Beberapa ketika ekor mata ini hanya mengerling dan menjeling pada artikel-artikel berkaitan penangkapan bekas Mufti Perlis. Motif penangkapan menjadi sarang teka-teki dalam minda. Hati ini di atas pagar cuma, tidak tahu tumbangnya ke mana. Mungkin tunggu ditiup taufan perpecahan, di situ hati ini akan tumbang. Namun sebelum disapa taufan itu, angin tuntutan KIMM ini menghembus menyebabkan tangan ini mula gatal2 untuk menyatakan pendirian atas pagarku.
Dr. Asri bukan calang-calang orangnya. Dihormati lagi disokongi terutamanya apabila pernah berempat mata bersama Astora Jabat, berpencak di pentas hujah yang soheh lagi soreh. Apatah lagi pabila diangkat menjadi Mufti di sebuah negeri yang terkenal dengan fahaman bukan ASWJ-nya. It's ok. memang itu kawasan yang diperuntukkan oleh mereka. It's ok. Ajaran bukan ASWJ mereka tak sesat, baguslah. Namun bila berada dalam kawasan ASWJ, menjadi suatu 'pencabulan' apabila menyebarkan fahaman yang tidak selari dengan ASWJ. Bukan kebaikan yang diperoleh, bahkan mendapat lebih banyak tentangan hasil kekeliruan yang timbul.
Cukuplah kisah Imam As-Syafie yang tidak membaca qunut semasa mengimami pengikut gurunya menjadi teladan kepada kita. Itu adab yang ditunjukkan oleh seorang mujaddid, mengapa tiada kesedaran pada kita untuk mencontohi adab sebegitu? Masing-masing keras dengan fahaman masing-masing. GAJAH SAMA GAJAH BERLAGA, PELANDUK DI TENGAH MATI TERSEPIT. Prof. Yusuf Qardhawi juga pernah menasihati kepada ASWJ, jika masuk ke kawasan Syiah, jangan sebarkan fahaman ASWJ. Begitu juga sebaliknya. Ini asas bagi umat Islam hidup secara harmoni dan berada atas tunjang persefahaman.
Akhirnya, suka saya nyatakan pendirian saya bahawa tiada hak untuk selain ASWJ menyebarkan fahamannya di kawasan majoriti ASWJ. Mereka yang melanggari etika ini hanya menghidupkan dan menyalakan api kemusnahan serta perpecahan dalam masyarakat. Begitu juga ASWJ, jangan sesekali menyebarkan fahaman ini di tempat selain ASWJ. Hiduplah dalam keadaan saling hormat menghormati antara fahaman yang wujud. Itulah yang sebaiknya...
0 comments:
Post a Comment