Friday, September 5, 2008

::.. SaNtAi @ RaMaDhAn ..::

1. Suatu malam, selepas solat tarawih 8 rakaat, Nurulimanz bergegas pulang ke rumah. Memang malam tu terasa letih untuk habiskan 20 rakaat. Lagipun, malam tu ada perasmian program Ramadhan di Uni Perdana. Sebelum keluar dari pintu masjid, Nurulimanz terdengar 2 orang budak sembang-sembang pasala tarawih ni..."hmmm..kenapa kau buat 8 jer?". Seorang lagi jawab "takpe, yang larat (mampu), buatlah 20". Sembang-sembang 2 orang budak tadi mengingatkan Nurulimanz tentang pertikaian yang berlaku ketika zaman Imam Hassan Al-Banna. Satu kelompok yang menyokong 20 rakaat bertengkar dengan kelompok yang suka melaksanakan tarawih 8 rakaat sehinggakan hampir-hampir sahaja mencetuskan pergaduhan. Rahmat Allah mengatasi segalanya, hadir Imam Hassan Al-Banna ketika itu lalu beliau berkata "yang mana wajib, solat tarawih atau menjaga kesatuan ummah?". Maka terdiamlah mereka yang kerana malu pada Al-Imam. Mereka sedar bahawa menjaga kesatuan ummah adalah wajib (tu la...jangan gaduh-gaduh tau!) daripada berbalah tentang perbuatan sunat. Sungguh bijaksana Al-Imam menyelesaikan masalah ini bias Rasulullah s.a.w. ketika hendak menyelesaikan pertikaian tentang siapa yang lebih layak meletakkan Hajar al-Aswad di Ka'bah.

2. Ni pasal bab berbuka puasa pula! Dalam tempoh berpuasa dari masuknya waktu Subuh hinggalah Maghib, Nurulimanz 'didendangkan' dengan pelbagai muzik yang dikeluarkan dari perut kawan-kawan yang lapar. Ye la,lapar la katakan.Lucu...Ada muzik keroncong, gamelan, boria (khusus kawan-kawan dr Penang..hehehe). Muzik rock pun tak ketinggalan (Ni kes orang tak sahur la ni..Melampau tahap lapar dia tu). Yang paling tak tahan, bila dah petang, maka serbulah gerombolan-gerombolan yang kelaparan tadi akan bazar-bazar Ramadhan yang dibuka. Beli punya beli, tak sedar 10 jari dah penuh sangkut dengan supik (plastik) makanan. Betul la kata orang, kalau jual BATU dan KAYU pun, gamaknya laku juga! Masuk waktu Maghrib, bersantaplah sekalian makhluk macam ular sawa baham lembu. Hmmm.. lepas tu Solat Maghrib pukul 8.15, Solat Isya pukul 10.00. Solat tarawih... hangus! Sedare (Saudara) oii! Allah S.W.T. suruh kita berpuasa supaya dapat menahan nafsu, yang kome (awak) melayan nafsu tu ape ke he (kenapa) ? Berbuka tu biar la berpada supaya amal ibadah lebih mudah diamalkan. Rugi kalau disia-siakan amalan ketika di bulan Ramadhan ini kerana di bulan ini sahajalah pahalanya dilipat gandakan...

3. Ni nak masuk bab fiqh sikit jer sebab ramai yang keliru dengan persoalan ni termasuklah pelajar Akademi Pengajian Islam sekalipun! Dalam kelas, Ustaz Fakhrul bertanya kepada murid-muridnya "Batal tak puasa korek hidung dan telinga? Maka macam-macam jawapan dan 'fatwa' dikeluarkan oleh murid-muridnya. Ada yang cakap batal. Ada yang kata tidak. Ada yang kata di bahagian zahir rongga takpe (tidak mengapa). Ada yang kata jangan masuk dalam sangat!..pendek kata macam-macam jawapan. Lastly, Ustaz Fakhrul terangkan bahawa mengikut fiqh mazhab Syafie', tidak batal puasa jika masukkan sesuatu ke dalam hidung dan telinga. Hukumnya sekadar makruh. Contohnya istinsyaq (memasukkan air ke dalam hidung ketika berwudhuk). Murid-muridnya bertanya "So, what the truly meaning of 'rongga' "? Maka Ustaz Fakhrul menjawab" 'rongga' ni bahasa kitab-kitab klasik yang bermaksud 2 lubang : qubul dan dubur". Emmm..ye la, puasa kan untuk menahan diri dari lapar dan dahaga serta senggama (persetubuhan). (Kalau masih tak faham, boleh rujuk arkib bertajuk 'Hukum fiqh sekitar puasa Ramadhan). So, akhirnya ustaz tutup perbincangan dengan kata-kata ini "nanti kamu dah mengajar di mana-mana, jangan kata batal pada anak murid kalau korek hidung atau telinga. Buat malu jer kat anak murid..hehe". Syukran ya Ustaz...

4. Ni nak cerita sedih pula...(tukar mood anda sebelum baca). Nurulimanz hadiri satu tazkirah dimana pentazkirahnya bercerita mengenai Saidina Ali Abi Talib k.w.j. Katanya : "Di dalam sebuah peperangan, Saidina Ali luka teruk di sekitar tubuhnya. Sehinggakan apabila beliau diberi minum susu, mengalir keluar susu tersebut melalui liag-liang lukanya dan tidaklah sampai ke dalam perutnya. Kemudian Saidina Ali menangis. Salah seorang sahabat baginda bertanya : "Mengapa tiba-tiba kamu menangis wahai Ali?" Lantas baginda menjawab : "Aku menangis bukan kerana luka yang kutanggung..tetapi aku menangis mengenangkan bagaimana aku ingin hidup lama di akhirat sedangkan bekalan yang ku bawa tidak mencukupi...". Tiada siapa yang boleh menahan air matanya daripada mengalir bila mendengarkan kisah ini termasuk Nurulimanz sendiri. Air mata yang mengalir mengenangkan amalan kita sekadar mana? Sedangkan Saidina Ali yang hebat berjihad dan berjuang pun masih sedih dengan bekalannya yang dirasakannya tidak mencukupi, apatah lagi kita ini? Sempena Ramadhan ini, Nurulimanz mengajak diri dan sahabat sekalian agar terus menerus melaksanakan dan memperbaiki mutu amalan ibadah kita kepada Allah. Di samping itu, sedaya upayalah melawan hawa nafsu serta tinggalkanlah segala perkara buruk yang kita lakukan sebelum ini. Mudah-mudahan Ramadhan kali ini sebagai titik permulaan baru kehidupan yang lebih bermakna sebelum kita dijemput oleh Allah ke Alam Barzakh...!

0 comments: