Wednesday, July 22, 2009

Diari Aku Sebagai Guru (episode : Hari kedua yang…terlewat…adui laaa…)


Malam tadi lepas latihan pentomin, aku tertidur di akademi. Pukul 3.15 pagi aku terjaga, taoi terasa tak terdaya nak balik ke rumah. Mengantuk & sejuk, membuatkan aku terlelap semula di atas kerusi panjang di akademi. Layan punya layan tidur, aku terjaga pukul 6.20 pagi. Hah! Dah 6.20? aku cepat-cepat berwudhuk dan solat subuh. Keluar dari akademi… alamak… macam mana aku nak balik nie… hujan laaa...


Aku masuk dalam surau akademi semula. Baring sebentar sementara tunggu hujan berhenti. Erm…aku pantang berbaring sebenarnya. Kalau berbaring mesti kene berdengkur.huhu. tertidur la tu… elok saja aku buka mata…Hah dah pukul 7.20. Yang dalam kepala aku time tu cume 1. Punch Card pukul 7.30. Aku dah cemas. Dah lewat ni. Tak semena-mena motosikal aku menjadi jet turbo. Aku pecut balik rumah untuk tukar baju dan terus ke sekolah. Adui…jalan jem pulak…

Aku tiba di sekolah dengan muka merah menahan malu kepada cikgu-cikgu yang memerhatikan aku. Dan dengan bergaya serta slumbernya aku pergi punch card di pejabat. Apa lagi, punch card aku menunjukkan 8.45 pagi dicetak dengan warna merah macam muka aku jugak la. Aku pun cepat-cepat keluar dengan muka menahan malu apabila diperhatikan oleh kerani pejabat, supaya dia tak tanya aku apa-apa soalan ataupun sindir aku dengan tajamnya.heh… Tapi kalau dia tanya pun aku dah siap jawapannya. Antaranya sakit perut, hujan lebat dan jalan jem. Jawapan helah, bukan tipu tau! Memang aku alami ketiga-tiga bende alah tu, tapi tu semua bukan jawapan tepat atau jawapan yang sebenarnya. Tentulah jawapan sebenarnya sebab aku tertidur. Tapi takkan nak bagitau kerani tu yang aku tertidur. Malu la aku. Pada korang tak pe la aku bagitau, supaya korang ambil pengajaran dan tak jadi macam aku ni. Heh..

Masuk kelas 5k2, budak-budak yang ada 7 orang sahaja daripada 24 orang. Diaorang dah merayap mana aku pun tak tau. Kali ni aku serius mengajar. Bab tilawah al-quran. Muka aku kali ni mengalahkan Triple H dan Undertaker. Tak macam semalam aku suka-suka main game. Alhamdulillah, mereka boleh ikuti kuliah aku. Aku tak banyak membebel, tapi menyuruh mereka menyalin peta minda yang aku lakar di papan hitam. Lepas tu aku pasang nasyid bagi diaorang dengar. Nasyid yang berkaitan dengan tajuk yang aku kuliahkan iaitu tentang kemuliaan Al-Quran dan meminta mereka salin liriknya. Sekurang-kurangnya mereka lebih enjoy ketika kuliah aku dan dapat menerima mesej yang aku ingin sampaikan sebenarnya.

Then, kelas 3G, aku tayang video tentang godaan-godaan syaitan. Masa tayang tu aku terangkanlah sedikit sebanya apa mesej yang diselitkan dalam video tersebut. Alhamdulillah kebanyakannya dapat terima dengan baik. Last, aku ajar kelas tu baca tasbih kifarah, untuk dijadikan amalan setiap kali tamat pengajaranku…

0 comments: