Wednesday, December 31, 2008

TaH aPe-ApE dEmO? MeH aKu ReSpOn !

"Mad, jom ! Pukul 11 ni ada demo (demonstrasi jalanan) di kedutaan AS" aku mengajak. "Aku tak minat la demo demo ni...sila...sila..."balasnya. "Eh, kau tak rasa ape-ape ke Israel dah lunyaikan Palestin? duduk di rumah apa boleh buat? Jom la !" aku mengajak lagi. "Demo tu boleh ubah pendirian Israel ke?. Sia-sia je kau pergi pekik-pekik kat sana... Sedih, memang la sedih. Tapi apa la yang boleh dapat dengan demo tu" responnya. Dalam hati, aku marah dengan jawapannya. Tapi aku fikir mungkin dia belum matang dengan makna dakwah. Sebab tu jawapannya begitu... So, biarlah di sini aku jelaskan rasional demo ini. Mudah-mudahan menjadi taujihad buat diriku, dirinya dan anda sekalian.

Di dalam Islam, kita mengetahui bahwa amal kebaikan yang tinggi nilainya adalah jihad dengan segala tingkatannya, mulai dari yang paling rendah sampai yang paling tinggi yaitu menyatakan “kalimatul haq“ (ungkapan kebenaran) di hadapan pemerintah yang zalim. Sebagaimana dinyatakan dalam hadits Nabi saw.

Demonstrasi atau muzhaharah yang kita lakukan adalah kegiatan unjuk rasa secara bervokal dan zahir dalam menyampaikan salah satu dari dua misi suci, iaitu yang bersifat “ munasharah“ atau “ inkarul munkar” . Munasharah adalah menyatakan sokongan dan dokongan terhadap sebuah prinsip kebenaran yang sedang diperjuangkan. Manakala Inkarul Munkar adalah muzhaharah yang menolak suatu prinsip kebatilan atau kemungkaran yang mengancam atau yang sudah terjadi, seperti serangan Israel terhadap Palestin ini.

Dari sudut pandang itu, kita dapat letakkan demo dalam konteks dakwah, kerana demo dapat digunakan sebagai salah satu wasilah dan bahasa dakwah yang menyatakan keberpihakan pada kebenaran dan penolakan terhadap kebatilan. Dengan demikian, demo juga merupakan artikulasi dari amar ma’ruf dan nahi munkar, melalui ekspresi vokal dan dokongan sosial, lantangnya sebuah demonstrasi akan mempengaruhi efektifnya pengerahan massa dan semakin banyak pendokong kebenaran maka hal tersebut akan makin menunjukkan betapa kuatnya kebenaran tersebut.

Dipendekkan cerita, pada sebelah malamnya, keluar berita tentang demonstrasi di segenap pelosok, Greece, Italy, Turki, Amerika, tak terkecuali Malaysia dan banyak lagi tempat yang menganjurkan demonstrasi, malah bangsa yahudi berhaluan kiri (keturunan arab) juga mengadakan demonstrasi membantah tindakan rejim Zionis membantai penduduk Palestin. Nurulimanz berbisik pada Mad "Wah ! Satu dunia bersatu hati menganjurkan demonstrasi ". Harap-harap dia faham dengan sindiran sinis Nurulimaz tu...

Qunut Nazilah ! Please Read It ! Every Time Every Where !


Di sini Nurulimanz kemukakan Qunut Nazilah, Nurulimanz bersungguh-sungguh menuntut agar kamu yang bergelar muslim, yang mencintai agama dan saudara-saudara seaqidah, yang mengaku umat Muhammad s.a.w., agar membacakan doa ini setiap kali selepas solat atau bila-bila masa terluang. Sekurang-kurangnya rangkap pertamanya dihafal dan dibaca secara konsisten.
..





Sebagai tambahan, bersolat hajatlah dan bacalah al-Quran (khususnya surah al-Taubah dan al-Anfaal) khas memohon kemenangan bagi mujahidin, kesabaran pada umat Islam dan kehancuran Israel Laknatullah serta golongan murtaddin dan munafiqin yang bersama dan bersekutu dengan mereka. Ayuh, mulai saat ini, kita doakan dan amalkan secara konsisten. Moga-moga, dengan usaha kita yang sedikit ini dimakbulkan Allah S.W.T. dan Islam akan mencapai kemenangannya.

UmmaH DiPaLu KiTa MaSiH tErBeLeNgGu !!!

Sabda Rasulullah s.a.w. : "Siapa yang tidak mengambil berat akan hal ehwal umatku, maka dia bukanlah dari kalanganku". Di sini, Nurulimanz cuma mengemukakan beberapa kejadian berlaku akhir-akhir ini, rentetan daripada permusuhan yang telah sekian lama berlarutan. Seperti kita fahami akan sabda Rasulullah s.a.w. : "Yahudi dan Nasrani mahukan umat Islam mengikuti jejak langkah mereka, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, hinggalah apabila mereka masuk ke dalam lubang biawak sekalipun, umat Islam akan mengikutinya". Ingatlah bahawa Yahudi dan Nasrani tidak sesekali akan redha sehinggalah kita mengikuti mereka. Demi Allah! Teguhkanlah pendirian kita bahawa kita akan terus menentang musuh-musuh Allah ini sampai ke titisan darah terakhir kita.


28 Disember 2008 -192 mati dibedil Israel

BANDAR GAZA -
Sekurang-kurangnya 192 penduduk Gaza terbunuh apabila tentera Israel melancarkan serangan udara ke atas wilayah Palestin semalam.

Serangan membabitkan kawasan yang padat dengan penduduk itu turut mengakibatkan 310 orang cedera dan ia dilakukan sewaktu ramai pelajar dalam perjalanan balik selepas waktu sekolah.

Para petugas perubatan menyatakan serangan udara itu mencetuskan panik setelah penduduk melihat asap hitam berkepul-kepul ke udara.

Satu bedilan yang mengenai pejabat Hamas menyebabkan berpuluh pegawai keselamatan mati bergelimpangan.

Ia menyebabkan para pemimpin Hamas berikrar melancarkan serangan balas terhadap negara Yahudi itu.

Israel dalam reaksi segera turut mengarahkan rakyatnya yang menduduki kawasan kediaman di sempadan Gaza supaya berjaga-jaga.

Mesir membuka pintu sempadan ke Gaza bagi membolehkan perkhidmatan kecemasan dihantar termasuk 20 unit ambulans.

Para pegawai Hamas berkata, semua kawasan keselamatan musnah manakala sebuah stesen radio tentera Israel menyatakan serangan dilancarkan terhadap 10 kawasan.

Pasukan tentera Israel mengesahkan serangan itu tetapi tidak mendedahkan butir-butir terperinci.

"Hamas akan terus mempertahankan diri sehingga ke titisan darah terakhir," kata jurucakapnya, Fawzi Barhoum.

Stesen televisyen menunjukkan beberapa hospital di Gaza sesak dengan orang ramai yang menghantar mangsa dengan menggunakan kereta, van dan ambulans.

"Kami merawat pesakit di atas lantai atau di laluan pejalan kaki (kerana tidak cukup ruang). Kami tidak tahu identiti mereka tetapi apa yang penting ialah untuk memberikan rawatan segera," kata seorang doktor.


29 Disember 2008 - 290 penduduk Palestin maut serangan Israel

GAZA - Tentera Israel memusnahkan kompleks keselamatan utama Hamas di Gaza dalam satu serangan udara semalam selepas menyerangnya buat kali pertama kelmarin.

Dalam kedua-dua serangan itu, sebanyak 290 penduduk Palestin maut di mana rejim Zionis menyatakan ia bertindak setelah berlakunya serangan roket hampir setiap hari dari Gaza.

Jumlah kematian itu dianggap sebagai antara yang terburuk dalam pencerobohan Israel ke atas Palestin sejak 60 tahun lalu. Menurut Perkhidmatan Kecemasan Palestin, pejuang-pejuang Palestin turut melancarkan 80 serangan roket ke wilayah Israel.

Salah satu roket itu mengenai lokasi dekat Ashdod, sebuah pelabuhan yang terletak 30 kilometer dari Gaza tetapi tidak menyebabkan kematian.

Sejumlah kereta kebal ditempatkan di pinggir Genting Gaza dijangka bakal memasuki kawasan penduduk Palestin yang didiami oleh 1.5 juta orang.

Menurut seorang pegawai kerajaan, Kabinet Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert meluluskan arahan untuk memanggil 6,500 anggota simpanan.

"Israel akan meneruskan (kempen serangan) sehingga kami mendapati tahap keselamatan baru di bahagian selatan apabila penduduk tidak lagi tinggal dalam keganasan dan ketakutan akibat serangan roket," kata seorang jurucakap Olmert, Mark Regev.

Sementara itu, jurucakap Hamas, Fawzi Barhoum mendesak kumpulan-kumpulan pejuang Palestin untuk menggunakan semua cara termasuk operasi mati syahid iaitu penggunaan kaedah pengebom berani ma ti di Israel bagi tujuan melindungi penduduk Palestin.


30 Disember 2008 -Korban serangan Israel meningkat 345 orang


BAITULMAQDIS -
Israel semalam berikrar untuk memusnahkan semua struktur bangunan milik pergerakan Hamas di Genting Gaza.

Amaran itu dikeluarkan selepas a
ngka kematian akibat serangan udara tentera Israel di Gaza meningkat kepada 345 orang mankala lebih 1,000 lagi cedera.

Tentera udara Israel masih melakuka
n serangan udara di Gaza yang memasuki hari ketiga berturut-turut yang dilakukan bagi membalas tindakan pejuang-pejuang Palestin melancarkan serangan roket ke arah negara Yahudi itu.

"Selepas operasi ini, tidak akan ada sebuah bangunan milik Hamas yang berdiri di Gaza dan kami merancang untuk mengubah peraturan permainan," kata Timbalan Ketua Tentera Israel, Brigedier Jeneral Dan Harel.

"Kami melakukan serangan tidak hanya ke arah pejuang dan pelancar roket tetapi juga kerajaan yang dikuasai Hamas dan sayap-sayapnya (cawangan ketenteraan Hamas)," jelasnya.

"Kami menyerang bangunan-bangunan kerajaan, kilang-kilang pengeluaran dan cawangan keselamatan dan lain-lain lagi," kata Harel.

Beliau memberi amaran serangan itu hanya satu permulaan.

"Kejadian paling buruk tidak berada di belakang kita, ia masih di hadapan kita," katanya.

Jet-jet pejuang Israel memusnahkan sebuah kubu Hamas di Genting Gaza semalam.

"Kami kini melancarkan perang sepenuhnya ke atas Hamas," kata Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak di Parlimen.

Jet-jet pejuang Israel turut bangunan Kementerian Dalam Negeri yang mempunyai 13,000 anggota keselamatan pergerakan Hamas.

Bagaimanapun, anggota-anggota keselamatan itu berjaya menyelamatkan diri dan tidak ada sebarang kecederaan dilaporkan.

Sementara itu, dalam satu lagi serangan, rumah seorang komander kanan Hamas musnah manakala empat anggota keluarganya terbunuh manakala 20 lagi cedera.

Nurulimanz menyarankan agar umat Islam seluruhnya mengambil berat hal ehwal ummah dengan melayari palestinkini.info (terdapat pada blogroll site Nurulimanz) bagi mengetahui tragedi dan berita selanjutnya. Atau boleh sahaja dapati daripada akhbr-akhbar seperti yang telah Nurulimanz letakkan di blogroll site. Nurulimanz menyeru dan memohon agar umat Islam yang berada jauh dari Palestin dan bumi arab agar membaca qunut nazilah setiap hari. Doakan keselamatan saudara-saudara seaqidah di sana. Seandainya dianjurkan demonstrasi terhadap Israel di kawasan anda, bergegaslah ke sana dengan penuh semangat dan laungkan bantahan terhadap kebiadaban dan kekejaman rejim Zionis Laknatullah ini. Allahu Akbar ! Khaibar ya Yahud ! Jaisyu Muhammad Saufa Yau'd ! Allah Maha Besar ! Runtuhlah benteng Khaibar Yahudi ! Tentera Muhammad Telah Datang !

Monday, December 29, 2008

per 'PUTUS' an tahun baru 1430h


Alhamdulillahi rabb al-a’lameen… welcome new year 1430h (tahun je yang baru? Bagaimana dengan ‘iman’ adakah bro dah perbaharui?). Umurku masih dilanjutkan ke tahun ini (sedarlah hakikatnya umurmu makin pendek, bro!)… syukur ya Allah… gembira dengan kedatangan tahun baru, dengan azam yang baru (azam tahun lepas dah tertunai ke, bro?), dengan tekad yang makin membara (jangan mem’bara’ sampai hangus/hangit sudah la,hehe), aku akan terus melangkah… Ya, hidup ini berkisar tentang frasa ‘HOW TO SURVIVE’ (ape bende tu, bro?)… Apa yang aku dapat fahami daripadanya ialah bagaimana kita berjuang untuk mendapatkan apa yang kita hajatkan. Dengan makna lain, apa yang kita perlu lakukan untuk meneruskan dan menyempurnakan kehidupan… emmm, lebih kurang macam tu lah. So, bagi seorang yang bernama Nurulimanz, aku akan cuba yang terbaik dalam menempuh ranjau perjuangan ini. Azam aku? Ehemmm.. biarlah rahsia setakat ini. (tah pape la bro! dengan member pun nak rahsia ke?). Nanti rajin-rajin la layari blog Nurulimanz ini. Mungkin azam aku akan terdedah di sini sedikit demi sedikit (dedah azam tak berdosa, dedah aurat? Berdosa maa..) Setakat ini dahulu ‘Per'putus'an Rasmi Tahun Baru Nurulimanz’. Assalamualaikum…

*di belakang pentas blog : Debik! (Adeh!) Kedebush! (Adoi! Omak.. tolong edennnnnnn)... Nah, hambik kau. Mengacau masa aku berucap lagi… Kebabooooom! (Omang aih, ado orang main bom). Lari..lari..lari.. (huh..huh..Makasih om Nurulimanz. Om udah nyelamatin gue). Eh engkau ni orang mano sobonanyo eh jang?.. (Mana-mana pun bisa om). Ahhh...tak kisah lah. Janji kita sahabat. (Om ngak marah sama gue?). Ngak dong… Kok lo sindir gue, gue dapat bermuhasabah diri gue sendiri. Kan itu bagus banget dong...

Wednesday, December 24, 2008

Macam mana nak pilih pasangan bro?

"Boring juga malam ni. Takde perancangan nak dibuat" bisik hatiku. "Online je la". Setelah seminit laptopku loading, tiba-tiba muncul YM dari sepupuku...

Keretajenazah : salam. man, sibok ko?
Nurulimanz : x de mende nak dibuat. ok je. kenapa?
Keretajenazah : eden nok tanyo ekau nie. zaman loni guano nok pilih calon? ekau pilih pulok guano?
Nurulimanz : hish kau ni. tetiba tanya aku soalan ni, mimpi ape plak ni?
Nurulimanz : hah! so(satu) lagi. ckp bahasa biasa le. Aku x fhm slank ekau nie. ups! aku plak tercakap slank kau.
Keretajenazah : iyola2. x de, aku tengok bekas budak sekolah agama pon dah lain macam. macam x pernah sekolah agama.
Keretajenazah : Tu yang aku bimbang cemana nak cari yang 'original' ni
Keretajenazah : kalau dah sampai masa aku nanti...
Keretajenazah : aku ada ramai kawan muslimat. Ada yg baru kita kenal, nampak lembut. Tapi bila dah lama kenal, baru kita tau yg dia ni x selembut yg kita sangka. Mula pandai marah kita, tengking kita, cakap kasar dengan kita.
Keretajenazah : Ada juga yang menipu, cakap kononnya dia ramai peminat la, orang kasi surat la, orang kacau la, walhal saja je nak bagi kita jalous dan ruginya kita kalau x rebut dia dari orang lain.
Keretajenazah : Ada juga yg nak jadikan kita 'spare part' dia. kot2 la kalau jodoh dia dengan 'boipren' dia tak kesampaian, harap2 boleh la kita ni jadi back up jodoh dia
Keretajenazah : (ni antara spesies yg paling aku tak suke tau!).
Keretajenazah : Paling buruk perangai, ade ke patut dia kata kite suke kt dia walhal perangai buruk nak mampus! pastu sebar fitnah tu merata-rata. nak termuntah aku dgr fitnah camtu. So, hg rasa camane?
Nurulimanz : relax la bro... jgn emosi sgt berdepan dengan perkara2 camtu.
Nurulimanz : Laki pun ade yg spesies camtu gak. Bukan perempuan je.
Nurulimanz : tapi x semua perempuan camtu kan? laki pun bukan semua camtu...
Nurulimanz : 1stly, engkau berkawan macam biasa je. Kalaupun engkau admire pada dia, engkau buat derk je. Ingat! jangan ada sebarang perjanjian dengan dia. Atau ada special engkau buat pada dia.
Keretajenazah : Nanti dia terlepas, macamana?
Nurulimanz : Tu la masalah kita... Suka terburu-buru. Darah cepat berkocak. Sabar dulu bro...
Nurulimanz : macam engkau kata tadi, mula kenal ok je. dah lama kenal, baru kita dapat tau sifat sebenar dia.

Nurulimanz : 2ndly, engkau tau filem musang berjanggut?
Keretajenazah : tau. kenapa?
Nurulimanz : tengok macamana dia uji untuk cari bakal isteri terbaik. Kena dengan matlamat dia. So, engkau pun masa time berkawan, engkau uji dari semasa ke semasa. Tanya soalan pelik-pelik ke? Minta tolong dia buat sesuatu ke. Sesuai dengan matlamat engkau la. Matlamat isteri solehah ke, isteri srikandi perjuangan ke...terpulanglah
Nurulimanz : finaly, bila engkau dah ada keyakinan dengan seseorang itu, engkau bagitau mak ayah engkau, bagitau dia dan jumpa mak ayah dia.
Nurulimanz : setakat tu je pandangan aku selaku 'bujang senang' ni.
Nurulimanz : cuma aku nak ingatkan, apa ja yang kau buat nanti, pastikan letak Allah di depan dan buat ikut syariat, ok!
Keretajenazah : InsyaAllah, tu aku ingat. tq bro, bagi aku tips berguna tuh! tak terfikir pulak aku. Engkau macam berpengalaman je...
Nurulimanz : Emm..pengalaman kawan-kawan aku banyak la...dah la tu. cakap bab laen plak la ek...

Cut!!!


gambar sebelah : Haafizuddin (presiden PMIUM) dan Fatin Nuraini (aktivis PISA) melangsungkan perkahwinan. Both are my friendz.

Monday, December 22, 2008

sEbUaH pErKoNgSiAn

Aku berbaring di ruang tamu sambil memangku laptop di atas paha. Berputar-putar di mindaku persoalan-persoalan yang aku sendiri susah mendapatkan jawapannya. Mungkin kerana kurangnya pengalaman. Atau mungkin kurangnya pengetahuan. Dalam tefikir-fikir, seorang sahabat online. Aku pun...

nurulimanz: assalamualaikum...
lah: wa'alaikummussalam
lah: nape?
nurulimanz: sibuk ke?ana nak sembang sat
lah: agak sibuk jugala
lah: 5 minit?
nurulimanz: ok.thanks..
nurulimanz: ana nak tanya pengalaman enti dlm program landas
nurulimanz: dlm enti jumpa depa2 tu...ada tanya tak punca2 depa jd camtu?
nurulimanz: atau depa ada bgatu sendiri x?
lah: kita mmg kne cari punca
lah: akar umbi masalah
lah: memang smua yg pg tu kne niat nak tau punca
lah: cuma kene tau kaedah tanya
lah: ada yg kita bole tanya direct
lah: ada yg kne guna teknik masa bckp
lah: depends
lah: kat kL pun byk je masalah sosial kn..
lah: bg sy yg di sini just training
nurulimanz: mmg.tp jemaah yg sanggup bt keje mcm ni x tau ade ke takde
lah: sebelum sy ke medan sebenar
lah: hm.. mulakan dgn awk la..
lah: x perlu ramai
lah: x perlu gah
lah: just bertiga
lah: pergi jln2 kat chowkit
nurulimanz: ana dah try.tp ana takde kekuatan sorang2 ni
lah: la.. ish
lah: hm.. sy ada seorg kwn
lah: dia ni sorang2
lah: xde jemaah
lah: tp dia struggle buat usaha dakwah
lah: dia masuk part2 yg org jarang masuk
lah: sbb bg dia, biar dia jd pencetus
lah: then akn ada follower
lah: untuk permulaan ni.. awk boleh try visit adik2 jalanan
lah: pegi sembang2
lah: rapatkan ukhwah
lah: bila dah rapat baru bg nasihat..
lah: kita bukan target 1 hari berubah
lah: kita target seumur hidup
lah: mungkin dgn hadirnya kita sekarang, 20 thn lg baru dia akn brubah
lah: yg ptg kita berusaha
lah: yg ptg dia akn berubah
lah: tu 2 pkra
lah: bila masanya? Allah je tau
lah: sedih sy dgr awk ckp centu la
lah: sbb sy datang dari sekolah budak nakal
lah: skolah sy bejat sgt dgn masalah sosial
lah: kami WWF everyday
lah: masalah kongsi gelap kritikal
lah: seks bebas
lah: rokok dpn cekgu biasala
lah: so..
lah: ..
lah: hm..
lah: ntah la
lah: syukur Alhamdulillah, walaupun sy dlm skolah tu
lah: tp sy berbangga sbb dtg dari skolah tu
lah: Allah campakkan sy di situ supaya sy belajar 3 pkra dlm hidup ni
lah: yg mungkin sy x kan dpt di skolah best2
lah: 1. erti hidup
lah: 2.erti kasih
lah: 3. nilai insan
lah: hm..tp kan
lah: walaupun sy dri skolah agak truk
lah: x la truk
lah: comel je skolah tu
lah: sy maintain best student tiap2 tahun
lah: pmr bole je 8A
lah: so..
lah: xde la truk sgt skolah tu
lah: cewahh nak puji balik skolah lepas kutuk
lah: conclusionnya
lah: kalau kita ni betul2 permata, dlm lumpur pun bercahaya
lah: kalau kita ni tahi ayam, atas meja pun busuk
lah: (maaf byk plak ckp)
nurulimanz: em,ana yakin kata pak natsir,pemimpin bukan sj lahir dr bilik kuliah, tp pemimpin sebenar lahir dri hempas pulas kancah sekelilingnya
nurulimanz: syukran atas perkongsian tu
nurulimanz: ana hargai
nurulimanz: em,k la.dah lebih 5 minit pulak
nurulimanz: skali kg syukran bebanyak
nurulimanz: assalamualaikum...
lah: wa'alaikummussalam..

Inilah salah satu YM yang aku ingati. Pesanan-pesananya, saranan-saranannya, tips-tipsnya... Mendasar dalam kehidupan. Kalau difikir-fikirkan balik, memang benar kata-katanya. Sebuah perkongsian yang menarik bagi Nurulimanz. Moga sama-sama dapat manfaatnya...

(p/s : Ejaan dan bahasa yang digunakan dalam YM ini tidak melambangkan baku Bahasa Melayu yang betul. Ejaan dan bahasa yang digunakan brdasarkan percakapan biasa. Harap maklum.)

Mangkuk, Madu dan Rambut

Rasulullah s.a.w., dengan sahabat-sahabatnya Abakar r.a., Umar r.a., Utsman r.a., dan 'Ali r.a., bertamu ke rumah Ali r.a. Di rumah Ali r.a. istrinya Sayidatina Fathimah r.ha. puteri Rasulullah s.a.w. menghidangkan untuk mereka madu yang diletakkan di dalam sebuah mangkuk yang cantik, dan ketika semangkuk madu itu dihidangkan sehelai rambut terikut di dalam mangkuk itu. Rasulullah s.a.w. kemudian meminta kesemua sahabatnya untuk membuat suatu perbandingan terhadap ketiga benda tersebut (Mangkuk yang cantik, madu, dan sehelai rambut).


Abubakar r.a. berkata, "Iman itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang beriman itu lebih manis dari madu, dan mempertahankan iman itu lebih susah dari meniti sehelai rambut".


Umar r.a. berkata, "Kerajaan itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, seorang raja itu lebih manis dari madu, dan memerintah dengan adil itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut".


Utsman r.a. berkata, "Ilmu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang menuntut ilmu itu lebih manis dari madu, dan beramal dengan ilmu yang dimiliki itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut".


'Ali r.a. berkata, "Tamu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, menjamu tamu itu lebih manis dari madu, dan membuat tamu senang sampai kembali pulang ke rumaHnya adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".


Fatimah r.ha.berkata, "Seorang wanita itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, wanita yang berpurdah itu lebih manis dari madu, dan mendapatkan seorang wanita yang tak pernah dilihat orang lain kecuali muhrimnya lebih sulit dari meniti sehelai rambut".


Rasulullah s.a.w. berkata, "seorang yang mendapat taufiq untuk beramal adalah lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, beramal dengan amal yang baik itu lebih manis dari madu, dan berbuat amal dengan ikhlas adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".


Malaikat Jibril a.s. berkata, "Menegakkan pilar-pilar agama itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, menyerahkan diri; harta; dan waktu untuk usaha agama lebih manis dari madu, dan mempertahankan usaha agama sampai akhir hayat lebih sulit dari meniti sehelai rambut".


Allah s.w.t. berfirman, " Syurga-Ku itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik itu, nikmat syurga-Ku itu lebih manis dari madu, dan jalan menuju syurga-Ku adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

mEsEj-MeSeJ SeTeRuSnYa

Barang siapa membawa satu kebaikan maka baginya 10 kali ganda kebaikannya. barang siapa membawa satu kejahatan maka dia tidak diberi balasan kecuali yang setimpal dengan kejahatannya, sedang mereka sedikit pun tidak dirugikan (surah al-an'am)

Sahabat-sahabat nabi berjalan di atas landasan yang terang lagi seimbang. mereka tidak mengambil dunia untuk dunia. tetapi dunia diambil untuk kepentiangan agama. mereka tidak menjadi rahib yang megenepikan dunia keseluruhannya. namun dalam semua urusan, mereka tidak pernah cuai dan tidak pula melampaui batas. mereka sentiasa bersikap sederhana(imam al-ghazali)

Sesiapa mencintai ALLAH pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang ketawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya pada ALLAH. Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, di turunkan ke lubuk hati orang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoan.

Kesungguhan dan kecekalan adalah dambaan sekental perjuangan. sedangkan pengorbanan dan kesabaran pula adalah nilai setitis iman

Bismillah... inilah al-baqiah al-solihat, zikrullah penuh tersirat, hadiah buatmu peminat, yang sentiasa mengharapkan kebahagiaan akhirat, amalkan 3 kalimat, subhanallah, alhamdulillah, allahu akbar, suburkan taman-taman syurgamu, dengan rimbunan pohon-pohon yang indah, hijau mewarnainya, sungguh kamu akan memperolehinya kerana...inilah amalan yang kekal selamanya

Tidak ada kenikmatan seorang hamba yang lebih baik, setelah kenikmatan iman dan Islam, selain kenikmatan memperoleh teman yang soleh...bila lupa, akan mengingatkan dan bila ingat, ia akan membantunya

Kita akan merasa sempit dada jika kita merasakan kitalah yang memulakan dan mengakhiri perjuangan ini, tapi kesempitan ibi tak akan terasa jika kita merasai bahawa kita menyambung perjuangan yang lalu dan akan diteruskan oleh generasi mendatang

Ibnu Umar r.a. berkata, sabda Rasulullah s.a.w.: "Sesiapa yang menyampaikan hajat saudaranya nescaya Allah akan menyampaikan hajatnya dan siapa yang melepaskan kesukaran seseorang muslim di dunia, nescaya allah akan melepaskan kesukarannya di akhirat".

Bila engkau letih dan hilang rasa semangat, Allah tahu betapa kamu telah mencuba sedaya upaya. Bila tugasanmu berpanjangan dan hatimu kedukaan, Allah telah mengira titisan air matamu. Bila engkau rasa ketinggalan dan masa meninggalkanmu, Allah sentiasa di sisimu. Bila engkau telah mencuba segala tetapi tidak tahu tujuan, Allah ada jalan penyelesaian Bila tiada yang bererti buatmu, keliru dan kecewa, Allah adalah jawapannya.

Kadang-kadang kita berdoa untuk kuat tapi banyak pula dugaan datang. Kadang-kadang kita minta cerdik, tapi masalah pula yang timbul, Kadang-kadang kita minta kebahagiaan tapi huru-hara pula. Dugaan menjadikan mental kita kuat, masalah menjadikan kita berfikir, huru-hara menjadikan kita tabah...Hebatkan Allah...semua ada hikmah. Kalaulah manusia tahu hadith ini "telah berkata jibril : Wahai Tuhan,Engkau sampaikanlah hajat hambaMu". Maka Allah menjawab : "Biarkan hambaKu itu, kerana Aku mencintai suaranya"...(Anas bin Malik)

"Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu berharap kepada engkau ketika mahu menyelesaikan masalahnya sahaja sedangkan apabila masalah atau hajatnya telah selesai maka dia memutuskan kemanisan persahabatan. Bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai ketinggian dalam melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yang benar, memberi pertolongan kepada engkau serta memadai dengan amanahnya atau sikap bertanggungjawabnya terhadap engkau.." Khalifah Umar bin Abdul Aziz

Bila ALLAH cepat memakbulkan doamu, itu adalah kerana ALLAH menyayangimu... bila DIA lambat memakbulkan doamu, itu adalah kerana DIA ingin mengujimu... bila ALLAH tidak memakbulkan doamu, itu adalah kerana DIA merancang sesuatu yang lebih baik untukmu... kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNYA... Jalan dakwah tak selalu tenang sahabatku, yang penting YAKIN dan IKHLAS

Apabila seorang anak yang soleh melihat kepada ibu bapanya dengan pandangan kasih sayang, ALLAH menuliskannya pahala Haji Mabrur (HR Al-Baihaqi)

Adakala kita rasa kurniaan ALLAH itu indah, tanpa tahu itu adalah suatu dugaan dan adakalanya kita rasa ujian itu sukar, padahal ianya tanda kasih ALLAH kepada kita

Seorang muslim yang bergaul dengan manusia dan bersabar dengan keburukan mereka lebih baik daripada seorang muslim yang tidak bergaul dengan manusia dan tidak sabar dengan keburukan mereka (HR Imam Ahmad dan Tirmidzi)

"Apa khabar diri?" semoga makin berpeluh cintaNya... "apa khabar hati?" semoga selalu bersih dari noda... "Apa khabar iman?" semoga kian menapak maju... keep Allah in our heart

Sentiasalah menyucikan hati kerana hati adalah raja yang memerintah seluruh amalan. Jangan biarkan ianya dinodai oleh titik hitam, apatah lagi ada kebatilan yang masih bersarang di situ walaupun sedikit. Sentiasalah beristighfar dan zikir qalbi untuk menyucikannya kerana manusia memang sering membuat kesilapan

Jika rindukan Allah... selahir tenang damai, gelisah atas rasa keinsafan, walau aneka rintangan ditempuhi... namun, suatu masa nanti kau kan tahu jua, itulah lumrah perjuangan. Jika rindukan anugerah cintaNya... curahkan selaut pengorbanan, seluruh milik cincatmu kepada ilahi... biarpun kesukaran kerap merugimu... teguhkanlah kesabaran, pasti nanti esok engkaulah insan paling bahagia.

"sayangi sebuah perkenalan kerana di situ ada kenangan... kenangi sebuah perhubungan kerana di situ ada kerinduan... sayangi kedua-duanya kerana itu anugerah dari Tuhan... Tak terasa bila ia pergi, tapi sayu bila ia tak kembali... Ia datang tanpa seruan, ia pergi tanpa alasan... jadi, abadikanlah ia sebelum hilang dari pandangan

Persaudaraan kadang-kadang seperti tingkah dahan-dahan yang ditiup angin. Walau satu pohon, tak selamanya gerak dahan seiring sejalan. Adakalanya seirama, tapi jarang beraturan. tergantung mana yang lebih kuat : keserasian batang atau tiupan angin yang tidak beraturan. indahnya ukhwah. Sebuah anugerah Allah yang teramat mahal buat mereka yang terikat dalam keimanan

"Seorang muslim yang bergaul dengan manusia dan bersabar dengan keburukan mereka lebih baik daripada seorang muslim yang tak bergaul dengan manusia dan tak sabar dengan keburukan manusia" (HR Imam Ahmad dan Tirmidzi)

Usah menangis setiap kesusahan, usah bangga dengan kejayaan, usah merungut setiap kejadian, usah malu pada kekurangan... kerana semuanya adalah ujian untuk menguji sekuat mana keimanan

Jika hari ini milik kita, gunakanlah sebaiknya kerana esok belum tentu untuk kita... Jika hari ini kita rancangkan sesuatu untuk esok, rancangkanlah sekemas mungkin tapi jangan lupa pada takdir yang menentukan segalanya. Andai esok buat kita kecewa, redhalah dengan ketentuanNya, sengaja DIA tentukan demikian, agar kita lebih berhati-hati untuk lusa yang menjelma. Andai lusa masih di takuk yang lama, tiada perubahan, malah kekecewaan berlarutan, sedarlah memang DIA memang suratkan begitu agar kita sedar siapa kita disisiNya. Semoga kita lebih sedia dengan segala kemungkinan yang tiba biarpun sudah berusaha.

Good student smile in any times and trouble, gather strength from doa and grow braver by istighfar and solat...

"Muliakanlah sahabatmu dengan kemuliaan yang mampu engkau lakukan secara berterusan. Jika tidak, maka kemuliaanmu itu akan membawa kepada perkara yang memutuskan persahabatan"

the path u walk in life is unique, no one walks that road better then yourself, for u alone rule your own destiny, so continue doing your best and let Allah make the rest.

carilah hikmah dalam setiap ketentuan Allah, supaya timbul rasa kesabaran dan kesyukuran, setiap yang payah pasti ada kesenangan, setiap kesabaran pasti ada ganjaran... yakinlah dengan janji Allah, ayat 7 : Muhammad (Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu)

Mengenali seseorang itu kadangkala membuat kita ketawa. mengenali seseorang itu juga kadangkala membuat kita mengalirkan air mata... Sesungguhnya, mengenaliseseorang itu mampu memberi kita sejuta rasa... marah, sedih, gembira, sayang dan rindu... tapi sedarkah kita? mengenali seseorang itu sebenarnya adalah 1 ANUGERAH... biarpun hadirnya hanya seketika dan sekadar teman sementara, bersyukurlah dengan kehadirannya kerana barangkali, melaluinyalah kita mengerti apa itu persahabatan

Iman jualah sahabat yang karib lagi setia, yang akan sentiasa bersama. Dalam suka ia mengingatkan, dalam duka ia penenang. Berserahlah kepada Allah. Ujian itu tarbiyah tanda kasihNya dan penghapus dosa silam

Permulaan jalan dakwah adalah mudah, kemudian akan datang kesedihan demi kesedihan. Awalnya perlukan kita korbankan keseronokan hidup dan penyudahnya korbankan jiwa

Kaya di dunia bukanlah kemuliaan, kekayaan hakiki taqwa akan Tuhan

Andai Kau Jatuh Hati pada seseorang,pilihlah Hati Yang Senantiasa Dekat Kepada Allah Agar Hatimu tidak salah Memilih. Andai Kau Jatuh Cinta,Berikanlah Cintamu Pada Seseorang Yang Melabuhkan Cintanya Kepada Allah Agar Bertambah Kekuatanmu Untuk Mencintai Allah. Andai Kau Rindu,Rinduilah Seseorang Yang Merindui Syahid Di Jln Allah Agar Kau tidak lalai dari merindui syurga Allah. Andai Kau Kecewa dan Menyesal Kerana Pernah Jatuh Hati,Jatuh Cinta Dan Rindu Pada Seseorang, Bersyukurlah Kerana Kau Masih Berpeluang Untuk Jatuh Hati, Jatuh Cinta Dan Rindu Kepada Allah.

Friday, December 19, 2008

SeBuAh KeNaNgAn yG tErCiNtA...



Rumah Rasulullah di Mekkah




Tapak Kaki Rasulullah


Topi Besi Rasulullah


Sepatu Rasulullah


Serban dan Tongkat Rasulullah



Serban Rasulullah



Pedang-pedang Rasulullah




Rambut Rasulullah


Mihrab Rasulullah biasa solat di rumah Baginda dan Khadijah


Maqam Rasulullah


Tempat Kelahiran Rasulullah (sekarang dijadikan perpustakaan)


Guah Hira' : Tempat Rasulullah Menerima Wahyu Pertama


Ghamis Rasulullah


Celak Rasulullah


Busur Panah Rasulullah


Bendera Rasulullah


Surat Rasulullah


Cop Mohor Rasulullah

Monday, December 1, 2008

kOgNiTiF tU aPe Ye?

Malam itu hening sekali. Decitan cengkerik mendendangi jagaku. Sesekali hembusan angin malam menyapaku. Wah! Terasa makhluk-makhluk Tuhan ini sedang menemaniku yang sedang asyik mengadap laptop. Di wakaf tepi tasik varsiti ini tempatku selalu berehat menenagkan fikiran, tetapi malam ini menjadi tempatku berperang minda, memerah otakku untuk menyiapkan assignment. Tiba-tiba muncul yahoo messenger daripada seorang sahabat, Uwais. Berlatar belakangkan Purple Leaves IMvironment, Uwais memulakan bicara..

Uwais : Assalamualaikum.. tengah buat ape tu? Sibuk eh?
Nurulimanz : Waalaikum salam.. tengah siapkan assignment ni ha.. ok je kalau nak sembang sekejap. Ada hal ape?
Uwais : Nak tanya tentang assignment Pembangunan Minda ni. Dah siap belum?
Nurulimanz : Dah. Tinggal assignment Pembangunan Insan ni je belum siap lagi. Ha.. Ade masalah ape?
Uwais : Tak faham la tentang tajuk konsep kognitif dan cara berfikir ni.
Nurulimanz : Ok, mudah ingat begini.. Ape je fungsi otak, itu la kognitif. Contohnya menerima maklumat, menyimpan memori, memproses data, mengingat dan macam2 lagi
Uwais : O, gitu.. Cara berfikir pulak?
Nurulimanz : Kata Dr. D’Bono, ada 6 cara berfikir. Dia kelaskan mengikut warna topi. Hijau, Kuning, Putih Hitam, Merah dan Biru,
Uwais : Maksudnya..?
Nurulimanz : Hijau lambang tumbuhan subur, mewakili fikiran yg subur dengan idea. Kuning lambang hari yg cerah, mewakili fikiran yg melihat setiap idea dari sudut kelebihannya. Putih lambang kertas kosong, jadi cara berfikirnya objektif (tak peduli pada emosi dan perasaan). Hitam lambang mendung,penuh sabungan kilat dan guruh, jadi cara berfikirnya kritikal dan suka kondem idea orang lain. Merah lambing hati, mewakili fikiran yang becampur dengan emosi. Biru pulak lambang langit, berada di atas sekali. Cara berfikir warna biru ini ialah mengawal kesemua lima topi yg disebut sebelum ni..
Uwais : Kenapa topi? Tidak baju ke.. kasut ke..
Nurulimanz : Mungkin sebab topi mudah ditukar ganti dan diletak di kepala, dekat dengan otak..
Uwais : ooo, gitu..Ok syukran..thanks..tochei.
Nurulimanz : It’s ok.

Aku melihat jam di tangan. 11.40 malam. Mataku sedikit pedih. Mengantuk. Assignment aku 30 peratus lagi belum siap. Macam mana nak buat? Lusa dah dateline... Terfikir pula aku apakah ada gunanya pemikiran begini kepada organisasi Islam? Hmmm... Renung-renungkan... Fikir-fikirkan...