Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya...
kos upah membantu ibu :

Tolong pergi kedai RM 3
Tolong jaga adik RM 3
Tolong buang sampah RM 1
Tolong kemas bilik RM 2
Tolong siram bunga RM 3
Tolong sapu sampah RM 3
Jumlah : RM 15

Tolong pergi kedai RM 3
Tolong jaga adik RM 3
Tolong buang sampah RM 1
Tolong kemas bilik RM 2
Tolong siram bunga RM 3
Tolong sapu sampah RM 3
Jumlah : RM 15
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar di mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

Kos berjaga malam kerana menjagamu : PERCUMA
Kos air mata yang menitis keranamu : PERCUMA
Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu : PERCUMA
Kos menyediakan makan, minum, pakai dan keperluanmu : PERCUMA
Jumlah keseluruhan nilai kasihku padamu : PERCUMA
Air mata si anak deras melalui lurah pipi setelah membaca tulisan ibunya. Si anak menatap wajah ibu, memeluk dan berkata : "Saya sayangkan ibu". Lemudian si anak mengambil pen dan menulis 'telah dibayar malah terhutang' pada mukasurat yang ditulisnya.
Diriwayatkan seorang sahabat menemui Rasulullah s.a.w. lantas bertanya : "Wahai Rasulullah, siapakah yang paling layak menerima layanan yang baik dariku?" Jawab Rasulullah : "Ibumu (diulang 3 kali), kemudian ayahmu, kemudian saudara-saudara terdekatmu".
Oleh itu, sebagai anak yang soleh/solehah, mendoakan ibu dan ayah menjadi kewajipan kita setiap hari...

0 comments:
Post a Comment