Hari raya adalah saat berbahagia dan bersuka ria. Kebahagiaan dan kegembiraan kaum mukminin di dunia adalah kerana Tuhannya, iaitu apabila mereka menyempurnakan ibadahnya dan memperoleh pahala amalnya dengan kepercayaan terhadap janji-Nya kepada mereka untuk mendapatkan anugerah dan ampunan-Nya. Allah Ta'ala berfirman:
"Katakanlah: 'Dengan kurnia Allah dan rahmat-Nya, hendaklah dengan itu mereka bergembira. Kurnia Allah dan rahmat-Nya itu adalah lebih baik dari apa yang mereka kumpulkan'." (Yunus: 58).
Sebahagian orang bijak berujar: "Tiada seorang pun yang bergembira dengan selain Allah kecuali kerana kelalaiannya terhadap Allah, sebab orang yang lalai selalu bergembira dengan permainan dan hawa nafsunya, sedangkan orang yang berakal merasa senang dengan Tuhannya."
Ketika Rasulullah s.a.w. tiba di Madinah, kaum Ansar memiliki dua hari istimewa, mereka bermain-main di dalamnya, maka Rasulullah s.a.w. bersabda: "Allah telah memberi ganti bagi kamu dua hari yang jauh lebih baik, (iaitu) 'Idul Fitri dan 'Idul Adha (HR. Abu Daud dan An-Nasa'i dengan sanad hasan).
Hadits ini menunjukkan bahawa menampakkan rasa suka ria di Hari Raya adalah sunnah dan disyari'atkan. Maka diperkenankan memperluas Hari Raya tersebut secara menyeluruh kepada segenap kerabat dengan berbagai hal yang tidak diharamkan yang boleh mendatangkan kesegaran badan dan melegakan jiwa, tetapi tidak menjadikannya lupa untuk ta'at kepada Allah.
Adapun yang dilakukan kebanyakan orang di saat Hari Raya dengan berduyun-duyu
n pergi memenuhi berbagai tempat hiburan dan permainan adalah tidak dibenarkan, kerana hal itu tidak sesuai dengan yang disyari'atkan bagi mereka seperti melakukan zikir kepada Allah. Hari Raya tidak identik dengan hiburan, permainan dan penghambur-hamburan (harta), tetapi Hari Raya adalah untuk berzikir kepada Allah dan bersungguh-sungguh dalam beribadah. Makanya Allah gantikan bagi umat ini dua buah Hari Raya yang sarat dengan hiburan dan permainan dengan dua buah Hari Raya yang penuh zikir, syukur dan ampunan.
Di dunia ini kaum mukminin mempunyai tiga hari Raya: hari Raya yang selalu datang setiap minggu dan dua hari Raya yang masing-masing datang sekali dalam setiap tahun.
Adapun hari Raya yang selalu datang setiap minggu adalah hari Jum'at, ia merupakan hari Raya mingguan, terselenggara sebagai pelengkap (penyempurna) bagi solat wajib lima kali yang merupakan rukun utama agama Islam setelah dua kalimah syahadah.
Sedangkan dua Hari Raya yang tidak berulang dalam waktu setahun kecuali sekali adalah:
1. 'Idul Fitri setelah puasa Ramadhan, hari raya ini sebagai pelengkap puasa Ramadhan yang merupakan rukun dan asas Islam keempat. Apabila kaum muslimin melaksanakan puasa wajibnya, maka mereka berhak mendapatkan ampunan dari Allah dan terbebas dari api Neraka, sebab puasa Ramadhan mendatangkan ampunan atas dosa yang lain dan pada akhirnya terbebas dari Neraka.
Sebahagian manusia dibebaskan dari Neraka padahal dengan berbagai dosanya ia semestinya masuk Neraka, maka Allah mensyari'atkan bagi mereka Hari Raya setelah menyempurnakan puasanya, untuk bersyukur kepada Allah, berzikir dan bertakbir atas petunjuk dan syari'at-Nya berupa solat dan sedekah pada hari Raya tersebut.
Hari Raya ini merupakan hari pembahagian hadiah, orang-orang yang berpuasa diberi ganjaran puasanya, dan setelah Hari Raya tersebut mereka mendapatkan ampunan.
2. 'Idul Adha (Hari Raya Kurban), ia lebih agung dan utama daripada 'Idul Fitri. Hari Raya ini sebagai penyempurna ibadah haji yang merupakan rukun Islam kelima, bila kaum muslimin merampungkan ibadah hajinya, niscaya diampuni dosanya.
Inilah Hari Raya kaum muslimin di dunia, semuanya dilaksanakan saat rampungnya ketakwaan kepada Yang Maha Menguasai dan Yang Maha Pemberi, di saat mereka berhasil memperoleh apa yang dijanjikan-Nya berupa ganjaran dan pahala. (Lihat Lathaa'iful Ma'arif, oleh Ibnu Rajab, hlm. 255-258)
Petunjuk Rasulullah s.a.w. Tentang Hari Raya
Pada saat hari Raya 'Idul Fitri, Rasulullah s.a.w. mengenakan pakaian terbaiknya dan makan kurma dengan bilangan ganjil tiga, lima atau tujuh, sebelum pergi melaksanakan solat 'Idul. Tetapi pada 'Idul Adha beliau tidak makan terlebih dahulu sampai beliau pulang, setelah itu baru memakan sebahagian daging binatang sembelihannya.
Beliau mengakhirkan solat 'Idul Fitri agar kaum muslimin memiliki kesempatan untuk membagikan zakat fitrahnya, dan mempercepat pelaksanaan solat 'Idul Adha supaya kaum muslimin boleh segera menyembelih binatang kurbannya. Mengenai hal tersebut, Allah Ta'ala berfirman:
"Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berkorbanlah" (Al Kautsar: 2).
Ibnu Umar sungguh dalam mengikuti sunnah Rasulullah s.a.w. tidak keluar untuk solat 'Idul kecuali setelah terbit matahari, dan dari rumah sampai ke tempat solat beliau sentiasa bertakbir.

Rasulullah s.a.w. melaksanakan solat 'Idul terlebih dahulu baru berkhutbah, dan beliau solat dua raka'at· Pada rakaat pertama beliau bertakbir 7 kali berturut-turut dengan Takbiratul Ihram, dan berhenti sebentar di antara tiap takbir. Beliau tidak mengajarkan zikir tertentu yang dibaca saat itu. Hanya saja ada riwayat dari Ibnu Mas'ud r.a., ia berkata: "Dia membaca hamdalah dan memuji Allah Ta'ala serta membaca selawat.
Dan diriwayatkan bahawa Ibnu Umar mengangkat kedua tangannya pada setiap bertakbir.
Sedangkan Rasulullah s.a.w. setelah bertakbir membaca surah Al-Fatihah dan "Qaf" pada raka'at pertama serta surah "Al-Qamar" di raka'at kedua.
Kadang-kadang beliau membaca surah "Al-A'la" pada raka'at pertama dan "Al-Ghasyiyah" pada raka'at kedua. Kemudian beliau bertakbir lalu ruku' dilanjutkan takbir 5 kali pada raka'at kedua lain membaca Al-Fatihah dan surah. Setelah selesai beliau menghadap ke arah jamaah, sedang mereka tetap duduk di shaf masing-masing, lalu beliau menyampaikan khutbah yang berisi wejangan, anjuran dan larangan.
Beliau selalu melalui jalan yang berbeza ketika berangkat dan pulang (dari solat) 'Idul. Beliau selalu mandi sebelum solat 'Idul.
Rasulullah s.a.w. senantiasa memulai setiap khutbahnya dengan hamdalah, dan bersabda:
"Setiap perkara yang tidak dimulai dengan hamdalah, maka ia terputus (dari berkah)." (HR. Ahmad dan lainnya).
Dari Ibnu Abbas r.a.ma, ia berkata: "Bahawasanya Rasulullah s.a.w. menunaikan solat 'Idul dua raka'at tanpa disertai solat yang lain baik sebelumnya ataupun sesudahnya." (HR. Al Bukhari dan Muslim dan yang lain).
Hadits ini menunjukkan bahawa solat 'Idul itu hanya dua raka'at, demikian pula mengisyaratkan tidak disyari'atkan solat sunnah yang lain, baik sebelum atau sesudahnya.

0 comments:
Post a Comment