Tuesday, October 7, 2008

..:: ErTi ReDhA ::..

Dedikasi buat hati ini yang sedang dirawat... Moga cepat sembuh dan kembali memikul amanah...

Hidup tak seindah selamanya,

Mendung duka pasti menyapa,
Andai diri tak berfikir seketika,
Bah lara menghanyutkan jiwa.

Siapa yang tak sedu dengan ujian,
Terkadang terasa lemah tak tertahan,
Engkau lupa pada bicara Tuhan,
Yang sedang mendidikmu erti keredhaan.

Aku disini mencari sinar,
Setelah merasa warna hidupku pudar,
Hangus kerana hati yang dibakar,
Akhirnya DIA hulurkanku penawar.

Aku berfikir dan terus berfikir,
Bagaimana berat Yusuf mengharung getir,
Berat lagi ujian Ayyub ditinggalkan jua fakir,
Aku mula belajar redha dalam zikir.

Kalam ummi, kalam ukhti,
Aku sisip jadi azimat abadi,
Untuk teruskan pelayaran perjuangan ini,
Setelah mendung hiba merangkak pergi.

Dalam sujud senjaku... aku mengadu,
Merintih mencari jalan pulang...aku merayu,
DIA hulurkan ketenangan... aku menyambut malu,
Kerana baruku tahu ujian tanda kasihNYA padaku.

Aku tidak menyalahkan hadirnya ujian,
Kerana ujianlah aku belajar erti kehidupan,
Untukku terus mara ke hadapan,
dengan pikulan amanah yang ummah harapkan.

Ya ALLAH Engkau lindungilah aku,
Dari rasa berputus asa dari kasih Mu,
Agar aku tak terhenti di pertengahan perjuangan,
Agar aku dapat meraih redhaMu Tuhan...

Wahai nafsu Muthmainnah,
Pulanglah ke pangkuan Tuhanmu...
Dalam keadaan kamu meredhai Tuhanmu...
Dan Tuhanmu jua meredhaimu...

Terima kasih mereka yang mengubati lukaku,
Terima kasih mereka yang mendoakanku,
Terima kasih mereka yang membetulkanku,
Terima kasih mereka yang mengingatkanku.

0 comments: