Friday, October 10, 2008

MuHaSaBaH sYaWaL


Rasa diri dah sempurna ke dapat buat amalan sebanyak-banyaknya di bulan Ramadhan? Jom kita semak semula Ramadhan yang berlalu dengan melihat Syawal yang sedang kita tempuhi lani! Taqabbalallah...

1. Puasa Enam Syawal : Masa bulan Ramadhan, bukan main beribadah siang malam. Puasa ni bukan main hebat dia jaga. Daripada niat, kemudian bersahur hinggalah berbuka dengan tamar. Memang 'perfect' la segala adab-adab + sunat-sunat puasa dia jaga. Yang pelik, bila masuk saja bulan Syawal, dia dah tak teringat semangat puasanya dahulu. Dia lupa yang Nabi s.a.w. sangat menekankan puasa sunat enam hari di bulan Syawal. Dia tak lagi pedulikan ganjaran puasa enam hari Syawal selepas puasa Ramadhan macam puasa setahun penuh. Kenapa ek? Tak teringin syurga kot???...mungkin...mungkin...

2. Qiamullalail : Ape ke he nye (kenapa) berat sangat nak qiamullail di bulan lain ni... owh... mungkin dia rasa pahala qiamullail di bulan lain sedikit saja pada bulan lain. Betul la dia ni tak ikhlas! Qiamullail nak pahala je???...bukan nak cari redha Allah! Kalau betul dia qiamullail nak redha Allah, cuba pk (fikir) sikit... redha Allah tu ada dalam bulan Ramadhan je ke??? Ape punya turrr la...

3. Baca Quran : Tahniah la pada sesiapa yang berjaya khatam Quran dalam bulan Ramadhan. Alhamdulillah aku juga begitu (moga Allah jauhkan aku dari riak). Nak riak apenye... Masuk bulan Syawal, tinggal habis baca Quran. Kalau dalam bulan Ramadhan, satu hari boleh habis satu juzuk. Mai (datang) Syawal, satu hari nak baca satu muka surat pun macam hampeh! Macam hipokrit ja baca Quran dalam bulan Ramadhan dulu...

4. Hindari dosa : Satu lagi yang patut sangat-sangat kita sama bermuhasabah. Ingat tak lagi masa bulan Ramadhan, kita menahan diri daripada melakukan dosa secara sengaja. Punya kita bertahan hingga menggeletar tubuh kita. Ada sahaja yang kita jadikan alasan supaya dosa itu kita tidak turutkan. Tetapi cukup menyedihkan sebab ia hanya berlaku di bulan Ramadhan sahaja. Gamaknya kita sangka bulan Ramadhan sahaja yang Allah akan lihat ibadah dan amalan kita? Maka, bulan lain kita kembali bebas melakukan kemungkaran? Atau kita sangka mati lambat lagi..? Jadi boleh lah jumpa Ramadhan yang akan datang untuk hapuskan dosa-dosa sekarang ni! Sedihnya...sedihnya...sedihnya...jika kita terfikir macam ni...Macam orang yang gagal ditarbiah oleh madrasah Ramadhan ja kita ni...atau macam orang yang hatinya mati dan buta...Sepatutnya kita malu pada ALLAH sepanjang masa!

Hmmm...setakat ni ja aku tulis. Kalau rasa muhasabah ni baik, ambillah. Kalau rasa "terbakar", pk la sendiri. tak de lembut-lembut bagi yang buat-buat lupa dan hipokrit! termasuklah diri aku... sama-sama kita baiki diri, insyaALLAH...

0 comments: