas)," jelasnya.
"Kami menyerang bangunan-bangunan kerajaan, kilang-kilang pengeluaran dan cawangan keselamatan dan lain-lain lagi," kata Harel.
Beliau memberi amaran serangan itu hanya satu permulaan.
"Kejadian paling buruk tidak berada di belakang kita, ia masih di hadapan kita," katanya.
Jet-jet pejuang Israel memusnahkan sebuah kubu Hamas di Genting Gaza semalam.
"Kami kini melancarkan perang sepenuhnya ke atas Hamas," kata Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak di Parlimen.
Jet-jet pejuang Israel turut bangunan Kementerian Dalam Negeri yang mempunyai 13,000 anggota keselamatan pergerakan Hamas.
Bagaimanapun, anggota-anggota keselamatan itu berjaya menyelamatkan diri dan tidak ada sebarang kecederaan dilaporkan.
Sementara itu, dalam satu lagi serangan, rumah seorang komander kanan Hamas musnah manakala empat anggota keluarganya terbunuh manakala 20 lagi cedera.
Nurulimanz menyarankan agar umat Islam seluruhnya mengambil berat hal ehwal ummah dengan melayari palestinkini.info (terdapat pada blogroll site Nurulimanz) bagi mengetahui tragedi dan berita selanjutnya. Atau boleh sahaja dapati daripada akhbr-akhbar seperti yang telah Nurulimanz letakkan di blogroll site. Nurulimanz menyeru dan memohon agar umat Islam yang berada jauh dari Palestin dan bumi arab agar membaca qunut nazilah setiap hari. Doakan keselamatan saudara-saudara seaqidah di sana. Seandainya dianjurkan demonstrasi terhadap Israel di kawasan anda, bergegaslah ke sana dengan penuh semangat dan laungkan bantahan terhadap kebiadaban dan kekejaman rejim Zionis Laknatullah ini. Allahu Akbar ! Khaibar ya Yahud ! Jaisyu Muhammad Saufa Yau'd ! Allah Maha Besar ! Runtuhlah benteng Khaibar Yahudi ! Tentera Muhammad Telah Datang !
0 comments:
Post a Comment