Friday, October 31, 2008

Sepahit Madu…. Semanis Hempedu (siri 2)

Akhirnya berita tentang perkahwinan Fikri dan Nusaibah sampai juga ke pengetahuan Fatimah. Walaubagaimanapun, dia redha dengan ketentuan Allah dan menerima takdir ini dengan hati yang tenang kerana keyakinannya bahawa jodoh dan pertemuan itu adalah ketetapanNya.

Fatimah sedar rupanya kiasan yang digunakan oleh Fikri sewaktu melamarnya dahulu, mengandungi maksud yang tersirat.

Dan takdir Ilahi juga telah menemukan mereka bertiga pada malam program dakwah di masjid itu. Fatimah adalah antara orang penting yang bertungkus lumus menjayakan program anjuran Angkatan Bertindak Banteras Islam Liberal (ABABIL) .

Setibanya Fikri dan Nusaibah ke tempat program tersebut, Fatimah menyambut kedatangan mereka dengan mesra dan ramah sekali.

“Assalamualaikum” , sambil menghulurkan tangan kepada Nusaibah.

”Selamat datang pengantin baru..amboi. berseri- seri. Maklumlah seri pengantin tak hilang lagi…”, Fatimah menyapa mereka dengan senyuman yang tidak lekang dari bibirnya.

Nusaibah pula hanya tersenyum malu-malu mendengar usikan mesra dari Fatimah.

Fikri turut mengukirkan senyuman.Senyuman yang sukar untuk di mengertikan.

“Ya..Akhi Fikri, tak nak kenalkan ke isteri anta pada ana?” soal Fatimah kepada Fikri dengan riak wajah yang tenang tanpa ada garis kekecewaan mahupun dendam.

“Oh ya..err…minta maaf, ana terlupa”.

“Perkenalkan, zaujah ana.. Nusaibah binti Uwais Qarni”.

“ Abang perkenalkan sohabiah abang, Fatimah Az-Zahra binti Umar al-Mujahid.

Fatimah bersalaman sekali lagi dengan Nusaibah serta memeluknya erat dengan rasa kasih seorang saudara sesama islam. Nusaibah dapat merasakan aura ukhuwah dan mahabbah Fatimah meresap ke dalam jiwa dan sanubarinya.

Sementara Fikri masih terkesima dengan santunan budi pekerti Fatimah tika itu. Dalam masa yang sama dia sangat gembira dan bersyukur.

Alhamdulillah, moga Allah merahmati dan melimpahkan ketabahan hati buatmu Fatimah…”, munajat Fikri di dalam hatinya.

Dalam program tersebut, Fikri telah dijemput untuk memberikan ceramah berhubung isu ”Islam,Sekularisme, Pluralisme & Liberalisme” atau ringkasnya , ”ISLAM vs SIPLIS” kepada semua hadirin program. Ternyata, keupayaan Fikri dalam memberikan ceramah semakin mantap dan hebat sejak dia menjejak kaki ke alam baru dalam hidupnya.

Isi-isi ceramahnya semakin bernas dan padat, penyampaiannya kelihatan berkeyakinan , tegas dan penuh berhikmah. Fatimah mendengar pengisian tersebut dengan penuh khusyuk dan tekun sehinggakan dia berjaya melupakan segala perkara yang pernah berlaku antara dirinya dan Fikri.

Bagi Fatimah kini, tumpuannya hanyalah pada perjuangan dakwah semata-mata. Pengalaman lalu telah mengajarnya untuk menjadi seorang srikandi muslimah yang meletakkan perjuangan dakwah dalam senarai teratas dalam rutin hidupnya. Sikap ego dan emosionalnya dahulu, telah dibuangnya jauh-jauh.

Fatimah kini jauh lebih matang dan dewasa. Setiap tindakannya bertunjangkan keimanan dan bersendikan akal fikiran yang waras. Hidupnya kini dirasakan lebih tenang dan terisi walaupun pada hakikatnya hatinya masih sunyi kerana masih belum ada insan tersayang di sisi untuk menjadi sandaran dalam sebuah perjuangan yang panjang. Namun begitu, hidupnya tetap tenang dan ceria kerana baginya rahmat Allah adalah jauh lebih baik daripada dunia dan seisinya.

Tarbiyyah yang di laluinya memantapkan lagi langkah kakinya di medan juang fisabilillah. Apatah lagi, sahabat – sahabat yang mengetahui sejarah hidupnya itu, banyak memberikan hembusan semangat untuk tetap istiqamah di jalan da’wah walau seberat manapun ujian yang harus di lalui.

Seusai program , semua tetamu dijemput untuk menikmati sedikit jamuan ringan. Fatimah menjemput Nusaibah untuk ke ruang makan bahagian muslimat.

“ Jom Nusaibah, kita menjamu selera…” Fatimah mengajak Nusaibah dengan sopan dan lembut dengan senyuman yang tidak pernah lekang dari bibirnya.

“ Silakan…” , balas Nusaibah.

Fatimah menggunakan kesempatan yang ada itu untuk beramah mesra dan mengenali Nusaibah dengan lebih dekat lagi. Begitu juga dengan Nusaibah, dia juga turut tertarik untuk lebih mendekati Fatimah. Nusaibah kagum dengan peribadi Fatimah, baginya Fatimah sangat ramah dan mudah mesra dengan sesiapa sahaja.

Apatah lagi, keupayaan dan keterlibatan Fatimah di dalam perjuangan da’wah lebih di kaguminya. Tanpa kekuatan yang luar biasa, mana mungkin wanita muslimah seperti Fatimah mampu untuk berada di jalan ini. Pada pengetahuannya, tidak ramai wanita yang mampu untuk berdiri seteguh Fatimah di jalan ini.

Nusaibah melihat potensi dakwah yang ada dalam diri Fatimah begitu besar. Walaupun sibuk berkejar ke sana ke mari menguruskan program , tetapi senyumannya tidak pernah lekang dari bibir. Riak wajahnya tidak menunjukkan keletihan jauh sekali mengeluh. Malam itu mereka berdua berbual mesra seperti sudah lama berkenalan. Sudah pastinya, topik perbualan mereka berkisar tentang program-program dakwah yang bakal dianjurkan oleh jemaah mereka serta isu-isu umat Islam di seluruh dunia pada masa kini.

Perkenalan dengan Fatimah pada malam itu memberikan kenangan yang manis buat Nusaibah. Walaupun baru sahaja berkenalan tetapi sudah rapat dan mesra. Nusaibah merasakan bahawa mereka berdua ada keserasian dan kebersamaan. Cita – cita dan matlamat hidup mereka selari.

Nusaibah berzikir memuji Allah s.w.t di dalam hati “subhanallah…alhamdul illah..allahuakb ar..” sebagai tanda kesyukuran kerana ukhwahnya yang baru terjalin dengan Fatimah adalah atas rahmat dan kasih sayang Allah jua.

“ Sayang letih..diam je?Jauh termenung, teringat kat sape..? abang kan ada kat sebelah ni…” , Lamunan Nusaibah terhenti dek teguran suami tercinta di sebelahnya yang sedang memandu untuk pulang ke rumah mereka. Fikri tersenyum sambil memandangnya sekilas..Nusaibah membalas senyuman suaminya dengan senyuman yang paling manis.

UKHUWAHFILLAH yang terjalin antara Nusaibah dan Fatimah tidak terhenti setakat itu saja. Kedua-dua mereka sangat aktif bergerak kerja menjayakan pelbagai program dakwah terutamanya yang melibatkan isu wanita dan perserta muslimat.

Jemaah mereka semakin aktif dengan penganjuran pelbagai program yang bermanfaat untuk masyarakat dan umat Islam khususnya. Hubungan mereka berdua sangat erat dan serasi dalam bergerak kerja. Segala amanah yang dipertanggungjawabk an kepada mereka dilaksanakannya dengan bersungguh-sungguh.

Walaubagaimanapun, pada masa yang sama Nusaibah tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri. Apalagi setelah Fikri memberikan keizinan yang tiada taranya kepada Nusaibah untuk aktif terlibat dalam medan perjuangan.

Setahun berlalu….

Kesibukan dengan kerja-kerja dakwah yang menjengah kehidupan mereka setiap hari menyebabkan mereka tidak sedar bahawa masa telah berlalu dengan begitu pantas. Genaplah setahun usia perkahwinan Fikri dan Nusaibah.

Sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang pertama, Nusaibah berhasrat untuk memberikan sesuatu kepada Fikri sebagai hadiah istimewa.

“ Abang…saya ada sesuatu nak diberikan pada abang sempena ulang tahun perkahwinan kita ni..saya berharap sangat abang sudi menerimanya dengan seikhlas hati..”

“Ape dia sayang…?”.

“Saya nak berikan Fatimah kepada abang…jadikan Fatimah sebagai sayap kiri kedua dalam perjuangan abang, nikahi dia…saya berharap sangat abang sudi menerima pemberian saya ni dengan seikhlas hati…boleh ye bang…”

Fikri terkedu seketika..lidahnya kelu seribu bahasa..lisannya putus dengan kata-kata…tidak tahu apa yang harus dijawabnya kerana sangat terkejut menerima ‘hadiah’ pemberian isteri tercinta. Dia tidak tahu samada mahu menolak atau menerima.

“ Tapi sayang…kenapa abang? Sayang seorangpun dah cukup sebagai sayap kiri perjuangan abang… abang tak nak lukakan hati sesiapa…bukankah bermadu itu pahit bagi setiap insan bergelar isteri? Dan mampukah abang untuk berlaku adil nanti?”

“ Abang….Fatimah memerlukan lelaki seperti abang untuk menjadi sandaran dalam perjuangannya. Sepertimana saya perlukan lelaki seperti abang dan abang memerlukan saya dulu. Perjuangannya adalah perjuangan kita juga bang kerana matlamat dan jalan hidup kita adalah sama”.

Abang sayang….seandainya madu itu dikatakan pahit, boleh jadi hempedu pula akan berasa manis, semanis tebu, takpun gula.. ”, Nusaibah meniupkan keyakinan kedalam hati Fikri sambil berlawak manja.

“ Sayang berikan abang masa untuk istikharah dan berfikir dulu ye…”

“Baiklah abang…”.

Seusai solat sunat selepas selamat diijabkabulkan, Fatimah mencium tangan Fikri yang telah sah menjadi suaminya.

“ Akhirnya saya benar-benar jadi isteri kedua abang jugakkan…” Fatimah bersuara lembut sambil tersenyum malu..

“Eh, bukan ke-2 sayang…tapi ke-tiga…” Fikri sengaja mengusik isteri baru yang pernah singgah di hatinya suatu ketika dulu sambil tertawa kecil.

“ Terima kasih abang kerana sudi menerima kami dalam hidup abang”, ucap Nusaibah di sisi kanan suaminya.

Fikri hanya tersenyum melihat isteri - isterinya. Hati kecilnya memanjatkan kesyukuran kepada Allah s.w.t. Irama hamdallah menyelubungi jiwa dan sabubarinya kerana mengurniakan dua orang srikandi hebat dalam hidupnya…Alhamdulillah.

“Ya Allah, rahmati kami dan berkatilah hidup kami”.

”Amin”, doa mereka bertiga.

Maka terbinalah sebuah baitul muslim yang berdiri di atas landasan perjuangan demi menegakkan agama Allah dan menjunjung sunnah Rasulullah s.a.w.

Sepahit Madu…. Semanis Hempedu (siri 1)


"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Fikri tegas dan yakin.

Tiba-tiba mata Fatimah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah.

"Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!" pekik Fatimah dengan suara tersekat-sekat.

Mata Fikri liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Fatimah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fatimah langsung tidak selari dengan penampilannya.

"Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya…" Fatimah mula sebak.

"Tak. Maksud saya…"

"Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!" potong Fatimah dengan kasar.

"Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?" suara Fatimah semakin tinggi, setinggi egonya.

Fikri diam seribu bahasa. Dia sudah tahu `Fatimah' di sebalik Fatimah yang dia kenal selama ini.

Fatimah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung labuhnya berwarna kuning. Dalam hatinya, Fikri seolah-olah menghinanya apabila memujuknya untuk bermadu.

Fikri muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya.

"Ada hikmah," bisik hati kecil Fikri, sekecil pandangannya terhadap Fatimah.

Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan jadual Fikri sebagai seorang muslim yang beramal dengan apa yang diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yang membawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di hari kelak.

Keyakinan serta keaktifan Fikri berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dalam jemaahnya. Malah, Fikri dilihat sebagai calon suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agama yang dianutinya sejak sekian lama. Sudah terlalu ramai muslimah yang menaruh hati padanya, namun, Fatimah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Fikri. Bagi Fatimah, Fikri seperti pelengkap kepada dirinya. Namun, hanya sehingga saat Fikri melamarnya menjadi isteri kedua.

Fikri masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Fatimah nampak seperti tiada jalan penyelesaian. Dia mahu berbaik dengan Fatimah, namun sikap Fatimah yang keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Fikri tersebut. Bagi Fatimah, Fikri tak ubah seperti lelaki lain.

Gerak kerja dakwah Fikri berjalan seperti biasa. Siangnya ke hulu ke hilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnya sibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya. Fikri semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun. Dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yang semudanya.

Namun, Allah s.w.t. Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Fikri – sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Fikri.

Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Fikri dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Fikri sekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiri perjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pasti membawa Fikri menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yang kurang dikenalinya adakah sama seperti Fatimah atau tidak?

Fikri bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak. Dia meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut.

Setelah merisik pemikiran Nusaibah daripada beberapa sahabat terdekatnya, Fikri berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat baiknya. Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Fikri mengulangi soalan yang pernah ditanya kepada Fatimah.

"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Fikri tanpa segan silu.

"Sudi," jawab Nusaibah ringkas.

"Er, betul ke ni?" tergagap Fikri menerima jawapan Nusaibah yang tenang dan yakin.

Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Fikri.

"Kenapa saya?" tanya Fikri ingin tahu.

"Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak," jawab Nusaibah yakin tetapi sedikit malu.

"Baiklah," jawab Fikri tersenyum.

Akhirnya, Fikri dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerak kerja dakwahnya selama ini.

Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Fikri terasa dakwahnya semakin laju. Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah, Nusaibah sangat membantu gerak kerja Fikri semampu mungkin. Setiap kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Fikri membawa Nusaibah untuk membantu kerja dakwah seadanya.

Kadang-kala letih menyinggah Nusaibah. Suaminya terlalu kerap keluar berdakwah, seperti mesin yang tiada hayat. Namun, inilah yang dia yakini sebelum berkahwin dengan Fikri. Membantu suami melancarkan gerak kerja dakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya.

"Abang, saya nak tanya boleh?" sapa Nusaibah dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke sebuah program dakwah.

"Ye sayang?" jawab Fikri sambil memandu.

"Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang," luah Nusaibah yang sangat teringin berjumpa dengan madunya.

"Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa," Fikri menoleh sedikit ke arah Nusaibah, sambil tersenyum.

"Yeke? Dia datang program tu rupanya," jawab Nusaibah riang.

Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Fikri dalam gerak kerja dakwah. Di sudut kecil Nusaibah, dia merendah diri kerana usahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dengan isteri pertama Fikri yang banyak membantu selama ini. Tidak hairanlah Fikri aktif dalam dakwah sebelum ini.

"Kita dah sampai," Fikri membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail ditangannya.

Fikri berdiri, mengadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh ke arah Nusaibah yang berdiri di sebelah kiri kereta.

"Itu isteri pertama abang," Fikri menuding jari ke arah khemah tersebut.

"Mana bang?" Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari Fikri.

"Tak nampak pun," Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya.

"Siapa nama isteri pertama abang?" Nusaibah sangat berdebar.

Fikri tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang.

"Perjuangan," jawab Fikri.

***

"Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasul-Nya dan (daripada) berjihad untuk agama-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya (azab seksa-Nya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka)."

[QS al-Taubah 9:24]


bersambung...


Thursday, October 30, 2008

..:: FaHaMiLaH tAnGgUnGjAwAbMu ::..

  • Menyediakan tempat tinggal, makanan, dan minuman kepada iseri serta anak-anak.
  • Memberi nafkah zahir dan batin kepada isteri.
  • Memberi layanan yang baik terhadap isteri seperti tutur kata yang baik, perlakuan yang sopan dan penuh kasih-sayang, menjaga maruah dan lain-lain.
  • Memberikan didikan agama kepada isteri dan anak-anak.
  • Memberi perlindungan kepada isteri dan anak-anak.
  • Mencurahkan sepenuh kasih sayang kepada isteri dan anak-anak.

Firman Alllah S.W.T


( Surah an-Nisa' : Ayat 19 )

Maksudnya: …Dan bergaul mesra dengan mereka ( isteri ) secara baik. Jika kamu bencikan mereka ( janganlah kamu terburu-buru menceraikan ) kerana kemungkinan kamu bencikan sesuatu sedangkan Allah menyediakannya dengan kebaikan.

  • Patuh perintah suami selagi tidak bertentangan dengan Islam.
  • Memberikan layanan yang baik dan mencurahkan sepenuh kasih sayang kepada suami.
  • Menjaga maruah dan harta suami semasa ketiadaannya.
  • Tidak meningggalkan rumah tanpa kebenaran suami.
  • Melakukan perkara-perkara yang menyenangkan hati suami.
  • Mendidik anak-anak dengan didikan yang sempurna.
  • Menjaga kebersihan rumahtangga, pakaian serta makan minum suami dan anak-anak.

Firman Allah S.W.T


( Surah an-Nisa' : Ayat 34 )

Maksudnya : ….Perempuan - perempuan solehah ialah taat dan memelihara kehormatan diri ketika suami dengan perlindungan Allah

  • Masing-masing dapat menikmati perasaan kasih sayang daripada kedua-dua belah pihak.
  • Mereka perlu bekerjasama, bantu-membantu serta mendapat layanan yang baik membina keluarga yang bahagia.
  • Suami dan isteri sama-sama dapat mewarisi harta jika salah seorang daripadanya meninggal dunia.
  • Suami dan isteri mendapat hak yang sama terhadap anak-anak. Sekiranya mereka bercerai, masing-masing mempunyai tanggungjawab terhadap anak-anak.

..:: MeMiNaNg KePaDa WaLiMaH uRuS ::..



Meminang bererti lamaran daripada seorang lelaki kepada seorang perempuan pilihannya untuk dijadikan isteri.

Meminang boleh dilakukan dengan cara berterus-terang atau cara kiasan. Urusan peminangan biasanya dilakukan oleh orang perantaraan daripada pihak lelaki dan diaju kepada wakil pihak perempuan.

Hukum meminang adalah harus terhadap perempuan yang dipilih untuk bakal isterinya.

Sabda Rasullah S.A.W

Maksudnya: “Daripada Ibnu Umar r.a berkata , telah bersabda Rasulullah S.A.W. “Janganlah ada seorang kamu meminang tunang saudaranya sehingga dia melepaskannya.”

Syarat-syarat perempuan yang hendak dipinang ialah:

  • Bukan isteri orang
  • Tidak dalam idah raj'i
  • Bukan tunang orang
  • Bukan muhrim
Apabila lamaran telah diterima, maka terjadilah ikatan pertunangan di antara kedua-dua belah pihak.



Islam telah menggariskan satu perkahwinan yang khusus untuk panduan orang-orang Islam dalam mendirikan rumahtangga bagi mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat. Dalam memilih isteri, Islam memberi kebebasan kepada kaum lelaki untuk memilih bakal isteri yang sesuai dengannya. Islam menganjurkan supaya memilih seorang perempuan yang salih dari keturunan yang ramai anak, berakhlak mulia, dan cantik.

Sabda Rasullah SAW ,

Maksudnya: Daripada Abu Hurairah r.a daripada Nabi S.A.W telah bersabda: “ Dinikahi wanita itu kerana empat sifat, kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya, dan agamanya. Pilihlah yang beragama , bahagialah engkau.”

Seseorang perempuan boleh membuat pilihan sama ada menerima atau menolak suatu perkahwinan sekiranya mempunyai sebab-sebab yang munasabah. Perempuan-perempuan yang haram dikahwini ialah:

1.Sebab keturunan

  • Ibu,nenek,ibu sebelah bapa, dan seterusnya(ke atas)
  • Anak, (cucu) cicit, dan seterusnya ( ke bawah)
  • Saudara perempuan seibu sebapa
  • Saudara perempuan seibu
  • Saudara perempuan dari sebelah bapa ( anak saudara)
  • Saudara perempuan dari sebelah ibu ( emak saudara)
  • Anak perempuan daripada saudara perempuan, dan seterusnya (anak saudara cucu)
  • Anak perempuan daripada saudara lelaki dan seterusnya (anak saudara, cucu)
2.Sebab susuan
  • Ibu susuan
  • Saudara perempuan susuan
  • Adik beradik ibu susuan
  • Anak saudara perempuan susuan
  • Ibu mentua ibu susuan
3.Sebab perkahwinan
  • Ibu mentua
  • Ibu tiri
  • Anak tiri apabila sudah bercampur dengan ibunya
  • Saudara perempuan isteri
  • Menantu
  • Isteri bapa
Haram hukumnya menikahi dua adik-beradik perempuan atau seorang perempuan dimadukan dengan saudara perempuan bapanya, atau anak perempuan saudaranya.

Syarat-syarat bakal isteri:

  • Islam
  • Perempuan , bukan khunsa atau pondan
  • Bukan isteri orang
  • Tidak dalam idah
  • Bukan muhrim
Syarat-syarat bakal suami:
  • Islam
  • Lelaki
  • Tidak beristeri empat
  • Bukan muhrim
Islam mengharuskan seorang lelaki melihat bakal isterinya supaya tidak menimbulkan perkara-perkara yang tidak puas hati di kemudian hari. Seseorang lelaki diharuskan melihat muka dan kedua-dua tapak tangan bakal isterinya.




Mahar (mas kahwin) ialah suatu pemberian yang berbentuk wang atau barang-barang yang memberi manfaat daripada pihak suami kepada isteri setelah berlaku upacara akad nikah.

Pemberian mahar adalah sunat sebagai tanda penghargaan, tanggungjawab dan kasih sayang suami terhadap isterinya.

Islam tidak menentukan jumlah pemberian mahar, ianya mengikut persetujuan di antara kedua-dua belah pihak suami dan isteri. Sebaik-baik mahar ialah rendah kadarnya.

Bayaran mahar boleh dilakukan secara tunai atau hutang. Ia tidak menjejaskan sah atau tidak sesuatu pernikahan itu.

Sekiranya berlaku perceraian atau isteri meninggal dunia, pihak suami wajib membayar segera.

Mahar terbahagi kepada dua jenis, iaitu mahar Musamma dan mahar Misl

  • Mahar Musamma ialah mahar yang ditentukan kadarnya mengikut persetujuan di antara kedua-dua belah pihak.
  • Mahar Misl ialah mahar yang ditentukan kadarnya berdasarkan kadar mahar saudara-saudara perempuan sebelah isteri.




Walimatulurus ialah kenduri yang diadakan sempena majlis perkahwinan. Hukum mengadakan walimatulurus adalah sunat Muakad kerana perbuatan tersebut adalah baik dan mulia. Tujuan Islam menggalakkan walimatulurus diadakan ialah:
  • Melahirkan tanda kesyukuran dan kegembiraan
  • Supaya pernikahan tersebut diketahui ramai
  • Untuk mengeratkan tali persaudaraan di antara kedua-belah pihak

Islam menggalakkan walimatulurus, tetapi melarang jamuan tersebut diadakan secara besar-besaran yang bertentangan dengan Islam.
Sabda Rasulullah S.A.W


Maksudnya:
Daripada Abu Hurairah r.a telah berkata, bahawa Rasulullah S.A.W. telah bersabda: “Sesiapa yang meninggalkan jemputan (walimatulurus) maka sesungguhnya dia telah ingkar perintah Allah dan Rasul-Nya."

Menghadiri walimatulurus apabila dijemput adalah wajib sekiranya tidak ada keuzuran. Antara perkara-perkara yang dilarang ketika mengadakan walimatulurus ialah:

  • Melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam
  • Mengadakan walimatulurus untuk bermegah-megah dan menunjuk-nunjuk
  • Tidak memeningkan perkara haram dalam tersebut
  • Melakukan kenduri walimatulurus yang mempunyai unsur-unsur pembaziran dan sebagainya.

..:: HuKuM & HiKmAh PeRkAhWiNaN ::..



Hukum perkahwinan dalam Islam
Hukum Alasannya
Wajib Mereka yang mampu dari segi fizikal dan kewangan. Sekiranya tidak berkahwin, takut terjerumus kepada maksiat zina.
Sunat Mereka yang mampu dari segi fizikal dan kewangan dan mempunyai keinginan untuk berkahwin . Sekiranya tidak berkahwin, tidak khuatir terlibat dengan zina.
Haram Mereka yang tidak mampu dari segi nafkah zahir dan batin, atau perkahwinan yang bertujuan untuk memudaratkan isterinya.
Makruh Mereka yang tidak mampu memberi nafkah kepada isterinya tetapi berkeinginan untuk berkahwin.
Harus Mereka yang tidak mempunyai sebab yang mendesak untuknya berkahwin, dan tidak pula mengharamkan dia berkahwin.


  • Untuk melahirkan zuriat atau keturunan yang bersih demi kebahagiaan rumah tangga. Anak yang lahir hasil perbuatan zina, nasabnya tidak diakui oleh Islam. Tetapi anak itu dilahirkan dalam keadaan suci dan bersih.
  • Memupuk perasaan kasih sayang di antara suami dan isteri, kerana fitrah manusia inginkan kasih sayang dan belaian dari orang-orang yang tertentu.
Firman Allah S.W.T:


( Surah ar-Rum: Ayat 21)

Maksudnya : Dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat bahawa Dia menciptakan untuk kamu ( wahai kaum lelaki ) isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya. Dan menjadikan antara kamu ( suami isteri ) perasaan kasih sayang dan belas kasihan….
  • Mengelakkan daripada melakukan perbuatan maksiat, khususnya zina. Perkahwinan menyelamatkan seseorang daripada perbuatan zina kerana tuntutan syahwat dapat disalurkan melalui cara yang halal.
  • Menikmati ketenteraman dan kedamaian jiwa dan perasaan. Hidup sebagai suami isteri dalam sebuah rumahtangga yang aman bahagia dapat memberi kedamaian pada jiwa kerana sentiasa mendapat berkat daripada Allah S.W.T.
  • Melahirkan manusia yang bertanggungjawab dalam menjalankan amanah Allah kerana perkahwinan adalah suatu amanah yang mesti ditunaikan oleh seorang wanita. Tidak menunaikan amanah Allah akan mendapat balasan buruk daripada-Nya.
Sabda Rasulullah S.A.W:

Maksudnya : Daripada Abu Hurairah r.a berkata: Telah bersabda Rasulullah S.A.W., sesungguhnya dunia ini tempat nikmat dan sebaik-baik nikmat dunia ialah wanita solehah.

Tuesday, October 28, 2008

QuAdRoN fOuR

Psssst! Nak tau pasal satu rahsia 'income'? Opssss! Sabar dulu beb! Bukan Nurulimanz nak komersialkan e-commerce yang Nurulimanz dah sertai itu. Tiada mana-mana syarikat yang Nurulimanz cadangkan. Hmmm...ada kawan-kawan tanya Nurulimanz : "Camana la hang ni bleh pakai kereta dalam umur semuda ni? Dah la beli cash, langsung tak kacau duit mak ayah pulak tu. Kami nak beli buku pun duit tak cukup. Jimat, kami dah jimat, tapi duit tetap tak cukup..." Ahhh...macam-macam keluhan la kawan-kawan Nurulimanz ni. Nurulimanz ajak cari 'income' mula la mengeliat (malas la tu!). Tak pun takut mengganggu study? Atau mungkin kawan-kawan Nurulimanz ni tak tau macam mana nak cari 'income' dengan jalan yang lebih bijak...Wohoo...dalam entry ini, Nurulimanz nak bagi view dan nak buka minda tentang 'income'. Senang kata macam mana kita nak hasilkan pendapatan maksima dengan tenaga dan masa yang minima diperlukan. Hairan? Tapi inilah kenyataan... Ok, perhatikan betul-betul bro & sis...

Pendapatan didapati melalui 4 Quadron : E (employee), S (self employed), B (business owner) dan I (investor)

1) E : quadron ni menunjukkan seseorang bekerja untuk orang lain. Dalam Bahasa Indonesia, quadron ini disebut quadron 'karyawan'. Dengan kata lain dalam Bahasa Malaysia, makan gaji jadi kuli. Upsss! Nurulimanz tak bermaksud menghina. Tapi inilah yang selalunya menjadi pilihan kebanyakan orang. Mereka menjual waktu dengan wang. Ini bermakna, jika mereka tidak sediakan ruang waktu untuk bekerja, maka tiadalah pendapatan yang mereka akan perolehi. Bagi sesiapa yang fikir nak cari pendapatan dalam quadron ini, kenalah tanggung banyak risiko. Risiko jika premis bankrup, kesihatan, cuaca buruk, tua dan lain-lain.

2) S : quadron ini pula menunjukkan diri kita sebagai pengusaha kecil atau perkhidmatan. Dengan kata lain, kitalah bos, kitalah pekerja. Tidaklah kita bekerja dengan orang lain seperti quadron E tu. Dalam quadron ini, tanpa kepakaran dan masa yang ada pada diri, maka pendapatan tidak dapat diperolehi. Mereka ini tidak boleh digantikan dengan orang lain kerana faktor kepakaran yang hanya ada pada diri mereka. Mereka bergantung kepada diri sendiri untuk hasilkan wang. Contohnya mereka yang bekerja menggunting rambut dalam premis sendiri, doktor yang membuka klinik swasta, mekanik yang memiliki bengkel sendiri, peguam dan lain-lain.

3) B : quadron ini menunjukkan individu sebagai bos. Jadi, mereka dalam quadron ini memiliki sejumlah pekerja untuk membantu mereka. 'Bisnes' mereka memiliki sistem tertentu dalam mencapai target pendapatan dan orang bekerja untuk mereka dalam menghasilkan wang. Contohnya pengusaha francais, pengusaha restoran dan pelbagai lagi pengusaha-pengusaha yang boleh dikategorikan dalam quadron ini. Di Malaysia, quadron ini dimonopoli masyarakat kaum Cina.

4) I : quadron inilah Nurulimanz namakan sendiri dengan nama quadron 'Quantum Impact of Income'. Ramai yang tak berani teroka quadron ini...ataupun mereka tak tau...Dalam quadron ini, mereka mengimprastasikan wang untuk menghasilkan wang lagi. Contohnya pemberi sewa dan pelabur. Misalan mereka membina rumah, kemudian rumah tersebut disewakan. Setiap bulan, pemilik rumah akan menerima pendapatan dengan 'penuh bergaya' (ye la...goyang kaki je kat rumah, cukup bulan duit masyukkk). Pelabur pula mendapat pendapatan melalui kontrak dengan pengusaha. Terpulanglah nak melalui sistem apa sekalipun. Sistem syarikah ke...sistem mudharabah ke...asalkan cari yang halal ye.

Ok...antara 4 quadron yang Nurulimanz dah terangkan ini, Nurulimanz nak buka lagi minda, Nurulimanz pecahkan kepada 2 plan. Plan pertama diberi nama 'Active Income'(AI) dan plan kedua diberi nama 'Passive Income'(PI). Plan AI diwakili oleh quadron E dan S manakala plan PI diwakili oleh quadron B dan I. Di sini jelas bahawa plan AI memerlukan masa dan tenaga dalam menghasilkan pendapatan sedangkan plan PI dapat menghasilkan pendapatan tanpa bekerja secara fizikal mahupun meluangkan banyak waktu dalam pekerjaan. Haah! Setakat ni macam mana? Jelas? Saranan daripada Nurulimanz buat sahabat-sahabat, jika mahukan masa depan yang cerah (dalam konteks pendapatan), mahukan kebebasan kewangan, kebebasan masa, mulakan dari sekarang plan PI. Tapi kalau sekadar nak cukup makan atau 'kais pagi makannya petang' (kiasan bagi awal bulan je ada duit, tengah bulan dah 'kering') bolehlah teruskan dengan plan AI. Huhu...

Monday, October 27, 2008

..:: andaiku pergi ::..

Dalam suatu perjalanan, aku terfikir-fikir jika aku pergi dulu meninggalkan kalian, maka aku mohon agar kalian yang yang mengenali diri ini, yang berjuang bersama-sama, yang dekat denganku dan dekat dalam hatiku, kalian iringi pemergianku bersama doa di alam sana serta abadikanlah kenangan yang pernah kita lalui bersama dalam detik-detik kehidupan kalian. Entahlah benar atau tidak, aku sentiasa terbayangkan 'masaku' semakin hampir. Allah sahaja yang mengetahui... Dalam terfikir-fikir tadi, lirik "Andaiku Pergi" menusuk ke corong pendengaranku lalu terus memenuhi segenap hatiku seolah-olah melonjakkan kata hati ini buat kalian...


Cerita hidup kian berlalu
Membawaku ke penghujung
Kaku langkah kian lemah
Kelu lidah untuk bicara

Langit jingga warna senja
Desir bayu membisik duka
Kealpaan nan semalam
Inginku lepaskan luka silam

Bersama rayu doa
Damba keampunanNya

Andai diriku pergi
Tinggalkanmu sendiri
Usah kau sedih
Usah tangisi duga dari Ilahi

Andaiku pergi dulu
Tiba tika dan waktu
Telah tertulis takdir untukku
Perjanjian yang Maha Agung
Doakanku sejahtera disisiNya

Rasa gentar rasa rindu
Bertarung di fikiranku
Wajah ceria, senyum manja
Kisah kita menghapus resah

Maafkan diriku kasih
Kerna buat kau menangis
Restuiku dengan cinta
Jangan kau titiskan air mata

Pintaku redhailah
Terima kasih atas segalanya

Hidup ini sementara
Ujian pasti setia hati
PadaMu kekasih

Moga rahmat hidayahMu
Mengiringiku, menemaniku
Saat akhir waktu

Bersaksi diriku
Tiada lain hanya Kau satu
Memiliki cintaku
Ku serah segalanya kepada Mu

Alhamdulillah sehingga saat ini aku masih bernafas. Aku akan kenang detik-detik aku 'hidup semula' di dunia ini. Ketika kenderaanku terbabas dan menjunam ke dalam gaung di sempadan Thailand-Kelantan. Ketika aku lemas di Tasik Dayang Bunting pada kedalaman 40 kaki. Kemalangan dengan motosikal, kereta dan lori menjadi permainan dalam hidupku. Ya Allah...apa jua cara Engkau mencabut nyawaku, maka cabutlah dalam keadaan hatiku Muthmainnah... Maka aku akan pulang kepadaMu dalam keadaan Engkau meredhaiku dan aku meredhaiMu sebagai Tuhanku... Moga itulah maharku melamar syurgaMu...

Thursday, October 23, 2008

..:: Ma Li RaBbUn SiWaH ::..

Minat betul Nurulimanz dengan nasyid kumpulan Dai Nada ni terutama dengan lagu Ma Li Rabbun Siwah yang bermaksud Tiadalah Bagiku Tuhan Selainnya... Dalam versi Bahasa Melayunya bertajuk "Sejuta Harapan" yang boleh didengar melalui nasyid.fm atau imeem (www.imeem.com/tag/dai nada/music)...atau boleh juga layari youtube untuk mendengar versi Bahasa Arabnya...diharap agar penghayatan nasyid ini mampu mengheret hati dan jiwa kita agar menyintai Allah lebih daripada segala-galanya...


Ma li rabbun siwah
Ghaffarun yamhuz zunub
Ma li rabbun siwah
Nurun yahdil qulub

Ya Allah 'abdun kathuraz zunubi
Zadat hauni qurubi
Minka ilaika ghurubi
Ya Allah la tahrimni naima
La tatrukni saqima
Ya Mannanar Rahima

Ya Allah Anta 'Aliyul Qadirul 'Azimu
Ya Allah Antas Samiul Basirul 'Alimu

Ma li rabbun siwah
Rabbus sama'il udul
Yaghfiru man asoh
Wa huwal Halimur Rauf

Ya Allah Rahmanul lil baraya
Ghaffaru lil khataya
Wa rajai huwa hudaya

Ya Allah irham dho'fi wa hali
Faqa zanbu ihtimali
Faghfirli Ya Zal Jalali

Ya Allah Antal 'Azizul Ghafurur Rahim
Ya Allah Antal Quddus Salamul Karimu

Terjemahnya :

Tiadalah bagiku Tuhan selain-Nya
Pengampun memadamkan dosa-dosa
Tiadalah bagiku Tuhan selain-Nya
Cahaya menunjukkan hati-hati

Ya Allah, hamba banyak dosa
Tambahkanlah dekatku dengan-Mu
Dari-Mu kepada-Mu aku kembali
Ya Allah jangan haramkanku nikmat-Mu
Jangan tinggalkanku kesakitan
Wahai Maha Penganugerah & Maha Penyayang

Ya Allah Engkau Maha Tinggi, Maha Pengatur & Agung
Ya Allah Engkau Maha Pendengar, Melihat dan Mengetahui

Tiadalah bagiku Tuhan selain-Nya
Tuhan langit yang rata
Mengampunkan sesiapa yang menderhaka-Nya
Dan Dialah Maha Lembut dan Memberi Rahmat

Ya Allah Pengasih kepada manusia
Pengampun kepada kesilapan
Dan harapanku adalah hidayah

Ya Allah ampunkanlah kelemahanku & keadaanku
Padamkanlah dosa-dosa yang tidaku kusedari
Ampunkanlah daku Wahai Yang Memiliki Keagungan

Ya Allah Engkau Maha Mulia, Pengampun & Pengasih
Ya Allah Engkau Maha Suci, Sejahtera & Pemurah

Wednesday, October 22, 2008

TeKuN sTuDy


Fuh! Final exam semakin hampir. Yang lebih hampir daripada tu ialah assignment dateline. Dan ketahuilah bahawa yang lebih hampir daripada itu semua ialah Allah (moga kita tidak melupaiNya pada setiap nafas yang kita hela)... OKlah, Sebagai persediaan kita menghadapi peperiksaan ini, Nurulimanz ingin berkongsi tips-tips menuju kejayaan. Tips-tips ini telah disampaikan oleh motivator Dr. Fadzilah Kamsah. Kredit buat beliau.


Belajar dalam persekitaran kondusif :


@ pastikan cahaya adalah terang

@ kurangkan gangguan bunyi

@tampal poster yang mengandu
ngi slogan yang menaikkan semangat belajar
@ tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran

@ kerusi dan meja menghadap kiblat

@ jangan lupa untuk senyum


Tips-tips mengulang kaji
:

! cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita

! siapkan semua 'bekalan' dengan sempurna

! duduk tegak dikerusi yang selesa

! baca doa penerang hati

! baca nota mengikut teknik membaca yang betul

! fikir dan ingat kembali isi utama

! catat/lakar

! semak semula ketepatan maklumat

! ulang sebut atau ceritakan pada orang lain

! buat rumusan
! jawab soalan
! tampal maklumat yang rumit di dinding

! baca doa tanda kesyukuran selepas belajar


Kemahiran-kemahiran mengingat:

> tampal nota-nota penting di dinding

> tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah

> gunakan kaedah akronim

> reka cerita/ayat mengenai konsep yang perlu diingat

> pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil

Petua-petua agar tidak lupa:

+ jangan makan kepala ikan
jangan makan organ dalaman
+ jangan minum semasa makan

+ jangan minum/
makan makanan yang dicemari semut
+ jangan melihat kemaluan

+ jangan melihat buih

+ jangan membaca nama pada batu nisan

+ banyakkan makan makanan yang mengandungi soya

+ banyakkan makan kismis, kurma dan madu

+ banyakkan makan kekacang

+ pakai minyak wangi ketika belajar atau peperiksaan

+ jangan makan sehingga terlalu kenyang

+ jangan kencing berdiri


Fakta : Kajian menunjukkan bahawa:

  1. kita ingat 10 % apa yang dibaca
  2. kita ingat 20% apa yang didengar
  3. kita ingat 50 % apa yang didengar & dilihat
  4. kita ingat 70% apa yang dicakapkan
  5. kita ingat 90% setelah dipraktikkan
Semoga apa yang disajikan pada entry ini bermanfaat buat kita semua. Kita perlu ingat bahawa setelah berusaha, bertawakkal kepada Allah. Sungguh Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal. Dan pelajar yang cemerlang bukan terletak pada result yang baik semata-mata. Malah mereka juga cemerlang jiwa dan akhlaknya. Semoga kita tergolong dalam kelompok ini.