Tuesday, July 28, 2009

Diari Aku Sebagai Guru (Episod : Keinsafanku Sebagai Guru)


Aku akui kadang kala aku buntu tatkala memikirkan bagaimana aku boleh melentur murid-murid yang dikelaskan oleh guru-guru di sekolah ini sebagai lemau. Bagaimana aku mahu fahamkan mereka dengan Islam kalau benar mereka lemau? Bagaimana masa depan mereka kelak jika hari ini mereka benar adalah murid-murid lemau? Ahhh… tidak. Aku tidak boleh meletak atau mengkelaskan mereka sebagai lemau. Bagiku pasti ada jalannya untuk aku melentur mereka walaupun sedikit demi sedikit.

Petang kelmarin aku dipanggil oleh Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Pn. Norliah. Dalam pertemuan singkat itu, Puan Norliah telah menceritakan kepadaku bagaimana keadaan murid-murid di sekolah dan apa punca mereka jadi begitu. Dan yang paling terkesan dalam hati aku adalah perkataan ‘kesian’ yang sengaja diulang-ulang oleh Pn. Norliah. ‘Kesian’ mereka tak pandai baca al-quran. ‘Kesian’ mereka tidak dapat kasih sayang dan perhatian ibu bapa selayaknya. ‘Kesian’ mereka malas dan tidak mahu belajar lagi. ‘Kesian’ mereka tidak lagi pandai menghormati orang lain terutamanya guru-guru. Aku tengok mata Pn. Norliah, bergenang dengan air dan menjadi merah. Ya menahan kesedihan dan ‘kesian’nya itu. Aku tahu bahawa ungkapan kesian itu lahir dari hatinya, dan kerana itu ia terkesan dalam hatiku.

Hari ini di depan mataku aku lihat beberapa perkara yang agak tiak menyenangkan. Pertama guru yang bercakap pada murid-murid dengan perkataanyang tidak sepatutnya. Murid tak faham arahan sikit dah dipanggil oleh guru sebagai lemau. Silap sikit dah dicop oleh guru sebagai lemau. Pendek kata murid-murid semuanya kena betul belaka, barulah tidak dipanggil lemau… Aduh… aku rasa terkilan dengan kata-kata guru tersebut yang memanggil murid-murid sebagai lemau walaupun kesalahan murid-murid sedikit sahaja. Selayaknya dan sepatutnya guru tersebut memanggil dengan kata-kata yang baik kerana kata-kata guru itu suatu doa. Jika berterusan memanggil murid-murid dengan perkataan lemau, bagiku guru tersebut yang sebenarnya lemau untuk mengajar secara professional.

Semasa kelas 5K2, 1 jam lamanya. Aku isi dengan game, lakaran peta minda serta penerangan dan video berkaitan mahkamah syariah. Kenapa murid-murid yang otai dan ganas boleh ikuti kuliah aku? Siap boleh komen tanpa diminta lagi! Lemaukah sebegitu? Aku pun tak tahu salah siapa sebenarnya. Mungkin kita golongan guru belum betul-betul mendalami isi hati murid-murid kita. Apa kata, segala keinginan mereka kita olah menjadi bahan ilmu tanpa mereka sedari. Boleh tak begitu, wahai guru-guru? Gunakan keriangan modul, set induksi dan alat bantu mengajar untuk memberi nilai tambah kepada cara penyampaian kita. Sekurang-kurangnya mereka mahu mendengar daripada mereka keluar kelas lalu merayau-rayau tak tentu arah.

Kemudian, selepas tamat mengajar kelas 5K2, aku keluar dan ada guru lain masuk. Tapi aku hairan ada sekumpulan murid-murid keluar dari kelas itu. Dengan menggendong beg, mereka pulang ke rumah tanpa menghiraukan guru yang masuk ke kelas mereka tadi. Oh, besarnya dugaan sebagai guru apabila berhadapan dengan murid-murid sebegitu. Kalaulah aku berada di tempat guru tersebut… aku dapat merasakan betapa tergurisnya hati guru tersebut melihatkan sebahagiankelasnya telah kosong daripada murid-murid. Sejenak aku berfikir, mungkin inilah cabaran yang selayaknya dihadapi oleh seorang yang bergelar pendakwah. Bak kata kakak Nisa’ “Bukankah guru juga seorang daie?”. Maka terbit suatu keazaman dalam diri untuk terus mendekati murid-murid sebegini dalam menguraikan ikatan ‘kesian’ yang diulang-ulang oleh PKHEM kelmarin…

0 comments: