
Disebutkan dalam Shahihain sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Barangsiapa puasa bulan Ramadhan kerana iman dan mengharap pahala dari (Allah), niscaya diampuni dosa-dosanya yang telah lalu."
Dan dalam Musnad Imam Ahmad dengan sanad hasan disebutkan: "Dan (dosanya) yang Kemudian."
"Barangsiapa mendirikan solat pada malam Lailatul Qadar, kerana iman dan mengharap pahala dari Allah niscaya diampuni dosa-dosanya yang telah lalu, dan barangsiapa mendirikan solat malam di bulan Ramadhan kerana iman dan mengharap pahala dari (Allah), niscaya diampuni dosa-dosanya yang telah lalu." An-Nasa'i menambahkan: "Diampuni dosanya, baik yang telah lalu mahupun yang datang belakangan."
Ibnu Hibban dan Al-Baihaqi meriwayatkan dari Abu Sa'id, bahawa Rasulullah shallallahu 'alihi wasallam bersabda: "Barangsiapa berpuasa di bulan Ramadhan dan mengetahui batas-batasnya (ketentuan -ketentuannya) serta memelihara hal-hal yang harus dijaga, maka dihapus dosanya yang telah lalu."
Ampunan dosa tergantung pada terjaganya sesuatu yang harus dijaga seperti melaksanakan kewajipan-kewajipan dan meninggalkan segala yang haram. Majoriti ulama berpendapat bahawa ampunan dosa tersebut hanya berlaku pada dosa-dosa kecil, hal itu berdasarkan hadits riwayat Muslim, bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda: "Solat lima waktu, Jum'at sampai dengan Jum'at berikutnya dan Ramadhan sampai Ramadhan berikutnya adalah penghapus dosa yang terjadi di antara waktu-waktu tersebut, selama dosa-dosa besar ditinggalkan."
Hadits ini memiliki dua konotasi:
Pertama: Bahawasanya penghapusan dosa itu terjadi dengan syarat menghindari dan menjauhi dosa-dosa besar.
Kedua: Hal itu dimaksudkan bahawa kewajipan-kewajipan tersebut hanya menghapus dosa-dosa kecil. Sedangkan jumhur ulama berpendapat, bahawa hal itu harus disertai dengan taubat nasuha (taubat yang semurni-murninya).
Hadits Abu Hurairah di atas menunjukkan bahawa tiga faktor ini yakni puasa, solat malam di bulan Ramadhan dan solat pada malam Lailatul Qadar, masing-masing dapat menghapus dosa yang telah lampau, dengan syarat meninggalkan segala bentuk dosa besar.
Dosa besar adalah sesuatu yang mengandungi hukuman tertentu
di dunia atau ancaman keras di akhirat; seperti zina, mencuri, minum arak, riba, derhaka terhadap orang tua, memutuskan hubungan kekeluargaan dan memakan harta anak yatim secara zalim dan sebagainya. Dalam firman-Nya, Allah Ta'ala menjamin orang-orang yang menjauhi dosa besar akan diampuni semua dosa kecil mereka:
"Jika kamu menjauhi dosa-dosa besar di antara dosa-dosa yang kamu dilarang mengerjakannya, nescaya Kami hapus kesalahan-kesalahanmu (dosa-dosa kecilmu) dan Kami memasukkanmu ke tempat yang mulia (Syurga)." (An-Nisaa': 31).
Barangsiapa melaksanakan puasa dan amal kebajikan lainnya secara sempurna, maka ia termasuk hamba pilihan. Barangsiapa yang curang dalam pelaksanaannya, maka Neraka Wail layak untuknya. Jika Neraka Wail diperuntukkan bagi orang yang mengurangi takaran (timbangan dalam jual beli) di dunia, bagaimana halnya dengan mengurangi takaran agama.
Ketahuilah bahawa para salafus soleh sangat bersungguh-sungguh dalam melaksanaankan semua pekerjaannya, lantas memperhatikan dan mementingkan diterimanya amal tersebut dan sangat bimbang jika ditolak. Mereka itulah orang-orang yang diganjari sesuai dengan perbuatan mereka sedangkan hatinya selalu gemetar (kerana takut siksa Tuhannya). Mereka lebih mementingkan aspek diterimanya amal daripada bentuk amal itu sendiri, mengenai hal ini Allah Ta'ala berfirman:
"Sesungguhnya Allah hanya menerima (korban) dari orang-orang yang bertaqwa." (Al-Maa'idah:27).
Oleh kerana itu mereka berdo'a (memohon kepada Allah) selama 6 (enam) bulan agar dipertemukan lagi dengan bulan Ramadhan, kemudian berdo'a lagi selama 6 (enam) bulan berikutnya agar semua amalnya diterima.
Banyak sekali sebab-sebab didapatnya ampunan di bulan Ramadhan oleh kerana itu barangsiapa yang tidak mendapatkan ampunan tersebut, maka sangatlah merugi. Rasulullah s.a.w. bersabda: "Jibril mendatangiku seraya berkata; 'Barangsiapa yang mendapati bulan Ramadhan, lantas tidak mendapatkan ampunan, kemudian mati, maka ia masuk Neraka serta dijauhkan Allah (dari rahmat-Nya). 'Jibril berkata lagi;'Ucapkan amin' maka kuucapkan, 'Amin.'" (HR. Ibnu Hibban dan Ibnu Khuzaimah)
Ketahu
ilah saudaraku, bahawasanya puasa di bulan Ramadhan, melaksanakan solat di malam harinya dan pada malam Lailatul Qadar, bersedekah, membaca Al-Qur'an, banyak berzikir dan berdo'a serta mohon ampunan dalam bulan mulia ini merupakan sebab diberikannya ampunan, jika tidak ada sesuatu yang menjadi penghalang, seperti meninggalkan kewajipan ataupun melanggar sesuatu yang diharamkan. Apabila seorang muslim melakukan berbagai faktor yang membuatnya mendapat ampunan dan tiada sesuatu pun yang menjadi penghalang baginya, maka optimislah untuk mendapatkan ampunan. Allah Ta'ala berfirman:
"Dan sesungguhnya Aku Maha Pengampun bagi orang yang bertaubat, beriman dan beramal soleh, kemudian tetap dijalan yang benar." (Thaaha: 82).
Yakni terus melakukan hal-hal yang menjadi sebab didapatnya ampunan hingga dia mati. Iaitu keimanan yang benar, amal soleh yang dilakukan semata-mata kerana Allah, sesuai dengan petunjuk As-Sunnah dan sentiasa dalam keadaan demikian hingga mati. Allah Ta'ala berfirman:
"Dan sembahlah Tuhanmu sampai datang kepadamu apa yang diyakini (ajal)." (AI-Hijr: 99).
Di sini Allah tidak menjadikan batasan waktu bagi amalan seorang mukmin selain kematian. Jika keberadaan ampunan dan pembebasan dari api neraka itu tergantung kepada puasa Ramadhan dan pelaksanaan solat di dalamnya, maka di kala hari raya tiba, Allah memerintahkan hamba-Nya agar bertakbir dan bersyukur atas segala nikmat yang telah dianugerahkan kepada mereka, seperti kemudahan dalam pelaksanaan ibadah puasa, solat di malam harinya, pertolongan-Nya terhadap mereka dalam melaksanakan puasa tersebut, ampunan atas segala dosa dan pembebasan dari api Neraka. Maka sudah selayaknya bagi mereka untuk memperbanyak zikir, takbir dan bersyukur kepada Tuhannya serta selalu, bertaqwa kepada-Nya dengan sebenar-benar; ketaqwaan. Allah Ta'ala berfirman:
"Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu supaya kamu bersyukur." (Al-Baqarah: 185).
Wahai para pendosa -demikian halnya kita semua, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana perbuatan-perbuatan jelekmu. Alangkah ramai orang sepertimu yang dibebaskan dari Neraka dalam bulan ini, berprasangka baiklah terhadap Tuhanmu dan bertaubatlah atas segala dosamu, kerana sesungguhnya Allah tidak akan membinasakan seseorang pun melainkan kerana ia membinasakan dirinya sendiri. Allah Ta'ala berfirman:
"Katakanlah: 'Hai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kama berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagri Maha Penyayang'." (Az-Zumar: 53).
Sebaiknya puasa Ramadhan diakhiri dengan istighfar (permohonan ampun), kerana istighfar merupakan penutup segala amal kebajikan; seperti solat, haji dan solat malam. Demikian pula dengan majlis-majlis, sebaiknya ditutup dengannya. Jika majlis tersebut merupakan tempat berzikir maka istighfar adalah pengukuh baginya, namun jika majlis tersebut tempat permainan maka istighfar berfungsi sebagai pelebur dan penghapus dosa. (Lihat kitab Lathaaiful-Ma'aarif; oleh Ibnu Rajab, hlm. 220-228)
Peringatan
Sebahagian orang apabila datang bulan Ramadhan, mereka bertaubat, mendirikan solat dan melaksanakan ibadah puasa. Namun jika Ramadhan melalui mereka kembali meninggalkan solat dan melakukan perbua
tan maksiat. Mereka inilah seburuk-buruk manusia, kerana mereka tidak mengenal Allah kecuali di bulan Ramadhan saja. Tidakkah mereka tahu bahawa pemilik bulan-bulan itu adalah Satu, berbagai bentuk kemaksiatan adalah haram di setiap waktu dan Allah Maha Mengetahui setiap gerak-geri mereka di mana saja dan bila-bila saja.
Maka sebaiknya mereka cepat-cepat bertaubat nasuha, yakni dengan meninggalkan berbagai bentuk kemaksiatan, menyesalinya dan bertekad untuk tidak mengulanginya di masa akan datang, sehingga taubatnya diterima Allah dan diampuni segala dosanya. Allah Ta'ala berfirman:
"Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung". (An-Nuur: 31).
Dan dalam ayat yang lain Allah Ta'ala berfirman: "Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapus kesalahan-kesalahanmu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai" (At-Tahrim: 8).
Barangsiapa mohon ampunan kepada Allah dengan lisannya, namun hatinya tetap terpaut dengan kemaksiatan dan bertekad untuk kembali melakukannya selepas Ramadhan, lalu dia benar-benar melaksanakan niatnya tersebut, maka puasanya tertolak dan tidak diterima.
Dan dalam Musnad Imam Ahmad dengan sanad hasan disebutkan: "Dan (dosanya) yang Kemudian."
"Barangsiapa mendirikan solat pada malam Lailatul Qadar, kerana iman dan mengharap pahala dari Allah niscaya diampuni dosa-dosanya yang telah lalu, dan barangsiapa mendirikan solat malam di bulan Ramadhan kerana iman dan mengharap pahala dari (Allah), niscaya diampuni dosa-dosanya yang telah lalu." An-Nasa'i menambahkan: "Diampuni dosanya, baik yang telah lalu mahupun yang datang belakangan."
Ibnu Hibban dan Al-Baihaqi meriwayatkan dari Abu Sa'id, bahawa Rasulullah shallallahu 'alihi wasallam bersabda: "Barangsiapa berpuasa di bulan Ramadhan dan mengetahui batas-batasnya (ketentuan -ketentuannya) serta memelihara hal-hal yang harus dijaga, maka dihapus dosanya yang telah lalu."
Ampunan dosa tergantung pada terjaganya sesuatu yang harus dijaga seperti melaksanakan kewajipan-kewajipan dan meninggalkan segala yang haram. Majoriti ulama berpendapat bahawa ampunan dosa tersebut hanya berlaku pada dosa-dosa kecil, hal itu berdasarkan hadits riwayat Muslim, bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda: "Solat lima waktu, Jum'at sampai dengan Jum'at berikutnya dan Ramadhan sampai Ramadhan berikutnya adalah penghapus dosa yang terjadi di antara waktu-waktu tersebut, selama dosa-dosa besar ditinggalkan."
Hadits ini memiliki dua konotasi:
Pertama: Bahawasanya penghapusan dosa itu terjadi dengan syarat menghindari dan menjauhi dosa-dosa besar.
Kedua: Hal itu dimaksudkan bahawa kewajipan-kewajipan tersebut hanya menghapus dosa-dosa kecil. Sedangkan jumhur ulama berpendapat, bahawa hal itu harus disertai dengan taubat nasuha (taubat yang semurni-murninya).
Hadits Abu Hurairah di atas menunjukkan bahawa tiga faktor ini yakni puasa, solat malam di bulan Ramadhan dan solat pada malam Lailatul Qadar, masing-masing dapat menghapus dosa yang telah lampau, dengan syarat meninggalkan segala bentuk dosa besar.
Dosa besar adalah sesuatu yang mengandungi hukuman tertentu

"Jika kamu menjauhi dosa-dosa besar di antara dosa-dosa yang kamu dilarang mengerjakannya, nescaya Kami hapus kesalahan-kesalahanmu (dosa-dosa kecilmu) dan Kami memasukkanmu ke tempat yang mulia (Syurga)." (An-Nisaa': 31).
Barangsiapa melaksanakan puasa dan amal kebajikan lainnya secara sempurna, maka ia termasuk hamba pilihan. Barangsiapa yang curang dalam pelaksanaannya, maka Neraka Wail layak untuknya. Jika Neraka Wail diperuntukkan bagi orang yang mengurangi takaran (timbangan dalam jual beli) di dunia, bagaimana halnya dengan mengurangi takaran agama.
Ketahuilah bahawa para salafus soleh sangat bersungguh-sungguh dalam melaksanaankan semua pekerjaannya, lantas memperhatikan dan mementingkan diterimanya amal tersebut dan sangat bimbang jika ditolak. Mereka itulah orang-orang yang diganjari sesuai dengan perbuatan mereka sedangkan hatinya selalu gemetar (kerana takut siksa Tuhannya). Mereka lebih mementingkan aspek diterimanya amal daripada bentuk amal itu sendiri, mengenai hal ini Allah Ta'ala berfirman:
"Sesungguhnya Allah hanya menerima (korban) dari orang-orang yang bertaqwa." (Al-Maa'idah:27).
Oleh kerana itu mereka berdo'a (memohon kepada Allah) selama 6 (enam) bulan agar dipertemukan lagi dengan bulan Ramadhan, kemudian berdo'a lagi selama 6 (enam) bulan berikutnya agar semua amalnya diterima.
Banyak sekali sebab-sebab didapatnya ampunan di bulan Ramadhan oleh kerana itu barangsiapa yang tidak mendapatkan ampunan tersebut, maka sangatlah merugi. Rasulullah s.a.w. bersabda: "Jibril mendatangiku seraya berkata; 'Barangsiapa yang mendapati bulan Ramadhan, lantas tidak mendapatkan ampunan, kemudian mati, maka ia masuk Neraka serta dijauhkan Allah (dari rahmat-Nya). 'Jibril berkata lagi;'Ucapkan amin' maka kuucapkan, 'Amin.'" (HR. Ibnu Hibban dan Ibnu Khuzaimah)
Ketahu

"Dan sesungguhnya Aku Maha Pengampun bagi orang yang bertaubat, beriman dan beramal soleh, kemudian tetap dijalan yang benar." (Thaaha: 82).
Yakni terus melakukan hal-hal yang menjadi sebab didapatnya ampunan hingga dia mati. Iaitu keimanan yang benar, amal soleh yang dilakukan semata-mata kerana Allah, sesuai dengan petunjuk As-Sunnah dan sentiasa dalam keadaan demikian hingga mati. Allah Ta'ala berfirman:
"Dan sembahlah Tuhanmu sampai datang kepadamu apa yang diyakini (ajal)." (AI-Hijr: 99).
Di sini Allah tidak menjadikan batasan waktu bagi amalan seorang mukmin selain kematian. Jika keberadaan ampunan dan pembebasan dari api neraka itu tergantung kepada puasa Ramadhan dan pelaksanaan solat di dalamnya, maka di kala hari raya tiba, Allah memerintahkan hamba-Nya agar bertakbir dan bersyukur atas segala nikmat yang telah dianugerahkan kepada mereka, seperti kemudahan dalam pelaksanaan ibadah puasa, solat di malam harinya, pertolongan-Nya terhadap mereka dalam melaksanakan puasa tersebut, ampunan atas segala dosa dan pembebasan dari api Neraka. Maka sudah selayaknya bagi mereka untuk memperbanyak zikir, takbir dan bersyukur kepada Tuhannya serta selalu, bertaqwa kepada-Nya dengan sebenar-benar; ketaqwaan. Allah Ta'ala berfirman:
"Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu supaya kamu bersyukur." (Al-Baqarah: 185).
Wahai para pendosa -demikian halnya kita semua, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana perbuatan-perbuatan jelekmu. Alangkah ramai orang sepertimu yang dibebaskan dari Neraka dalam bulan ini, berprasangka baiklah terhadap Tuhanmu dan bertaubatlah atas segala dosamu, kerana sesungguhnya Allah tidak akan membinasakan seseorang pun melainkan kerana ia membinasakan dirinya sendiri. Allah Ta'ala berfirman:
"Katakanlah: 'Hai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kama berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagri Maha Penyayang'." (Az-Zumar: 53).
Sebaiknya puasa Ramadhan diakhiri dengan istighfar (permohonan ampun), kerana istighfar merupakan penutup segala amal kebajikan; seperti solat, haji dan solat malam. Demikian pula dengan majlis-majlis, sebaiknya ditutup dengannya. Jika majlis tersebut merupakan tempat berzikir maka istighfar adalah pengukuh baginya, namun jika majlis tersebut tempat permainan maka istighfar berfungsi sebagai pelebur dan penghapus dosa. (Lihat kitab Lathaaiful-Ma'aarif; oleh Ibnu Rajab, hlm. 220-228)
Peringatan
Sebahagian orang apabila datang bulan Ramadhan, mereka bertaubat, mendirikan solat dan melaksanakan ibadah puasa. Namun jika Ramadhan melalui mereka kembali meninggalkan solat dan melakukan perbua

Maka sebaiknya mereka cepat-cepat bertaubat nasuha, yakni dengan meninggalkan berbagai bentuk kemaksiatan, menyesalinya dan bertekad untuk tidak mengulanginya di masa akan datang, sehingga taubatnya diterima Allah dan diampuni segala dosanya. Allah Ta'ala berfirman:
"Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung". (An-Nuur: 31).
Dan dalam ayat yang lain Allah Ta'ala berfirman: "Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapus kesalahan-kesalahanmu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai" (At-Tahrim: 8).
Barangsiapa mohon ampunan kepada Allah dengan lisannya, namun hatinya tetap terpaut dengan kemaksiatan dan bertekad untuk kembali melakukannya selepas Ramadhan, lalu dia benar-benar melaksanakan niatnya tersebut, maka puasanya tertolak dan tidak diterima.
0 comments:
Post a Comment