Sunday, April 26, 2009

SuKa MaKaN BaBi Ke ?










Dahulu......

Japanese Encephalitis (JE)


Pengenalan

Japanese Encephalitis (JE) ialah penyakit bawaan nyamuk. Penyakit ini disebarkan kepada manusia melalui gigitan nyamuk yang membawa virus tersebut. Virus JE bawaan nyamuk ini boleh menyerang sistem saraf dan mengakibatkan komplikasi teruk serta kematian.Penyakit JE disebabkan oleh virus Japanese encephalitis dalam kumpulan Arbovirus yang dibawa serangga biasanya serangga penghisap darah dalam kes ini ialah nyamuk Kitar hidup virus JE melibatkan babi yang diternak serta nyamuk Culex yang membiak di kawasan sawah padi dan tempat ternakan babi. Virus JE menggandakan bilangan dalam tubuh babi (perumah sekunder) dan disebarkan melalui gigitan nyamuk. Virus yang disebarkan oleh nyamuk menyebabkan jangkitan kepada manusia, haiwan ternakan, burung, kelawar, ular dan katak. Selepas jangkitan, virus akan menyerang sistem saraf pusat iaitu otak dan saraf tunjang. Virus JE tidak berjangkit sesama manusia atau apabila manusia memakan daging babi yang membawa virus tersebut

Tanda dan Gejala

• Hampir semua pengidap akan mendapat gejala ringan atau tiada gejala sama sekali. Biasanya gejala akan timbul selepas 6-8 hari digigit nyamuk pembawa virus JE.

• Pada kes-kes yang teruk, Japanese encephalitis bermula dengan demam selsema, sejuk badan, letih, sakit kepala, loya dan muntah-muntah.

• Keliru dan rasa celaru (agitation) boleh berlaku di peringkat awal penyakit.

Komplikasi

Komplikasi yang berlaku di antaranya:

• Radang otak- akibatkan kematian pada 30% kes.

• Kes yang selamat- 30% akan mendapat kerosakan otak teruk termasuklah lumpuh.

Rawatan

Diagnosa dibuat elalui ujian darah dan cecair saraf diambil melalui tulang belakang. Tiada rawatan khas untuk Japanese encephalitis. Antibiotik tidak berkesan melawan virus dan tiada ubatan anti-viral ditemui. Tumpuan hanya kepada rawatan kurangkan gejala dan rawatan komplikasi sahaja.

Semakan Akhir : 29 Mei 2008


Sekarang.....

Selesema babi ragut nyawa 60 orang


GENEVA - Sejenis wabak selesema babi yang menjangkiti manusia, membunuh sekurang-kurangnya 60 orang di Mexico sebelum merebak ke negara jiran Amerika Syarikat (AS), kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam.

Pihak berkuasa AS dan Mexico kini memantau perkembangan penyakit itu dengan serius.

Agensi WHO mengenal pasti selesema babi sebagai pandemik atau wabak yang berisiko menjangkiti manusia di seluruh dunia.

Seorang jurucakap agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu, Fadela Chaib berkata, terdapat lebih 800 kes disyaki selesema babi dilaporkan di Mexico setakat ini.

Menurutnya, penyakit itu biasanya menyerang babi dan jarang menjangkiti manusia.

"Virus itu disifatkan oleh AS sebagai jenis terbaru daripada himpunan virus A/H1N1. Bagaimanapun, kerajaan Mexico masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai jenis kuman itu," kata Chaib.

Sementara itu, pakar-pakar kesihatan AS menjangka menemui lebih banyak kes selesema babi ketika mereka memeriksa orang ramai yang bersentuhan dengan tujuh warga California dan Texas yang dijangkiti penyakit itu.

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit AS (CDC) berkata, kes selesema babi dihidapi ketujuh-tujuh mangsa itu berbeza berbanding apa yang dihadapi Mexico kerana melibatkan sejenis virus baru.

Bagaimanapun, katanya, mereka sedang beransur pulih daripada virus selesema tersebut yang merupakan gabungan virus babi, burung dan manusia yang belum pernah dilihat penyelidik-penyelidik sebelum ini.

Lima mangsa itu di California dan dua lagi di Texas sedang pulih dan hanya seorang dimasukkan ke hospital.

Namun ujian menunjukkan ubat antivirus berupaya menentang virus baru itu.

Pakar CDC, Dr. Anne Schuchat menyatakan beliau percaya virus baru itu berupaya merebak antara manusia dengan manusia iaitu fenomena yang jarang berlaku bagi virus selesema babi.

Menurutnya mereka yang dijangkiti virus itu pada awalnya mengalami simptom selesema seperti sakit tekak, sendi, batuk dan sesak nafas sebelum ia merebak menjadi jangkitan paru-paru yang teruk.

Dalam perkembangan berkaitan, pihak berkuasa Mexico mengarahkan supaya semua sekolah dan universiti di bandar raya Mexico ditutup semalam bagi membendung wabak tersebut. - Agensi


sumber : Kosmo! 25 April 2009

(p/s : haiii...macam-macam la babi ni...patutlah Allah haramkan (al-Maaidah [5] : 3)...kecuali terpaksa dalam darurat (al-Baqarah [2] : 173) (al-An'am [6] : 145) (al-Nahlu [16] : 115)

(p/s : kredit buat team alwancomic sekali lagi...)

1 comments:

lillah أم هريرة said...

tringat suatu kisah... :p

seorg kawn bertanya :
buat apa Allah ciptakan babi kalau manusia x bole dimakan?

jawapan :
bukan suma yg Allah ciptakn utk dimakan oleh manusia..
tu Allah ciptakan batu, nape x makan?
Allah ciptakan pasir, nape x makan?

:p