Sunday, August 23, 2009

Grad Juga Aku Akhirnya...


Alhamdulillah... Memang tidak dapat kugambarkan betapa gembira menggenggam segulung ijazah sarjana muda Usuluddin. Terasa segala penat lelah belajar sebelum ini semuanya terbalas. Pagi 12 Ogos, aku terima skrol daripada Raja Dr. Nazrin Shah, anak Sultan Perak merangkap Pro-Canselor Universiti Malaya. Dengan kehadiran mak dan ayah ke majlis tu, aku sebagai anak mestilah merasa bertuah. Aku telah penuhi impian mak ayah untuk berjaya dalam pelajaran. Bertubi-tubi ucapan tahniah singgah di cuping telinga ini beserta hadiah-hadiah dari para sahabat. Erm... Moga-moga hari ini bakal menjadi pembakar semangat anak-anak murid dan adik-adik aku supaya turut berusaha hingga berjaya... macam aku...

Terima kasih buat mak dan ayah yang sentiasa membakar semangatku supaya terus berusaha dan berjaya dalam pengajian, berusaha mengiringiku jauh di pantai timur dan kemudian di ibu kota. Juga buat para pensyarah khususnya Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan dan umumnya Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya yang tidak jemu-jemu mendidik dan memahamkan aku tentang Islam. Buat sahabat-sahabat sejawatan As-Soff dan kelompok -kelompok senior serta juniornya yang turut membantu aku dalam mengorak langkah perjuangan jihad menuntut ilmu. Semoga semuanya dibalasi Allah dengan redha-Nya...

0 comments: